DIALOG RAKYAT |
- Tuan Ibrahim ketuai skuad PAS beri bantuan banjir
- Projek tanah Upayapadu: Umno diminta tanya Awang Adek
- Pelajar UUM maut kereta dihempap lebih 500 papan
- Banjir: Benteng Empangan Paya Peda terpaksa dipecah
- Pegawai Nik Aziz: Kurnia tanah 4,259 hektar bukan rahsia, Pusat dimaklum
- Lebih 6,000 mangsa banjir dipindahkan ke Pantai Timur
- Fauzi Shaari tidak pernah menyesal sertai PAS
- Bilik di memorial Tun Hussein Onn terbakar
- Huru-hara mempunyai kesan besar terhadap pasaran saham berbanding perubahan, kata penganalisis
- Sampai Bila Najib Nak Berdiam Diri?
- Umno-BN putar belit isu pembalakan di Tasik Pedu
- Terdesaknya Umno untuk memburukkan PAS
- Terkini!!! Benarkah Anak Kepada Tokoh Agama Terkenal Memfitnah Kerajaan Negeri Kedah? Jom Terjah!!
- Hak siswa berhimpun dihalang, kehakiman pincang
- Tiada tangkapan, serangan samseng Umno ke atas Pakatan dapat restu BN
- Mahkamah kelam kabut kendali saman AES, mangsa diarah pulang
- Tawaran 6+3: Pakatan sedia pakej kemakmuran buat rakyat Pahang
- KEADILAN: Bukan tugas SPRM tapis calon pilihan raya
- Isu Umar: Tim.Menteri gembira keputusan mahkamah
- Bekas Pengerusi SPR Gesa Suruhanjaya Diraja Kaji Sistem Pilihanraya
- 7 Perkara Menjadikan Momokan UBN
- Malaysia aman, mengapa Jelajah Oren diserang
- Lagi kes bantah konvoi, Ketua Penerangan Anak ditahan dan diikat tangan
- Bekas tentera didakwa ugut mahu racun anak
- BN Beli Tanah di Selangor Dengan Harga Murah RM1 Sekaki Persegi? Bayaran Tunggakan Cukai Taksiran Sebanyak RM26,935.50 & RM110,869.20?
Tuan Ibrahim ketuai skuad PAS beri bantuan banjir Posted: 25 Dec 2012 06:07 AM PST
(Skuad bantuan banjir Pahang menurunkan bahan bantuan untuk mangsa banjir) KUANTAN: PAS Pahang mengerah seluruh petugasnya agar bergerak ke Kuantan bagi membantu mangsa banjir yang disifatkan paling buruk dalam sejarah negeri itu. Arahan supaya jentera PAS digerakkan di semua kawasan banjir itu dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mempengerusikan mesyuarat Perhubungan PAS Pahang di Temerloh hari ini. "Kita telah pilih Masjid Al Fatah, Kuantan sebagai Bilik Gerakan Bantuan Banjir kita," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily. Tuan Ibrahim berkata, mereka akan memberikan pelbagai bantuan dalam bentuk tenaga, makanan dan nasihat kepada mangsa. Antara bahan makanan yang diedarkan adalah berupa roti, biskut, makanan segera, sardin dan lain-lain lagi di samping air bersih. (Petugas PAS sibuk membungkus bahan makanan untuk diedarkan kepada mangsa banjir) Bandar Kuantan dilanda banjir kilat paling teruk dalam sejarahnya sehingga melumpuhkan keseluruhan bandar itu. Kenderaan tidak dapat bergerak dan rosak ditenggelami air manakala rumah yang dilanda banjir pula penuh dengan lumpur. Kedatangan banjir yang mengejut itu menyebabkan banyak harta benda dan barangan milik mangsa tidak dapat di selamatkan. (Anggota Unit Amal turun menemui mangsa banjir dengan membawa bantuan. Baju hijau adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Yusof Embong.) Menurut wartawan Harakahdaily yang berada di Chendor iaitu sempadan dengan Terengganu, air banjir dikatakan semakin naik sekarang ini. Ia menyebabkan bantuan agak sukar disampaikan tanpa kenderaan yang sesuai khasnya bot. | ||||
Projek tanah Upayapadu: Umno diminta tanya Awang Adek Posted: 25 Dec 2012 06:04 AM PST
Ini kerana, beliau yang menandatangani surat sokongan agar projek membabitkan Yayasan Islam Kelantan (Yik) dan Upayapadu Plantation Sdn Bhd dilaksanakan. Demikian kata Ustaz Fadli Shaari (gambar), Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataannya hari ini. Surat yang ditandatangani oleh Awang Adek adalah kedua selepas surat pertama dari Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005. Penjelasan Fadli ini merujuk kepada beberapa laporan akhbar yang masih lagi memainkan isu berkenaan sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008. | ||||
Pelajar UUM maut kereta dihempap lebih 500 papan Posted: 25 Dec 2012 04:56 AM PST SINAR HARIAN BUKIT KAYU HITAM - Seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) maut setelah kereta yang dinaiki bersama tiga rakannya dihempap lebih 500 keping papan dari sebuah lori treler berhampiran Kompleks Kastam dan Imigresen Bukit Kayu Hitam di sini, kira-kira pukul 8.15 malam tadi.Tan Chuan Ta, 20, dari Kajang, Selangor maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala rakan pelajarnya, Wang Zong Ching, 24, iaitu pemandu kereta; Khoo Kah Wai, 22; dan Yong Hoi Siong, 23, cedera ringan. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohd Yusof berkata ketika kejadian sebuah lori treler dipandu warga Thailand membawa muatan ratusan keping papan terlanggar pembahagi jalan menyebabkan ratusan keping papan itu jatuh menghempap kereta dinaiki pelajar-pelajar tersebut. Katanya Tan Chuan yang duduk di tempat duduk belakang sebelah kanan tersepit dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Dia dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat. "Tiga rakan yang lain hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di HJ (Hospital Jitra)," kata Ibrahim kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata pemandu lori berkenaan melarikan diri ke negaranya selepas kejadian itu dan polis sedang berusaha mengesannya Ibrahim berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) 1987. Empat sahabat itu dalam perjalanan pulang ke UUM selepas menikmati makan malam di sebuah restoran di Pekan Danok yang bersempadan dengan Bukit Kayu Hitam.- Bernama | ||||
Banjir: Benteng Empangan Paya Peda terpaksa dipecah Posted: 25 Dec 2012 04:53 AM PST SINAR HARIAN KUALA TERENGGANU - Sebahagian benteng Empangan Paya Peda di Besut yang masih dalam pembinaan terpaksa dipecahkan semalam untuk melepaskan takungan air demi keselamatan penduduk kawasan sekitar. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata meskipun tindakan itu menyebabkan kawasan sekitarnya dilandar banjir, namun ia terpaksa dilakukan demi mengurangkan risiko tekanan pada kandungan air berlebihan di empangan. Katanya langkah itu dibuat untuk membolehkan air daripada empangan berkenaan dialir keluar secara terancang. Berikutan tindakan memecahkan benteng empangan itu, banjir melanda daerah Besut dengan lebih 1,000 penduduk terpaksa dipindahkan setakat ini, ke pusat pemindahan banjir. "Empangan ini belum lagi siap dan kandungan air di dalamnya mungkin belum sampai tahap maksimum. Kita takut tekanan dan air melimpah dan sebagainya, sebab itu kita terpaksa buat (pecahkan) melibatkan perunding, kontraktor dan JPS (Jabatan Perparitan dan Saliran)," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penganugerahan Pingat Emas dan Sarjana Terengganu Yayasan Terengganu (YT) ke-33 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini. Ahmad menasihati penduduk di daerah berkenaan agar berwaspada, bertenang dan sentiasa mengikuti arahan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berikutan pelepasan air daripada empangan itu. Beliau berkata beberapa kawasan di daerah Besut sering dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh dan bukan disebabkan tindakan melepaskan air empangan sepertimana yang berlaku sekarang. "Walaupun empangan ini siap setahun dua lagi, banjir tetap juga berlaku kerana Besut mempunyai kawasan rendah dan sawah padi. Cuma dengan adanya empangan, ia (banjir) diharap dapat dikurangkan," katanya. Empangan Paya Peda yang dibina dua tahun lepas dengan kos RM333 juta dijangka siap pertengahan tahun depan. Projek itu terletak kira-kira 1.5 kilometer di Hulu Angga Barrage dan 17 kilometer dari Bandar Jerteh. Apabila siap kelak, empangan seluas 77 kilometer persegi itu bakal dijadikan kawasan tadahan dan takungan bagi menampung 168 juta meter padu air untuk tanaman padi dua kali setahun di daerah Besut.- Bernama | ||||
Pegawai Nik Aziz: Kurnia tanah 4,259 hektar bukan rahsia, Pusat dimaklum Posted: 25 Dec 2012 04:52 AM PST SHAH ALAM - Isu pemberian tanah balak seluas 4,259 hektar di Gua Musang, yang didakwa diberikan kepada pemimpin DAP Perak bukan satu rahsia, sebaliknya pengurniaan telah diputuskan tujuh tahun lalu dan sedia diketahui oleh dua kementerian termasuk Datuk Dr Awang Adek Hussin, kata Setiausaha Akhbar kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini. "Kenyataan-kenyataan ini (laporan media) seolah-olah ingin menyebut bahawa projek yang dilaksanakan oleh syarikat ini ialah rahsia sehingga ia terdedah dengan laporan blog pisau.net. "Dalam hal ini, suka untuk saya nyatakan bahawa projek ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia dan satu surat kelulusan telah dihantar kepada pihak Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005 dan ditandatangani sendiri oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui," kata Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Ahmad Fadhli berkata, surat kedua pula ialah daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bertarikh 16 Januari 2006, yang turut menyokong permohonan syarikat tersebut bagi tujuan meningkatkan lagi kegiatan ekonomi negeri Kelantan. "Surat tersebut ditandatangani olah Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada masa itu iaitu Datuk Dr Awang Adek Hussin. Salinan surat-surat tersebut saya kepilkan bersama untuk rujukan," kata beliau lagi. Awang Adek merupakan Timbalan Pengerusi Umno Kelantan sekarang. Justeru, Ahmad Fadhli berkata, beliau berharap semua pihak di Kelantan terutama pemimpin Umno dan pertubuhan bukan kerajaan boleh bertanya terus kepada Awang Adek berkenaan isu tersebut. "Menyentuh kenyataan (Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi ) Pengerusi Ombak agar Tuan Guru Menteri Besar mendakwa blogger pisau.net jika benar ia merupakan satu fitnah, saya kira Ombak boleh bersabar. Mana tau, jika nasib baik, Ombak pun boleh dimasukkan bersama dalam senarai defendan nanti," katanya lagi. Kenyataan Ahmad Fadhli merujuk kepada beberapa laporan akhbar yang masih lagi memainkan isu berkenaan sekeping tanah seluas tanah 4,259 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada Pas selepas pilihan raya umum 2008. "Sekalipun penjelasan telah diberikan panjang lebar dalam kenyataan sebelum ini, tetapi kelihatan pemimpin Umno bersama beberapa NGO pro Umno masih belum faham atau 'berpura-pura untuk tidak faham," kata beliau. Laporan akhbar memetik Presiden Ombak, Wan Khairul Wan Muhammad berkata, Nik Aziz tidak wajar berdiam diri, sebaliknya perlu memberikan penjelasan berhubung dakwaan menawarkan tanah balak seluas 4,259 hektar di Gua Musang kepada dua pemimpin DAP Perak. Wan Khairul berkata, jika dakwaan tersebut tidak benar, Mursyidul Am Pas itu harus mengambil tindakan undang-undang ke atas blog pisau.net yang mendedahkan perkara itu sebelum pengakuan dibuat oleh kedua-dua pemimpin DAP terbabit. "Kedua-dua pemimpin ini telah mengaku melabur dalam Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang mendapat projek pembalakan itu, tetapi sehingga hari ini Nik Abdul Aziz masih berdiam diri. "Beliau perlu membuat penjelasan terutamanya kepada seluruh rakyat Kelantan kerana ia bukan isu kepartian malah satu kebenaran yang perlu rakyat lihat di sebalik pemerintahan Islam," katanya. | ||||
Lebih 6,000 mangsa banjir dipindahkan ke Pantai Timur Posted: 25 Dec 2012 04:39 AM PST MALAYSIA KINI Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk pagi ini dengan lebih 6,000 mangsa dipindahkan. Sebanyak 2,594 mangsa kini berada di pusat pemindahan di Terengganu berbanding 1,301 malam tadi, manakala 1,963 mangsa dipindahkan di Kelantan berbanding kira-kira 1,000 semalam, menurut portal rasmi kerajaan negeri masing-masing. Di Pahang, menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, 1,743 mangsa banjir dicatatkan berbanding 915 semalam, manakala mangsa banjir di Johor pagi ini kekal 16 orang. Di Kelantan, jajahan Kuala Krai menyaksikan paling ramai mangsa dipindahkan iaitu 907, diikuti Tanah Merah (314), Kota Baharu (295), Pasir Puteh (225), Pasir Mas (116), Machang (100) dan Tumpat (enam). Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah, Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan di Rantau Panjang kini masih melepasi paras bahaya walaupun dilaporkan susut sedikit berikutan tiada hujan sejak malam tadi. Bacaan di sungai-sungai utama lain bagaimanapun masih bertahan di paras amaran. Tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan dan tiada laporan kemalangan jiwa setakat ini. Cuaca di Kelantan ketika ini mendung. Di Terengganu, mangsa paling ramai dipindahkan ialah di daerah Besut melibatkan 1,096 orang diikuti Setiu (461), Dungun (317), Kemaman (251), Marang (224), Hulu Terengganu (154) dan Kuala Terengganu (91). Kemaman merupakan daerah terakhir mengalami banjir petang semalam berikutan kawasan rendah dinaiki air. Sebanyak 52 pusat pemindahan banjir kini dibuka di seluruh Terengganu. Sementara itu, jalan dari Kuala Terengganu ke Kota Baharu di kilometer 78.5 berdekatan Kampung Guntong Luar di Setiu ditutup kepada kenderaan ringan selepas ditenggelami air sedalam 0.3meter. Laluan sepanjang dua kilometer di km 68.1 hingga km70.1 Bandar Permaisuri pula ditenggelami air sedalam 0.35m juga ditutup kepada kenderaan ringan. Jalan Jerangau-Jabor di hadapan stesen timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Besi, Dungun ditutup kepada semua kenderaan selepas ditenggelami air sedalam 0.6m. Bernama | ||||
Fauzi Shaari tidak pernah menyesal sertai PAS Posted: 25 Dec 2012 12:19 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Bekas pemimpin tertinggi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Datuk Fauzi Shaari menafikan pernah mengeluarkan kenyataan beliau menyesal menyertai parti komponen Pakatan Rakyat (PR) PAS. "Kenapa saya perlu menyesal bersama PAS. Saya sudah buat pilihan yang tepat. "Kenapa masih ada yang pertikai dan ragu-ragu dengan tindakan saya ini. "Saya rasa tindakan saya menyertai PAS membuatkan ada beberapa pihak tidak senang hati. Sebab itu mereka sengaja mencipta isu ini," kata bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) itu dipetik dari Sinar Harian Online. Sebelum ini tersebar mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), mendakwa Fauzi menyatakan penyesalannya menyertai PAS. Mesej itu berbunyi: "Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. "Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak tiga jika saya tinggalkan PAS." Fauzi menafikan SMS tersebar itu yang menurutnya dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak gembira dengan tindakannya menyertai parti pembangkang. "Saya amat gembira dan bersyukur atas apa yang saya hadapi dan nikmati sejak bersama PAS," katanya. Selepas pilihan raya 2008, PAS dilihat giat membawa masuk bekas pegawai tertinggi kerajaan menyertai mereka. Sebelum ini, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah, Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof menyertai parti Islam itu. Ahmad Zabidi Shamsuddin, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia juga berbuat perkara sama. Terbaru semasa Muktamar PAS ke 58 di Kota Bharu baru-baru ini, bekas pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Datuk Mohd Nahwari Hashim mengisytiharkan secara terbuka menyertai parti tersebut. "Saya dah lama nak menyertai PAS... dan hari ini secara rasmi saya menyertainya," katanya yang pernah juga menjawat jawatan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). | ||||
Bilik di memorial Tun Hussein Onn terbakar Posted: 25 Dec 2012 12:16 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Sebuah bilik yang sedang dibaik pulih di Memorial Tun Hussein Onn di Bukit Perdana di sini, terbakar malam tadi. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sentul ketika dihubungi Bernama hari ini. "Bomba menerima panggilan pada 8.56 malam dan berjaya mengawal kebakaran kira-kira 40 minit kemudian. Kebakaran melibatkan sebuah bilik pantri di tingkat tiga yang sedang dibaik pulih," katanya. Katanya 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Titiwangsa dan Sentul terlibat dalam operasi memadam kebakaran. Punca dan kerugian masih disiasat, kata jurucakap itu. — Bernama | ||||
Huru-hara mempunyai kesan besar terhadap pasaran saham berbanding perubahan, kata penganalisis Posted: 25 Dec 2012 12:10 AM PST KUALA LUMPUR- Ketidaktentuan, bukan perubahan politik akan memberikan impak yang lebih besar kepada pasaran saham selepas pilihan raya umum ke-13, kata para penganalisis. Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI), Dr Michael Lim Mah Hui memberi amaran bahawa persekitaran yang huru-hara, pertikaian sensitif dan sentimen negatif akan mempunyai lebih banyak kesan serius berbanding dengan prospek Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya. "Saya tidak bersetuju pasaran saham merudum jika berlaku perubahan kuasa atau keputusan pilihan raya tidak memihak kepada kerajaan sedia ada. "Kalau kerajaan baru lebih bersih, ia lebih baik untuk pasaran saham. Isu utama ialah mengelak ketidakpastian (uncertainty)," katanya kepada The Malaysian Insider. Minggu lepas, Nomura Equity Research berkata ketidaktentuan pilihan raya umum akan datang akan mempengaruhi pasaran ekuiti Malaysia pada separuh kedua tahun hadapan. Sebaliknya, Lim menekankan bahawa pelabur lebih cenderung untuk menjadi takut dengan ketidakpastian seperti menakut-nakutkan menggunakan isu-isu seperti kaum dan agama. Beliau tidak bersetuju demonstrasi atau perhimpunan yang sering dianjurkan oleh PR menjelang pilihan raya akan menakutkan pelabur pasaran saham. "Demonstrasi dan huru-hara adalah berbeza. Huru-hara menakutkan pelabur, demonstrasi secara aman tidak," terang beliau. Melihat kepada prestasi PR di empat negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, Lim tidak merasakan akan ada masalah jika PR mengambil alih Putrajaya. "Kerajaan yang lebih bersih akan memberikan kesan positif kepada pasaran saham," katanya. Dalam pada itu, Lim menegaskan kerajaan perlu mengambil langkah drastik mengatasi peningkatan pengeluaran wang haram daripada laporan Global Financial Integrity (GFI) berbanding membuat spekulasi mengatakan pasaran saham akan jatuh jika berlaku perubahan kuasa. "Daripada membuat spekulasi mengatakan pasaran saham akan jatuh jika berlaku perubahan kuasa lebih baik mereka atasi pengeluaran wang haram," katanya. Laporan terkini Global Financial Integrity (GFI) menunjukkan Malaysia berada di tangga kedua paling buruk dalam pengeluaran wang haram pada 2010, dan satu-satunya negara mengalami tercorot menyaksikan peningkatan sekali ganda antara 2009 dan 2010. Jumlah wang haram meningkat 111 peratus daripada US$30.4 bilion (RM93.17 bilion) pada 2009 kepada US$64.38 bilion pada 2010. Ketua Ahli Ekonomi RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng juga bersetuju dengan Lim apabila memberitahu pasaran saham akan kembali dalam keadaan sedia kala walaupun berlaku peralihan kuasa di Putrajaya selepas PRU Ke-13. "Ia bergantung kepada kepada pentadbiran baru yang memerintah, ia yang akan menentukan hala tuju pasaran saham sama ada lebih baik ataupun tidak," terang beliau kepada The Malaysian Insider. Selain dari memberi amaran mengenai ketidaktentuan, Penyelidikan Nomura juga meramalkan kedudukan prestasi Malaysia tahun depan sebagai "kekurangan berat badan" — status yang diberikan kepada pasaran yang dijangka tidak baik — bersama-sama dengan negara-negara lain di Asia Tenggara kecuali Singapura. "Kami berfikir bahawa kebimbangan mengenai keputusan pilihan raya akan menyebabkan pasaran mundur kebelakang," kata penganalisis Penyelidikan Nomura untuk strategi Asia, Michael Kurtz. "Malaysia adalah salah satu pasaran ... dimana bentuk kerajaan, orientasi reformasi, dan niat fiscal kerajaan memberi kesan besar dalam prestasi ekonomi. " Menurut Nomura, melengahkan pilihan raya secara berterusan dan persepsi ketidakstabilan politik menyebabkan pasaran saham Malaysia tidak terjual dan volatiliti melampau dalam harga ekuiti. | ||||
Sampai Bila Najib Nak Berdiam Diri? Posted: 25 Dec 2012 12:02 AM PST Oleh Shahbudin Husin Sejak Deepak Jaikishan, seorang peniaga karpet yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Perdana Menteri, mendedahkan penglibatan Najib dalam akuan bersumpah kedua penyiasat persendirian, P Bala, pelbagai rentetan mengenainya sudah terdedah ke pengetahuan umum. Daripada bagaimana Rosmah memintanya mencari P Bala, penglibatan adik Najib, Nazim Razak membayar wang kepada penyiasat persendirian itu, kaitan seorang peguam bergelar Tan Sri merangka akaun bersumpah dan sebagainya, semuanya memperlihatkan kedudukan Najib mula terjejas di mata umum. Deepak sendiri sejak muncul beberapa minggu lalu, memberi bayangan bahawa beliau tidak akan berhenti setakat ini saja. Beliau pasti akan muncul dengan banyak pendedahan lagi. Isu yang dibangkitkan Deepak adalah isu yang berlarutan sejak sekian lama. Walaupun rakan karib Najib, Razak Baginda telah dibebaskan dalam kes pembunuhan Altantuya tetapi kesan daripada peristiwa itu terus menyelubungi rakyat kerana begitu banyak misteri yang tidak terungkai disebaliknya. Selagi rakyat bercakap mengenainya, selagi itulah Najib bagai dikejar bayangan hantu Altantuya itu. Ini berikutan misteri yang pada mulanya tidak terjawab itu seperti mula menunjukkan kebenarannya. Munculnya pendedahan Deepak merupakan salah satu buktinya. Dengan pendedahan terbaru Deepak mengenai penglibatan Najib meminta P Bala membuat akaun bersumpah kedua dan menafikan akaun bersumpah pertama kerana bimbang kehilangan peluang untuk menjadi Perdana Menteri dan sejumlah wang dibayar kepada penyiasat persendirian itu, membayangkan seperti ada sesuatu yang disembunyikan disebalik pembunuhan Altantuya. Berikutan pendedahan Deepak dan nama seorang peguam terkenal bergelar Tan Sri turut dikaitkan, tekanan kini cuba dipertingkatkan untuk memaksa beberapa pihak seperti SPRM dan Peguam Negara, agar mengkaji semua kes tersebut. Pihak pembangkang terus menekan Najib agar berani bersuara atau setidak-tidaknya mengambil tindakan undang-undang terhadap Deepak, jika dakwaannya itu sebagai liar dan tidak benar. Mahfuz Omar secara terbuka telah pun mencabar Najib mengambil tindakan saman itu. Angkatan Muda Keadilan pula telah mencetak 50 ribu poskad #Tanya Rosmah untuk diedarkan kepada rakyat dan kemudian akan dihantar ke peti surat kediaman Perdana Menteri, bagi tujuan sama iaitu meningkatkan tekanan agar Najib dan Rosmah berani bersuara terhadap pendedahan yang dibangkitkan oleh Deepak itu. Ceramah dan program-program pembangkang pula sejak kebelakangan ini tidak pernah sunyi daripada memperkatakan isu Najib, Scorpene, Razak Baginda, P Bala dan Altantuya. Media alternatif pula digunakan sepenuhnya untuk membangkitkan isu tersebut. Hakikatnya, sejak Deepak bersuara, isu Najib dan Altantuya ini sudah disebarluaskan hingga menerobos seluruh pelusuk kampung dan desa pedalaman serta diperbualkan di kedai-kedai kopi di merata tempat. Cara bagaimana isu ini dimainkan membayangkan bahawa selagi Najib berdiam diri dan tidak bersuara, selagi itulah ia akan dibangkitkan serta dijadikan isu. Dan selagi Najib tidak bersuara juga, selagi itulah rakyat menganggap ada sesuatu yang tidak kena dan cuba disembunyikan dalam hal ini. Penduduk bandar, kalangan profesional dan masyarakat pertengahan ke atas sudah agak lama sangsi terhadap Najib dalam isu ini. Rentetan isu yang mereka ketahui melalui pelbagai sumber, termasuk internet, seperti meyakinkan mereka bahawa ada sesuatu yang tidak kena di sebalik pembunuhan model dan penterjemah dari Mongolia itu. Generasi muda dan mereka yang lebih terdedah kepada maklumat tanpa sempadan juga dilihat mempunyai pendirian yang sama. Deepak kini nampaknya benar-benar menjadikan kedudukan Najib tampak sukar kerana melalui pendedahannya, semakin ramai rakyat mulai faham dengan isu itu. Hari ini isu yang dibangkitkan Deepak sudah menjadi topik perbualan di mana-mana - pejabat kerajaan, syarikat swasta, pelajar universiti, suri rumah, lobi hotel, kedai kopi, laman-laman sosial dan di mana saja tempat orang boleh berkomunikasi. Dan selagi Najib berdiam diri, memilih menjadi pemimpin yang "pekak" dan "bisu" terhadap suara-suara yang menjadi percakapan berkaitan isu yang dibangkitkan Deepak ini, selagi itulah rating serta sokongan rakyat kepadanya akan terus merudum. Bagi rakyat terbanyak, falsafah mereka cukup mudah - berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau benar, bersuaralah. Jika terus diam dan tidak berani menafikannya, maknanya salahlah. Ini prinsip moral mudah yang diajar sejak kecil lagi. Ini bermakna selagi Najib tidak berani bersuara menafikan segala dakwaan Deepak atau menjelaskan kedudukan sebenarnya, selagi itulah beliau akan terus berada dalam kedudukan yang sukar dari segi sokongan rakyat. Buatlah seribu satu macam transformasi, berilah berapa banyak gula-gula politik sekalipun tetapi jika ada asas moral yang diragui rakyat, maka selama itulah ia akan menjadi beban kepada Najib sendiri. Dalam isu yang dibangkitkan Deepak, Najib tidak ada pilihan selain bersuara. Beliau boleh memilih untuk menafikannya berserta hujah dan bukti atau mengambil tindakan undang-undang terhadap Deepak jika dakwaan itu tidak benar. Percayalah, lagi lama berdiam diri, lagi melebar kepercayaan rakyat bahawa beliau berada di pihak yang salah manakala keberanian Deepak dilihat sebagai bukti beliau berada di pihak yang benar. Najib, bersuaralah! | ||||
Umno-BN putar belit isu pembalakan di Tasik Pedu Posted: 24 Dec 2012 11:57 PM PST DETIK DAILY PADANG TERAP: Hutan tadahan hujan di Tasik Pedu semakin terancam! Demikian tema liputan besar-besaran oleh media talibarut Umno-BN yang difokuskan semata-mata untuk memburukkan kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat di Kedah. Tiada apa lagi isu besar yang boleh dimainkan untuk membohongi rakyat jelata mengenai Kedah, maka isu 'kemusnahan' hutan di kawasan yang jauh nun di pedalaman Kedah dijadikan modal maklumlah di situ bukan kawasan ramai penduduk. Dua pembohongan utama yang dimainkan oleh media serta juga para pemimpin BN. Pertama, kononnya kawasan hutan yang dicerahkan untuk Projek Agroteknologi itu adalah berstatus Hutan Simpan Kekal. Sebenarnya kawasan terbabit adalah hutan simpan biasa yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Pedu pada 11 September 1952. Ia boleh diubah status mengikut prosedur tertentu. Hutan Simpan Kekal ialah hutan Tasik Pedu yang terletak cuma di seberang laluan TEKIH (sebagai sempadan) dengan kawasan agroteknologi. Kedua, kononnya ia kawasan tadahan hujan yang membekal sumber air ke Tasik Pedu. Juga tidak benar. Tidak ada setitik air pun dari kawasan Projek Agroteknologi tersebut boleh mengalir ke Tasik Pedu kerana aras air Tasik Pedu lebih tinggi dari sungai yang mengalirkan air di kawasan projek agroteknologi tersebut. Anak Sungai tersebut mengalir ke Sungai Pedu yang menuju ke arah Kuala Nerang. Jika berlaku limpahan Tasik Pedu, airnya mengalir ke sungai Pedu bukan ke tasik Pedu. Benteng atau tebing binaan Tasik Pedu terlalu tinggi, juga kawasan projek agroteknologi dipisahkan dengan laluan TEKIH iaitu jalan naiktaraf Sik ke Durian Burung. Jadi, walaupun jarak antara tapak projek yang hutannya telah dicerahkan dengan Tasik Pedu tidak sampai 400 meter namun ia langsung tidak mengancam Tasik Pedu. Isu seterusnya ialah penggondolan hutan, kononnya kerana mahu mengambil balak tetapi berselindung di sebalik projek agroteknologi iaitu membuka ladang buah-buahan di empat kompartment yang dicadangkan di Charuk Genting Bunga. Tidak dinafikan berlaku aktiviti pembalakan yang melibatkan tiga kompartment (dari empat kompartment semuanya) iaitu iaitu 48A, 48B dan 50B yang melibatkan kira-kira 600 ekar tetapi semua kegiatan pembalakan melalui jawatankuasa teknikal pembalakan serta diluluskan oleh Jabatan Perhutanan. Jabatan Perhutanan terikat dengan pelbagai Akta Parlimen, sebagai kriteria untuk memberi kelulusan. Ini bukan cerita pembalakan haram seperti yang berlaku di beberapa buah negeri yang ditadbir BN. Projek agroteknologi atau disahkan oleh majlis Mesyuarat Exco sebagai Projek Agro-eco-tourism diserahkan kepada Syarikat Kumpulan Ladang iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Tanah seluas 884 ekar itu diserahkan kepada PKNK sebagai pemegang Permit Peggunaan Sementara (status tanah) dengan sewaan selama 30 tahun. Oleh kerana kawasan tersebut dibangunkan untuk projek pertanian maka kawasan terpaksa dibersihkan, ia berbeza dengan aktiviti mengambil balak semata-mata. Betullah laporan media bahawa pokok-pokok kecil juga dimusnahkan. Ia kerja piawai bagi membangunkan semua projek pertanian. Samalah seperti yang dilakukan oleh mana-mana kerajaan negeri pun yang membangunkan kawasan berbukit untuk projek tanaman sawit. Sewaktu Lebuhraya Utara-Selatan baru dibuka dahulu, di kiri kanannya semua bukit bergondol, hutan dicerahkan tetapi sekarang sudah dipenuhi dengan kelapa sawit atau lain-lain pokok pertanian. Tidak ada pula masa itu media-media utama menyewa helikopter mengambil foto dari udara lalu melaporkan "BN rakus gondolkan bukit". | ||||
Terdesaknya Umno untuk memburukkan PAS Posted: 24 Dec 2012 11:54 PM PST DETIK DAILY Bahang pilihan raya umum ke-13 kian terasa tatkala hayat pemerintahan BN akan berakhir pada awal tahun hadapan. Tatkala Perdana Menteri masih teragak-agak untuk membubarkan parlimen, BN masih tercari-cari rentak untuk terus mengekalkan popularitinya di kalangan rakyat. Nampaknya umpan-umpan material yang ditawarkan dalam Bajet 2013 gagal mempengaruhi majoriti rakyat. Hasil kaji selidik menunjukkan populariti Perdana Menteri hanya melonjak 1 peratus sahaja selepas Bajet 2013 dibentangkan di Parlimen. Di masa yang sama, isu-isu baru membabitkan teraju pimpinan BN timbul satu demi satu. Komen-komen pedas bekas pegawai tinggi kerajaan terhadap kepincangan pentadbiran kerajaan BN di peringkat pusat juga tidak membantu meningkatkan imej BN. Di masa yang sama serangan demi serangan yang dihadapkan kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat semakin tumpul apabila laporan Ketua Audit Negara 2011 menunjukkan prestasi kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah dalam pelbagai aspek lebih baik berbanding negeri-negeri yang ditadbir BN. Dalam keadaan gundah gulana inilah, maka BN khususnya Umno berusaha keras untuk mencipta isu bagi terus mempalitkan imej negatif kepada Pakatan Rakyat. Setelah gagal memecahkan perpaduan yang kuat terjalin antara PAS, DAP dan KeADILan, serangan kini dihadapkan kepada PAS. Namun 'peluru' yang digunakan Umno hanyalah isu-isu lapuk yang diulang-ulang bagi menggambarkan PAS sebagai parti yang intolerans, jumud, ekstrem dan tidak sesuai berperanan dalam masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama. Oleh kerana itulah media massa kongkongan BN kini menggembar-gemburkan isu "Amanat Haji Hadi" yang telah pun berkubur lebih dua dekad lalu. Tujuannya satu; untuk menghidupkan kembali isu kafir mengkafir yang pernah menjadi polemik pada pertengahan dekad 1980-an. Apa yang lebih dikesalkan, isu yang telah diredakan oleh Raja-raja Melayu ini digembar-gemburkan pula dengan bantuan segelintir mufti yang rela diperalatkan Umno. Dalam keghairahan memainkan isu-isu lapuk untuk menyerang PAS, Setiausaha Perhubungan Umno Selangor secara tiba-tiba meminta DAP tidak lagi membangkitkan kesilapan yang dilakukan Umno/BN negeri itu ketika mentadbir Selangor atas alasan BN negeri telah pun dihukum rakyat pada pilihan raya umum 2008. Jika rayuan Umno Selangor itu patut dilayan, mengapa pula Umno beriya-iya memainkan isu lama yang tidak mempunyai sebarang merit dan telahpun lapuk ditelan zaman. Umum mengetahui bahawa wujud usaha untuk memperdebatkan isu "Amanat Haji Hadi" itu ketika ia begitu hangat dipopularkan Umno dan BN. Debat yang dicadangkan Umno itu kemudiannya diubah kepada muzakarah. Walaupun kedua-dua pihak - Umno dan PAS - telah membariskan tokoh-tokoh agamawan masing-masing untuk melangsungkan muzakarah itu, namun ianya dibatalkan oleh Majlis Raja-Raja melalui pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Dan bukan menjadi satu rahsia lagi bahawa punca sebenar pembatalan muzakarah itu adalah kerana ketidakyakinan para agamawan Umno untuk berhadapan dengan pemimpin PAS. Sehubungan itu, usaha menghidupkan kembali isu lapuk ini sebenarnya akan membuatkan Umno umpama "menampar air didulang, terpercik ke muka sendiri". Ia akan mendedahkan bagaimana tali jerat yang dipasang Umno bagi menjerat PAS akhirnya menjerat kaki sendiri ekoran keghairahan memburuk-burukkan lawan politik.Editorial Harakah | ||||
Terkini!!! Benarkah Anak Kepada Tokoh Agama Terkenal Memfitnah Kerajaan Negeri Kedah? Jom Terjah!! Posted: 24 Dec 2012 11:44 PM PST Oleh: Hafeez Azimi Laporan Buletin Utama TV3 pada 22 Disember 2012 melaporkan kenyataan oleh seorang yang mendakwa pentadbir Sekolah Agama Rakyat (SAR) bawa sejak PAS memerintah Mac 2008, kerajaan negeri tidak pernah membantu SAR. Sumber itu memberi contoh Sekolah Agama Taufikiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya tidak pernah menerima satu sen pun, ulang 1 sen pun, ulang sekali lagi 1 cent pun bantuan dari kerajaan negeri pimpinan PAS. Untuk makluman seluruh rakyat 1Malaysia, Sekolah Agama Taufikiah Padang Lumat pada tahun ini sahaja menerima bantuan guru yang digaji oleh Majlis Agama Negeri Kedah berjumlah RM196,748.88 sen (seratus sembilan puluh enam ribu, tujuh ratus empat puluh lapan dan sen lapan puluh lapan) setahun. Di Kedah, selain dari Maktab Mahmud (milik penuh kerajaan negeri) dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) terdapat 62 institusi yang terdiri daripada sekolah menengah dan rendah Islam, Maahad Tahfiz dan pondok. Mereka ini bergabung dalam badan yang dinamakan Hal Ehwal Sekolah Agama Rakyat (HESA). Di zaman BN memerintah Kedah dahulu, sebahagian besar dari institusi tersebut tidak pernah menerima walau satu sen pun dari kerajaan negeri. Hakni baru betul... 1 sen pun tak terima! Namun di bawah pentadbiran PAS/Pakatan Rakyat, daripada 2008 hingga 2012; kerajaan negeri telah menghulurkan sebanyak RM3.58 juta kepada kesemua institusi yang bergabung di bawah SAR tersebut. Jika ada pihak mendakwa SAR (sekolah rendah/menengah Islam, tahfiz, pondok) tidak pernah terima satu senpun dari kerajaan negeri maka itu PEMBOHONG BESAR namanya... adapun bohong/fitnah itu tidak layak dibuat oleh orang Islam. Ia menjadi Rukun Nombor 1 kepada sebuah pertubuhan politik yang mengambil syaitan dikenali sebagai rakan. Ingat tak tahun lepas, PM Najib umum nak beri bantuan RM100 seorang kepada setiap pelajar sekolah. Tapi janji itu tak ditepati kerana seramai 5,048 pelajar dari 28 sekolah di bawah HESA di Kedah dinafikan hak mereka oleh kerajaan Pusat BN (yang ni tak masuk TV3). Kerajaan negeri telah menghulurkan sebanyak RM504,800 kepada semua pelajar yang dianaktirikan oleh BN Pusat itu. Itu baru cerita SAR yang bukan milik kerajaan negeri, kerajaan negeri hanya membantu. Kalau yang menjadi milik penuh kerajaan negeri iaitu Maktab Mahmud yang terdapat di setiap daerah, kecuali Kubang Pasu, peruntukannya adalah seperti berikut: 2009 – RM26.5 juta 2010 – RM28.5 juta 2011 – RM30 juta 2012 – RM34.5 juta | ||||
Hak siswa berhimpun dihalang, kehakiman pincang Posted: 24 Dec 2012 11:38 PM PST KEADILAN DAILYGerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) membidas keputusan mahkamah yang menghukum Umar Mohd Azmi secara berat sebelah. Mahkamah Majistret yang menghukum Umar Mohd Azmi dengan sebulan penjara dan denda RM 1000 kerana dikatakan kononnya menghalang kerja-kerja pegawai DBKL 'membersihkan' mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka pada bulan April yang lalu. Kami, GMPP membidas keputusan berat sebelah pihak mahkamah yang hanya melihat tindakan Sdr Umar yang cuba menghalang tindakan intimidasi pihak DBKL yang menghalau para mahasiswa yang berkhemah. Rakan-rakan kami yang berada ketika itu jelas memberitahu tindakan pihak DBKL adalah satu intimidasi berniat jahat untuk semata-mata menggagalkan sokongan terhadap perjuangan pelajar menuntut pemansuhan PTPTN dan perhimpunan Bersih. Hukuman sebegini memberi satu pandangan bahawa rakyat di Malaysia tidak diberikan hak untuk berhimpun, bersuara dan menuntut keadilan dan pembebasan. Hukuman ini jelas juga satu tamparan kepada kebebasan sistem kehakiman negara yang hanya mendengar cereka pihak berkuasa. Kami di GMPP akan tetap meneruskan sokongan kami terhadap kumpulan mahasiswa yang meneruskan perjuangan untuk penghapusan PTPTN dan menuntut pendidikan percuma di bumi kita. Hidup Kuasa Anak Muda dan Mahasiswa! Karthiges Kordinator Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) | ||||
Tiada tangkapan, serangan samseng Umno ke atas Pakatan dapat restu BN Posted: 24 Dec 2012 11:27 PM PST Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR Keengganan polis untuk mengambil tindakan ke atas samseng Umno yang menyerang program Pakatan Rakyat dan bas Jelajah Merdeka Rakyat bagai skrip yang dirancang kerajaan BN supaya lebih banyak insiden serupa berlaku. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, sikap polis yang membisu tanpa siasatan seumpama mendapat restu kerajaan. "Polis membisu seperti sandiwara yang skripnya sudah disiapkan Umno BN. Walaupun kejadian sering berulang, hakikatnya polis hanya membisu selepas menerima laporan mengakibatkan samseng Umno semakin galak menyerang Pakatan," katanya ketika dihubungi. Shamsul berkata, polis hanya bersandiwara kononnya mahu segera menyiasat serangan tersebut, tetapi hingga kini tiada satupun tindakan diambil. "Polis sebenarnya tidak serius. Pada awalnya nampak serius. Akhirnya tiada satupun siasatan dan tangkapan dibuat," katanya. Dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Dataran Shahbudin, Kampung Gombak Utara 4 Disember lalu, samseng Umno yang sebahagian besarnya pesilat lincah membuat provokasi dengan mengganggu perjalanan ceramah yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Diketuai Ketua Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, mereka tidak menghirau kehadiran anggota polis, seolah-olah pihak berkuasa itu di pihak mereka. Selain melontarkan kata-kata kesat dan lucah sepanjang ceramah berlangsung, mereka turut bertindak ganas dengan membaling batu, buah kelapa, botol minuman malah baldi ke arah penyokong yang hadir. Mereka yang berbaju BN itu turut menikam bahu seorang lelaki hingga berlumuran darah, manakala seorang lagi luka akibat dibaling pasu. Sebelum itu, sekumpulan ahli Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bertindak ganas menyerang Anwar ketika menyampaikan tazkirah maghrib di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, awal September lalu. Samseng tersebut bertindak memadam lampu masjid dan alat pembesar suara selain kata-kata kesat serta membaling kasut ke arah Anwar ketika beliau menyampaikan kuliah maghrib. Bas Jelajah Merdeka Rakyat turut dicemari insiden serupa apabila disimbah cat merah oleh samseng Umno ketika Anwar bersama rombongan KEADILAN sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tangkak, Johor 14 September. Sebelum ini, bas berkenaan disimbah cat pada awal pagi di Pasar Siti Khadijah, Kelantan manakala di Melaka, menyaksikan samseng Umno menyimbah cat secara terang-terangan pada siang hari. Terbaru, insiden sama berulang 16 Disember lalu apabila bas tersebut dibaling objek keras menyebabkan cermin sisi penumpang retak dan berlubang. Mengulas lanjut, Shamsul berkata, samseng yang menyerang pemimpin Pakatan dibiar bebas menyerlahkan sikap dwi standard polis. "Adakah Peguam Negara yang tidak mahu membuat pertuduhan atau polis sebenarnya tidak menyiasat?" soal Shamsul. "Polis jangan hanya 'suka' menyiasat parti pembangkang, tapi kalau melibatkan parti pemerintah sengaja didiamkan," tegas Pengerusi KEADILAN Melaka itu lagi. | ||||
Mahkamah kelam kabut kendali saman AES, mangsa diarah pulang Posted: 24 Dec 2012 11:24 PM PST Oleh Norutul Ilham TAIPING : Mahkamah pertama yang mengendalikan kes saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) hari ini 'kelam kabut' apabila pendengarannya terpaksa dibatalkan kerana senarai kes itu tiada dalam rekod. Menurut peguam yang mengendalikan kes tersebut, Fitri Asmuni, mengikut surat yang dihantar kepada lima mangsa saman, mereka dikehendaki hadir ke Mahkamah Majistret Taiping bagi pendengaran yang dijadualkan bermula jam 8.45 pagi tadi. "Hari ini tiada pendengaran ataupun keputusan. Mangsa saman diarahkan pulang. Kes saman langsung tidak dimasukkan dalam senarai kes untuk didengar di mahkamah. "Ini kerana surat saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Tapi sehingga hari ini, mahkamah tidak menerima apa-apa senarai kes melibatkan saman AES. "Dalam rekod yang kita terima, hari ini ada lima mangsa akan mendengar kes mereka di sini," katanya kepada Keadilan Daily. Bagaimanapun Fitri berkata, kemungkinan mahkamah akan memanggil semula mangsa kerana saman tersebut tidak digugurkan. "Mahkamah hanya suruh mereka (mangsa saman AES) pulang tanpa memberitahu tarikh baru pendengaran. Kemungkinan besar mereka akan dipanggil semula kerana saman tidak digugurkan. "Mungkin juga ini ada kaitan dengan kenyataan Peguam Negara berhubung penangguhan kes AES di mahkamah," kata Fitri yang juga Ahli Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham). Mengulas lanjut, beliau kesal dengan tindakan mahkamah kerana tidak memaklumkan terlebih dahulu berhubung perkara tersebut. "Sepatutnya mahkamah maklumkan awal. Mereka perlu dapatkan butiran daripada JPJ bagi kes saman AES. Mereka terbabit bukan semua penduduk setempat, ada yang datang dari Butterworth, Pulau Pinang," jelasnya. Terdahulu, Jabatan Peguam Negara mengumumkan penangguhkan semua prosiding berhubung kes AES di mahkamah. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bagaimanapun menegaskan, semua saman AES yang dikeluarkan JPJ adalah sah. Sebelum itu, Pakatan Rakyat membantah keras saman tersebut yang bersifat menindas rakyat dan hanya menguntungkan kroni Umno BN. Bantahan itu diaplikasikan di empat negeri Pakatan yang menangguhkan operasinya untuk dibuat penambahbaikan. | ||||
Tawaran 6+3: Pakatan sedia pakej kemakmuran buat rakyat Pahang Posted: 24 Dec 2012 11:16 PM PST Oleh Amiruddin Ahmad KUALA LUMPUR - Pengumuman tawaran Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk mewujudkan negeri berkebajikan di Pahang amat dialu-alukan. Tawaran enam perkara itu bakal mengubah taraf hidup rakyat secara keseluruhan, berbanding sewaktu pemerintahan BN yang mengabaikan aspek sosio-ekonomi rakyat. Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Bob Manolan berkata, janji Pakatan bukan mustahil untuk dipenuhi berdasarkan hasil bumi Pahang yang banyak, seperti balak, bijih besi dan petroleum. "Kerajaan BN sebenarnya boleh melaksanakan perkara itu jika ada iltizam meningkatkan taraf hidup rakyat. Tetapi mereka tidak mahu melakukannya. "Bagi kita, enam janji itu sesuatu yang mampu dilaksanakan apabila kita memerintah kelak. "Selama ini BN gagal berikan kediaman yang selesa kepada rakyat. Permohonan tanah pula terlalu lama sehingga pemohon meninggal dunia dan waris sukar meneruskannya. Pakatan akan merombak dasar tidak menguntungkan ini," katanya ketika dihubungi. Beliau juga yakin melalui sistem tender terbuka, hasil negeri akan bertambah sepertimana di Pulau Pinang dan Selangor. Warta rizab orang Asal Pewartaan tanah Rizab Orang Asal pula, menurut Bob, akan memberi lebih pembelaan kepada kaum itu yang teraniaya di bawah pemerintahan BN. Enam tawaran Pakatan seperti yang diumumkan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang pada 9 Disember lalu ialah menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat yang tidak bertanah; menyelesaikan permohonan tanah tertunggak; mewartakan tanah rizab orang Asal; memudahkan urusan pertukaran status tanah dari pertanian kepada kediaman/komersial; menurunkan kadar cukai pintu dan melaksana sistem tender terbuka. Tiga tawaran Pakatan peringkat pusat pula berkisar kepada pemberian tanah kepada generasi kedua dan ketiga Felda; 20 peratus royalti minyak kepada Pahang dan peruntukan khusus pembangunan prasarana kemudahan asas di kawasan pedalaman. | ||||
KEADILAN: Bukan tugas SPRM tapis calon pilihan raya Posted: 24 Dec 2012 11:14 PM PST Oleh Aliff Fikri KUALA LUMPUR : Ketua Sekretariat Pilihan Raya KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid menegaskan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memberi penekanan kepada tugasan lebih mendesak daripada membuat tapisan terhadap calon pilihan raya. Beliau mengulas cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mahu mewajibkan parti politik mengemukakan senarai calon tersebut kepada SPRM untuk proses tapisan. Menempelak cadangan itu, Zakaria berkata, SPRM perlu memperbaiki tugas asasinya terlebih dahulu bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap badan tersebut. "Bukan tugas SPRM untuk buat tapisan. Tiap parti pastinya telah membuat tapisan sendiri. "Mengapa SPRM tidak selesaikan dahulu kes-kes salahguna kuasa dan berprofil tinggi seperti didedahkan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan yang dilaporkan Deepak Jaikishan," kata Zakaria ketika dihubungi. Menurutnya, KEADILAN khuatir saranan tersebut akan dimanipulasi oleh Umno BN demi meraih kemenangan dalam PRU 13. "Kita juga bimbang SPRM kemudian akan digunakan oleh pihak berkepentingan iaitu Umno BN untuk menafikan hak calon-calon Pakatan Rakyat untuk bertanding," tambahnya. | ||||
Isu Umar: Tim.Menteri gembira keputusan mahkamah Posted: 24 Dec 2012 11:09 PM PST ANTARA POS.COM KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi KL yang membenarkan ikat jamin dan pembebasan aktivis pelajar, Umar Mohd Azmi. "Saya bersyukur kerana Umar dibenar ikat jamin. Ini kerana lazimnya dalam kes-kes seperti ini, memang dibenarkan ikat jamin. "Lagipun, ada kes yang lebih besar juga dibenar ikat jamin," kata Saifuddin. Saifuddin berkata beliau berharap proses rayuan Umar di Mahkamah Rayuan akan berjalan lancar, dan dalam pada masa sama memahami perasaan rakan-rakan dan penyokong yang bersolidariti bersama Umar. "Kepada mereka, saya harap agar bertenang dan biarkan rayuan berjalan mengikut prosesnya," katanya. Umar yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan diploma dalam jurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Hulu Klang, sebelum ini didakwa dengan sengaja menghalang tugas penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) daripada menangkap dan mengiringi ketua aktivis Occupy Dataran, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin. Fahmi Reza dikatakan enggan mendengar arahan DBKL untuk menurunkan khemah yang mereka pasang di Dataran Merdeka, April lepas bagi menyatakan bantahan pada skim pinjaman pendidikan yang ditawarkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN). Mereka mahukan skim itu dimansuhkan kononnya menzalimi pelajar dengan kadar faedah yang tinggi. | ||||
Bekas Pengerusi SPR Gesa Suruhanjaya Diraja Kaji Sistem Pilihanraya Posted: 24 Dec 2012 10:57 PM PST Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah gagal dalam mengemukakan tuntutan-tuntutan menyeluruh untuk membawa pembaharuan signifikan ke atas sistem pilihan raya, kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.Sehubungan itu kata beliau, satu suruhanjaya diraja perlu dibentuk jika rakyat mahukan sistem yang sedia ada dikaji semula dan kemudian diadakan satu referendum bagi mendapatkan pendirian rakyat. Katanya, sistem pilihan raya yang ada sekarang memerlukan perubahan struktur, bukannya pembaharuan yang disifatkan sebagai "quick fix." "Saya lebih hendak setuju dengan Bersih dalam satu hal iaitu tubuh satu suruhanjaya diraja untuk mengkaji (sistem pilihan raya), yang terdiri daripada orang-orang tertinggi. "Sekarang PSC (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen) sudah selesai, jadi suruhanjaya masih perlu? Perlu! "PSC ini hanya sementara. Dia punya terma dan syarat pun kecil. Ia tidak boleh bergerak di luar terma dan syaratnya. PSC selesai tugasnya. Bagus! Tapi ini orang Parlimen, mereka ahli politik. "Mereka tahu apa yang berlaku, tetapi mereka tidak sentuh. Enjin, mereka tukar, plug mereka tukar, minyak hitam ditukar. Itu sahaja," kata beliau dalam satu temu bual bersama Sinar Harian Online minggu lalu. Abdul Rashid yang menjadi Pengerusi SPR selama 10 tahun berkata, "kalau negara mahu, kalau negara setuju, kalau tuntutan-tuntutan ini hendak dilayan, tubuhkan suruhanjaya untuk mengkaji semula dan mengadakan sistem (baru), kalau negara bersetuju." Beliau bersara daripada jawatan itu selepas Pilihan Raya Umum 2008. Sambil melihat Bersih 2.0 bukan sebagai pertubuhan pembangkang, kata Abdul Rashid, ia satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang hendak menuntut supaya ditingkatkan sistem demokrasi di negara ini, bukan sahaja dalam pilihan raya tetapi perkara lain. "Tetapi Bersih (2.0) ini khusus untuk kita buat perubahan pada sistem pilihan raya dan mereka tidak berapa mengerti agaknya, tuntutan-tuntutan itu nampaknya tidak menyeluruh. "Saya kaji juga tuntutan-tuntutan ini dan mereka tidak mendesak dilakukan suatu perubahan yang menyentuh struktur," kata beliau. Tambah beliau, "maknanya seluruh undang-undang itu dikaji. Bukan satu dua tempat. Ini macam kita tukar bateri, tukar 'spark plug', tukar minyak hitam, 'quick fix' ini (sebenarnya) boleh mendatangkan masalah yang lebih besar. Yang dasarnya tidak berubah." Bersih 2.0 mengemukakan lapan tuntutan pada awal tahun lalu. Ia kemudian mengadakan perhimpunan pada awal Julai 2011 dan sebulan kemudian kerajaan menubuhkan PSC bagi mengkaji pembaharuan sistem pilihan raya. Menjawab soalan sama ada tuntutan Bersih itu lebih kepada 'quick fix' semata-mata?, Abdul Rashid yang pernah menjadi Setiausaha SPR berkata, "saya pun terkejut juga Bersih ini, yang terdiri daripada peguam yang besar-besar (ternama). " "Tuntutan-tuntutan itu nampaknya.... apabila anda buat tuntutan itu, kerajaan respons, itulah yang dibuat menerusi PSC, itu yang dibuat. Jadi tuntutan mereka telah dipenuhi. "Tapi kita tahu, Bersih hendak lebih daripada itu. Mereka tidak mahu PSC. Mereka mahu suruhanjaya yang betul-betul bebas dan adil," katanya. Jelas Abdul Rashid, bagi beliau Bersih 2.0 telah gagal mengetengahkan isu yang sebenar walaupun mereka tahu apa yang mereka mahu. ".... sebab mereka tidak kemukakan apa yang mereka mahu. Mereka hendak undi pos dikaji, ini semua kecil. "Bagi saya, ia tidak membantu untuk memperkuatkan amalan demokrasi. Ia hanya merubah sedikit tatacara atau pun prosedur," katanya lagi. Selepas PSC mengemukakan laporan penuh 22 perkara kepada Parlimen awal tahun, Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan akhir April lalu. -SH | ||||
7 Perkara Menjadikan Momokan UBN Posted: 24 Dec 2012 04:12 PM PST MSO Ada tujuh perkara yang sering dibangkitkan oleh UBN dan ianya dijadikan momokan kepada rakyat agar menolak Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan di negara ini. Perkara ini diulang-ulang dan ditaburkan kepada rakyat dalam berbagai bentuk menerusi pelbagai saluran. Penyampai pula dari peringkat pemimpin tertinggi hinggalah kepada penyokong Umno di kedai-kedai kopi atau gerai canggung di kampung dan desa. Tujuh perkara ini diasak betul-betul kepada rakyat terutamanya yang tidak begitu celik IT dan warga tua di kampung-kampung. Mereka yang menerima pandangan hanya dari satu lorong (one way) dan tidak mempunyai otak kreatif terus mempercayainya. Cuba sama-sama kita renung dan kaji tujuh perkara ini sejauh manakah kebenaran dan kesahihannya. Saya akan membuat matemetik politik berhubung perkara ini dengan memberi jawaban seringkas mungkin. Tujuh perkara itu ialah; 1. Konon sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya ke-13 ini negara akan jadi huruhara. - Kononnya akan berlaku huruhara sekiranya Pakatan Rakyat menang. Bentuk huruhara yang diuar-uarkan kepada rakyat kononnnya akan berlaku situasi perbalahan kaum seperti 13 Mei 1969. Mari kita tanya siapakah yang akan mencetuskan keadaan itu kalau ia benar berlaku? Apakah orang Cina, atau orang Melayu atau orang India? Di pihak Pakatan Rakyat pasti tidak akan memulakan kerana mereka suka kerana menang. Jadi potensi kalau berlaku yang akan memulakan ialah pihak yang membuat momokan itu. - Sehubungan itu disebarkan kononnya tentera akan mengambil alih kerajaan ini kalau Pakatan menang. Kenapa? Apakah tentera tidak menghormati kepada demokrasi? Sediakan tentera untuk mengambil tindakan demikain. Di sinilah jelas pihak yang membuat spekulasi itu hanya menuduh semata-mata bagi menakut-nakutkan rakyat dari mengundi Pakatan Rakyat. Tentera boleh mengambil alih kerajaan kalau kerajaan tidak stabil dan berlaku huruhara. - Ternyata juga pihak yang membuat isu berfikiran jahat, dengki dan tidak boleh menerima hakikat berlaku perubahan hatta pun untuk kebaikan rakyat. 2. PAS menjadi alat kepada DAP. - PAS menjadi sasaran dituduh sebagai alat DAP. Pihak yang membuat tuduhan itu telah merendah-rendahkan martabat para pemimpin PAS. Mereka mengira pemimpin PAS budak-budak yang tidak ada prinsip. Tuduhan ini asalnya datang dari beberapa pemimpin PAS sendiri yang tidak dapat 'menguah' dan popular dari kalangan ahli PAS kerana kesongsangan politik mereka. - PAS sebagai sebuah parti berwibawa ia mempunyai perlembagaan tubuhnya. PAS berpegang kepada perlembagaan yang dikonsepkan dari ajaran al Quran, Hadith, Qias ulama dan ijtihad pemimpin. Sesiapa pun tidak boleh memperalatkan PAS kerana ia ada perlembagaan. Seperkara lagi yang membuat keputusan didalam PAS ialah ahlinya bukan saja segelintir pemimpin. PAS ada muktamar dan persidangannya bagi menentukan hala tujuan dan matlamatnya. PAS dipancu secara jemaah bukan individu apa lagi otokrasi. - Tuduhan begitu adalah datang dari mereka yang tidak tahu kaedah atau memahami apa itu pertubuhan dan organisasi. 3. Anwar akan jual Malaysia kepada Yahudi atau kuasa asing. - Kononnya kalau Pakatan Rakyat menang dan Anwar jadi PM, negara ini akan menjadi milik kuasa asing, Amerika dan Yahudi. Negara asing akan memerintah negara ini. Ini juga tuduhan dangkal dan tidak berasas. Mereka yang membuat tuduhan ini sekali lagi tidak tahu konsep sesebuah negara dibangunkan secara demokrasi. Kalau benar Anwar ada bermaksud begitu ia tidak semudah untuk menjual anak kucing. Dalam Pakatan Rakyat ada PAS dan DAP. Peraturan demokrasi dan semangat pakatan ini kena fahami. - Dakyah dan fitnah itu boleh dilihat kepada perjuangan Anwar kini. Kalau Anwar ingin menjualkan negara ini kepada kuasa asing beliau tidak akan mempertahankan prinsipnya semasa dalam BN dulu. Beliau ikut kehendak Mahathir termasuk membenarkan wang negara dirompak dan disamun semewahnya oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Orang yang mempertahankan hak negara, prinsip bangsa dan maruah tanah air tidak akan berbuat demikian. - Sekali lagi dinyatakan rakan Pakatan Rakyat PAS terutamanya tidak akan membenarkannya. 4. Negara akan bankrup. - Negara ini akan bankrup sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Ini dirujukkan kepada beberapa polisi dan dasar membantu rakyat yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat seperti mana terkandung dalam Buku Jingga. Antara perancangan kerajaan itu termasuk, menghapuskan tol di lebuh raya, menghapuskan PTPTN, menurunkan kadar cukai harga kereta, memberi tambahan 15% royalti petroleum kepada negeri-negeri yang menghasilkan minyak dan gas. - Penurunan kadar itu bagi meringan beban rakyat, ia dibuat dari formula dengan menghapuskan rasuah dan memansuhkan bayaran-bayaran yang tidak sepatutnya. Ironisnya kalau segala pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan hari ini tidak pula dianggap sebagai bankrup. Perhatikan betapa banyak wang negara dibazirkan artau pun digunakan tidak pada tempatnya. Penyelewengan, rasuah dan bayaran-bayaran tidak wajar berlaku itu semua merugikan negara. - Jelas ia hanya tuduhan semata-mata bagi mencerminkan kelemahan dan kebobrokan kerajaan Pakatan Rakyat. Walhal yang sudah terbukti menyeleweng, samun harta rakyat dan khianat ke atas rakyat dan negara ialah pemimpin kerajaan hari ini. - Ini boleh dirujukan kepada berbagai skandal berlaku yang melibatkan wang rakyat dan negara mengalami kerugian berbillion ringgit. Contoh paling baru ialah bagaimana projek lembu gemuk (NFC) wang rakyat dimanipulasikan untuk kepentingan individu. 5. Pembangkang tidak ada pengalaman. - Pihak parti kerajaan selalu menguar-uarkan Pakatan Rakyat tidak boleh memerintah kerana mereka tidak ada pengalaman. Ini hujah yang cetek dan naif sekali. Hujah kebudak-budakan. Memang Pakatan Rakyat tidak ada pengalaman dalam soal ini kerana belum pernah menjadi kerajaan. Kalau orang yang berpendapat demikian cerdik dan tidak 'ssumbat' dan masuk air dia tidak akan tergamak memberi hujah demikian. Macam mana Pakatan Rakyat mempunyai pengalaman sebab belum memerintah. Hal yang sama juga berlaku kepada BN dulu, sebelum tahun 1971 ia juga tidak ada pengalaman. Dan Umno sendiri asalnya tidak pun wujud, ia diwujudkan kemudian. Umno semasa mula menjadi kerajaan tidak ada pengalaman dan mereka dibimbing oleh British. - Pengalaman akan ada apabila ia menjadi kerajaan. Setelah itu baru dapat diukur ada pengalaman mampu atau tidak. Pandangan atau panduan awal boleh dibuat ke atas empat kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat ketika ini; Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Baru empat tahun (kecuali Kelantan) Pakatan Rakyat memerintah sudah nampak perubahan positif sekurang-kurang dari aspek kemanusian dan integriti. Ia boleh disaksi sendiri. Jangan saksi atau baca butiran dan dakyah dilemparkan menerusi media massa tetapi cuba selidik sendiri. - Pencapaian dari segi ketelusan (integriti) kerajaan Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada kerajaan negeri-negeri lain. Misalnya Kelantan dalam keadaan ditekan dan dihindik namun negeri itu masih berjaya membawa rakyat selari dengan negeri-negeri lain, sebaliknya pembangunan dari segi rohanian dan kemanusiaan Kelantan mendahului negeri-negeri diperintah oleh BN. Hutang kerajaan Kelantan dengan federal jauh lebih rendah berbanding dengan Pahang, Johor, Melaka, Perlis dan lain-lain. 6. Pembangkang tidak tunai janji. - Ini satu lagi tuduhan dangkal dan kurang cerik. Apabila BN melaungkan slogan "Janji ditepai" mereka menuduh pembangkang tidak menunaikan janji. Ini dirujuk kepada manifesto pilihan raya dikemukakan oleh Pakatan Rakyat. Contoh diambil ialah Selangor. Jikalau manifesto yang dirujuk, bukan saja Pakatan Rakyat tidak menunaikan janji tetapi BN juga banyak janji-janji yang diikrarkan dalam manifesto tidak ditunaikan. - Orang yang sihat akan dapat berfikir kenapa janji manifesto itu tidak ditunai semuanya, sebabnya Pakatan Rakyat tidak berjaya membentuk kerajaan Pusat. Sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Malaysia semua janji itu akan dipenuhi kerana sebahagian besar janji perlu dilaksanakan bila kewangan mencukupi. Sesetengah bukan kerajaan Pakatan Rakya sengaja tidak mahu laksanakan tetapi terhalang disebabkan perbezaan kerajaan. Contohnya kerajaan Kelantan tidak dapat untuk merancakkan industeri berat kerana tidak ada kelulusan dan kerjasama dari kerajaan Pusat yang memegang atau berkuasa ke atas bidang-bidang tertentu. 7. Malaysia akan jadi seperti Singapura. - Tuduhan ini juga merupakan imiginasi yang tidak berasas sama sekali. Kononya kalau Pakatan Rakyat memerintah Malaysia akan jadi seperti Singapura... orang Melayu tidak akan berkuasa dan Islam tidak akan berdaulat. Hujah yang digunakan kononnya DAP akan mengubah corak pemerintahan Malaysia ke arah republik dan liberal tanpa menjadikan bangsa dan agama sebagai asasnya. Tuduhan ini satu fitnah besar yang datang dari orang yang tidak mendapat pendidikan secara teratur. - Kebimbangan seperti ini seharusnya tidak timbul kalau mereka - si penuduh mengenali sejarah bagaimana nasib dan apa yang berlaku ke atas Singapura dahulu. Siapa yang menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew? Apakah orang itu kini berada didalam Pakatan Rakyat? Tuduhan atau anggapan demikian oleh Umno seperti meludah ke muka sendiri. Apa yang menimpa ke atas Singapura tetap dijadikan azimat dan iktibar bukan saja kepada Melayu tetapi Cina juga. - Kalau takdirlah DAP berhasrat menjadikan Malaysia seperti Singapura, apakah parti itu cukup kuat dan berkuasa? Dan apakah Melayu di dalam Umno akan hanya melihat saja tatkala Melayu dan Islam di dalam Pakatan Rakyat bangkit mempertahankan kehendak DAP itu? Kalau itulah berlaku maka jelas yang ada hasrat untuk menjadikan Malaysia seperti Singapura adalah Melayu di dalam Umno. Perlu diketahui Malaysia tidak boleh dijadikan seperti Singapura selagi perlembagaan tidak dirombak... sedangkan untuk merombak perlembagaan orang Cina memerlukan 2/3 kuasa di parlimen. Juga bukan semudah itu kerana ada bab-bab tertentu di dalam perlembagaan negara ianya tidak boleh diubah meskipun ada kuasa 2/3. Itulah di antara tujuh perkara yang dijaja oleh UBN untuk mengabui mata rakyat agar tidak menyokong Pakatan Rakyat. Kesemua tuduhan itu direkacipta yang terbit dari ilusi rasa gerun dan takut UBN kepada kemampuan Pakatan Rakyat. Sebenarnya selain dari tujuh perkara itu ada beberapa perkara lagi yang ditimbul dan dimainkan untuk mengelirukan rakyat. Jelas apa yang ditimbulkan bukan saja jauh dari kebenaran tetapi setengahnya sudah dapat difahami oleh rakyat ia adalah fitnah mentah | ||||
Malaysia aman, mengapa Jelajah Oren diserang Posted: 24 Dec 2012 04:03 PM PST
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam pihak yang menghalang konvoi Jelajah Oren 'Selamatkan Felda' sehingga mencederakan dua peserta konvoi tersebut serta memecahkan cermin kereta sebuah pacuan empat roda. "DPPM menganggap tindakan seperti ini adalah suatu tindakan tidak bertamadun oleh golongan yang tidak mahu menerima kebenaran serta menghargai ruang demokrasi yang ada dalam negara ini," kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor. Katanya, DPPM percaya tindakan provokasi tersebut telah terlebih dahulu dirancang bagi mewujudkan insiden keganasan yang tujuannya adalah untuk mengugut rakyat agar tidak berani bangkit menyatakan kebenaran. Beliau berkata, ia mungkin juga bagi menutup segala kepincangan yang berlaku supaya rakyat tidak tahu isu sebenar yang berlaku di dalam Felda. Soalnya, kata beliau mengapa mesti tindakan ala samseng seperti ini berlaku dalam negara aman seperti Malaysia. "Jika sekalipun rombongan Jelajah Oren tidak dibenarkan masuk ke Felda Bukit Rokan Utara oleh penduduk kampung, tidak bolehkah rombongan tersebut hanya dihalang masuk tanpa apa-apa insiden ganas?" katanya dalam satu kenyataan. Soalnya lagi, apakah hak mereka untuk menghalang rombongan tersebut melalui jalan utama di kawasan tersebut. Tambahnya, aksi penduduk yang bertindak ganas terhadap peserta Jelajah Oren dengan membawa bendera BN dengan sendirinya telah menjatuhkan imej BN di mata rakyat. Menurutnya, mereka yang membawa bendera BN dalam insiden tersebut sebenarnya lupa bahawa mereka telah mempromosikan BN sebagai parti bermasalah, ganas, samseng dan hilang akal. "Realitinya, insiden ini telah menambah kebencian rakyat terhadap BN. Ternyata BN gagal memimpin negara sebagai sebuah negara demokrasi yang adil, bersih dan tulen apabila enggan menghormati hak rakyat," ujarnya. Akhirnya, ujar beliau DPPM mendesak pihak keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertindak tegas menangkap individu atau kumpulan yang bertanggungjawab mencederakan dan merosakkan kenderaan Jelajah Oren itu. DPPM juga, tegasnya mendesak supaya pihak PDRM meningkatkan kawalan keselamatan terutama menjelang Pilihan raya Umum ke-13 daripada sebarang insiden keganasan yang tidak diingini. "DPPM tidak mahu insiden yang sama berulang terhadap rakyat sama seperti yang dialami oleh peserta rombongan Jelajah Oren ini atau dalam ceramah umum di Gombak beberapa minggu yang lalu," ujarnya lagi. | ||||
Lagi kes bantah konvoi, Ketua Penerangan Anak ditahan dan diikat tangan Posted: 24 Dec 2012 03:53 PM PST MARAN - Kembara Oren Selamatkan Felda peringkat Pahang, kelmarin kecoh apabila Ketua Penerangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Noraza Muda yang mengetuai konvoi ditahan dan diikat tangannya. Tindakan tersebut dilakukan bagi menghalang Noraza dan peserta konvoi memasuki kawasan Felda Kampung Awah, Chenor. Pengarah Pilihan Raya Pas Maran, Shamsuri Hussin yang turut menyertai program berkenaan berkata, pada awalnya konvoi berjalan dengan lancar dari Felda Bukit Kepayang, Bera. "Suasana bermula apabila konvoi tiba di Felda Kampung Awah. Noraza ditahan dan diikat kedua belah tangannya. Katanya, tindakan tersebut menimbulkan kemarahan peserta konvoi dan berlaku ketegangan di kawasan tersebut. Menurutnya, keadaan kembali reda apabila Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan, Sulaiman A. Hamid campur tangan dan mengarahkan Noraza yang ditahan selama 15 minit di sebuah pondok dilepaskan. Katanya, hasil rundingan dengan penduduk, konvoi dibenarkan memasuki kawasan Felda dan meneruskan program penerangan jelajah di Markas Pas di dalam kawasan Felda itu. Shamsuri berkata, insiden berkenaan cukup mengecewakan dan pihaknya mengutuk tindakan tidak bermoral pihak yang menghalang jelajah berkenaan. Menurutnya, peserta konvoi juga terkilan dengan tindakan pihak yang mencetuskan provokasi. "Perbuatan ini melanggar Perlembagaan dan undang-undang yang memberi hak kepada semua rakyat negara ini untuk ke mana sahaja dan berhimpun dengan aman. "Pemuda Pas Maran yakin bahawa sebahagian besar peneroka dan penduduk Felda kini matang dalam berpolitik, mereka tahu untuk memilih pimpinan dan wakil dalam memperjuangkan hak dan kebajikan mereka. Kelmarin, Kembara Oren di Negeri Sembilan kecoh apabila ratusan penduduk menghalang laluan konvoi berkenaan. Sebelum ini pada 3 November insiden yang sama berlaku di Felda Lawin Selatan, Gerik Perak. | ||||
Bekas tentera didakwa ugut mahu racun anak Posted: 24 Dec 2012 03:50 PM PST AYER KEROH - Seorang bekas tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengugut mati kepada bekas isterinya, Jun lalu. Tertuduh, Yusmi Mohd Yusof, 42, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Harmi Thamri Mohamad @ Shaharuddin. Berdasarkan pertuduhan, Yusmi didakwa mengugut hendak menyebabkan kematian kepada bekas isterinya, Rokiza Aman, 39, dengan menghantar SMS berbunyi: "Abang rasa lebih baik abang dan anak-anak mati minum racun. Lepas tu, Iza pula menyusul. Ini kata putus dari abang". Tertuduh didakwa melakukannya semasa berada di sebuah rumah di Taman Maju, Jasin kira-kira jam 11.19 malam pada 20 Jun 2012. Dia dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM4,000 selain mengenakan syarat tambahan terhadap tertuduh. Bagaimanapun, Yusmi merayu kepada mahkamah supaya wang jaminan dikurangkan dengan alasan dia hanya bekerja kampung selepas bersara sebagai anggota kerajaan selain perlu menyara dua anaknya berusia dua dan lapan tahun selepas bercerai dengan isterinya. Selepas mendengar rayuan itu, Harmi Thamri kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dan mengarahkan supaya tidak mengganggu pengadu sehingga kes selesai. Beliau turut menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 13 Februari tahun depan bagi lantikan peguam dan serahan dokumen. | ||||
Posted: 24 Dec 2012 03:44 PM PST Tanah di Selangor : Sebelum ini, DAP ada membuat pendedahan tanah yang dikatakan milik Umno Puchong gagal membayar cukai selama dua tahun berturut-turut ke atas tanah itu. Tanah-tanah tersebut merupakan sebahagian daripada 24 keping tanah yang diperolehi Barisan Nasional dengan harga murah semasa pentadbiran mereka sebelum tumbang pada Mac 2008. Itu kata Hannah Yeoh, ADUN Subang jaya…. Dakwaan DAP : Isu Tanah di Selangor & Tunggakan Cukai Taksiran
RM1 kaki persegi? Rakyat Selangor pun tidak mendapat menikmati keistimewaan sebegitu rupa untuk memiliki tanah di negara sendiri. Tetapi andaikata, tanah tersebut digunakan untuk tujuan kebajikan contoh pusat kemasyarakatan tiada masalah. Tetapi jika untuk pembinaan kondominium contohnya atau lain-lain yang tidak berkaitan dengan rakyat. Bukan tugas kami untuk menentukan siapa yang salah, siapa yang betul. Undang-undang tetap undang. Jikalau mereka menyalahgunakan tanah tersebut dan tidak mengikut prosedur yang betul, diharapkan tanah tersebut perlu dirampas kembali di bawah Kanun Tanah Negara. Siapa yang bersalah, perlu diberikan hukuman sebagai pengajaran kepada semua… Jawapan Balas BN Selangor : Usah Ungkit Cerita Lampau, Rakyat Sudah Hukum KamiHarapan kami Barisan Nasional, menjawab persoalan dan dakwaan seperti ini berserta dnegan bukti semata bukan sekadar penafian semata-mata. Bukti anda dipihak yang benar. Dan akhirnya satu hari selepas itu, Barisan Nasional Selangor tampil memberikan kenyataan balas di mana berharap :
P/S : Ruang dan peluang sudah diberikan untuk berikan kenyataan. Dan….sepatutnya menggunakannya untuk menjawab pelbagai dakwaan yang dilemparkan oleh pemimpin DAP tersebut. Sebaliknya…… PP/S : Kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), satu lagi tugas untuk anda selesaikan…."andaikata anda berminat". |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan