Selasa, 24 Januari 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kenapa Nazri Aziz dan menteri kabinet Najib takut isytihar harta?

Posted: 24 Jan 2012 10:54 PM PST

SHAH ALAM, 24 JAN : Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mempersoalkan mengapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz terlalu bimbang sekiranya aset menteri kabinet dan keluarga wajib diisytihar kepada umum.

Ia ekoran kenyataan Nazri yang mempertikai keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menyifatkan tindakan itu 'mengundang bahaya'.

Saifuddin ketika dihubungi TV Selangor menyifatkan kenyataan Nazri itu adalah alasan paling lemah dan memberi gambaran bahawa beliau cuba menyembunyikan sesuatu selain mahu melindungi Menteri Kabinet yang menikmati kemewahan di luar kemampuan.

"Salah satu cara untuk membuktikannya adalah dengan membandingkan harta yang dimiliki seseorang (pemimpin) itu sebelum dan selepas memegang jawatan.

"Sekiranya didapati pertambahan harta bagi seseorang menteri itu berlaku selepas mereka memegang jawatan, maka rakyat bolehlah membuat satu kesimpulan bahawa kekayaan itu barangkali dimiliki melalui penyalahgunaan kuasa dan kedudukan. Itu sebenarnya tujuan yang paling mudah untuk meminta seseorang menteri mengisytiharkan harta," katanya yang juga Ahli Parlimen Machang.

Menurut Saifuddin, sekiranya seseorang pemimpin itu tidak mempunyai sebarang perkara untuk disembunyikan, maka mereka tidak perlu mengadakan alasan yang dianggap cuba memperbodohkan tahap pengetahuan rakyat.

Beliau turut berpendapat, pengisytiharan harta ini boleh meningkatkan kewibawaan seseorang menteri selain berupaya menyelamatkan kedudukan mereka kerana rakyat dapat melihat ketelusan dalam urusan pentadbiran.

Tambahnya, amalan yang mengatakan bahawa memadai harta seseorang menteri itu disiytiharkan kepada Perdana Menteri sahaja juga tidak boleh diterima.

Sebaliknya, pengisytiharan harta itu perlu dilakukan di mana-mana institusi yang mempunyai kewibawaan sama ada institusi audit profesional atau institusi dalam negara.

"Perkara itu mestilah disepakati dan diterima ramai sama ada kepada institusi audit bertauliah seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang di mana Ketua Menteri dan exco mengisytiharkan harta, dan disemak oleh juruaudit serta dijadikan sebagai maklumat awam yang membolehkan rakyat menyemak kedudukan harta pemimpin.

Walaupun ada pihak yang mempertikaikan kewibawaan institusi ini, namun ianya jauh lebih baik daripada diisytiharkan kepada perdana menteri sahaja. Jadi, isu kepada siapa kedudukan harta itu diisytihar juga mestilah diteliti," tegasnya.

Isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme dan sogokan merupakan amalan yang telah lama di lakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN.

Apakah kebimbangan dan ketakutan pemimpin-pemimpin tersebut mengistiharkan harta mereka bertujuan untuk melindungi sumber harta kekayaan mereka dari pengetahuan rakyat.?- tuanibrahim,blogspot.com

ARTIS : Akhirnya ... Fasha Sandha - Jejai berpisah

Posted: 24 Jan 2012 07:10 AM PST


Akhirnya terungkai sudah diantara hubungan Fasha Sandha dan juga Jejai yang kini sudah berpisah. Kenyataan ini dibuat sendiri oleh Jejai di HMetro hari ini.Perpisahan mereka juga bukan disebabkan  leh bekas isterinya iaitu Nora Danish.

"Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain," katanya.


Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.


Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.

Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.
"Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.

"Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya," kata Jejai menerusi e-melnya.
Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.
"Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu," katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu. -

http://www.ohgosip.com/2012/01/fasha-sandha-dah-berpisah-dengan-jejai.html

PRU 13 : Tiada peluang untuk BN ambil Selangor dan Kedah

Posted: 24 Jan 2012 03:01 AM PST

Pemimpin Pakatan Rakyat sebulat suara yakin bahawa gabungan pembangkang akan kekal berkuasa di Selangor, Kedah dan mengambil Negeri Sembilan dan Perak.

Membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah Monash University James Chin, Nik Nazmi Nik Ahmad memberitahun Malaysia Chronicle walaupun BN sedang bekerja keras di Selangor, gabungan pembangkang sangat yakin ia akan kekal di Selangor.

Wakil rakyat Seri Setia itu berkata bahawa sangat jelas bahawa rakyat Selangor sangat sedar dengan perbezaan cara pemerintahan Pakatan sejak ia mengambil alih dari BN.

"Yang kami lihat, rakyat semakin gembira sekarang dan boleh dilihat dan dirasai perbezaan antara kerajaan ini dengan kerajaan yang sebelum ini. Rakyat boleh melihat pembangunan yang telah berlaku sejak 4 tahun dan membandingkannya dengan apa yang berlaku sejak 50 tahun lalu. Sangat banyak yang dilakukan dalam masa yang singkat," kata Nik Nazmi.

Chin telah memberitahu sidang media di Kuala Lumpur hari ini bahawa ada 50/50 peluang Pakatan boleh kehilangan Selangor dan Kedah manakala BN kehilangan Perak dan Negeri Sembilan berdasarkan data yang dipungut.

M Kulasegaran dari DAP juga tidak bersetuju dengan ada yang diperoleh oleh Chin. Bercakap dengan Malaysia Chronicle, Kula berkata bahawa ia sangat berbeza dengan scenario di Perak di mana rakyatnya sangat yakin terhadap Pakatan.

"Sekarang semua orang tahu bahawa dakwaan liwat Anwar adalah bermotifkan politik dan mahkamah juga telah bersetuju dengan hakikat ini,"kata beliau.

Sedia untuk berubah

Kula yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat menambah bahawa rakyat sudah bersedia untuk berubah di Perak dan juga di peringkat kerajaan persekutuan.

"Kehadiran yang ramai pada konvensyen di Alor Seta adalah petanda bahawa rakyat sedang melihat kepada kepimpinan pembangkang untuk memimpin di peringkat negeri dan persekutuan."

"Rakyat sedar bahawa parti yang memerintah sejak sekian lama itu sudah tidak lagi diterima dan telah memandang ringan pengundi untuk sekian lama manakala kita dalam Pakatan bersedia untuk berkhidmat untuk mereka," ujar Kula.

Sementara itu, Lee Khai Loon, Timbalan Ketua Pemuda PKR sangat pasti dengan peluang Pakatan justeru menidakkan penemuan Chin dari segi akademik.

"Ahli akademik boleh menstrukturkan survei dan bergantung kepada sampel survei itu dan membuat pelbagai anggapan. Tetapi, kita telah pun berada di padang dan kita tahu bahawa rakyat Perak sangat tidak berpuas hati dengan cara BN mengambil kuasa di Perak," beritahu Khai Loon kepada Malaysia Chrnonicle.

"Di Selangor, saya telah turun padang dan orang-orang biasa adalah dalam keadaam lebih baik dari sebelum ini. Mereka tahu bagaimana wang cukai mereka dibelanjakan. Yang kurang bernasib baik mempunyai sumber yang lebih baik dan boleh dilihat bagaimana jelasnya ia berlaku."

Negri Sembilan dan Kedah

Di Negeri Sembilan, Nik Nazmi berkata bahawa ada peluang yang baik Pakatan akan mengambil alih negeri itu.

"Reaksi rakyat terhadap kita adalah sangat positif dan tidak payah untuk kita mengambil beberapa lagi kerusi untuk membentuk kerajaan seterusnya," kata beliau.

Di Kedah, Nik Nazmi yakin Pakatan akan mengekalkan kuasa kerana Menteri Besar dan Pakatan sangat popular.

"Tidak wujud keadaan 50/50 kerana kerana sokongan yang sangat padu di Kedah dan ia jelas di konvensyen Alor Setar.

Tiada siapa yang mahu kalah

Walaupun penganalisis politik mempunyai peranan penting dalam membantu ahli politik membentuk polisi, jelas bahawa banyak di antara kajian mereka tidak mengambil kira faktor 'wow' setiap individu yang tidak dapat di kira dan rasionalkan oleh teori.

Ada yang mengatakan bahawa ini adalah antara scenario yang tidak dapat dijelaskan. Ia adalah andaian Chin dan pihak lain yang berkait dengan Umno. Ini sama dengan situasi semasa "tsunami politik 2008" di mana tiada seorangpun melihat peluang Anwar dan pembangkang. Sungguhpun begitu, mereka mendapat separuh daripada undi popular dan 5 daripada 13 negeri.

Mereka akan berhadapan dengan Najib Razak pada PRU 13 dan Najib ini jelas seorang pemimpin yang sering menipu . Inilah yang cuba Pakatan ketengahkan kepada rakyat. Kedua-dua pihak juga sangat paham akan kesan perang pisikologi akan tetapi bersandarkan kepada persepsi semata tidak akan memenangi pilihanraya.

Tiada yang suka kalah dan semua mahu menang. Jadi, apa yang cuba dibuat adalah persaingan siapa yang akan berada di depan dan siapa yang lebih popular dan inilah yang cuba mereka tanamkan dalam mentality rakyat," kata Timbalan Presiden Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

"BN berharap agar mereka yang tidak mengikuti perkembangan politik akan memilih mereka hanya untuk penerusan dan ini akan menunjukkan bahawa mereka adalah pihak yang akan menang. Tetapi kita fikir bahawa orang biasa lebih bijak daripada yang dijangka oleh BN. Mereka sedar isu –isu yang timbul dan saya yakin mereka akan melaksanakan keadilan pada hari mengundi."

Malaysia Chronicle

Anak Bapa

Anak Bapa


Kerajaan Berkebajikan vs Kerajaan Berpilihanraya

Posted: 23 Jan 2012 11:39 PM PST


Pernahkah kerajaan BN beri duit tunai kepada rakyat sebelum 8 Mac 2008? Kini kita lihat mereka macam "Santa Claus" sibuk mengagih-agihkan duit Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 setiap keluarga, duit bantuan RM100 kepada pelajar sekolah, dan RM200 baucer buku teks kepada siswa.


Walaupun kita dengar macam-macam masalah yang timbul dalam pelaksanaannya termasuk penglibatan langsung UMNO dan BN dalam pengagihannya, seolah-olah duit ini semuanya datang daripada kocek pemimpin mereka, langkah baik ini tetap kita alu-alaukan.


Berbalik kepada persoalan tadi kenapa ia berlaku hanya selepas 8 Mac 2008. Jawapannya sangat mudah kerana kerajaan Pakatan Rakyat mula beri dulu duit kepada rakyat. Di Selangor macam-macam bantuan telah diagihkan kepada seluruh lapisan rakyat termasuk bantuan air percuma, skim warga usia emas, "Jom Shopping", hadiah masuk university, skim TAWAS dan bermacam-macam lagi bantuan langsung kepada rakyat yang selama ini UMNO tak pernah buat atau terfikir nak buat.


Di Pulau Pinang pun sama, Lim Guan Eng tak putus-putus bagi bantuan kepada kepada rakyat yang memerlukan yang selama ini dipinggirkan termasuk warga emas, sekolah dan pelajar tahfiz, guru-guru KAFA, dan sebagainya. Begitu juga di Kelantan dan Kedah dengan pelbagai program yang menguntungkan rakyat secara langsung.


Anak Bapa berpendapat inilah untungnya apabila negara mempunyai sistem demokrasi yang utuh. Tak kira siapa yang memerintah, pembangkang juga mesti kuat supaya kaedah "check and balance" dapat berjalan dengan baik. Hasilnya kita akan mempunyai barisan pimpinan yang bertanggungjawab dan amanah kepada rakyat.


Berbeza dengan pendapat sesetengah orang, demokrasi yang baik bukan bermakna kerajaan yang terlalu kuat dan pembangkang yang terlalu lemah. Hasilnya seperti pilihanraya tahun 70an dan 80an di mana BN letak calon "pokok pisang" pun boleh menang. Natijahnya rakyat yang terus menderita kerana pemimpin tak peduli sebab kemenangan mereka sentiasa pasti.


Yakinlah bahawa keistimewaan yang rakyat nikmati hari ini adalah kerana BN rasa tertekan dengan program Negara Berkebajikan Pakatan Rakyat. Jika mereka tidak mengikut pendekatan PR, BN akan punah dalam pilihanraya akan datang. Biar apa pun retorik mereka, hakikatnya BN takut kalah pilhanraya.


Rakyat kena cerdik dan pastikan pemimpin masa depan negara mesti terdiri dari kalangan mereka yang bertanggungjawab, amanah dan berjiwa rakyat. Dengan kata lain, siapa pun yang memerintah, pembangkang mesti juga kuat.


Anak Bapa: Bila PR memerintah Malaysia nanti, kita mahu BN juga jadi pembangkang yang kuat ………

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Nazri’s statement on asset declaration is disappointing

Posted: 24 Jan 2012 09:28 PM PST

Ramon Navaratnam

JAN 25 — I am deeply disappointed with senior minister YB Datuk Seri Mohd Nazri's statement that Ministers should only declare their assets to the Prime Minister and not to the MACC. He has thus rejected even the simple proposal by the MACC Advisory Panel, that a copy of the Declaration of Assets and Liabilities, should be given to the MACC just to "to keep."
However, the Minister is right in saying that this important matter should be discussed by the Cabinet. But for the same reason, I respectfully submit, he should not announce the REJECTION OF THE MACC PROPOSAL, without Cabinet first considering the MACC proposal.
Read More / Baca Lagi >>

Pakar genetik perjelas asal usul manusia dari Melayu Proto

Posted: 24 Jan 2012 09:24 PM PST

NONESeorang pakar genetik Universiti Oxford, Dr Stephen Oppenheimer berkata beliau terkejut apabila melihat betapa kajian ke atas asal usul warga pribumi di negara ini dijalankan mengikut pertimbangan politik.

Reaksi seperti itu dapat dikesan melalui laporan media ke atas satu persidangan mengenai asal usul orang Melayu minggu lalu, yang mendedahkan bahawa Orang Asli daripada suku Senoi, Semang dan Melayu Proto merupakan "pemegang obor" yang merintis tamadun manusia moden.

Oppenheimer ketika menjelaskan penemuan itu dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu berkata, Orang Asli khususnya dari suku Semang dan Melayu Proto merupakan keturunan daripada manusia pertama yang menjejakkan kaki ke Asia Tenggara.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Shafie: Urusan agama lebih lancar dibawah MB

Posted: 24 Jan 2012 09:23 PM PST


BANGI, 25 Jan: Pembantu Exco Hal Ehwal Agama Selangor,  Dr Shafie Abu Bakar (gambar) yakin segala urusan berkaitan hal ehwal agama di Selangor akan lebih licin selepas portfolio itu dipegang sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurutnya yang juga Adun PAS Bangi, dengan kelebihan yang ada pada Khalid selaku Menteri Besar, ianya akan memudahkan 'banyak benda' termasuk dalam urusan dengan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Malah lebih penting ujarnya, hubungan baik beliau dengan pihak istana termasuk Sultan Selangor yang merupakan ketua agama Islam negeri.

"Kedudukan YAB sebagai Menteri Besar, menjadikan hubungan dengan Mais dan Jais khususnya Istana akan lebih dihormati dari segi memberi pandangan dan kedua-dua belah pihak boleh diharmonikan dan dilicinkan dari segi pentadbiran.

"Dengan (portfolio agama) dipegang YAB Menteri Besar, polisi dan peruntukan juga barangkali dapat dijalankan dengan licin," katanya dalam temubual khas bersama Harakahdaily.
Read More / Baca Lagi >>

Hukum Mendedah Kesalahan Pemimpin

Posted: 24 Jan 2012 09:21 PM PST


Oleh Tolhah
Mendehttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhDJdUgcUtkARFZBcayJw365D1nuVDZ-HujQxeQvv6c5g4FKSTVAzRKpjoAPVH2snLUWWM9yi871V1pBvGe9cuqO40ISj6TdNRsC3ZLLw4pexwE7w2qAiz-RFjXZUBB5y8SeQe3F0vbRbcQ/s1600/MASJID.jpgdahkan sesuatu perkara yang betul-betul ada pada seseorang yang tidak disenangi penghebahannya oleh orang tersebut sama ada perkara tersebut adalah perbuatan atau sifat kejadian samalah hukumnya dengan mengumpat.
Hukum asal kepada mengumpat adalah haram kerana dengan mengumpat, aib seseorang muslim itu akan didedahkan kepada orang ramai sedangkan Islam mewajibkan para muslim untuk menyembunyikan aib seseorang.

Read More / Baca Lagi >>

Negara Berkebajikan bakal lemaskan BN

Posted: 24 Jan 2012 09:19 PM PST


Oleh SAFAR JUMAAT
SATU perkara yang perlu PAS gerakan sekarang ialah memberi secukup-cukupnya penjelasan kepada rakyat mengenai Konsep Negara Berkebajikan yang menjadi asas perjuhttp://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.12070.1323746364!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpgangan parti.
Jika tidak, Umno (baca: BN) akan memutar belitkan slogan ini, kononnya mereka sudah lama mengamalkan negara berkebajikan tetapi dalam masa yang sama, masih terdapat mereka yang miskin tegar, ketinggalan dalam pelajaran dan tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi kerana halangan kedhaifan.
Read More / Baca Lagi >>

Melayu Benci Umno Bukan Kerana Asabiyyah..!!

Posted: 24 Jan 2012 09:18 PM PST

Semalam saya dikirimkan senaskah kertas kerja berjudul "Gerakan Kebangsaan Malaysia – Yang Tidak Bercanggah Dengan Konsep Asabiyyah" (Umno – Mso) yang ditulis (sebenarnya dirumuskan) oleh seorang sarjana Islam penyokong kerajaan bernama Muhammad Uthman El Muhammady (foto) untuk memberi kefahaman dan menjadi pegangan para penganut Umno.
Sarjana ini berasal dari Kelantan penah terlibat menubuhkan sebuah jemaah Islam tradisi ala pondok moden di kampung kelahirannya di Tal Tujuh, Pasir Mas Kelantan.
Sarjana ini pada suatu ketika berpegang kuat kepada fahaman tradisi semi otordoks sehinggakan menolak kemodenan dan pembangunan duniawi. Pengalaman dengan penulis, beliau dikatakan 'mengharamkan' televisyen dan melarang keras penyiaran gambar dalam media massa termasuk gambar wajahnya sendiri.
Gerakan yang ditubuh itu dengan kerjasama (pengeluar modal dan pengorbanan) beberapa orang kawannya yang ingin hidup menurut Islam syumul dikenali kumpulan Jubah Hijau Tal Tujuh. Kesan-kesan perwujudan kumpulan ini masih ada sehingga kini, tetapi difahamkan Uthman El Muhammady tidak lagi bersama mereka kerana sebab-sebab yang tidak jelas tetapi boleh dikaji kenapa beliau "mufaraqah" dari kumpulan itu.
Molek juga kalau ada para sarjana atau kumpulan mahasiswa (Islamic study) membuat kajian terhadap pertubuhan ini yang pernah diketuai oleh sarjana itu, agar masyarakat boleh mengetahui apa kesudahan dan apakah sebab musabab maka pengasasnya berudur diri dari kumpulan tariqat itu. Kita juga mahu mengetahui apakah tariqat yang menjadi amalan dan dipakai oleh kumpulan Jubah Hijau itu.
Read More / Baca Lagi >>

Fitnah Liwat II: Peguam tunggu alasan penghakiman

Posted: 24 Jan 2012 08:47 PM PST

KUALA LUMPUR 25 Jan: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menunggu alasan penghakiman oleh mahkamah tinggi,  ekoran kes rayuan yang difailkan peguam negara terhadap keputusan membebaskan ketua pembangkang itu.
Peguam Anwar, Sankara Nair berkata, tindakan susulan pihaknya berhubung perkara itu akan hanya dibuat selepas mahkamah memberikan alasan penghakiman tersebut.
"Kita masih menunggu apa alasan-alasan penghakiman yang akan diberikan mahkamah berhubung kes Fitnah II ini.
"Selepas itu, barulah kita berbincang dan menentukan apa langkah susulan," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.
Rekod rayuan tidak lengkap selagi alasan penghakiman tidak difailkan bagi membolehkan mahkamah rayuan menentukan tarikh dan  masa perbicaraan.
Read More / Baca Lagi >>

NFCorp in dialogue with NGOs: Spinning itself into a bigger "mess"?

Posted: 24 Jan 2012 08:46 PM PST

NFCorp in dialogue with NGOs: Spinning itself into a bigger "mess"?KUALA LUMPUR --- National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) has extended its appreciation to key NGOs that attended its dialogue last Sunday to be updated on the situation surrounding NFCorp, which solutions would be of concern to the 12 associations and the thousands of members they represented.
It was a no-holds-barred dialogue as the NGOs needed to know the full picture before they could offer a qualified NGO view and statement on the subject.
NFCorp chairman, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail had presented the facts of the situation and responded to the many questions raised by the NGO representatives.
The NGOs represented at the dialogue included Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Malaysian Entrepreneurs Council, Peninsular Malay Students Coalition, Consultative Council, Malay Professional Thinkers Association and Children of Kelantan Association, among others.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas buku seks Kelab Taat Suami lancar kempen ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’

Posted: 24 Jan 2012 08:44 PM PST


KUALA LUMPUR, 25 Jan — Disebalik kontroversi buku panduan seks, Kelab Taat Suami hari ini melancarkan kempen "Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam" sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Kempen selama 12 hari itu (bermula hari ini) adalah untuk meraikan kelahiran  Nabi Muhammad pada 5 Februari depan atau 12 Rabiul Awal mengikut kalendar Islam.
Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia Fauziah Ariffin, kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan Rasulullah.
Read More / Baca Lagi >>

Isu NFC: Kit Siang gesa pengerusi PAC letak jawatan

Posted: 24 Jan 2012 08:34 PM PST

pac meeting on rmaf engine missing 200110 azmi khalidPenasihat DAP Lim Kit Siang mahu pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid meletak jawatan kerana didakwa melambatkan "penyiasatan penuh" terhadap dakwaan salah urus projek Fidlot Kebangsaan.

Ahli parlimen Ipoh Barat itu menggesa Azmi (kiri) supaya "jangan
menjadi halangan" kepada siasatan segera PAC terhadap tuduhan itu agar jawatankuasa berkenaan boleh membentangkan penemuannya di Parlimen apabila ia bersidang semula Mac ini.

Lim membuat gesaan itu ekoran Azmi, yang juga ahli parlimen Padang Besar, menghentikan siasatan PAC terhadap pengurusan projek lembu itu, sehingga polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyelesaikan siasatan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Soi Lek: Bad for PAS to dominate Pakatan but good for Umno to be MCA's big brother

Posted: 24 Jan 2012 08:31 PM PST

Soi Lek: Bad for PAS to dominate Pakatan but good for Umno to be MCA's big brother Pakatan Rakyat leaders slammed MCA president Chua Soi Lek for "telling lies without blinking an eye" for insisting that PAS was the dominating party in the Pakatan coalition, and the Chinese should therefore stick to voting for the Umno-led BN coalition as PAS was an Islamist party.
"This is why MCA has gone downhill. They have an unprincipled leader who tells bare-faced lies, is a racist and religious bigot to boot. Soi Lek's comments are actually also an insult to Islam. For most Malaysians, we are taught from young to respect all religions, and so far, only people like Mahathir Mohamad, Ibrahim Ali and Chua Soi Lek go around saying this religion is superior, that one is no good and the other is extreme. How can such people be fit to lead the country," PKR vice president Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle.
"It is also very obvious Soi Lek fears the DAP and PKR. Just like(Prime Minister) Najib fears Anwar. That's why the pressure to create Sodomy II and all sorts of accusations to bring him down. Soi Lek is afraid the Chinese will vote DAP and PKR. But I can tell him now, the Chinese would prefer to vote PAS rather than MCA, that's for sure."
Read More / Baca Lagi >>

Fitnah Liwat II : Umno sengaja tempah maut

Posted: 24 Jan 2012 07:52 PM PST

Tindakan Peguam Negara memfailkan notis rayuan kes tuduhan sodomi II membabitkan Anwar bakal memusnahkan parti perkauman itu akhirnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan seolah-oleh membuat pusingan U apabila berdepan tuduhan sodomi II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Apabila keputusan yang mengejutkan itu (pembebasan Anwar) diumumkan pada 9 Januari lalu, Najib bersama pemimpin Umno yang lain tenggelam dengan pujian yang datang mencurah-curah dari seluruh pelusuk dunia kerana keadilan untuk Anwar dikotakan walaupun prosiding perbicaraan menunjukkan wujud penganiayaan politik.
Najib kelihatan berbangga dengan penghakiman ini apabila beliau mendakwa bahawa keputusan ini menunjukkan transformasi yang diperkenalkan kini membuahkan hasil.
Dalam wawancara dengan Wall Street Journal pada 13 Januari lalu, Najib memberitahu pewawancara James Hookway bahawa penghakiman ini "membuktikan kesungguhan kerajaan dalam menjalankan proses reformasi."
Read More / Baca Lagi >>

Keselamatan dan pilihan raya

Posted: 24 Jan 2012 07:49 PM PST

Ruhanie Ahmad

25 JAN — Tugas utama sesebuah kerajaan adalah menguruskan keselamatan nasional, kesejahteraan rakyat, kemakmuran ekonomi serta kelangsungan negara supaya negara berkenaan sentiasa kukuh dan tidak boleh didominasikan oleh kuasa-kuasa asing.
Namun perilaku siasah alternatif Malaysia mutakhir ini adalah dicirikan oleh pelbagai amalan negatif secara meluas, terutamanya menerusi kemudahan teknologi digital merangkumi segelintir portal berita, blog, facebook dan twitter, tanpa mengambil kira impaknya terhadap kesejahteraan masyarakat dan keselamatan nasional.
Amalan negatif ini bukan hanya dilakukan oleh pendukung siasah alternatif peringkat bawahan, malah membabitkan segelintir kepimpinan tertinggi parti-parti terbabit, termasuk golongan individu yang beraspirasi untuk menerajui kepimpinan tertinggi Malaysia. Ironisnya, perkembangan ini turut didukung dan dihalalkan oleh kumpulan siasah alternatif yang mendakwa sebagai berpaksikan Islam dan segolongan individu yang menonjolkan imej tokoh Islam antarabangsa.
Read More / Baca Lagi >>

Politik perkauman akhiri zamannya

Posted: 24 Jan 2012 07:45 PM PST

Abd Shukur Harun

 Tidak syak lagi bahawa generasi baru, malah sesetengah generasi lama juga, telah dengan jelas menolak politik perkauman. Dengan itu parti politik yang berasaskan kaum, atau tebal dengan perkauman sedang menghadapi zaman gelapnya.

Dengan itu, tidak mungkin lagi politik perkauman akan terus mendominasi iklim politik di Malaysia, justru golongan  yang mendukung politik perkauman semakin merosot dan terus merosot.

DAP yang sejak puluhan tahun digambarkan oleh musuh politiknya sebagai parti perkauman Cina, kini berusaha keras memulihkan imejnya sebagai parti politik untuk semua kaum di Malayia. Usahanya itu sebanyak sedikit menampakkan hasil di mana sudah ada tokoh-tokoh Melayu yang menyertainya.
Read More / Baca Lagi >>

Serangan Jln Kebun : Selepas ke balai polis, ABU ke Suhakam

Posted: 24 Jan 2012 07:42 PM PST


KUALA LUMPUR, 25 Jan: Asal Bukan Umno (ABU) akan  menyerahkan memorandum kepada Suhakam hari ini bagi membantah serangan di majlis anjuran mereka bersaham Hindraf di Jalan Kebun, Klang baru-baru ini.

Memorandum itu akan diserahkan jam 11 pagi ini di Pejabat Suhakam, Jalan Sultan Ismail.

Semalam mereka membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Tak kisahpun Hang Tuah wujud atau tidak!

Posted: 24 Jan 2012 07:37 PM PST

Dahulu Prof Khoo Kay Kim pernah berkata Malaysia tak pernah dijajah. Pandangan ini diikuti oleh anak kepada Kling. Terbaru Prof Khoo Kay Kim dilaporkan berkata tidak ada bukti dan rekod tentang kewujudan Hang Tuah. Agaknya terlalu banyak sangat mengkaji serjarah demi mempertahankan kerajaan Umno, dapatan Prof ini pun menjadi haru-biru. Yang diterima sebagai fakta selama ini, kini terdedah sebagai 'penipuan' rupa-rupanya selama ini. Yang kena tipu pelajar, yang menipu yang terlalu mahu membodek Umno. Nasib lah 1Malaysia!

Tentang pandangan terbaru Prof Khoo, bagi aku tak kisah pun Hang Tuah wujud atau tidak!

Kalau takdir Hang Tuah pernah wujud dan takdir masih wujud sekarang ini, aku rasa lebih menyusahkan orang Melayu untuk menerima perubahan sebab melihat kepada karektor Hang Tuah seperti yang diceritakan, kebarangkalian dia menjadi ahli Umno totok adalah tinggi! Cara ketaatan Hang Tuah akan menyebabkan Hang Tuah tak akan pandai berubah ke arah melakukan reformasi. "Pangkah Umno, kalau Umno kalah orang melayu akan makan ubi kayu…hidup seperti dalam zaman Jepun lagi!!"! Dah…kalau mentality Hang Tuah macam ini, baik Hang Tuah tak payah wujud!!! Tak wujud pun tak apalah!!
Read More / Baca Lagi >>

Manfaat peluang berdakwah

Posted: 24 Jan 2012 07:32 PM PST


Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
KETIKA penulis melakahttp://dikirbarat.net/images/uploads/UpdateLintasLangsungKonsertDikirBaratdiM_1644/MHI.jpgrkan ide dalam slot muhasabah ini, penulis berkesempatan menyaksikan rancangan Malaysia Hari ini (MHI) pada edisi Jumaat 6 Januari 2012 sebelum melangkah kaki ke pejabat. Sebenarnya penulis bukanlah peminat setia tegar rancangan tersebut, tetapi kebetulan terbuka siaran itu dengan beberapa paparan intipati MHI untuk hari itu.
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa saya pilih jalan raya?

Posted: 24 Jan 2012 07:32 PM PST


Oleh ADAM ADLI ABD HALIM

TAHUN 1997 dan 1998 tentu sekali tahun penting dalam lipatan sejarah negara kita kerana pada thttp://www.bharian.com.my/articles/UPSIdengarkestatatertibAdamAdli9Januari/pix_gal0ahun itulah kita menyaksikan mobilisasi manusia yang disifatkan paling besar pernah berlaku dalam sejarah moden tanah air.

Dari situ saya mengenali jalan raya sebagai medium sebenar menyampaikan suara dan isi hati rakyat yang setiap satunya mungkin tidak pernah pun merasai sejuk hawa dingin bangunan Parlimen mahupun Putrajaya.
Saya masih ingat, ayah saya juga antara demonstran tegar ketika itu. Setiap pagi Sabtu beliau pasti akan turun ke kota.
Read More / Baca Lagi >>

Dua tindakan samseng dalam masa dua hari, apa tindakan polis?

Posted: 24 Jan 2012 07:29 PM PST

Assalamualaikum,,.. Dua kekecohan ala samseng Hong Kong berlaku di Lembah Klang.Pertama samseng yang mengamuk di luar di Masjid Nurul Hidayah Kg Pandan selepas solat jumaat dan sehari kemudian, samseng Jalan Kebun pula beraksi.Kejadian di Jalan Kebun ada dilapurkan di akhbar sebagai tindakan 1,000 penduduk Jalan Kebun yang mengepung ceramah Hindraf kerana tidak senang dengan ceramah itu.Polis juga dikatakan ada mengeluarkan kenyataan yang hampir sama ia itu menunjukkan kejadian samseng itu hanyalah tindakan tidak puas hati penduduk dengan ceramah yang diadakan.Namun dengan kegigihan pendokong PR, kejadian sebenarnya berjaya rakamkan untuk dibuktikan.
Read More / Baca Lagi >>

Senikata bagai sembilu bagi Umno

Posted: 24 Jan 2012 07:27 PM PST


Oleh SAIDAH HAIRAN
SENIKATA spontan berirama tanpa muzik lontaran Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aimanhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj89DkeRXX5d68Vrv5dAZOA79asqYIhClsyvd7KPLPaSAuiyRTS_2vTfSb6WLnuS5_DbzjuwdKYDJZcuH2x9_GzxxFoQeZ2RaAFiE1IOa_cHVJsAVSBWeZX54tw-FsX8gKZkXV1VnCam1Oz/s1600/IMG_0548.jpg Athirah Al-Jundi memanaskan dunia politik khususnya Dewan Muslimat PAS Pusat.Siapa sangka, tindakan spontan Aiman Athirah bersama kepimpinan Muslimat PAS Pusat menimbulkan keresahan penyokong dan mereka yang bersengkokol dengan Umno-BN


Tindakan spontan bagi meraikan pembebasan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari lalu, di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, amat menghiburkan.
Perkara itu tidak dirancang, sebaliknya insiatif daripada Aiman Athirah, pimpinan muda berjiwa berani, kental dan "garang" itu mendapat perhatian umum.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Teori bagaimana BN boleh menang

Posted: 24 Jan 2012 07:26 PM PST


Oleh SELENA TAY

WALAUPUN dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini, penipuan masih juga boleh berlaku. Berikut adalah kemungkinan bagaimana BN menang melalhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7C-0wwGQA4lW1xn0z55it-8iUMD25BZvQEdi9M5MvaLJEMKUvjvGB3E6lw8u6mk_DhO3hbG90O3wNowlkk160CsBfDbLVx69hv7Y1-C1T5yoJ5FN1xPM7yK30XBXQiybGb642V1zLDzGu/s320/barisan_nasional.gifui penipuan.
1. Nama kita tidak berada dalam senarai daftar pengundi. Jika nama kita langsung tidak berada dalam senarai pada hari mengundi, maka kita langsung tidak boleh buat apa-apa.


2. Nama kita telah dipindahkan ke kawasan yang jauh:
Read More / Baca Lagi >>

Audit : Penjelasan boleh selesai kemelut NFC

Posted: 24 Jan 2012 07:15 PM PST

SHAH ALAM - Kontroversi berhubung Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) selepas pendedahan Laporan Audit Negara 2010 pada Oktober lalu akan dijelaskan dalam masa terdekat oleh Ketua Pengarah Jabatan Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.
Dengan penjelasan bakal dibuatnya, diharap akan menyelesaikan kemelut berlarutan sejak tiga bulan lalu.
 
Enggan mengulas panjang, beliau hanya berkata, hal itu dijelaskan dalam sedikit masa lagi.
 
"Saya akan maklumkan berhubung perkara ini sedikit masa lagi," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Read More / Baca Lagi >>

AUKU : Wacana Sinar Hairan Diambil Kira

Posted: 24 Jan 2012 07:12 PM PST

Shah Alam, 25 Jan : Wacana Sinar Harian siri ke-10 bertajuk Masih Relevankah Auku akan digunakan sebagai medium untuk mendengar pandangan masyarakat mengenai pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.
Pengerusi Jawatankuasa Pindaan AUKU, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, forum ilmiah itu akan menjadi antara sumber maklum balas terakhir mengenai pindaan akta yang kini hangat diperkatakan.
"Kami kini sedang menunggu laporan maklum balas daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mengenai pendapat dan cadangan berhubung pindaan Auku dan menjangka akan menerimanya bulan ini.
"Sebenarnya selain pelajar, kita pun bercadang untuk memanggil media untuk dengar pandangan mereka tentang Auku," katanya kepada dipetik Sinar Harian semalam.
Read More / Baca Lagi >>

KUIN : Masalah Berlarutan Punca Mahasiswa Agresif, Proaktif

Posted: 24 Jan 2012 07:11 PM PST

Alor Setar, 25 Jan : Isu masalah yang melanda Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sekarang ini dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati pelajar terhadap beberapa masalah yang pada pandangan mereka tidak berjaya diselesaikan oleh pentadbiran KUIN dengan baik.
Menurut sumber, masalah-masalah yang mereka timbulkan ini bukan hanya berlaku pada sesi 2010/2011 sahaja, tetapi telah berlarutan sejak beberapa tahun dan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM KUIN) sesi sebelum ini juga menghadapi masalah yang sama saban tahun.
Read More / Baca Lagi >>

GAMIS Seru KUIN, Kerajaan Kedah Sambut ‘Surat Perdamaian’

Posted: 24 Jan 2012 07:09 PM PST

Kuala Lumpur, 25 Jan : Pengerusi Majli Politik Nasional GAMIS, Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor semalam menyatakan pendirian bahawa GAMIS masih tetap berpendirian akan bersama-sama dengan  mana-mana pihak untuk memansuhkan AUKU dan membantah tindakan yang menzalimi mahasiswa tanpa mengira parti politik.
Menurutnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, GAMIS memuji tindakan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang sebelum ini dikenakan tindakan AUKU menghantar 'surat perdamaian' kepada wakil pentadbiran KUIN kelmarin.
Read More / Baca Lagi >>