Selasa, 24 Januari 2012

Anak Bapa

Anak Bapa


Kerajaan Berkebajikan vs Kerajaan Berpilihanraya

Posted: 23 Jan 2012 11:39 PM PST


Pernahkah kerajaan BN beri duit tunai kepada rakyat sebelum 8 Mac 2008? Kini kita lihat mereka macam "Santa Claus" sibuk mengagih-agihkan duit Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 setiap keluarga, duit bantuan RM100 kepada pelajar sekolah, dan RM200 baucer buku teks kepada siswa.


Walaupun kita dengar macam-macam masalah yang timbul dalam pelaksanaannya termasuk penglibatan langsung UMNO dan BN dalam pengagihannya, seolah-olah duit ini semuanya datang daripada kocek pemimpin mereka, langkah baik ini tetap kita alu-alaukan.


Berbalik kepada persoalan tadi kenapa ia berlaku hanya selepas 8 Mac 2008. Jawapannya sangat mudah kerana kerajaan Pakatan Rakyat mula beri dulu duit kepada rakyat. Di Selangor macam-macam bantuan telah diagihkan kepada seluruh lapisan rakyat termasuk bantuan air percuma, skim warga usia emas, "Jom Shopping", hadiah masuk university, skim TAWAS dan bermacam-macam lagi bantuan langsung kepada rakyat yang selama ini UMNO tak pernah buat atau terfikir nak buat.


Di Pulau Pinang pun sama, Lim Guan Eng tak putus-putus bagi bantuan kepada kepada rakyat yang memerlukan yang selama ini dipinggirkan termasuk warga emas, sekolah dan pelajar tahfiz, guru-guru KAFA, dan sebagainya. Begitu juga di Kelantan dan Kedah dengan pelbagai program yang menguntungkan rakyat secara langsung.


Anak Bapa berpendapat inilah untungnya apabila negara mempunyai sistem demokrasi yang utuh. Tak kira siapa yang memerintah, pembangkang juga mesti kuat supaya kaedah "check and balance" dapat berjalan dengan baik. Hasilnya kita akan mempunyai barisan pimpinan yang bertanggungjawab dan amanah kepada rakyat.


Berbeza dengan pendapat sesetengah orang, demokrasi yang baik bukan bermakna kerajaan yang terlalu kuat dan pembangkang yang terlalu lemah. Hasilnya seperti pilihanraya tahun 70an dan 80an di mana BN letak calon "pokok pisang" pun boleh menang. Natijahnya rakyat yang terus menderita kerana pemimpin tak peduli sebab kemenangan mereka sentiasa pasti.


Yakinlah bahawa keistimewaan yang rakyat nikmati hari ini adalah kerana BN rasa tertekan dengan program Negara Berkebajikan Pakatan Rakyat. Jika mereka tidak mengikut pendekatan PR, BN akan punah dalam pilihanraya akan datang. Biar apa pun retorik mereka, hakikatnya BN takut kalah pilhanraya.


Rakyat kena cerdik dan pastikan pemimpin masa depan negara mesti terdiri dari kalangan mereka yang bertanggungjawab, amanah dan berjiwa rakyat. Dengan kata lain, siapa pun yang memerintah, pembangkang mesti juga kuat.


Anak Bapa: Bila PR memerintah Malaysia nanti, kita mahu BN juga jadi pembangkang yang kuat ………

Tiada ulasan: