RAKYAT MARHAEN |
- Nazri’s statement on asset declaration is disappointing
- Pakar genetik perjelas asal usul manusia dari Melayu Proto
- Dr Shafie: Urusan agama lebih lancar dibawah MB
- Hukum Mendedah Kesalahan Pemimpin
- Negara Berkebajikan bakal lemaskan BN
- Melayu Benci Umno Bukan Kerana Asabiyyah..!!
- Fitnah Liwat II: Peguam tunggu alasan penghakiman
- NFCorp in dialogue with NGOs: Spinning itself into a bigger "mess"?
- Selepas buku seks Kelab Taat Suami lancar kempen ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’
- Isu NFC: Kit Siang gesa pengerusi PAC letak jawatan
- Soi Lek: Bad for PAS to dominate Pakatan but good for Umno to be MCA's big brother
- Fitnah Liwat II : Umno sengaja tempah maut
- Keselamatan dan pilihan raya
- Politik perkauman akhiri zamannya
- Serangan Jln Kebun : Selepas ke balai polis, ABU ke Suhakam
- PRU13 : Tak kisahpun Hang Tuah wujud atau tidak!
- Manfaat peluang berdakwah
- Mengapa saya pilih jalan raya?
- Dua tindakan samseng dalam masa dua hari, apa tindakan polis?
- Senikata bagai sembilu bagi Umno
- PRU13: Teori bagaimana BN boleh menang
- Audit : Penjelasan boleh selesai kemelut NFC
- AUKU : Wacana Sinar Hairan Diambil Kira
- KUIN : Masalah Berlarutan Punca Mahasiswa Agresif, Proaktif
- GAMIS Seru KUIN, Kerajaan Kedah Sambut ‘Surat Perdamaian’
Nazri’s statement on asset declaration is disappointing Posted: 24 Jan 2012 09:28 PM PST Ramon Navaratnam JAN 25 — I am deeply disappointed with senior minister YB Datuk Seri Mohd Nazri's statement that Ministers should only declare their assets to the Prime Minister and not to the MACC. He has thus rejected even the simple proposal by the MACC Advisory Panel, that a copy of the Declaration of Assets and Liabilities, should be given to the MACC just to "to keep." Read More / Baca Lagi >>However, the Minister is right in saying that this important matter should be discussed by the Cabinet. But for the same reason, I respectfully submit, he should not announce the REJECTION OF THE MACC PROPOSAL, without Cabinet first considering the MACC proposal. |
Pakar genetik perjelas asal usul manusia dari Melayu Proto Posted: 24 Jan 2012 09:24 PM PST Seorang pakar genetik Universiti Oxford, Dr Stephen Oppenheimer berkata beliau terkejut apabila melihat betapa kajian ke atas asal usul warga pribumi di negara ini dijalankan mengikut pertimbangan politik. Reaksi seperti itu dapat dikesan melalui laporan media ke atas satu persidangan mengenai asal usul orang Melayu minggu lalu, yang mendedahkan bahawa Orang Asli daripada suku Senoi, Semang dan Melayu Proto merupakan "pemegang obor" yang merintis tamadun manusia moden. Oppenheimer ketika menjelaskan penemuan itu dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu berkata, Orang Asli khususnya dari suku Semang dan Melayu Proto merupakan keturunan daripada manusia pertama yang menjejakkan kaki ke Asia Tenggara. Read More / Baca Lagi >> |
Dr Shafie: Urusan agama lebih lancar dibawah MB Posted: 24 Jan 2012 09:23 PM PST BANGI, 25 Jan: Pembantu Exco Hal Ehwal Agama Selangor, Dr Shafie Abu Bakar (gambar) yakin segala urusan berkaitan hal ehwal agama di Selangor akan lebih licin selepas portfolio itu dipegang sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Read More / Baca Lagi >>Menurutnya yang juga Adun PAS Bangi, dengan kelebihan yang ada pada Khalid selaku Menteri Besar, ianya akan memudahkan 'banyak benda' termasuk dalam urusan dengan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Malah lebih penting ujarnya, hubungan baik beliau dengan pihak istana termasuk Sultan Selangor yang merupakan ketua agama Islam negeri. "Kedudukan YAB sebagai Menteri Besar, menjadikan hubungan dengan Mais dan Jais khususnya Istana akan lebih dihormati dari segi memberi pandangan dan kedua-dua belah pihak boleh diharmonikan dan dilicinkan dari segi pentadbiran. "Dengan (portfolio agama) dipegang YAB Menteri Besar, polisi dan peruntukan juga barangkali dapat dijalankan dengan licin," katanya dalam temubual khas bersama Harakahdaily. |
Hukum Mendedah Kesalahan Pemimpin Posted: 24 Jan 2012 09:21 PM PST Oleh Tolhah Mendedahkan sesuatu perkara yang betul-betul ada pada seseorang yang tidak disenangi penghebahannya oleh orang tersebut sama ada perkara tersebut adalah perbuatan atau sifat kejadian samalah hukumnya dengan mengumpat. Hukum asal kepada mengumpat adalah haram kerana dengan mengumpat, aib seseorang muslim itu akan didedahkan kepada orang ramai sedangkan Islam mewajibkan para muslim untuk menyembunyikan aib seseorang. |
Negara Berkebajikan bakal lemaskan BN Posted: 24 Jan 2012 09:19 PM PST Oleh SAFAR JUMAAT SATU perkara yang perlu PAS gerakan sekarang ialah memberi secukup-cukupnya penjelasan kepada rakyat mengenai Konsep Negara Berkebajikan yang menjadi asas perjuangan parti. Jika tidak, Umno (baca: BN) akan memutar belitkan slogan ini, kononnya mereka sudah lama mengamalkan negara berkebajikan tetapi dalam masa yang sama, masih terdapat mereka yang miskin tegar, ketinggalan dalam pelajaran dan tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi kerana halangan kedhaifan. Read More / Baca Lagi >> |
Melayu Benci Umno Bukan Kerana Asabiyyah..!! Posted: 24 Jan 2012 09:18 PM PST Semalam saya dikirimkan senaskah kertas kerja berjudul "Gerakan Kebangsaan Malaysia – Yang Tidak Bercanggah Dengan Konsep Asabiyyah" (Umno – Mso) yang ditulis (sebenarnya dirumuskan) oleh seorang sarjana Islam penyokong kerajaan bernama Muhammad Uthman El Muhammady (foto) untuk memberi kefahaman dan menjadi pegangan para penganut Umno. Sarjana ini berasal dari Kelantan penah terlibat menubuhkan sebuah jemaah Islam tradisi ala pondok moden di kampung kelahirannya di Tal Tujuh, Pasir Mas Kelantan. Sarjana ini pada suatu ketika berpegang kuat kepada fahaman tradisi semi otordoks sehinggakan menolak kemodenan dan pembangunan duniawi. Pengalaman dengan penulis, beliau dikatakan 'mengharamkan' televisyen dan melarang keras penyiaran gambar dalam media massa termasuk gambar wajahnya sendiri. Gerakan yang ditubuh itu dengan kerjasama (pengeluar modal dan pengorbanan) beberapa orang kawannya yang ingin hidup menurut Islam syumul dikenali kumpulan Jubah Hijau Tal Tujuh. Kesan-kesan perwujudan kumpulan ini masih ada sehingga kini, tetapi difahamkan Uthman El Muhammady tidak lagi bersama mereka kerana sebab-sebab yang tidak jelas tetapi boleh dikaji kenapa beliau "mufaraqah" dari kumpulan itu. Molek juga kalau ada para sarjana atau kumpulan mahasiswa (Islamic study) membuat kajian terhadap pertubuhan ini yang pernah diketuai oleh sarjana itu, agar masyarakat boleh mengetahui apa kesudahan dan apakah sebab musabab maka pengasasnya berudur diri dari kumpulan tariqat itu. Kita juga mahu mengetahui apakah tariqat yang menjadi amalan dan dipakai oleh kumpulan Jubah Hijau itu. Read More / Baca Lagi >> |
Fitnah Liwat II: Peguam tunggu alasan penghakiman Posted: 24 Jan 2012 08:47 PM PST KUALA LUMPUR 25 Jan: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menunggu alasan penghakiman oleh mahkamah tinggi, ekoran kes rayuan yang difailkan peguam negara terhadap keputusan membebaskan ketua pembangkang itu. Peguam Anwar, Sankara Nair berkata, tindakan susulan pihaknya berhubung perkara itu akan hanya dibuat selepas mahkamah memberikan alasan penghakiman tersebut. "Kita masih menunggu apa alasan-alasan penghakiman yang akan diberikan mahkamah berhubung kes Fitnah II ini. "Selepas itu, barulah kita berbincang dan menentukan apa langkah susulan," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini. Rekod rayuan tidak lengkap selagi alasan penghakiman tidak difailkan bagi membolehkan mahkamah rayuan menentukan tarikh dan masa perbicaraan. Read More / Baca Lagi >> |
NFCorp in dialogue with NGOs: Spinning itself into a bigger "mess"? Posted: 24 Jan 2012 08:46 PM PST KUALA LUMPUR --- National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) has extended its appreciation to key NGOs that attended its dialogue last Sunday to be updated on the situation surrounding NFCorp, which solutions would be of concern to the 12 associations and the thousands of members they represented. It was a no-holds-barred dialogue as the NGOs needed to know the full picture before they could offer a qualified NGO view and statement on the subject. NFCorp chairman, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail had presented the facts of the situation and responded to the many questions raised by the NGO representatives. The NGOs represented at the dialogue included Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Malaysian Entrepreneurs Council, Peninsular Malay Students Coalition, Consultative Council, Malay Professional Thinkers Association and Children of Kelantan Association, among others. |
Selepas buku seks Kelab Taat Suami lancar kempen ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’ Posted: 24 Jan 2012 08:44 PM PST Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia Fauziah Ariffin, kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan Rasulullah. Read More / Baca Lagi >> |
Isu NFC: Kit Siang gesa pengerusi PAC letak jawatan Posted: 24 Jan 2012 08:34 PM PST Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid meletak jawatan kerana didakwa melambatkan "penyiasatan penuh" terhadap dakwaan salah urus projek Fidlot Kebangsaan. Ahli parlimen Ipoh Barat itu menggesa Azmi (kiri) supaya "jangan menjadi halangan" kepada siasatan segera PAC terhadap tuduhan itu agar jawatankuasa berkenaan boleh membentangkan penemuannya di Parlimen apabila ia bersidang semula Mac ini. Lim membuat gesaan itu ekoran Azmi, yang juga ahli parlimen Padang Besar, menghentikan siasatan PAC terhadap pengurusan projek lembu itu, sehingga polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyelesaikan siasatan mereka. Read More / Baca Lagi >> |
Soi Lek: Bad for PAS to dominate Pakatan but good for Umno to be MCA's big brother Posted: 24 Jan 2012 08:31 PM PST Pakatan Rakyat leaders slammed MCA president Chua Soi Lek for "telling lies without blinking an eye" for insisting that PAS was the dominating party in the Pakatan coalition, and the Chinese should therefore stick to voting for the Umno-led BN coalition as PAS was an Islamist party. Read More / Baca Lagi >>"This is why MCA has gone downhill. They have an unprincipled leader who tells bare-faced lies, is a racist and religious bigot to boot. Soi Lek's comments are actually also an insult to Islam. For most Malaysians, we are taught from young to respect all religions, and so far, only people like Mahathir Mohamad, Ibrahim Ali and Chua Soi Lek go around saying this religion is superior, that one is no good and the other is extreme. How can such people be fit to lead the country," PKR vice president Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle. "It is also very obvious Soi Lek fears the DAP and PKR. Just like(Prime Minister) Najib fears Anwar. That's why the pressure to create Sodomy II and all sorts of accusations to bring him down. Soi Lek is afraid the Chinese will vote DAP and PKR. But I can tell him now, the Chinese would prefer to vote PAS rather than MCA, that's for sure." |
Fitnah Liwat II : Umno sengaja tempah maut Posted: 24 Jan 2012 07:52 PM PST Tindakan Peguam Negara memfailkan notis rayuan kes tuduhan sodomi II membabitkan Anwar bakal memusnahkan parti perkauman itu akhirnya. Apabila keputusan yang mengejutkan itu (pembebasan Anwar) diumumkan pada 9 Januari lalu, Najib bersama pemimpin Umno yang lain tenggelam dengan pujian yang datang mencurah-curah dari seluruh pelusuk dunia kerana keadilan untuk Anwar dikotakan walaupun prosiding perbicaraan menunjukkan wujud penganiayaan politik. Najib kelihatan berbangga dengan penghakiman ini apabila beliau mendakwa bahawa keputusan ini menunjukkan transformasi yang diperkenalkan kini membuahkan hasil. Dalam wawancara dengan Wall Street Journal pada 13 Januari lalu, Najib memberitahu pewawancara James Hookway bahawa penghakiman ini "membuktikan kesungguhan kerajaan dalam menjalankan proses reformasi." Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 24 Jan 2012 07:49 PM PST 25 JAN — Tugas utama sesebuah kerajaan adalah menguruskan keselamatan nasional, kesejahteraan rakyat, kemakmuran ekonomi serta kelangsungan negara supaya negara berkenaan sentiasa kukuh dan tidak boleh didominasikan oleh kuasa-kuasa asing. Namun perilaku siasah alternatif Malaysia mutakhir ini adalah dicirikan oleh pelbagai amalan negatif secara meluas, terutamanya menerusi kemudahan teknologi digital merangkumi segelintir portal berita, blog, facebook dan twitter, tanpa mengambil kira impaknya terhadap kesejahteraan masyarakat dan keselamatan nasional. Amalan negatif ini bukan hanya dilakukan oleh pendukung siasah alternatif peringkat bawahan, malah membabitkan segelintir kepimpinan tertinggi parti-parti terbabit, termasuk golongan individu yang beraspirasi untuk menerajui kepimpinan tertinggi Malaysia. Ironisnya, perkembangan ini turut didukung dan dihalalkan oleh kumpulan siasah alternatif yang mendakwa sebagai berpaksikan Islam dan segolongan individu yang menonjolkan imej tokoh Islam antarabangsa. Read More / Baca Lagi >> |
Politik perkauman akhiri zamannya Posted: 24 Jan 2012 07:45 PM PST Abd Shukur Harun Tidak syak lagi bahawa generasi baru, malah sesetengah generasi lama juga, telah dengan jelas menolak politik perkauman. Dengan itu parti politik yang berasaskan kaum, atau tebal dengan perkauman sedang menghadapi zaman gelapnya. Dengan itu, tidak mungkin lagi politik perkauman akan terus mendominasi iklim politik di Malaysia, justru golongan yang mendukung politik perkauman semakin merosot dan terus merosot. DAP yang sejak puluhan tahun digambarkan oleh musuh politiknya sebagai parti perkauman Cina, kini berusaha keras memulihkan imejnya sebagai parti politik untuk semua kaum di Malayia. Usahanya itu sebanyak sedikit menampakkan hasil di mana sudah ada tokoh-tokoh Melayu yang menyertainya. Read More / Baca Lagi >> |
Serangan Jln Kebun : Selepas ke balai polis, ABU ke Suhakam Posted: 24 Jan 2012 07:42 PM PST KUALA LUMPUR, 25 Jan: Asal Bukan Umno (ABU) akan menyerahkan memorandum kepada Suhakam hari ini bagi membantah serangan di majlis anjuran mereka bersaham Hindraf di Jalan Kebun, Klang baru-baru ini. Read More / Baca Lagi >>Memorandum itu akan diserahkan jam 11 pagi ini di Pejabat Suhakam, Jalan Sultan Ismail. Semalam mereka membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi. |
PRU13 : Tak kisahpun Hang Tuah wujud atau tidak! Posted: 24 Jan 2012 07:37 PM PST Tentang pandangan terbaru Prof Khoo, bagi aku tak kisah pun Hang Tuah wujud atau tidak! Kalau takdir Hang Tuah pernah wujud dan takdir masih wujud sekarang ini, aku rasa lebih menyusahkan orang Melayu untuk menerima perubahan sebab melihat kepada karektor Hang Tuah seperti yang diceritakan, kebarangkalian dia menjadi ahli Umno totok adalah tinggi! Cara ketaatan Hang Tuah akan menyebabkan Hang Tuah tak akan pandai berubah ke arah melakukan reformasi. "Pangkah Umno, kalau Umno kalah orang melayu akan makan ubi kayu…hidup seperti dalam zaman Jepun lagi!!"! Dah…kalau mentality Hang Tuah macam ini, baik Hang Tuah tak payah wujud!!! Tak wujud pun tak apalah!! Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 24 Jan 2012 07:32 PM PST Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM KETIKA penulis melakarkan ide dalam slot muhasabah ini, penulis berkesempatan menyaksikan rancangan Malaysia Hari ini (MHI) pada edisi Jumaat 6 Januari 2012 sebelum melangkah kaki ke pejabat. Sebenarnya penulis bukanlah peminat setia tegar rancangan tersebut, tetapi kebetulan terbuka siaran itu dengan beberapa paparan intipati MHI untuk hari itu. Read More / Baca Lagi >> |
Mengapa saya pilih jalan raya? Posted: 24 Jan 2012 07:32 PM PST Oleh ADAM ADLI ABD HALIM TAHUN 1997 dan 1998 tentu sekali tahun penting dalam lipatan sejarah negara kita kerana pada tahun itulah kita menyaksikan mobilisasi manusia yang disifatkan paling besar pernah berlaku dalam sejarah moden tanah air. Dari situ saya mengenali jalan raya sebagai medium sebenar menyampaikan suara dan isi hati rakyat yang setiap satunya mungkin tidak pernah pun merasai sejuk hawa dingin bangunan Parlimen mahupun Putrajaya. Saya masih ingat, ayah saya juga antara demonstran tegar ketika itu. Setiap pagi Sabtu beliau pasti akan turun ke kota. Read More / Baca Lagi >> |
Dua tindakan samseng dalam masa dua hari, apa tindakan polis? Posted: 24 Jan 2012 07:29 PM PST Assalamualaikum,,.. Dua kekecohan ala samseng Hong Kong berlaku di Lembah Klang.Pertama samseng yang mengamuk di luar di Masjid Nurul Hidayah Kg Pandan selepas solat jumaat dan sehari kemudian, samseng Jalan Kebun pula beraksi.Kejadian di Jalan Kebun ada dilapurkan di akhbar sebagai tindakan 1,000 penduduk Jalan Kebun yang mengepung ceramah Hindraf kerana tidak senang dengan ceramah itu.Polis juga dikatakan ada mengeluarkan kenyataan yang hampir sama ia itu menunjukkan kejadian samseng itu hanyalah tindakan tidak puas hati penduduk dengan ceramah yang diadakan.Namun dengan kegigihan pendokong PR, kejadian sebenarnya berjaya rakamkan untuk dibuktikan. Read More / Baca Lagi >> |
Senikata bagai sembilu bagi Umno Posted: 24 Jan 2012 07:27 PM PST Oleh SAIDAH HAIRAN SENIKATA spontan berirama tanpa muzik lontaran Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi memanaskan dunia politik khususnya Dewan Muslimat PAS Pusat.Siapa sangka, tindakan spontan Aiman Athirah bersama kepimpinan Muslimat PAS Pusat menimbulkan keresahan penyokong dan mereka yang bersengkokol dengan Umno-BN Tindakan spontan bagi meraikan pembebasan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari lalu, di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, amat menghiburkan. Perkara itu tidak dirancang, sebaliknya insiatif daripada Aiman Athirah, pimpinan muda berjiwa berani, kental dan "garang" itu mendapat perhatian umum. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: Teori bagaimana BN boleh menang Posted: 24 Jan 2012 07:26 PM PST Oleh SELENA TAY WALAUPUN dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini, penipuan masih juga boleh berlaku. Berikut adalah kemungkinan bagaimana BN menang melalui penipuan. 1. Nama kita tidak berada dalam senarai daftar pengundi. Jika nama kita langsung tidak berada dalam senarai pada hari mengundi, maka kita langsung tidak boleh buat apa-apa. 2. Nama kita telah dipindahkan ke kawasan yang jauh:Read More / Baca Lagi >> |
Audit : Penjelasan boleh selesai kemelut NFC Posted: 24 Jan 2012 07:15 PM PST SHAH ALAM - Kontroversi berhubung Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) selepas pendedahan Laporan Audit Negara 2010 pada Oktober lalu akan dijelaskan dalam masa terdekat oleh Ketua Pengarah Jabatan Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang. Dengan penjelasan bakal dibuatnya, diharap akan menyelesaikan kemelut berlarutan sejak tiga bulan lalu. Enggan mengulas panjang, beliau hanya berkata, hal itu dijelaskan dalam sedikit masa lagi. "Saya akan maklumkan berhubung perkara ini sedikit masa lagi," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Read More / Baca Lagi >> |
AUKU : Wacana Sinar Hairan Diambil Kira Posted: 24 Jan 2012 07:12 PM PST Shah Alam, 25 Jan : Wacana Sinar Harian siri ke-10 bertajuk Masih Relevankah Auku akan digunakan sebagai medium untuk mendengar pandangan masyarakat mengenai pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971. Pengerusi Jawatankuasa Pindaan AUKU, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, forum ilmiah itu akan menjadi antara sumber maklum balas terakhir mengenai pindaan akta yang kini hangat diperkatakan. "Kami kini sedang menunggu laporan maklum balas daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mengenai pendapat dan cadangan berhubung pindaan Auku dan menjangka akan menerimanya bulan ini. "Sebenarnya selain pelajar, kita pun bercadang untuk memanggil media untuk dengar pandangan mereka tentang Auku," katanya kepada dipetik Sinar Harian semalam. Read More / Baca Lagi >> |
KUIN : Masalah Berlarutan Punca Mahasiswa Agresif, Proaktif Posted: 24 Jan 2012 07:11 PM PST Alor Setar, 25 Jan : Isu masalah yang melanda Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sekarang ini dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati pelajar terhadap beberapa masalah yang pada pandangan mereka tidak berjaya diselesaikan oleh pentadbiran KUIN dengan baik. Menurut sumber, masalah-masalah yang mereka timbulkan ini bukan hanya berlaku pada sesi 2010/2011 sahaja, tetapi telah berlarutan sejak beberapa tahun dan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM KUIN) sesi sebelum ini juga menghadapi masalah yang sama saban tahun. Read More / Baca Lagi >> |
GAMIS Seru KUIN, Kerajaan Kedah Sambut ‘Surat Perdamaian’ Posted: 24 Jan 2012 07:09 PM PST Menurutnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, GAMIS memuji tindakan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang sebelum ini dikenakan tindakan AUKU menghantar 'surat perdamaian' kepada wakil pentadbiran KUIN kelmarin. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan