Kopitiam Bang Nan |
Anwar: Najib kena jawap larrrr!! Posted: 03 Dec 2012 12:27 AM PST Anwar: We are not involved Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan bahawa pembangkang bertanggungjawab terhadap dakwaan kontroversi yang dibuat oleh bekas Ketua polis Negara, Tan Si Musa Hassan dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan terhadap pemimpin Umno. "Tuduhan itu tidak berasas ... Adakah saya bertemu dengan Musa (kanan)? Tidak. Kecuali apabila dia menarik balik saman sivil terhadap saya... adakah dia menunjukkan minat untuk menyertai PKR? Tidak. Bagaimana jika dia nak? Saya akan berfikir mengenainya. "Tetapi isu itu tidak relevan, ia tidak adil (untuk menuduh Pakatan Rakyat) kerana saya tidak pernah mendengar darinya dan tidak pernah dia menunjukkan minat untuk menyertai dalam politik," katanya. Mengenai Deepak pula, Anwar berkata, kes pertikaian tanah yang melibatkan bekas Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiaah Raja Abdullah dan implikasinya mengenai dakwaan penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah secara kebetulan dibuat pada masa yang sama dengan perhimpunan agung Umno. "Dia mahu mempertahankan dirinya (di mahkamah) dan mendakwa bahawa wang telah dipindahkan kepada perdana menteri dan isterinya... Apa kena mengenanya dengan saya? "katanya. Naib presiden Umno, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Hishammuddin Hussein - semasa perhimpunan agung Umno - minggu lalu, mendakwa tuduhan yang dilemparkan terhadap pemimpin Umno oleh pembangkang adalah mengalih perhatian perwakilan Umno daripada perhimpunan tersebut. Bagaimanapun, kata Anwar, kenyataan itu datangnya dari bekas ketua polis negara, maka Hishammuddin perlu menjelasnya. Begitu juga dengan Deepak (kiri), kata Anwar, di mana perdana menteri telah dikaitkan dengan dakwaan menerima sogokan dalam satu perjanjian tanah dan kerana itu, juga perlu diperjelaskan. Menurut Anwar lagi, dakwaan Deepak mengenai pembabitannya dalam akuan bersumpah (SD) kedua penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk mengubah SD awal yang didakwa mengaitkan perdana menteri dengan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu, juga memerlukan siasatan. Katanya, Deepak mendakwa yang dia telah dipergunakan oleh pihak-pihak untuk memujuk atau menakut-nakutkan Bala supaya menandatangani SD kedua. Oleh itu, kata Anwar, Deepak berkata bahawa SD pertama adalah betul, yang merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan memerlukan siasatan segera oleh pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan