Telok Bakong Online |
Posted: 28 Dec 2012 08:44 PM PST Hijrah BotaOleh Ustaz Zulkifly Ibrahim Ketua Penerangan PKR Perak Salam Hijrah. Moga Rakyat Bota segera bangkit dan melakukan perubahan. Kebangkitan rakyat telah berlaku di mana-mana sahaja di dunia ini. Rakyat menuntut perubahan demi kebaikan semua rakyat.Perubahan kepemimpinan di dalam begitu banyak pemimpin perundangan yang juga pemimpin eksekutif di dalam kerajaan berdaulat di Timur Tengah memberikan suatu petanda bahawa kepemimpinan dunia juga menuntut perubahan yang sama. Bagi negara yang mengamalkan sistem demokrasi, rakyat adalah penentu halatuju kepemimpinan bagi negara tersebut. Malaysia juga mengamalkan sistem demokrasi. Cuma demokrasi di Malaysia adalah berparlimen dengan acuan Sistem Raja berPerlembagaan. Pemimpin perundangan di dalam Dewan Rakyat dipilih secara demokrasi oleh rakyat. Begitu juga pemimpin perundangan di Dewan Undangan Negeri Perak. Tempoh kepimpinan bagi Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang dipilih oleh rakyat adalah selama lima tahun. Selepas tamatnya tempoh tersebut, maka Dewan Undangan Negeri hendaklah dibubarkan dan satu pemilihan umum yang baru hendaklah dilaksanakan. Pada masa ini kuasa penentu halatuju kepimpinan sesebuah Kerajaan Negeri terletak sepenuhnya di tangan rakyat untuk menentukan siapakah wakil mereka yang sepatutnya dipilih sebagai Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Saya amat percaya dan yakin bahawa saudara-saudara saya dan kesemua rakan taulan yang juga adalah pengundi di Kawasan DUN N39 Bota mahukan perubahan. Kita menuntut perubahan kerana kita semua mahukan suatu bentuk kepemimpinan yang telus, adil, berhemah dan penuh kebijaksanaan. Kita semua menolak amalan rasuah dan penindasan yang berlaku di dalam kepemimpinan kerajaan masa kini kerana ianya dipandu oleh barisan ahli-ahli perundangan yang tidak peka kepada soal amanah, tanggungjawab ketelusan dan keadilan di dalam menjalankan tugas mereka sebagai pemimpin perundangan. Justeru kalangan mereka yang juga ahli-ahli kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah sama menyetujui samada berleluasanya amalan rasuah, salah urustadbir dan ketirisan di dalam melaksanakan tugas eksekutif sebagai pemimpin yang menentukan polisi, dasar dan halatuju kepimpinan kerajaan negeri. Ayuh Rakyat Bota sekalian. Marilah kita bangkit dan segera berhijrah. Dari pasung ketidakadilan oleh pemimpin yang zalim kita bebaskan minda dan jiwa rakyat yang terpasung itu kepada minda yang wibawa dan jiwa yang merdeka. Saya amat yakin dan percaya bahawa rakyat Bota akan bangkit.Kerana jika rakyat bangkit, Bota akan berubah. Hijrah Bota! Rakyat Bangkit, Bota Berubah. |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan