MIMPI SENJA |
- Liam Neeson berminat peluk Islam selepas dengar azan
- Zizan RL tolak RM18 ribu semata-mata untuk bersama Ustaz Azhar Idrus
- AG akui kelemahan projek Lembu Shahrizat, serah pada polis untuk siasat
- ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’ - kata Kelab Isteri Gila Seks
- Najib gagal menunaikan apa yang dikhutbahkannya
Liam Neeson berminat peluk Islam selepas dengar azan Posted: 25 Jan 2012 08:36 AM PST Tetapi ini agak istimewa kisah'nya untuk anda semua baca kerana melibatkan aktor A-list Hollywood dan agama Islam. Liam Neeson yang anda mungkin kenali melalui filem Star Wars sebagai Jedi Master Qui-Gon Jinn berkata kepada media hari ini yang beliau minat dengan Islam. Menurut calon anugerah Oscar ini, ketika menjalani pengambaran filem di Istanbul, Turki dan kata beliau seruan azan pada mulanya agak menjengkelkan tetapi lama kelamaan kemerduan laungan azan meresap ke'dalam jiwa beliau & ia'nya cukup cantik. "Ada 4,000 buah masjid di bandar ini (Istanbul, Turki) dan ada antaranya cukup cantik pada pandangan saya — membuatkan saya bercadang untuk memeluk agama Islam," kata Liam Neeson. - Rotikaya |
Zizan RL tolak RM18 ribu semata-mata untuk bersama Ustaz Azhar Idrus Posted: 25 Jan 2012 08:19 AM PST Sekali lagi kami bawakan kepada anda kisah slowpoke yang ramai sudah pun tahu. Ini kisah baik yang harus di'kongsi bersama. Al-kisahnya, penampilan Zizan Raja Lawak dalam majlis agama bersama Ustaz Azhar Idrus pada malam ambang tahun baru 2012 lalu masih menjadi perbualan dan ada kisah menarik di'sebaliknya. Menurut laporan beberapa blog politik tempatan, Zizan Raja Lawak telah menolak tawaran menjadi juruacara sebuah majlis sambutan tahun baru 2012 pada malam yang sama dengan program bersama Ustaz Azhar Idrus. Khabar'nya pihak penganjur malam sambutan tahun baru 2012 menawarkan RM18,000 untuk Zizan Raja Lawak tetapi menolak tawaran tersebut untuk bersama Ustaz Azhar Idrus — dan tidak mengharapkan bayaran. Penganjur Program Soal Jawab UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alamtetap menawarkan Zizan Raja Lawak RM1,000 dek kerana majlis malam itu berjaya menarik lebih 80,000 hadirin dan mahu atau tidak, Zizan Raja Lawak tetap menerima bayaran tersebut - Rotikaya |
AG akui kelemahan projek Lembu Shahrizat, serah pada polis untuk siasat Posted: 25 Jan 2012 03:27 AM PST KUALA LUMPUR 25 Jan: Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengakui kelemahan Pusat Fidlot Nasional (PFN) dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewengan. Dalam satu kenyataan hari ini, Ambrin berkata, tujuan pengauditan dilaksanakan adalah untuk menilai sama ada projek PFN telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur, berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan. "Ini disebabkan berbagai faktor yang dihuraikan dalam LKAN 2010. Bagaimanapun katanya, LKAN 2010 tidak menyebut perkataan seperti kucar-kacir 'in a mess' atau penyelewengan dalam laporannya seperti yang dilaporkan sesetengah media. "Pada pendapat Jabatan Audit Negara (JAN), sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek ini terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. "Pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek ini. "Jikalau tidak, mengapa pada bulan Mei 2009 (sebelum pengauditan dijalankan), kerajaan perlu menangguhkan pelaksanaan PFN sehingga satu kajian viability and business model (model perniagaan) dijalankan bagi projek ini?," soal beliau. RM134.7 juta disalur kepada NFCorp Menurut Ambrin, perkara yang menjadi fokus utama pengauditan oleh Jabatan Audit Negara ialah PFN sejak penubuhannya pada 2006 dan bukan NFCorp sebagai sebuah syarikat. NFCorp katanya, adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1. Manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn Bhd. Menurut Ambrin, projek tersebut diaudit memandangkan ia penting dari segi pengeluaran makanan negara di mana Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar. Antaranya, Peruntukan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (KPIAT) berjumlah RM73.64 juta di bawah RMKe-9 bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasian. "Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir tahun 2010 oleh KPIAT untuk menyediakan tapak seluas 5,000 ekar bagi projek ini. "Kawasan ini kemudiannya dikurangkan kepada 2,000 ekar sahaja," kata beliau. Selain itu, geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp pada bulan September 2007. Manakala setakat akhir tahun 2010 sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp supaya syarikat ini menyediakan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang. Dalam kenyataannya, Ambrin turut mengakui pinjaman mudah (soft loan) juga telah diluluskan kepada NFCorp. yang berjumlah RM250 juta menerusi satu perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani pada Disember 2007. "Setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan," kata beliau. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25857 |
‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’ - kata Kelab Isteri Gila Seks Posted: 24 Jan 2012 11:59 PM PST Selepas buku seks Kelab Taat Suami lancar kempen 'Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam' Oleh Syed Mu'az Syed Putra January 25, 2012 KUALA LUMPUR, 25 Jan — Disebalik kontroversi buku panduan seks, Kelab Taat Suami hari ini melancarkan kempen "Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam" sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Kempen selama 12 hari itu (bermula hari ini) adalah untuk meraikan kelahiran Nabi Muhammad pada 5 Februari depan atau 12 Rabiul Awal mengikut kalendar Islam. Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia Fauziah Ariffin, kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan Rasulullah. Beliau berkata ramai "umat Islam sudah terlalu jauh dengan Rasulullah." "Sudah tentu ikutan (Rasulullah) menjadi panduan dan ia termasuk aspek ibadah keluarga bahkan termasuk dalam kehidupan seks. Tentu bila sebut tentang hal seks suci ramai yang terlupa tentang hal yang terangkum dalam hal suami isteri, sesuatu yang kita lakukan hari-hari. "Dalam kehidupan biasa ia bukan sesuatu yang kontroversi tapi kita sudah terlalu jauh dengan Rasulullah, jadi kita mahu mengajak umat Islam mendokong melaksanakan kehidupan Islam yang sebenar tambahan kalau kita lihat banyak gejala tidak sihat yang berlaku sekarang," katanya pada sidang media selepas pelancaran kempen "Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam" di Pusat Perdagangan Pelangi, Damansara di sini. Jelas Fauziah, sekiranya umat Islam melaksanakan kehidupan dengan berlandasakan prinsip Islam segala gejala homoseksual dapat dielakkan. "Kalau kita lihat sekarang secara terang-terangan lelaki berkahwin sesama lelaki dan wanita berkahwin sesama wanita," jawabnya. Terlebih dahulu dalam ucapan perasmiannya, Fauziah berkata Islam membenarkan hubungan seks dilakukan namun ia mesti "seks suci" antara suami isteri. "Seks dibenarkan asal ada batasnya, bukan seperti gay yang memaparkan seks yang tidak sepatutnya dan melanggar batas norma, juga tidak melakukan seks bebas yang melanggar perintah Tuhan. "Kami berasa tanggungjawab untuk mengajak umat Islam melaksanakan kehidupan Islam, suami adalah pemimpin dan isteri adalah pengikut tapi nampaknya umat kita sudah gagal," katanya. Sebelum ini Kelab Taat Suami menerbitkan buku panduan seks bertajuk "Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia." Namun Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku panduan seks itu. Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci. Buku 115 muka surat yang dikatakan panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang. - TMI |
Najib gagal menunaikan apa yang dikhutbahkannya Posted: 24 Jan 2012 11:44 PM PST KUALA LUMPUR, 25 JAN: Datuk Seri Najib Razak masih belum cukup sederhana untuk memperkenalkan Gerakan Kesederhanaan Global. Buktinya, para pemimpin UMNO dan lidah rasminya Utusan Malaysia sangat bersifat ultra kaum kerana mengajak Melayu membenci kaum lain. Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata lakonan Perdana Menteri untuk menonjolkan diri di mata dunia gagal sama sekali kerana sikap perkauman kebanyakan pemimpin UMNO serta Perkasa pun tidak dapat dibendungnya. Katanya Najib gagal menunaikan apa yang dikhutbahkannya apabila beliau membenarkan perkauman tebal dan ektremisme agama mekar di bawah sokongan UMNO dan pencacainya Perkasa. "Najib sebagai Perdana Menteri negara ini…mengangkat diri sebagai 'suara kesederhanaan' gagal mengajar Perkasa…ahli-ahli UMNO yang terlibat mahu pun lidah rasmi parti Utusan Malaysia kerana menggalakkan kebencian kaum dan sikap tidak bertoleransi antara agama. Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata demikian mengulas kenyataan Najib dalam kata pengantar buku untuk Persidangan Antarabangsa Pergerakan Kesederhanaan Global minggu lalu. Dalam kata pengantarnya Najib dipetik sebagai berkata: "…masanya sudah tiba buat semua golongan sederhana dari semua negara, semua agama untuk mengambil alih peranan, untuk menebus semula agenda keamanan dan pragmatisme serta meminggirkan golongan pelampau." Justeru Pua yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat DAP menempelak kenyataan Najib itu sebagai 'lembik' dan caca merba dalam melawan sifat ekstremisme. Walau pun Najib gagal melaksanakan apa yang dicita-citakannya, Pua menyokong kenyataan Najib menentang ekstermisme. "Ia adalah apa pegangan DAP yang diperkenalkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada konvensyen parti 2010 yang digelar sebagai Jalan Tengah Malaysia," katanya. Tambahnya lagi, Guan Eng telah menerangkan bahawa "melalui Jalan Tengah Malaysia, DAP lebih sukakan kerjasama bukannya konflik; konsultasi berbanding konfrantasi; dan sebuah masyarakat bersama yang inklusif iaitu merangkumi semua, bukannya ekslusif." Menurutnya, walau sekuat mana usaha Najib untuk membentuk sifat kesederhanaan di Malaysia, beliau seharusnya memperbetulkan dahulu permasalahan dan kacau bilau yang dibuat 'anak didik' beliau dalam UMNO. – Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan