Rabu, 25 Januari 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BERAHIM KATAKI BARU DISAKAT OLEH WANITA SUDAH MEROYAN

Posted: 25 Jan 2012 07:00 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

BARU Faekah Husin sakat sikit, Berahim Kataki sudah meroyan. Faekah sebut, jawatan Exco Agama yang dipegang oleh Tan Sri Khalid, MB Selangor itu diperkenankan oleh Sultan Selangor malahan ada yang menyebut mungkin Sultan Selangor yang mencadangkan agar MB Selangor memegang portfolio tersebut.  Maka, Berahim Kataki melalak melolong tidak berkenan dengan hal tersebut, bak kata Faekah samalah seperti Berahim Kataki tidak berkenan dengan Sultan.

Maka, disakat sikit oleh Faekah orang tua dari Pasir Mas ini bahawa elok benarlah raja katak ini tidak `melompat' atau memasuki Selangor.  Bukankah Berahim Kataki juga pernah `halau' orang lain sebelum ini?  Apa yang Berahim Kataki tidak pernah sebut?  Sampai beliau pernah menghalau kaum lain balik ke negara asal usul mereka.  Jadi, Berahim Kataki tidak perlu meroyan bila kena atas batang hidung sendiri.

Mat Sabu juga pernah diugut agar tidak menjejakkan kaki ke Negeri Sembilan kononnya Mat Sabu sokong Komunis.  Ada Mat Sabu meroyan?  Malahan selang beberapa hari selepas diugut, Mat Sabu tampil di bumi adat perpatih itu.  Apa nak hairan?  Peguam Sivarasa dan beberapa pemimpin pertubuhan tertentu juga pernah dilarang memasuki Sarawak.  Faekah cuma menyakat Berahim Kataki kerana ingin mengetahui sejauh mana Berahim Kataki akan melatah.  Rupa-rupanya Berahim Kataki macam orang bodoh dan bengap.

Sebab itulah, jangan suka menghalau orang sesuka hati.  Bila kena atas batang hidung sendiri baru tahu.  Sekarang jelas, Faekah seorang wanita berjaya membuatkan Berahim kataki menjadi seperti budak-budak bodoh./wfauzdin.blogspot.com

BLOGGER BALIK KAMPUNG DI PENTAS CERAMAH

Posted: 25 Jan 2012 10:55 AM PST

PADA 24hb Jan baru-baru ini, kat kampung aku di Kg Simpang Durian, Jelebu, N.Sembilan telah diadakan ceramah umum bersama Chegu Bard, Aiman Athirah dan Sdr Abd Rahman (Timb. P/Jaya PAS II N.Sembilan). 

Aku pun turut berada di pentas ceramah kerana teruja dengan kebangkitan anak Jelebu, khususnya di Spg Durian yang berazam untuk menguburkan Umno/Bn.  Iltizam, Rais Yatim mesti dikuburkan agar beliau merasai menyesal seumur hidup akibat telah membina semula jambatan yang dahulunya beliau bakar bersama Umno.


Jelebu, Ahli Parlimennya Rais Yatim selaku Menteri Komunikasi.  Bayangkan telah bertahun di Jelebu tiada pengangkutan awam.  Tiada bas di Jelebu, melainkan menghubungkan Seremban dengan K.Klawang iaitu tempat Rais Yatim.  Di tempat lain, terputus hubungan walaupun memiliki Menteri Komunikasi sebagai Wakil Rakyat.  Jika anda menaiki kereta dari Spg Pertang menuju ke kampung aku, sekiranya anda tidak muntah sepanjang perjalanan anda dianggap hebat.  Begitulah hebatnya jalanraya ke kampung aku.  Jika anda mengharapkan perkhidmatan terbaik di dalam komunikasi, anda tidak boleh mendapatkannya di Jelebu.  Jangan ingat, MP Jelebu Menteri Komunikasi, maka di kawasan ini mempunyai perkhidmatan komunikasi yang terbaik. 

Tiada jalan lain untuk mengubah semua ini, kecuali Umno/Bn wajib ditumbangkan di Jelebu dan N.Sembilan wajib diperintah oleh PR.  Program penerangan di Jelebu terutamanya di kampung aku akan diteruskan...

Tiada ulasan: