Tukar Tiub |
- INI SATU FITNAH DAN SATU TOHMAH
- SEMUA DI RANCANG UNTUK KE 12 JANUARI
- SATU PERTANYAAN UNTUK PENCERHAN
- UCAPAN HARI NATAL DARI SEORANG USTAZ
- PENCERAHAN DAN PENGELAPAN DARI PEMBACA TUKAR TIUB
- LAGI UCAPAN MAULUDDUL RASUL NABI ISA
- SAMBUTAN TAHUN BARU - PAKAI KUNING DAN PAKAI HIJAU
INI SATU FITNAH DAN SATU TOHMAH Posted: 25 Dec 2012 06:54 PM PST PEMUDA GEROMBOLAN BERAKSI SIAPA SIAGA NOTA INGATAN anak anak muda sedang menggunakan blog facebook dan media baru untuk menabur fitnah dan tohmah tukar tiub meminta agar tohmah dan fitnah tidak digunakan untuk menentang musuh politik PEMUDA GEROMBOLAN CAWANGAN DHAKA gambar di bawah ini adalah contoh satu fitnah gambar ini menunjukkan kumpulan pemuda united malays national organisation sedang gagah berani berdemo melawan musuh gambar ini dikatakan gambar pemuda united malays national organisation cawangan dhaka ini satu fitnah ini satu tohmah pembaca tukar tiub jangan sekali sekali terlibat dengan aktiviti saperti ini gambar ini bukan gambar pemuda gerombolan cawangan dhaka tetapi cawangan chittagong jangan buat fitnah jangan buat tohmah jangan buat bodoh nanti mak marah tauuu kah kah kah MEMBAWA SERIBU MAKNA MEMBAWA SERIBU BUKTI KITA TUNGGU BERANI TAK PATRIOT INI DATANG UNTUK BUAT KACAU ATAU SEMUA SUDAH MAKAN ROTI NAJIB KAH KAH KAH |
Posted: 25 Dec 2012 05:30 PM PST SILA AMBIL PERHATIAN MENGHASUT ORANG RAMAI UNTUK TURUN KE KUALA LUMPUR TELAH SEDIA Anak muda jelajah Malaysia tarikke #KL112 KOTA BHARU: Bagi menggandakan momentum mobilisasi ke arah Hari Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013 (#KL112), satu inisiatif besar telah disusun oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Ia dilakukan dengan kerjasama sekutu anak muda terdiri daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia dan dengan sokongan seketreriat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR). Mereka akan mengadakan roadshow Jelajah Anak Muda Menuju #KL112 dengan menjengah ke seluruh negara bagi bertemu anak muda. Mereka menjemput semua NGO yang mempunyai tuntutan rakyat untuk hadir ke pentas jelajah ini bagi terus mengajak orang ramai agar hadir ke Kuala Lumpur pada tarikh yang dimaksudkan. "NGO diberi keutamaan dan setakat ini, hampir semua venue jelajah akan dihiasi oleh warna-warna NGO bertuntutan," kata Badrul Hisham Shahrin atau Cikgu Bard. Harapan secretariat Jelajah Mobilisasi Menuju #KL112 agar maklumat jelajah bersifat 'countdown HKR' ini dapat dihebahkan sebaik yang mungkin bagi memberikan impak terbesar menjelang perhimpunan paling besar dalam sejarah negara – yang menampilkan… 1 Juta Rakyat, tambah beliau. Untuk itu, pelancaran gilang-gemilang akan bermula di Kelantan pada 26 Disember, iaitu 16 hari menjelang #KL112. Selepas itu, Jelajah Anak Muda akan menjengah semua negeri di semenanjung dengan 12 lokasi dan kemuncak jelajah 'Final Countdown' akan berlangsung di lokasi bersejarah negara iaitu Padang Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru, Kuala Lumpur pada 11 Januari 2013 mengira detik 12 Januari 2012 ------- |
SEMUA DI RANCANG UNTUK KE 12 JANUARI Posted: 25 Dec 2012 04:30 PM PST KOMENTAR TUKAR TIUB cuaca semakin hangat minggu lalu mahasiswa duduk bantah di dataran sapa pun tak berani kacau pada 27 haribulan akan datang mogok lapar pulak kita lihat apa yang akan terjadi pada 28 haribulan kaum keluarga felda buat duduk bantah sampai mat isa turun terima memo semua ini adalah perancangan untuk hangatkan 12 januari BERANI DATANGLAH DATARAN 18 sertai mogok lapar 100 jam di Dataran Lapan belas orang akan mengadakan mogok lapar selama 100 jam mulai jam 8 malam Khamis ini sebagai satu protes terhadap beberapa isu alam sekitar dan kemasyarakatan. Penganjurnya, Malaysian Youth Against Public Hazard (MYAPH) berkata mogok lapar itu akan berakhir pada detik tengah malam Tahun Baru. Pesertanya - yang juga akan terdiri daripada remaja dan pesara - hanya akan minum air botol sepanjang tempoh tersebut. Antara lain, kata penganjurnya, ia bertujuan mewujudkan kesedaran awam tentang ancaman yang mungkin dihadapi dari loji nadir bumi Lynas, penggunaan cyanide dalam perlombongan emas di Pahang, projek penapisan minyak Pengerang dan pelbagai projek empangan di Sarawak. Dalam satu kenyataan semalam, jurucakap penganjur, Tan Woen Tian berkata aktivis dari pelbagai NGO akan berucap mengenai beberapa tajuk di Dataran Merdeka. Antara mereka ialah anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat yang akan bercakap mengenai nasionalisme manakala Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan akan bercakap mengenai pergerakan masyarakat sivil. ----------- |
SATU PERTANYAAN UNTUK PENCERHAN Posted: 25 Dec 2012 06:00 AM PST SATU PERTANYAAN pembaca TT yg budiman nak tanya sikit ... sbb ada kemuskilan nih: 1. antara nabi isa ngan nabi muhammad ketika mereka dimuka bumi ini ada tak mereka membunuh manusia lain? on WAHAI BANI MELAYU SEDARLAH KAMU - BUKAN KAMU SAHAJA ADA TUHAN |
UCAPAN HARI NATAL DARI SEORANG USTAZ Posted: 25 Dec 2012 12:58 AM PST |
PENCERAHAN DAN PENGELAPAN DARI PEMBACA TUKAR TIUB Posted: 24 Dec 2012 11:30 PM PST TURUN KE JALAN RAYA SATU TINDAKAN SUCI TUKAR TIUB HANYA JALAN KAKI 1.ginilah bhaiii!!ko pun dah senja!!bila-bila masa pun ko boleh mati!!ko pi lah belajar agama kat nik azizka!hadi awangka!harun dinka dll!siaan kat ko!! 2.ko ni dah lah susah masa dok atas dunia!!merempat sana-sini!berkelana sorang diri!! kawan-kawan ko yang sama-sama kat UM dulu naik merc!! ko jalan kaki jee!! takut diakhirat nanti ko dapat susah pulak kat neraka bhaii!! 3.puak-puak kapiaq tu tak palah bhaii!!dunia ni macam syurga depa!!sebab depa akan masuk neraka nanti!!yang ko ni gayanya hidup susah memanjang bhaii!! 4.siannn kat ko bhaii!!orang islam belajaq agama kat tok guru!!ko belajaq agama dari guan eng!!siannnn kat ko!! p/s nasihat ni tak berkaitan dengan pegangan politik bhaii tapi atas dasar kesiaann kat ko bhaii!! on SELAMAT MENYAMBUT MAULUDUL RASUL NABI ISA Publish | Delete | Spam Anonymous on 12/25/12 PADRI JUGA MEMBACA TUKAR TIUB tt..gua bru plg sbahyang dri greja. smasa dlm greja padri tengok gua buka lu punya blog dri gua punya samsung...dia tanya sapa punya blog? gua jwb tukar tiub dia terus sebut lu punya nama. brutal la lu tt...padri pun follow lu punya bloggg... on SELAMAT MENYAMBUT MAULUDUL RASUL NABI ISA JANGAN MALAS MEMBACA - JANGAN HANYA MENDENGAR Kenyataan TT ni kena pikir sedalam2nya. kenapa dia cakap macam tu, kena banyak membaca, kena banyak bertanya, kena rujuk kitab-kitab dari seluruh pelosok dunia then boleh lah nak komen. kalau setakat rujuk kepada mufti perak tu, tak payahlah nak jatuh hukum pada orang lain... on MAULUDUL RASUL NABI ISA - PENCERAHAN PEMBACA JANGAN KENA TIPU OLEH ARAB Ulasan-ulasan yang ditulis oleh orang-orang yang mengutuk Hishamuddin Rais kerana mengucap maulidul rasul kepada penganut agama Kristian adalah sangat poyo dan bangang. Ia membuktikan kepada semua bahwa majoriti umat Islam di Malaysia ini terlalu sensitif tidak tentu hala sangat sampai hari kebesaran agama lain pun nak diIslamkan. Kalau diberi kuasa memerintah, sudah tentu pencaci-pencaci Hishamuddin akan melarang penganut agama lain daripada menyambut hari kebesaran mereka dan melarang umat Islam daripada berkawan baik dengan penganut-penganut agama lain. Apa yang mereka nak ialah bergaduh, berjihad, berperang dengan penganut-penganut agama lain seperti apa yang sedang berlaku di Pakistan, Arab Saudi dan Afghanistan. Malah dengan umat Islam bermazhab Shiah pun mereka yang kononnya lebih baik daripada penganut agama lain ini nak melarang daripada menganuti fahaman Shiah di Malaysia. Kalau pasal kutuk agama lain, majoriti umat Islam di Malaysia ini adalah juara. Tetapi kalau pasal on MAULUDUL RASUL NABI ISA - PENCERAHAN PEMBACA ------ |
LAGI UCAPAN MAULUDDUL RASUL NABI ISA Posted: 24 Dec 2012 10:00 PM PST KENYATAAN MEDIA 25 DISEMBER 2012 Dalam kesempatan ini KEADILAN mengucapkan kepada rakyat Malaysia yang beragama Kristian "Selamat Hari Natal" dan sambutlah dengan penuh kegembiraan bersama keluarga, saudara dan juga sahabat handai. Raikanlah musim perayaan ini dalam suasana penuh kekeluargaan dan mesra. Martabatkanlah budaya Malaysia yang berbilang bangsa ini agar keharmonian kaum terus dipertahankan. Janganlah kita leka dalam musim-musim perayaan ini bahawa keselamatan adalah menjadi perkara asas yang paling utama dititikberatkan. Ini termasuklah keselamatan di dalam dan luar rumah serta di jalan raya. Sudah pastinya musim perayaan ini ramai yang akan bercuti dan sebagainya. Maka KEADILAN mengharapkan rakyat Malaysia sama ada menyambut perayaan ini atau pun tidak, marilah bersama menjaga keselamatan dan berkerjasama dengan pihak berwajib untuk membenteras aktiviti jenayah sosial yang semakin meningkat khususnya ketika musim perayaan. Oleh yang demikian, KEADILAN sekali lagi mengharapkan kerterbukaan daripada semua pihak untuk bersama-sama dalam agenda membela hak rakyat, tua dan muda tanpa membedakan etnik dan kepercayaan mereka. Inilah dasar kita yang memartabatkan rakyat itu sebagai satu sumber kekuatan bangsa Malaysia. Dr Wan Azizah Wan Ismail Presiden |
SAMBUTAN TAHUN BARU - PAKAI KUNING DAN PAKAI HIJAU Posted: 24 Dec 2012 07:51 PM PST SAMBUTAN TAHUN BARU semua yang akan hadir untuk sambutan tahun baru sila pakai baju kuning atau baju hijau ANAK ANAK MUDA di dataran merdeka di bukit bintang di klcc sila pakai kuning dan hijau kita gempak kan najib dan rosmah kita hijau tahun baru ini kita kuningkan tahun baru ini kita rock kan tahun baru dengan irama melawan kita tamatkan irama bodek SELANGOR DI DATARAN SHAH ALAM DARI TAMAN MELEWAR KE GEBENG berkumpul sebelum jam 8:00 pagi pada 31 disember konvoi akan bergerak menuju bentong menuju kuantan menuju gebeng PESTA TAHUN BARU DI GEBENG |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan