Isnin, 3 Disember 2012

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Musa jadi KPN dulu pun kerana tilam (LM@RHAEN)

Posted: 03 Dec 2012 05:34 PM PST

Datuk Ramli Yusuff, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM, berasal dari Kelantan dan pernah menjadi Ketua Polis Sabah serta Ketua Polis Pahang.

Beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengarah JSJK sejak Mei 2005 dan pada satu ketika, adalah merupakan pegawai atasan (senior) kepada Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara (KPN). 

Namun disebabkan sikap 'no-nonsense' Datuk Ramli dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam pasukan polis, beliau tidak disenangi oleh mereka-mereka yang memegang kuasa.

Bacaan seterusnya, di sini: Musa jadi KPN dulu pun kerana tilam

UMno....KAKI BULI.JANGAN SOKONG UMANO YANG ZALIM.

Posted: 03 Dec 2012 01:52 AM PST


  • Guru dipecat dakwa dapat borang Umno 
  •   Dis 3 2012
  • NONEdikemaskini Guru agama sementara dari Labuan yang dipecat JAWI selepas menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, mendakwa menerima borang keahlian Umno selepas ditelefon seorang pemimpin Umno setempat.  

    Pastikan tiada rakyat derita dizalimi seperti saya – Anwar

    (Oleh Aisha Geoffrey)
    PASIR SALAK 3 Dis: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tiada seorang pun rakyat bakal menerima nasib dan kezaliman sama seperti dialaminya sepanjang 14 tahun ini.
    "Dulu, istana mana yang saya tak pernah pergi? Santapan mana yang saya tak pernah makan? Darjah kebesaran dari negeri mana saya tak dapat? Sabah, Perak, Pulau Pinang.
    "Kemudian saya dimasukkan ke penjara enam tahun. Dipukul, dihina, dari pakaian penuh sehingga telanjang, diberi makanan dalam plastik dan dibaling seperti anjing," katanya menimbulkan suasana sayu 3,000 rakyat Pasir Salak pada ceramah Jelajah Merdeka Rakyat malam tadi.
    "Sampai saya rasa 'give-up', saya nak menyerah terus, tapi ada seorang tok guru datang dan nasihatkan agar jangan mengalah," kata Ketua Umum KEADILAN berkongsi pengalamannya bermula menjadi seorang pemangku Perdana Menteri hingga dipenjarakan oleh Umno BN di Sungai Buloh.
    Menurut Anwar, tok guru tersebut menyatakan, jalan kebenaran dan kebaikan itu sentiasa mendapat ujian sebagaimana para nabi dan sahabat.
    "Tok Guru itu juga beritahu, tak ramai yang ada pengalaman seperti saya dan minta saya jadikan semua itu pengajaran. Dia juga minta jika saya menjadi pemimpin, jangan biarkan nasib yang sama menimpa seorang pun rakyat," sambungnya.
    "Saya dah rasa apa itu kezaliman, penderitaan. Saya rasa kesengsaraan Wan Azizah (isteri) dan anak-anak. Saya dihina di media perdana hari-hari selama 14 tahun," cerita Ketua Pembangkang lagi.
    "Saya doa, mudah-mudahan saya terima semua ujian itu kerana saya dalam usaha untuk membuat kebaikan.
    "Saya boleh maafkan semua kezaliman, tapi saya akan ingat apa ertinya dizalimi berbelas tahun. Saya akan pastikan tiada seorang pun rakyat Malaysia rasa dan alami sakit derita itu," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.
    Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40526

Tiada ulasan: