WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
TERUKNYA PAHANG...ADNAN JANGAN PERLEKEH NEGERI PAKATAN Posted: 25 Dec 2012 03:38 AM PST Dalam masa 2 jam, 60 rumah ditenggelami banjir
(Skuad Banjir PAS Indera Mahkota yang diketuai Ustaz Fadhil Nor [berkopiah] membawa mangsa banjir yang lumpuh di Bukit Pelindung ke tempat selamat) KUANTAN: Dalam tempoh 2 jam saja hampir 60 buah rumah di tenggelami banjir kilat beserta lumpur yang terburuk dalam sejarah taman yang terletak di kawasan Bukit Pelindung, Beserah dekat sini. Hujan lebat bermula sebelumnya membuatkan semua penduduk di situ berada dalam keadaan resah memikirkan keselamatan harta benda dan keluarga memandangkan banjir di perumahan tersebut seolah-olah 'acara wajib' tahunan. Pada sekitar jam 7 pagi air mulai naik selepas hujan lebat seketika namun ianya surut segera sebaik hujan reda. (Taman perumahan Bukit Pelindung ditenggelami banjir lumpur) Namun pada jam 10 pagi hujan mulai lebat dan dalam tempoh yang singkat, kawasan tersebut bertukar menjadi lautan lumpur di sertai arus yang laju memusnahkan banyak harta benda penduduk. Kekecewaan penduduk jelas terpampar di wajah mereka lantaran masalah ini telah berlarutan bertahun-tahun lamanya dan pelbagai laporan dan sidang media telah di buat namun tiada perubahan yang di buat oleh pihak berwajib. Seorang wakil penduduk yang di temui berkata mereka memang teramat kecewa dengan sikap yang di tunjukkan oleh pihak agensi yang terbabit dalam menangani isu ini. Justeru beliau mengharapkan agar Pakatan Rakyat dapat memainkan peranan menekan pihak kerajaan untuk menyelesaikan segera masalah mereka ini walaupun terpaksa meminta campurtangan pihak istana. (Jalan Pelindung Perdana menjadi kawasan perdana dilanda banjir kilat) Mengulas isu berkenaan, Timbalan Pengarah Skuad Banjir PAS Indera Mahkota, Encik Mahmud Yaakub menyatakan rasa simpati yang mendalam terhadap kesulitan yang di alami oleh penduduk Taman Pelindung Perdana yang sehingga kini tidak di pedulikan oleh kerajaan BN. Pihak kami secara konsisten memantau keadaan di sini bermula malam sebelumnya dan pada pagi kejadian dan bertindak semaksimum mungkin dalam membantu penduduk serta menghubungi pihak berwajib. "Sepatutnya jika pihak kerajaan prihatin sudah tentu ada pemantau dari agensi terlibat berada di sekitar kawasan ini bukan hanya bertindak selepas air surut," katanya kesal. (Pasukan Unit Amal bermesyuarat sebelum turun membantu mangsa banjir) Selain skuad banjir, Unit Amal menjadi tenaga penting dalam menghadapi banjir kali ini. Mereka bersedia dan mengadakan perbincangan bagaimana mahu membantu mangsa banjir. Tawaran 6+3: Pakatan sedia pakej kemakmuran buat rakyat Pahang(Oleh Amiruddin Ahmad) KUALA LUMPUR 24 Dis: Pengumuman tawaran Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk mewujudkan negeri berkebajikan di Pahang amat dialu-alukan. Tawaran enam perkara itu bakal mengubah taraf hidup rakyat secara keseluruhan, berbanding sewaktu pemerintahan BN yang mengabaikan aspek sosio-ekonomi rakyat. Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Bob Manolan berkata, janji Pakatan bukan [...] |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan