Politiksukusakat |
Politik Umno-BN Kedah 'bercempera' Posted: 25 Jan 2012 10:17 PM PST WAN NORDIN WAN YAACOB Analisis Pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) mungkin sekali akan berlangsung antara 2 hingga 5 bulan sahaja lagi, jika Mac adalah tarikhnya bermakna hanya dua bulan sahaja lagi negara akan berdepan situasi penting menentukan pemerintah. Namun, jika Jun adalah tarikh pilihan raya, maknanya rakyat masih ada 5 bulan lagi untuk menilai sejauhmana kerajaan yang ada hari ini (BN) mahupun kerajaan Alternatif yang sedang dipacu Pakatan Rakyat boleh menjadi pemerintah. Ramai yang melihat, pertentangan antara parti dalam PRU-13 bakal menjadi getir dan sengit memandangkan rakyat kini sudah tahu dan bijak menilai untuk kepentingan mereka. Begitu juga rakyat di Kedah yang memiliki kerajaan baharu sejak Mac 2008 yang dipimpin oleh Menteri Besar daripada PAS, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Sejak daripada awal menerajui Kedah Darul Aman, Azizan dilihat memiliki gaya tersendiri dan seringkali menimbulkan 'kontroversi' diawal pemerintahannya. Kini rakyat Kedah mungkin sekali boleh menilai keberkesanan dan ketelusan pemerintahan Azizan dan barisan Exconya menandangkan telah tiga tahun rakyat merasai denyut pemerintahannya. Kedah adalah negeri yang sangat sinomin dengan 'pengeluar kepimpinan' iaitu negeri yang agak hebat dalam melahirkan kepimpinan termasuk yang menerajui negara. Antaranya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad serta Tuanku Abdul Rahman Putra dipihak BN, sementara Almarhum Dato' Fadzil Mohd Noor dan Ibrahim Libya di pihak PAS. Pengaruh Umno di Kedah cukup kuat semasa Mahathir menerajui negeri itu, namun selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, negeri Jelapang Padi itu bukan lagi aset tetap Umno. Buktinya, pada PRU-12, Kedah jatuh ke tangan PAS dan gabungan Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP serta Parti Keadilan Rakyat (KeADILan). Selepas jatuhnya Kedah ke tangan PAS-Pakatan Rakyat, BN di Kedah mula bergolak dan tidak lagi menjadi satu pasukan yang kuat kerana Umno sendiri selaku parti tunjang telah 'berkecamuk'. Ada yang menyatakan politik Umno di Kedah retak menanti belah sama seperti yang berlaku di Kelantan menyebabkan Dato' Seri Shafie Apdal terpaksa menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Kedah buat sementara dan digantikan kemudiannya oleh Dato' Ahmad Bashah. Peranan Mahazir Khalid selaku bekas MB tidak diiktiraf dalam menerajui Umno Kedah meskipun bekas MB itu menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kedah. Meskipun anak Mahathir, Dato' Mukhriz Mahathir dilihat sebagai 'star' kononnya yang boleh menyerikan Umno Kedah, namun ketokohahnya tidak terserlah dan di peringkat pusat beliau sendiri kalah dalam merebut jawatan ketua Pemuda Umno kepada Khairy Jamaluddin. Meneliti politik Mukhriz, Ahmad Bashah dan Mahazir Khalid di Kedah, kelompok ini kini dilihat saling berlumba untuk mencari pengaruh bagi meletakkan diri mereka sebagai peneraju Umno Kedah. Namun, langkah pertama Mukhriz mendaki puncak pengaruh dengan memastikan beliau dipilih menjadi Ketua Pemuda Umno, gagal apabila delegasi memilih Khairy. Pemimpin Umno juga sedar bahawa ini adalah satu kesilapan. Begitupun, perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak melantik Mukhriz menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa. Sehingga kini, tiada usaha yang jelas dilakukan oleh Mahathir untuk meletakkan anaknya lebih hampir kepada jawatan Perdana Menteri. Najib terpaksa menggantikan Shafie Apdal dengan Ahmad Bashah Md Hanapiah sebagai Ketua Umno Kedah dengan Mukhriz sebagai timbalan. ramai yang melihat, jika PRU-13 BN mampu menawan Kedah, Kedah, ia belum lagi bagus untuk Mukhriz kerana beliau sebenarnya tiada sokongan di Kedah, apa lagi di negeri-negeri lain. Hampir tiada sokongan langsung untuk Mukhriz di negeri lain dan inilah masalah besar yang tidak dapat diselesaikan oleh bapanya Tun Mahathir. Satu cara lain adalah dengan meletakkan Mukhriz berpasangan dengan orang lain dan orang yang terbaik buat masa ini adalah Muhyiddin Yassin, yang juga merupakan Timbalan Presiden Umno. Tetapi itu akan menjadi sangat jelas dan beliau benci apabila orang lain dapat meramal tindak ¨Ctanduk beliau. Mahathir sekarang kesuntukan masa dan pilihan beliau juga sangat sedikit. Mahathir mungkin terpaksa menggunakan Muhyiddin tetapi, beliau tidak akan berhenti mencari alternatif lain yang lebih pendek. Besar kemungkinan Mahathir akan menggunakan Najib untuk memberi kuasa kepada Mukhriz. Mukhriz mencuri perhatian rakyat apabila beliau terus menerus mempertahankan ayahnya semasa pertelingkahan dengan Tun Abdullah dan Khairy pada 2003-2008. Pada PRU 12, Mukhriz menang di kerusi parlimen Jerlun sementara Mahathir juga sentiasa cuba meyakinkan orang lain bahawa Mukhriz lebih pintar berbanding beliau! Orang lain kurang percaya dan mengatakan bahawa bukti kepintaran Mukhriz adalah kepalanya yang semakin botak. Namun rakyat Kedah sukar termakan telahan ala kebudak-budakan Mahathir itu yang menyebabkan penyokong tegar Mahazir Khalid, Ahmad Bashah dan beberapa orang senior Umno lain meradang. Di Parlimen Padang Terap sendiri, perpaduan Umno semakin rapuh, buktinya Mahazir yang juga Adun Pedu sudah tidak mendapat sokongan dari Adun Kuala Nerang, Dato' Syed Sobri yang masing-masing berlumba dalam mencari kelemahan antara satu sama lain. Dalam beberapa program antara kedua-duanya, dikatakan antara mereka tidak mampu untuk bersatu untuk menyemarakkan sokongan pengundi secara koleftif. Politik Mahazir sendiri sudah seperti 'kabur' dalam arus massa Kedah, dan beliau hanya lebih tertumpu di Dun Pedu sahaja. Sementara Ahmad Bashah kini sedang menumpang populariti Najib yang meletakkannya selaku Ketua Umno Kedah.Ahmad Bashah mencuba pelbagai resipi ajaib untuk menabur fitnah kepada kerajaan PAS Kedah yang dipimpin Azizan. Namun dalam beberapa resipinya, Ahmad Bashah masih tidak mampu menggugat keyakinan rakyat kepada Azizan yang sering kali mudah mematakkan serangan Umno-BN dalam media-media massa. Isu hasil balak dan beberapa projek di Kedah yang cuba dibangkitkan Ahmad Bashah tidak mampu menjadi alat untuk menjatuhkan PAS di Kedah kerana beliau (Ahmad Bashah) sendiri 'kurang' mendapat sokongan pimpinan akar umbi di Kedah. Berdepan PRU-13, tiga tokoh penting Umno di Kedah ini masih lagi tidak menemui sentuhan bisa untuk dirapatkan perpaduannya, sebaliknya masing-masing membawa haluan politik masing-masing dalam mempastikan kedudukan sendiri terjamin. Bak kata seorang sumber, politik Umno masih 'bercempera' (tidak sekata) lagi kerana masing-masing hanya memikirkan kepentingan sendiri. |
You are subscribed to email updates from Politiksukusakat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan