Selasa, 24 Januari 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kenapa Nazri Aziz dan menteri kabinet Najib takut isytihar harta?

Posted: 24 Jan 2012 10:54 PM PST

SHAH ALAM, 24 JAN : Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mempersoalkan mengapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz terlalu bimbang sekiranya aset menteri kabinet dan keluarga wajib diisytihar kepada umum.

Ia ekoran kenyataan Nazri yang mempertikai keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menyifatkan tindakan itu 'mengundang bahaya'.

Saifuddin ketika dihubungi TV Selangor menyifatkan kenyataan Nazri itu adalah alasan paling lemah dan memberi gambaran bahawa beliau cuba menyembunyikan sesuatu selain mahu melindungi Menteri Kabinet yang menikmati kemewahan di luar kemampuan.

"Salah satu cara untuk membuktikannya adalah dengan membandingkan harta yang dimiliki seseorang (pemimpin) itu sebelum dan selepas memegang jawatan.

"Sekiranya didapati pertambahan harta bagi seseorang menteri itu berlaku selepas mereka memegang jawatan, maka rakyat bolehlah membuat satu kesimpulan bahawa kekayaan itu barangkali dimiliki melalui penyalahgunaan kuasa dan kedudukan. Itu sebenarnya tujuan yang paling mudah untuk meminta seseorang menteri mengisytiharkan harta," katanya yang juga Ahli Parlimen Machang.

Menurut Saifuddin, sekiranya seseorang pemimpin itu tidak mempunyai sebarang perkara untuk disembunyikan, maka mereka tidak perlu mengadakan alasan yang dianggap cuba memperbodohkan tahap pengetahuan rakyat.

Beliau turut berpendapat, pengisytiharan harta ini boleh meningkatkan kewibawaan seseorang menteri selain berupaya menyelamatkan kedudukan mereka kerana rakyat dapat melihat ketelusan dalam urusan pentadbiran.

Tambahnya, amalan yang mengatakan bahawa memadai harta seseorang menteri itu disiytiharkan kepada Perdana Menteri sahaja juga tidak boleh diterima.

Sebaliknya, pengisytiharan harta itu perlu dilakukan di mana-mana institusi yang mempunyai kewibawaan sama ada institusi audit profesional atau institusi dalam negara.

"Perkara itu mestilah disepakati dan diterima ramai sama ada kepada institusi audit bertauliah seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang di mana Ketua Menteri dan exco mengisytiharkan harta, dan disemak oleh juruaudit serta dijadikan sebagai maklumat awam yang membolehkan rakyat menyemak kedudukan harta pemimpin.

Walaupun ada pihak yang mempertikaikan kewibawaan institusi ini, namun ianya jauh lebih baik daripada diisytiharkan kepada perdana menteri sahaja. Jadi, isu kepada siapa kedudukan harta itu diisytihar juga mestilah diteliti," tegasnya.

Isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme dan sogokan merupakan amalan yang telah lama di lakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN.

Apakah kebimbangan dan ketakutan pemimpin-pemimpin tersebut mengistiharkan harta mereka bertujuan untuk melindungi sumber harta kekayaan mereka dari pengetahuan rakyat.?- tuanibrahim,blogspot.com

ARTIS : Akhirnya ... Fasha Sandha - Jejai berpisah

Posted: 24 Jan 2012 07:10 AM PST


Akhirnya terungkai sudah diantara hubungan Fasha Sandha dan juga Jejai yang kini sudah berpisah. Kenyataan ini dibuat sendiri oleh Jejai di HMetro hari ini.Perpisahan mereka juga bukan disebabkan  leh bekas isterinya iaitu Nora Danish.

"Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain," katanya.


Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.


Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.

Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.
"Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.

"Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya," kata Jejai menerusi e-melnya.
Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.
"Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu," katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu. -

http://www.ohgosip.com/2012/01/fasha-sandha-dah-berpisah-dengan-jejai.html

PRU 13 : Tiada peluang untuk BN ambil Selangor dan Kedah

Posted: 24 Jan 2012 03:01 AM PST

Pemimpin Pakatan Rakyat sebulat suara yakin bahawa gabungan pembangkang akan kekal berkuasa di Selangor, Kedah dan mengambil Negeri Sembilan dan Perak.

Membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah Monash University James Chin, Nik Nazmi Nik Ahmad memberitahun Malaysia Chronicle walaupun BN sedang bekerja keras di Selangor, gabungan pembangkang sangat yakin ia akan kekal di Selangor.

Wakil rakyat Seri Setia itu berkata bahawa sangat jelas bahawa rakyat Selangor sangat sedar dengan perbezaan cara pemerintahan Pakatan sejak ia mengambil alih dari BN.

"Yang kami lihat, rakyat semakin gembira sekarang dan boleh dilihat dan dirasai perbezaan antara kerajaan ini dengan kerajaan yang sebelum ini. Rakyat boleh melihat pembangunan yang telah berlaku sejak 4 tahun dan membandingkannya dengan apa yang berlaku sejak 50 tahun lalu. Sangat banyak yang dilakukan dalam masa yang singkat," kata Nik Nazmi.

Chin telah memberitahu sidang media di Kuala Lumpur hari ini bahawa ada 50/50 peluang Pakatan boleh kehilangan Selangor dan Kedah manakala BN kehilangan Perak dan Negeri Sembilan berdasarkan data yang dipungut.

M Kulasegaran dari DAP juga tidak bersetuju dengan ada yang diperoleh oleh Chin. Bercakap dengan Malaysia Chronicle, Kula berkata bahawa ia sangat berbeza dengan scenario di Perak di mana rakyatnya sangat yakin terhadap Pakatan.

"Sekarang semua orang tahu bahawa dakwaan liwat Anwar adalah bermotifkan politik dan mahkamah juga telah bersetuju dengan hakikat ini,"kata beliau.

Sedia untuk berubah

Kula yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat menambah bahawa rakyat sudah bersedia untuk berubah di Perak dan juga di peringkat kerajaan persekutuan.

"Kehadiran yang ramai pada konvensyen di Alor Seta adalah petanda bahawa rakyat sedang melihat kepada kepimpinan pembangkang untuk memimpin di peringkat negeri dan persekutuan."

"Rakyat sedar bahawa parti yang memerintah sejak sekian lama itu sudah tidak lagi diterima dan telah memandang ringan pengundi untuk sekian lama manakala kita dalam Pakatan bersedia untuk berkhidmat untuk mereka," ujar Kula.

Sementara itu, Lee Khai Loon, Timbalan Ketua Pemuda PKR sangat pasti dengan peluang Pakatan justeru menidakkan penemuan Chin dari segi akademik.

"Ahli akademik boleh menstrukturkan survei dan bergantung kepada sampel survei itu dan membuat pelbagai anggapan. Tetapi, kita telah pun berada di padang dan kita tahu bahawa rakyat Perak sangat tidak berpuas hati dengan cara BN mengambil kuasa di Perak," beritahu Khai Loon kepada Malaysia Chrnonicle.

"Di Selangor, saya telah turun padang dan orang-orang biasa adalah dalam keadaam lebih baik dari sebelum ini. Mereka tahu bagaimana wang cukai mereka dibelanjakan. Yang kurang bernasib baik mempunyai sumber yang lebih baik dan boleh dilihat bagaimana jelasnya ia berlaku."

Negri Sembilan dan Kedah

Di Negeri Sembilan, Nik Nazmi berkata bahawa ada peluang yang baik Pakatan akan mengambil alih negeri itu.

"Reaksi rakyat terhadap kita adalah sangat positif dan tidak payah untuk kita mengambil beberapa lagi kerusi untuk membentuk kerajaan seterusnya," kata beliau.

Di Kedah, Nik Nazmi yakin Pakatan akan mengekalkan kuasa kerana Menteri Besar dan Pakatan sangat popular.

"Tidak wujud keadaan 50/50 kerana kerana sokongan yang sangat padu di Kedah dan ia jelas di konvensyen Alor Setar.

Tiada siapa yang mahu kalah

Walaupun penganalisis politik mempunyai peranan penting dalam membantu ahli politik membentuk polisi, jelas bahawa banyak di antara kajian mereka tidak mengambil kira faktor 'wow' setiap individu yang tidak dapat di kira dan rasionalkan oleh teori.

Ada yang mengatakan bahawa ini adalah antara scenario yang tidak dapat dijelaskan. Ia adalah andaian Chin dan pihak lain yang berkait dengan Umno. Ini sama dengan situasi semasa "tsunami politik 2008" di mana tiada seorangpun melihat peluang Anwar dan pembangkang. Sungguhpun begitu, mereka mendapat separuh daripada undi popular dan 5 daripada 13 negeri.

Mereka akan berhadapan dengan Najib Razak pada PRU 13 dan Najib ini jelas seorang pemimpin yang sering menipu . Inilah yang cuba Pakatan ketengahkan kepada rakyat. Kedua-dua pihak juga sangat paham akan kesan perang pisikologi akan tetapi bersandarkan kepada persepsi semata tidak akan memenangi pilihanraya.

Tiada yang suka kalah dan semua mahu menang. Jadi, apa yang cuba dibuat adalah persaingan siapa yang akan berada di depan dan siapa yang lebih popular dan inilah yang cuba mereka tanamkan dalam mentality rakyat," kata Timbalan Presiden Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

"BN berharap agar mereka yang tidak mengikuti perkembangan politik akan memilih mereka hanya untuk penerusan dan ini akan menunjukkan bahawa mereka adalah pihak yang akan menang. Tetapi kita fikir bahawa orang biasa lebih bijak daripada yang dijangka oleh BN. Mereka sedar isu –isu yang timbul dan saya yakin mereka akan melaksanakan keadilan pada hari mengundi."

Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: