Nuffnang

Pengikut

Politiksukusakat

0
sumber :-

Politiksukusakat


Politik Umno-BN Kedah 'bercempera'

Posted: 25 Jan 2012 10:17 PM PST

WAN NORDIN WAN YAACOB
Analisis

Pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) mungkin sekali akan berlangsung antara 2 hingga 5 bulan sahaja lagi, jika Mac adalah tarikhnya bermakna hanya dua bulan sahaja lagi negara akan berdepan situasi penting menentukan pemerintah.

Namun, jika Jun adalah tarikh pilihan raya, maknanya rakyat masih ada 5 bulan lagi untuk menilai sejauhmana kerajaan yang ada hari ini (BN) mahupun kerajaan Alternatif yang sedang dipacu Pakatan Rakyat boleh menjadi pemerintah.

Ramai yang melihat, pertentangan antara parti dalam PRU-13 bakal menjadi getir dan sengit memandangkan rakyat kini sudah tahu dan bijak menilai untuk kepentingan mereka.

Begitu juga rakyat di Kedah yang memiliki kerajaan baharu sejak Mac 2008 yang dipimpin oleh Menteri Besar daripada PAS, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Sejak daripada awal menerajui Kedah Darul Aman, Azizan dilihat memiliki gaya tersendiri dan seringkali menimbulkan 'kontroversi' diawal pemerintahannya.

Kini rakyat Kedah mungkin sekali boleh menilai keberkesanan dan ketelusan pemerintahan Azizan dan barisan Exconya menandangkan telah tiga tahun rakyat merasai denyut pemerintahannya.

Kedah adalah negeri yang sangat sinomin dengan 'pengeluar kepimpinan' iaitu negeri yang agak hebat dalam melahirkan kepimpinan termasuk yang menerajui negara.

Antaranya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad serta Tuanku Abdul Rahman Putra dipihak BN, sementara Almarhum Dato' Fadzil Mohd Noor dan Ibrahim Libya di pihak PAS.

Pengaruh Umno di Kedah cukup kuat semasa Mahathir menerajui negeri itu, namun selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, negeri Jelapang Padi itu bukan lagi aset tetap Umno.

Buktinya, pada PRU-12, Kedah jatuh ke tangan PAS dan gabungan Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP serta Parti Keadilan Rakyat (KeADILan).

Selepas jatuhnya Kedah ke tangan PAS-Pakatan Rakyat, BN di Kedah mula bergolak dan tidak lagi menjadi satu pasukan yang kuat kerana Umno sendiri selaku parti tunjang telah 'berkecamuk'.

Ada yang menyatakan politik Umno di Kedah retak menanti belah sama seperti yang berlaku di Kelantan menyebabkan Dato' Seri Shafie Apdal terpaksa menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Kedah buat sementara dan digantikan kemudiannya oleh Dato' Ahmad Bashah.

Peranan Mahazir Khalid selaku bekas MB tidak diiktiraf dalam menerajui Umno Kedah meskipun bekas MB itu menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kedah.

Meskipun anak Mahathir, Dato' Mukhriz Mahathir dilihat sebagai 'star' kononnya yang boleh menyerikan Umno Kedah, namun ketokohahnya tidak terserlah dan di peringkat pusat beliau sendiri kalah dalam merebut jawatan ketua Pemuda Umno kepada Khairy Jamaluddin.

Meneliti politik Mukhriz, Ahmad Bashah dan Mahazir Khalid di Kedah, kelompok ini kini dilihat saling berlumba untuk mencari pengaruh bagi meletakkan diri mereka sebagai peneraju Umno Kedah.

Namun, langkah pertama Mukhriz mendaki puncak pengaruh dengan memastikan beliau dipilih menjadi Ketua Pemuda Umno, gagal apabila delegasi memilih Khairy. Pemimpin Umno juga sedar bahawa ini adalah satu kesilapan.

Begitupun, perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak melantik Mukhriz menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa. Sehingga kini, tiada usaha yang jelas dilakukan oleh Mahathir untuk meletakkan anaknya lebih hampir kepada jawatan Perdana Menteri.

Najib terpaksa menggantikan Shafie Apdal dengan Ahmad Bashah Md Hanapiah sebagai Ketua Umno Kedah dengan Mukhriz sebagai timbalan.

ramai yang melihat, jika PRU-13 BN mampu menawan Kedah, Kedah, ia belum lagi bagus untuk Mukhriz kerana beliau sebenarnya tiada sokongan di Kedah, apa lagi di negeri-negeri lain.

Hampir tiada sokongan langsung untuk Mukhriz di negeri lain dan inilah masalah besar yang tidak dapat diselesaikan oleh bapanya Tun Mahathir.

Satu cara lain adalah dengan meletakkan Mukhriz berpasangan dengan orang lain dan orang yang terbaik buat masa ini adalah Muhyiddin Yassin, yang juga merupakan Timbalan Presiden Umno.

Tetapi itu akan menjadi sangat jelas dan beliau benci apabila orang lain dapat meramal tindak ¨Ctanduk beliau.
Mahathir sekarang kesuntukan masa dan pilihan beliau juga sangat sedikit. Mahathir mungkin terpaksa menggunakan Muhyiddin tetapi, beliau tidak akan berhenti mencari alternatif lain yang lebih pendek.

Besar kemungkinan Mahathir akan menggunakan Najib untuk memberi kuasa kepada Mukhriz.

Mukhriz mencuri perhatian rakyat apabila beliau terus menerus mempertahankan ayahnya semasa pertelingkahan dengan Tun Abdullah dan Khairy pada 2003-2008.

Pada PRU 12, Mukhriz menang di kerusi parlimen Jerlun sementara Mahathir juga sentiasa cuba meyakinkan orang lain bahawa Mukhriz lebih pintar berbanding beliau! Orang lain kurang percaya dan mengatakan bahawa bukti kepintaran Mukhriz adalah kepalanya yang semakin botak.

Namun rakyat Kedah sukar termakan telahan ala kebudak-budakan Mahathir itu yang menyebabkan penyokong tegar Mahazir Khalid, Ahmad Bashah dan beberapa orang senior Umno lain meradang.

Di Parlimen Padang Terap sendiri, perpaduan Umno semakin rapuh, buktinya Mahazir yang juga Adun Pedu sudah tidak mendapat sokongan dari Adun Kuala Nerang, Dato' Syed Sobri yang masing-masing berlumba dalam mencari kelemahan antara satu sama lain.

Dalam beberapa program antara kedua-duanya, dikatakan antara mereka tidak mampu untuk bersatu untuk menyemarakkan sokongan pengundi secara koleftif.

Politik Mahazir sendiri sudah seperti 'kabur' dalam arus massa Kedah, dan beliau hanya lebih tertumpu di Dun Pedu sahaja.

Sementara Ahmad Bashah kini sedang menumpang populariti Najib yang meletakkannya selaku Ketua Umno Kedah.Ahmad Bashah mencuba pelbagai resipi ajaib untuk menabur fitnah kepada kerajaan PAS Kedah yang dipimpin Azizan.

Namun dalam beberapa resipinya, Ahmad Bashah masih tidak mampu menggugat keyakinan rakyat kepada Azizan yang sering kali mudah mematakkan serangan Umno-BN dalam media-media massa.

Isu hasil balak dan beberapa projek di Kedah yang cuba dibangkitkan Ahmad Bashah tidak mampu menjadi alat untuk menjatuhkan PAS di Kedah kerana beliau (Ahmad Bashah) sendiri 'kurang' mendapat sokongan pimpinan akar umbi di Kedah.

Berdepan PRU-13, tiga tokoh penting Umno di Kedah ini masih lagi tidak menemui sentuhan bisa untuk dirapatkan perpaduannya, sebaliknya masing-masing membawa haluan politik masing-masing dalam mempastikan kedudukan sendiri terjamin.

Bak kata seorang sumber, politik Umno masih 'bercempera' (tidak sekata) lagi
kerana masing-masing hanya memikirkan kepentingan sendiri.

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Liam Neeson berminat peluk Islam selepas dengar azan

Posted: 25 Jan 2012 08:36 AM PST

Selalu'nya entri Hollywood begini kami rangkum'kan dalam koleksi berita antarabangsa harian kami.

Tetapi ini agak istimewa kisah'nya untuk anda semua baca kerana melibatkan aktor A-list Hollywood dan agama Islam.

Liam Neeson yang anda mungkin kenali melalui filem Star Wars sebagai Jedi Master Qui-Gon Jinn berkata kepada media hari ini yang beliau minat dengan Islam.

Menurut calon anugerah Oscar ini, ketika menjalani pengambaran filem di Istanbul, Turki dan kata beliau seruan azan pada mulanya agak menjengkelkan tetapi lama kelamaan kemerduan laungan azan meresap ke'dalam jiwa beliau & ia'nya cukup cantik.

"Ada 4,000 buah masjid di bandar ini (Istanbul, Turki) dan ada antaranya cukup cantik pada pandangan saya — membuatkan saya bercadang untuk memeluk agama Islam," kata Liam Neeson. - Rotikaya

Zizan RL tolak RM18 ribu semata-mata untuk bersama Ustaz Azhar Idrus

Posted: 25 Jan 2012 08:19 AM PST


Sekali lagi kami bawakan kepada anda kisah slowpoke yang ramai sudah pun tahu. Ini kisah baik yang harus di'kongsi bersama.
Al-kisahnya, penampilan Zizan Raja Lawak dalam majlis agama bersama Ustaz Azhar Idrus pada malam ambang tahun baru 2012 lalu masih menjadi perbualan dan ada kisah menarik di'sebaliknya.
Menurut laporan beberapa blog politik tempatan, Zizan Raja Lawak telah menolak tawaran menjadi juruacara sebuah majlis sambutan tahun baru 2012 pada malam yang sama dengan program bersama Ustaz Azhar Idrus. 
Khabar'nya pihak penganjur malam sambutan tahun baru 2012 menawarkan RM18,000 untuk Zizan Raja Lawak tetapi menolak tawaran tersebut untuk bersama Ustaz Azhar Idrus — dan tidak mengharapkan bayaran.
Penganjur Program Soal Jawab UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alamtetap menawarkan Zizan Raja Lawak RM1,000 dek kerana majlis malam itu berjaya menarik lebih 80,000 hadirin dan mahu atau tidak, Zizan Raja Lawak tetap menerima bayaran tersebut - Rotikaya

AG akui kelemahan projek Lembu Shahrizat, serah pada polis untuk siasat

Posted: 25 Jan 2012 03:27 AM PST

KUALA LUMPUR 25 Jan: Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengakui kelemahan Pusat Fidlot Nasional (PFN) dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewengan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ambrin berkata, tujuan pengauditan dilaksanakan adalah untuk menilai sama ada projek PFN telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur, berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan.


"Analisis audit mendapati objektif projek PFN masih belum dicapai sepenuhnya.

"Ini disebabkan berbagai faktor yang dihuraikan dalam LKAN 2010.

"Antaranya, mengikut perjanjian pelaksanaan yang ditandatangani pada bulan Mac 2010, sasaran pengeluaran PFN iaitu 38,600 ekor lembu untuk tahun 2010 belum dicapai kerana Entreprenuer Development Program (EDP) yang melibatkan 130 pengusaha ladang satelit belum dilaksanakan lagi," ujar beliau.

Bagaimanapun katanya, LKAN 2010 tidak menyebut perkataan seperti kucar-kacir 'in a mess' atau penyelewengan dalam laporannya seperti yang dilaporkan sesetengah media.

"Pada pendapat Jabatan Audit Negara (JAN), sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek ini terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek ini.

"Jikalau tidak, mengapa pada bulan Mei 2009 (sebelum pengauditan dijalankan), kerajaan perlu menangguhkan pelaksanaan PFN sehingga satu kajian viability and business model (model perniagaan) dijalankan bagi projek ini?," soal beliau.



RM134.7 juta disalur kepada NFCorp

Menurut Ambrin, perkara yang menjadi fokus utama pengauditan oleh Jabatan Audit Negara ialah PFN sejak penubuhannya pada 2006 dan bukan NFCorp sebagai sebuah syarikat.

NFCorp katanya, adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1.

Manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn Bhd.

Menurut Ambrin, projek tersebut diaudit memandangkan ia penting dari segi pengeluaran makanan negara di mana Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar.

Antaranya, Peruntukan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (KPIAT) berjumlah RM73.64 juta di bawah RMKe-9 bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasian.

"Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir tahun 2010 oleh KPIAT untuk menyediakan tapak seluas 5,000 ekar bagi projek ini.

"Kawasan ini kemudiannya dikurangkan kepada 2,000 ekar sahaja," kata beliau.

Selain itu, geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp pada bulan September 2007.

Manakala setakat akhir tahun 2010 sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp supaya syarikat ini menyediakan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang.

Dalam kenyataannya, Ambrin turut mengakui pinjaman mudah (soft loan) juga telah diluluskan kepada NFCorp. yang berjumlah RM250 juta menerusi satu perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani pada Disember 2007.

"Setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan," kata beliau.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25857

‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’ - kata Kelab Isteri Gila Seks

Posted: 24 Jan 2012 11:59 PM PST

Selepas buku seks Kelab Taat Suami lancar kempen 'Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam'

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
January 25, 2012

KUALA LUMPUR, 25 Jan — Disebalik kontroversi buku panduan seks, Kelab Taat Suami hari ini melancarkan kempen "Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam" sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.
Kempen selama 12 hari itu (bermula hari ini) adalah untuk meraikan kelahiran Nabi Muhammad pada 5 Februari depan atau 12 Rabiul Awal mengikut kalendar Islam.

Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia Fauziah Ariffin, kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan Rasulullah.

Beliau berkata ramai "umat Islam sudah terlalu jauh dengan Rasulullah."


"Sudah tentu ikutan (Rasulullah) menjadi panduan dan ia termasuk aspek ibadah keluarga bahkan termasuk dalam kehidupan seks. Tentu bila sebut tentang hal seks suci ramai yang terlupa tentang hal yang terangkum dalam hal suami isteri, sesuatu yang kita lakukan hari-hari.

"Dalam kehidupan biasa ia bukan sesuatu yang kontroversi tapi kita sudah terlalu jauh dengan Rasulullah, jadi kita mahu mengajak umat Islam mendokong melaksanakan kehidupan Islam yang sebenar tambahan kalau kita lihat banyak gejala tidak sihat yang berlaku sekarang," katanya pada sidang media selepas pelancaran kempen "Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam" di Pusat Perdagangan Pelangi, Damansara di sini.

Jelas Fauziah, sekiranya umat Islam melaksanakan kehidupan dengan berlandasakan prinsip Islam segala gejala homoseksual dapat dielakkan.

"Kalau kita lihat sekarang secara terang-terangan lelaki berkahwin sesama lelaki dan wanita berkahwin sesama wanita," jawabnya.

Terlebih dahulu dalam ucapan perasmiannya, Fauziah berkata Islam membenarkan hubungan seks dilakukan namun ia mesti "seks suci" antara suami isteri.

"Seks dibenarkan asal ada batasnya, bukan seperti gay yang memaparkan seks yang tidak sepatutnya dan melanggar batas norma, juga tidak melakukan seks bebas yang melanggar perintah Tuhan.

"Kami berasa tanggungjawab untuk mengajak umat Islam melaksanakan kehidupan Islam, suami adalah pemimpin dan isteri adalah pengikut tapi nampaknya umat kita sudah gagal," katanya.

Sebelum ini Kelab Taat Suami menerbitkan buku panduan seks bertajuk "Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia."

Namun Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku panduan seks itu.

Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.

Buku 115 muka surat yang dikatakan panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang. - TMI

Najib gagal menunaikan apa yang dikhutbahkannya

Posted: 24 Jan 2012 11:44 PM PST

KUALA LUMPUR, 25 JAN: Datuk Seri Najib Razak masih belum cukup sederhana untuk memperkenalkan Gerakan Kesederhanaan Global. Buktinya, para pemimpin UMNO dan lidah rasminya Utusan Malaysia sangat bersifat ultra kaum kerana mengajak Melayu membenci kaum lain.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata lakonan Perdana Menteri untuk menonjolkan diri di mata dunia gagal sama sekali kerana sikap perkauman kebanyakan pemimpin UMNO serta Perkasa pun tidak dapat dibendungnya.

Katanya Najib gagal menunaikan apa yang dikhutbahkannya apabila beliau membenarkan perkauman tebal dan ektremisme agama mekar di bawah sokongan UMNO dan pencacainya Perkasa.

"Najib sebagai Perdana Menteri negara ini…mengangkat diri sebagai 'suara kesederhanaan' gagal mengajar Perkasa…ahli-ahli UMNO yang terlibat mahu pun lidah rasmi parti Utusan Malaysia kerana menggalakkan kebencian kaum dan sikap tidak bertoleransi antara agama.

"Sebaliknya, Najib telah lebih daripada sekali membuat pusingan-U bagi menenangkan Ibrahim Ali, supremo Perkasa itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata demikian mengulas kenyataan Najib dalam kata pengantar buku untuk Persidangan Antarabangsa Pergerakan Kesederhanaan Global minggu lalu.

Dalam kata pengantarnya Najib dipetik sebagai berkata: "…masanya sudah tiba buat semua golongan sederhana dari semua negara, semua agama untuk mengambil alih peranan, untuk menebus semula agenda keamanan dan pragmatisme serta meminggirkan golongan pelampau."

Justeru Pua yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat DAP menempelak kenyataan Najib itu sebagai 'lembik' dan caca merba dalam melawan sifat ekstremisme.

Walau pun Najib gagal melaksanakan apa yang dicita-citakannya, Pua menyokong kenyataan Najib menentang ekstermisme.

"Ia adalah apa pegangan DAP yang diperkenalkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada konvensyen parti 2010 yang digelar sebagai Jalan Tengah Malaysia," katanya.

Tambahnya lagi, Guan Eng telah menerangkan bahawa "melalui Jalan Tengah Malaysia, DAP lebih sukakan kerjasama bukannya konflik; konsultasi berbanding konfrantasi; dan sebuah masyarakat bersama yang inklusif iaitu merangkumi semua, bukannya ekslusif."

Menurutnya, walau sekuat mana usaha Najib untuk membentuk sifat kesederhanaan di Malaysia, beliau seharusnya memperbetulkan dahulu permasalahan dan kacau bilau yang dibuat 'anak didik' beliau dalam UMNO. – Roketkini.com

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BERAHIM KATAKI BARU DISAKAT OLEH WANITA SUDAH MEROYAN

Posted: 25 Jan 2012 07:00 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

BARU Faekah Husin sakat sikit, Berahim Kataki sudah meroyan. Faekah sebut, jawatan Exco Agama yang dipegang oleh Tan Sri Khalid, MB Selangor itu diperkenankan oleh Sultan Selangor malahan ada yang menyebut mungkin Sultan Selangor yang mencadangkan agar MB Selangor memegang portfolio tersebut.  Maka, Berahim Kataki melalak melolong tidak berkenan dengan hal tersebut, bak kata Faekah samalah seperti Berahim Kataki tidak berkenan dengan Sultan.

Maka, disakat sikit oleh Faekah orang tua dari Pasir Mas ini bahawa elok benarlah raja katak ini tidak `melompat' atau memasuki Selangor.  Bukankah Berahim Kataki juga pernah `halau' orang lain sebelum ini?  Apa yang Berahim Kataki tidak pernah sebut?  Sampai beliau pernah menghalau kaum lain balik ke negara asal usul mereka.  Jadi, Berahim Kataki tidak perlu meroyan bila kena atas batang hidung sendiri.

Mat Sabu juga pernah diugut agar tidak menjejakkan kaki ke Negeri Sembilan kononnya Mat Sabu sokong Komunis.  Ada Mat Sabu meroyan?  Malahan selang beberapa hari selepas diugut, Mat Sabu tampil di bumi adat perpatih itu.  Apa nak hairan?  Peguam Sivarasa dan beberapa pemimpin pertubuhan tertentu juga pernah dilarang memasuki Sarawak.  Faekah cuma menyakat Berahim Kataki kerana ingin mengetahui sejauh mana Berahim Kataki akan melatah.  Rupa-rupanya Berahim Kataki macam orang bodoh dan bengap.

Sebab itulah, jangan suka menghalau orang sesuka hati.  Bila kena atas batang hidung sendiri baru tahu.  Sekarang jelas, Faekah seorang wanita berjaya membuatkan Berahim kataki menjadi seperti budak-budak bodoh./wfauzdin.blogspot.com

BLOGGER BALIK KAMPUNG DI PENTAS CERAMAH

Posted: 25 Jan 2012 10:55 AM PST

PADA 24hb Jan baru-baru ini, kat kampung aku di Kg Simpang Durian, Jelebu, N.Sembilan telah diadakan ceramah umum bersama Chegu Bard, Aiman Athirah dan Sdr Abd Rahman (Timb. P/Jaya PAS II N.Sembilan). 

Aku pun turut berada di pentas ceramah kerana teruja dengan kebangkitan anak Jelebu, khususnya di Spg Durian yang berazam untuk menguburkan Umno/Bn.  Iltizam, Rais Yatim mesti dikuburkan agar beliau merasai menyesal seumur hidup akibat telah membina semula jambatan yang dahulunya beliau bakar bersama Umno.


Jelebu, Ahli Parlimennya Rais Yatim selaku Menteri Komunikasi.  Bayangkan telah bertahun di Jelebu tiada pengangkutan awam.  Tiada bas di Jelebu, melainkan menghubungkan Seremban dengan K.Klawang iaitu tempat Rais Yatim.  Di tempat lain, terputus hubungan walaupun memiliki Menteri Komunikasi sebagai Wakil Rakyat.  Jika anda menaiki kereta dari Spg Pertang menuju ke kampung aku, sekiranya anda tidak muntah sepanjang perjalanan anda dianggap hebat.  Begitulah hebatnya jalanraya ke kampung aku.  Jika anda mengharapkan perkhidmatan terbaik di dalam komunikasi, anda tidak boleh mendapatkannya di Jelebu.  Jangan ingat, MP Jelebu Menteri Komunikasi, maka di kawasan ini mempunyai perkhidmatan komunikasi yang terbaik. 

Tiada jalan lain untuk mengubah semua ini, kecuali Umno/Bn wajib ditumbangkan di Jelebu dan N.Sembilan wajib diperintah oleh PR.  Program penerangan di Jelebu terutamanya di kampung aku akan diteruskan...

~penarik beca

0
sumber :-

Kopitiam Bang Nan

0
sumber :-

Kopitiam Bang Nan


Tuan-tuan percaya ke gelembong orang2 ini? Kepada merekakah tuan2 hendak meletakkan masa depan negara kita? Lu fikirlah sendiri....Hehe!!

Posted: 25 Jan 2012 05:31 PM PST






RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kejadian ribut di Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Posted: 25 Jan 2012 04:48 PM PST

Aqiqah Diri SENDIRI - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 25 Jan 2012 04:47 PM PST

Doa Panjang UMUR - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 25 Jan 2012 04:46 PM PST

Hukum BERNIAGA Semasa Solat Jumaat & Hari Raya - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 25 Jan 2012 04:46 PM PST

BICARA SELEBRITI 2012 - HIBURAN DI MALAYSIA, KEMANA ARAH TUJUNYA?

Posted: 25 Jan 2012 04:43 PM PST

ABU-Hindraf takes it to Suhakam - Part II

Posted: 25 Jan 2012 04:42 PM PST

Post-revolution Egypt still not at peace with itself

Posted: 25 Jan 2012 07:46 AM PST

Segelas milo suam bersama Hata Wahari

Posted: 25 Jan 2012 07:27 AM PST

Setiap permulaan adalah lambang kepada langkah seterusnya dan untuk itu tidak hairanlah apabila sepanjang Januari 2012 sahaja, DAP menerima kemasukan 'mengejut' beberapa pemimpin Melayu. Pada 19 Januari lalu, Hata Wahari, 42, bekas wartawan kanan Utusan Malaysia dan bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) membuat kejutan dengan membuat pengumuman yang sama dengan tujuan untuk membantu memperkukuhkan DAP. Wartawan Roketkini Amaluddin Zhafir dan Izmil Amri serta jurugambar Wira Andika sempat menemubual Hata yang bercerita mengenai pengalaman dan pandangan beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Insiden Hindraf - Penduduk Jln. Kebun lapor Polis.

Posted: 25 Jan 2012 07:24 AM PST

alt
 
SHAH ALAM 25 Jan. - Penduduk Kampung Jalan Kebun hari ini membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi menggesa pihak berkuasa untuk menghalang Hindraf daripada memasuki kampung tersebut.

Wakil penduduk, Shaari Basri, 53, ketika ditemui pemberita mempersoalkan kehadiran Hindraf di kampung Sabtu lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Tukang Basuh Pinggan Kedai Mamak Pun Boleh Jadi Warganegara!

Posted: 25 Jan 2012 06:52 AM PST

DUNGUN – Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River Haji Abdullah Haji Omar berkata beliau masuk PAS kerana PAS adalah parti yang sah di sisi undang-undang Negara kerana PAS  berdaftar dengan pendaftar pertubuhan (ROS).

Selain itu, katanya, beliau menyertai PAS kerana parti itu dipimpin oleh tokoh-tokoh ulamak yang ingin membawa Negara ini kepada pemerintahan Islam.

"saya masuk PAS kerana PAS bukan parti 'haram' dan PAS di pimpin oleh tokoh-tokoh yang berpendidikan Islam, mempunyai maruah,Read More / Baca Lagi >>

Mana Puak Yang Dok Kecoh Sangat Sebelum NI?

Posted: 25 Jan 2012 06:50 AM PST

Sebelum nie bukan main kecoh puak-puak ni yang menghentam keputusan majlis  fatwa negeri kedah?Tapi mana puak-puak ni?masih ada lagi ka yang dok nak berjihad?ataupun dah dapat duit umno bagi sengap balik dok ngan anak bini?Isu nie aku sokong kerajaan negeri kedah atas kebijaksanaan bagi mematahkan terus usaha-usaha jahat puak-puak penentang terutamanya UMNO kedah yang ketiadaan modal bagi menghadapi PRU13 nanti..Mana Mat Basyah yang baru ni bukan main kemaih-kemain..Kerajaan negeri buat kebaikan untuk rakyat dan negeri tapi puak-puak ni pulak bikin onar.Puak-puak ni yakin Umno boleh rampas kedah agaknya dari PR tapi insyallah aku yakin kedah akan kekal dibawah pentadbiran PR...Bukan aku seorang saja yang puji kebijaksaan PR dalam memerintah kedah.Tapi Tuanku agung pon memuji kebijaksanan nie...Ok..Bagi mematahkan serangan yang dibuat oleh Puak-puak Umno nie.

 Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Razak menunjukkan pelan cadangan surau baru di Aman Central, yang bakal menggantikan Madrasah Salihiah.
Read More / Baca Lagi >>

Harap sangat duit NFCorp tak digunakan untuk jatuhkan Rafidah Aziz

Posted: 25 Jan 2012 06:48 AM PST

Kalau semuanya betul, telus dan bersih takkanlah Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat. Nak siasat apa kalau bersih dan tak seleweng? Malah, dia kata terus terang: "Pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek ini".

Sebab itulah, ayam piru pun terguling-guling geli hati sangat apabila Fidlot Nasional Corp (NFCorp) bangga sangat sebab Ketua Audit Negara "tak pernah kata kami 'kucar-kacir'". Apa beza sangat antara lemah dan kucar-kacir?
Read More / Baca Lagi >>

Terima kaseh Bob

Posted: 25 Jan 2012 06:46 AM PST

Samseng geduak Jalan Kebun
Hari ni gua sempat melawat kawan-kawan berbangsa India di kawasan gua duduk ni. Gua lepak bagus dengan diorang. Tak kira bangsa. Gua mentaliti 1Malaysia original. Sebelum ada slogan 1Malaysia, gua dah hidup 1Malaysia dengan bangsa lain.
Lepak sambil pekena teh tarik, Mani atau nama penuhnya Maniam, sempat bercerita tentang insiden serangan Samseng bodoh kat Jalan Kebun baru baru ni. Perkembangan yang lebih baik dari sebelumnya. Rakyat dah muntah dengan perangai umporno@pekuda yang cam tu.
Read More / Baca Lagi >>

Beef more important than education: USM gets only 37% of budget, NFC squanders millions

Posted: 25 Jan 2012 06:42 AM PST

Beef more important than education: USM gets only 37% of budget, NFC squanders millions I REFER to my earlier letter on talks in the streets of Penang that Malaysia's pioneering accelerated programme for excellence (APEX) university, Universiti Sains Malaysia (USM), has been left in the doldrums, high and dry for the cesspool.
It seems USM had in December 2011 started an exercise to retrench some 1,000 or more contract workers comprising cleaners to researchers due to financial constraints.
I visited USM's website and found this:
"APEX performance measures for world-renowned universities have to be measured within the context of "academic space" which in USM's case is the "sustainability issues at the bottom of the pyramid". The key indicators used by USM for the budget request is according to three main pillars, namely, talent, governance and resources.
"The proposed budget was given due consideration in its preparation in line with the current financial and economic situation.
Read More / Baca Lagi >>

Samseng Jln Kebun : Jangan salahkan kami, kata penduduk Kampung Jalan Kebun

Posted: 25 Jan 2012 06:40 AM PST

(Malaysian Digest) - Satu laporan polis telah dibuat oleh wakil penduduk Jalan Kebun bagi menggesa pihak berkuasa untuk menghalang Hindraf daripada memasuki kampung tersebut.
Jurucakap penduduk Shaari Basri, 53, ketika ditemui pemberita mempersoalkan kehadiran Hindraf di kampung Sabtu lalu.

Shaari berkata, 100 peratus penduduk Jalan Kebun adalah berbangsa Melayu dan kehadiran Hindraf di kampung tersebut adalah mencurigakan.
"Hindraf adalah sebuah pertubuhan haram. Mengapa mereka mahu menganjurkan acara di kampung kami? Jangan salahkan penduduk kampung tentang provokasi yang berlaku. Mereka yang memulakannya," dakwa Shaari.

Beliau hadir bersama kira-kira 30 penduduk lain.

Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah Asal Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun telah diganggu oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu dan topi keledar.

Jui Meng: Soi Lek fears DAP and PKR but the Chinese also prefer PAS to MCA now

Posted: 25 Jan 2012 06:37 AM PST

Jui Meng: Soi Lek fears DAP and PKR but the Chinese also prefer PAS to MCA nowPakatan Rakyat leaders slammed MCA president Chua Soi Lek for "telling lies without blinking an eye" for insisting that PAS was the dominating party in the Pakatan coalition, and the Chinese should therefore stick to voting for the Umno-led BN coalition as PAS was an Islamist party.
"This is why MCA has gone downhill. They have an unprincipled leader who tells bare-faced lies, is a racist and religious bigot to boot. Soi Lek's comments are actually also an insult to Islam. For most Malaysians, we are taught from young to respect all religions, and so far, only people like Mahathir Mohamad, Ibrahim Ali and Chua Soi Lek go around saying this religion is superior, that one is no good and the other is extreme. How can such people be fit to lead the country," PKR vice president Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle.
"It is also very obvious Soi Lek fears the DAP and PKR. Just like(Prime Minister) Najib fears Anwar. That's why the pressure to create Sodomy II and all sorts of accusations to bring him down. Soi Lek is afraid the Chinese will vote DAP and PKR. But I can tell him now, the Chinese would prefer to vote PAS rather than MCA, that's for sure."
Read More / Baca Lagi >>

Looks bangang... sounds bangang. OMG, ya Allah, he's really bangang!!

Posted: 25 Jan 2012 06:31 AM PST


Ahmad Maslan... Ahmad Maslan...

Najib yang penakut, kamu pulak nampak bangangnya!!

Kalau sudah takut... cakap saja takut. Yang merepek pasal sensiviti kaum ler.... budaya barat ler... Anwar akan kaitkan dengan isu peribadi ler, apa hal??
Read More / Baca Lagi >>

Isu pokok ialah pinjaman mudah kepada NFCorp- Saifuddin

Posted: 25 Jan 2012 06:28 AM PST

KUALA LUMPUR 25 Jan: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata, soal pokok dalam isu penyelewengan Pusat Fidlot Nasional (NFC) ialah pinjaman mudah berjumlah RM250 juta kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).
NFCorp adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1.
Read More / Baca Lagi >>

Ten things found only in Malaysia!

Posted: 25 Jan 2012 06:27 AM PST

Ten things found only in Malaysia!A few months ago I moved to Malaysia in Southeast Asia. Although it is not a large country with no abundant reserves of oil, it has been able to build a solid economy and achieved a large level of development and progress
During my stay in Malaysia, I noticed things that were not found in any other country I have been to and it is not difficult to get used to them. But they draw a smile on the face any foreigner visiting Malaysia because of their uniqueness Let us go through the ten things that are found only in Malaysia
Read More / Baca Lagi >>

Anwar will be the next Prime Minister, does any Bigot have a problem with that?

Posted: 25 Jan 2012 06:25 AM PST

Anwar will be the next Prime Minister, does any Bigot have a problem with that?My father used to tell us not to be afraid or fear psychosis when I and my brother were young lads. He told us, people who fear things will happen to them will actually face it - eventually. Could it be karma?
Over in Malaysia, for Umno and its cronies, it is this fear of Anwar Ibrahim being the next Prime Minister. And as the day gets nearer to GE-13, the great fear of Anwar intensifies. Every Ibrahim Ali, Ezam Mohd Nor and Hassan Ali is jumping into the bandwagon to slay Anwar.
They are even defending the indefensible RM250 million NFC debacle, and soon they will be defending all the corruption scandals, including First Lady Rosmah Mansor's Birkin bags and RM24 million diamond ring. Why? Very simple, it's simply an enormous 'fear psychosis' of Anwar Ibrahim.
Read More / Baca Lagi >>

PM Melayu atau PM Cina, yang mana kita nak?

Posted: 25 Jan 2012 06:24 AM PST

PM Melayu atau PM Cina, yang mana kita nak?Adakah anda semua ketahui kenapa persoalan ini timbul? Sungguh mencabar serta sensitif apabila persoalan ini sering timbul di kalangan kita, tetapi ianya telah menjadi suatu lumrah politik di dalam Barisan Nasional (BN) di dalam usaha Umno dan MCA untuk meraih semula sokongan daripada masyarakat Melayu dan masyarakat Cina yang kononnya mereka wakili.
Oleh kerana kedua-dua Umno dan MCA adalah merupakan parti komponen utama di dalam BN, ramai yang tertanya-tanya sama ada Umno akan mengikut rentak MCA ataupun sebaliknya. Ini adalah kerana masing-masing asyik berbalah mengenai bangsa manakah yang patut menjawat jawatan perdana menteri selepas pilihanraya umum yang berikutnya.
Read More / Baca Lagi >>

Sha'ani upbraids cops over 'stupid' statements

Posted: 25 Jan 2012 06:20 AM PST

Debat Memang''Makanan'' Anwar - Rahman

Posted: 25 Jan 2012 05:49 AM PST

Kerajaan timbang hukuman penjara lebih berat kepada pemandu cuai

Posted: 25 Jan 2012 05:47 AM PST

Hukum Ikat RAMBUT Dalam Solat - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 25 Jan 2012 05:37 AM PST


BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT