Ahad, 30 Disember 2012

Addin

Addin


Panas!! Dr. Asri Larang Beli Buku Rosmah Mansor

Posted: 30 Dec 2012 08:51 AM PST


Setelah tweet Dr. Asri sindir Ustaz Fathul Bari (baca sini), kini Dr. Asri bidas pula isteri kesayangan Najib, Rosmah Mansor. Dr. Asri bidas berkenaan buku biografi Rosmah Mansor yang menjawab isu-isu berkenaan diri Rosmah Mansor. 

Buku biografi tersebut berkisar menjawab kononnya dikatakan fitnah terhadap Rosmah Mansor.

Sekiranya, Rosmah Mansor beria mengatakan tersebut adalah fitnah pada dirinya sepatutnya Rosmah samanlah sesiapa yang membuat tuduhan tersebut. 

Bukannya terbitkan buku ini yang ternyata tidak akan di baca oleh penyokong Pakatan Rakyat. Baca ulasan pedas Dr. Asri berkenaan buku Rosmah Mansor..


Setuju pandangan Dr. Asri.. memang satu pembaziran apabila beli buku yang tidak pasti kebenarannya.




Iklan C(ii)





Dr. Asri Sindir Ustaz Fathul Bari..

Posted: 30 Dec 2012 03:52 AM PST


Adakah kali ini Ustaz Fathul Bari berani menyahut cabaran yang di lontarkan oleh Sinar Harian. Debat sinar bertajuk Uli Amri bersama Dr. Asri.

Kali ini jugak Dr. Asri harap Ustaz Fathul Bari jangan mencari sejuta alasan untuk melarikan diri.


Jikalau Ustaz Fathul Bari berani mempertahankan pemimpin Umno sebagai Uli Amri sepatutnya beliau berani menyahut cabaran debat Sinar ni.. sama-samalah kita tunggu..



Iklan C(ii)




"AMANAT" Ustaz Azhar Idrus.. Wajib Dengar Molek-Molek!!

Posted: 30 Dec 2012 12:45 AM PST


"AMANAT" Ustaz Azhar Idrus ( Original ) Menjelang PRU... Orang-Orang UMNO Dengor Molek-Molek Deh.. Seseorang mungkin menyangka bahawa apalah adanya kaitan antara undian yang diberikan kepada seseorang dalam pilihanraya dengan kedudukannya di hari akhirat.

Pilihanraya urusan politik sedangkan agama urusan di masjid.Ini lah pemikiran sekular yang meresapi sebahagian umat Islam yang tidak di ajar tentang Islam yang tulen.

Lihat video "AMANAT" Ustaz Azhar Idrus buat pengundi totok Umno BN.. ingat setiap undi di hitung sehingga ke akhirat.. saksikanlah!!







Iklan C(ii)




Setelah 30 Tahun.. JAKIM Mahu Soalsiasat Tuan Guru Haji Hadi

Posted: 29 Dec 2012 10:47 PM PST


Terbukti JAKIM menjadi alat politik Umno.. Setelah 30 tahun amanat Haji Hadi di keluarkan dan di hangatkan kembali oleh pencacai Umno kini JAKIM mahu siasat kembali kes ini. Tetapi kes pemimpin Umno seperti Mahathir memperlekehkan janggut nabi dan hukum hudud tidak pula di siasat.

Umum mengetahui, memperlekehkan hukum Allah dan sunnah nabi boleh gugur syahadah.. dalam bahasa mudah boleh murtad. Jadi apa cerita status keIslaman Mahathir sekarang? Kenapa isu yang begitu penting tidak di siasat oleh JAKIM.

Sebenarnya JAKIM duduk di bawah punggung Umno, mereka hanya siasat jikalau dapat 'green light' dari Umno. JAKIM bekerja untuk Umno.. so jangan haraplah mereka nak siasat pemimpin Umno.

Presiden PAS kena tindakan jika enggan tarik amanat kafirkan UMNO

Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mahu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang mengkafirkan UMNO.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha, berkata jabatan itu akan terlebih dulu memanggil Hadi berhubung amanat terbabit yang membawa kepada perpecahan umat Islam di negara ini.

Beliau berkata, pelbagai tindakan diambil sebelum ini tidak berjaya mengekang amanat itu daripada diamalkan pengikut parti berkenaan khususnya yang fanatik walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mengharamkannya.

Katanya, andai Hadi ingkar dan mahu terus mempertahankan amanat itu, tindakan lain boleh diambil termasuk mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Kesan amanat

"Kesan amanat itu besar, mereka lepaskan kepada masyarakat dan tidak cuba memperbetulkan semula, tuduh orang Islam lain tidak boleh kawan, kafir. Kalau kita lihat, di negara Arab mereka berpecah belah soal mazhab, kita di sini soal amanat... sebenarnya mengkafirkan orang (Islam) lain itu lebih parah.
"Jadi, kita akan panggil pemimpin PAS berkenaan untuk perbetulkan amanat itu. Jika tidak berjaya, mungkin akan ada tindakan lain sebab peruntukan undang-undang itu ada dari segi aspek memecah-belah keamanan, membawa situasi tidak aman, sama ada kepada masyarakat kecil, komuniti dan sebagainya.

"Benda ini (amanat) pun sudah lama, tindakan pun sudah diambil, tapi timbul balik," katanya kepada BH, semalam.

Mengenai pendirian pemimpin PAS yang menafikan Amanat Hadi itu mengkafirkan UMNO, Othman berkata, pihaknya mempunyai bukti jelas bahawa ia memang mengkafirkan UMNO.

"Mengikut rekod kami yang dikumpul sejak amanat itu diucapkan, elemen mengkafir itu jelas ada. Kami ada bukti dan simpan semua termasuk rakaman ceramah mereka. Kesan apa yang mereka ucapkan itu juga berlaku termasuk dalam majlis perkahwinan, kenduri kendara, makan sembelihan orang UMNO tak boleh.

"Di kampung saya (Kelantan), sampai sekarang masyarakat masih berpecah-belah kerana amanat itu," katanya.

Isu kalimah Allah

Mengulas cadangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menggesa kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil versi bahasa Melayu, beliau berkata, dalam konteks ulama, mereka berpandangan perkara itu tidak perlu dikaji kerana sudah ada ketetapan kalimah Allah adalah hak mutlak umat Islam.

"Ketetapan sudah lama dibuat, muzakarah (fatwa) pun sudah bincang. Isu ini tidak sepatutnya ditimbulkan kerana boleh mengelirukan umat Islam," katanya. ~berita harian


Iklan C(ii)



Artis Popular Puji Langkah Kerajaan Negeri Selangor

Posted: 29 Dec 2012 10:00 PM PST


SHAH ALAM, 30 DIS: Artis popular Yatt Hamzah memuji langkah Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani masalah generasi muda di negeri ini.

Katanya, program seperti Seminar Generasi 'Y' yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK wajar dicontohi Kerajaan Negeri lain.

Seminar seperti itu dapat memberi panduan kepada generasi muda menyediakan diri menghadapi pelbagai cabaran kehidupan hari ini.

"Pengisiannya sangat baik sebab berbentuk keilmuan dan juga hiburan bagi menarik minat anak muda, syabas kepada Kerajaan Negeri," ujar Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah ketika ditemui Tv Selangor dalam seminar tersebut.

Seorang lagi artis Mel Wings atau nama sebenarnya Ismail Zainuddin pula berkata beliau terkejut melihat sambutan menggalakkan dari generasi muda terhadap seminar ini.

"Program ini amat baik, perlu lebih kerap lagi samada sebulan sekali atau seminggu sekali kerana dapat memberi panduan kepada anak muda bagaimana menghadapi cabaran dunia zaman serba mencabar sebagaimana yang difitrahkan oleh Allah" kata Mel.

Sementara itu , peserta yang ditemui turut memuji program yang dianjurkan Kerajaan Negeri ini.

Pelajar Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) Iiman Bte Mohd Zaki, 24, pula mencadangkan agar seminar ini dijadikan acara tahunan dengan penyusunan program yang lebih kemas lagi.

"Tahun lepas dan tahun ini dah buat, saya rasa sangat wajar diteruskan dengan promosi lebih besar dan awal lagi.

"Walaupun minggu ini adalah minggu belajar sebab peperiksaan, tetapi ramai rakan saya hadir, tetapi kalau lebih banyak promosi dan awal pasti lebih ramai yang datang," kata Iiman.

Mohammad Taufiq Ramli pula berkata seminar ini mampu menarik golongan belia kerana menyediakan program seimbang untuk anak muda.

"Kita dapat lihat tadi ada Ulama, tokoh pakar psikologi, Prof Madya Dr Mariani dan juga golongan artis.

"Ia dapat membantu golongan remaja mengenalpasti indentiti mereka seperti generasi X, Y dan sebagainya.

Sebelum itu, Seminar Generasi 'Y' mendapat sambutan baik apabila berjaya mengumpulkan hampir 1,000 anak muda dari seluruh Selangor.

Antara tokoh yang diundang dalam seminar itu termasuklah Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Md Nor.

Selain itu, dalam seminar terbuka kepada semua golongan anak muda itu turut diserikan dengan kehadiran artis popular Yatt Hamzah, Diana Amir dan Mel Wings yang kini bergiat sebagai pendakwah bebas sebagai ahli panel dalam forum bertajuk Gen 'Y' dan Seni.

Selain forum Gen 'Y' dan Seni, turut diadakan dalam seminar tersebut, Ekspresi Gen 'Y' Terhadap Dakwah, Fenomena Media Baru: Sikap dan Sudut Pandang Gen 'Y' dan lima segmen lain.




~selangorku


Iklan C(ii)



Wah!! Betul Ke Pinjaman Khairy Dengan Bank Pertanian Di Lupuskan?

Posted: 29 Dec 2012 09:00 PM PST

SHAH ALAM, 30 DIS: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin(KJ) digesa menjawab dakwaan isu pinjaman jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad yang dikaitkan dengan beliau ketika bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi masih menjawat jawatan Perdana Menteri.

Pinjaman masih tertunggak itu juga dikatakan bakal dilupuskan sehingga menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pegawai bank yang menguruskan pinjaman mudah itu.

Demikian menurut Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Chegu Bard kepada TV Selangor hari ini.

"Saya ada datanya, pinjaman itu dibuat sebelum Pilihan Raya Umum tahun 2008 lagi, tetapi Khairy tidak pernah membayar sekali pun," kata Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin.

Chegu Bard yang belum mahu mendedahkan jumlah pinjaman tersebut turut mempersoalkan tujuan pinjaman tersebut dibuat.

"Kalau petani biasa, nak pinjam cuma beberapa ribu ringgit, tetapi pelbagai syarat perlu dipenuhi seperti 'proposal' (kertas cadangan) dan sebagainya, tetapi apa 'proposal' Khairy beri sehingga membolehkan dia dapat pinjaman yang bukan sedikit.

"Lazimnya rakyat kebanyakkan kalau tak bayar pinjaman seperti pinjaman kereta contohnya, kelam-kabut sorok kereta di belakang rumah, bimbang kena tarik.

"Adakah Bank Pertanian beri layanan berbeza dengan VIP seperti Khairy hinggakan pinjaman berjuta ringgit boleh dilupuskan begitu sahaja, sedangkan bank itu milik kerajaan dan fungsinya untuk membantu golongan petani untuk memajukan diri mereka dalam bidang pertanian" ujar beliau lagi. ~selangorku




Iklan C(ii)



Awal-Awal Lagi RTM Berniat Jahat Mahu Spin Penjelasan Tuan Guru Haji Hadi

Posted: 29 Dec 2012 08:31 PM PST

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu Amanat Haji Hadi.Bagaimanapun kata beliau, ia boleh dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya."Kita minta Datuk Seri Hadi beritahu lokasi penjelasan itu hendak dibuat rakaman.

"RTM boleh buat liputan dan sekiranya kandungan berita itu sesuai, kita akan tayangkan di TV," kata beliau kepada pemberita ketika menyaksikan persiapan dan raptai Majlis Rumah Terbuka Krismas 2012 dan sambutan Tahun Baharu 2013 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Pagi tadi di Marang,  Hadi berkata, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.

Pemimpin tertinggi Pas itu berkata, jika diberi peluang itu, beliau akan menjelaskan segalanya berkaitan amanat beliau mengkafirkan Umno supaya masyarakat dapat menilainya.

Pada masa sama, Hadi berkata,  beliau juga bersedia memberi penjelasan secara bertulis mengenai pendiriannya itu berkaitan amanat yang dicetuskan sejak lebih 30 tahun lepas.

Mengulas lanjut hasrat Hadi itu, Rais  berpandangan kenyataan yang dibuat pemimpin Pas itu pada 1981 perlu mendapat penilaian daripada pihak lain memandangkan isu akidah itu telah menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Pandangan mufti lain pun harus dipertimbangkan di samping penilaian pihak Jakim dan pihak berkuasa lain dalam soal akidah," jelasnya.Meskipun Rais dilihat secara terbuka menerima hasrat Hadi itu, namun penyiarannya mungkin dihadkan bagi menjaga kepentingan kerajaan.

"Saya kira itu tidak jadi masalah tetapi hanya panjang pendeknya terpaksa dilihat dari sudut praktikaliti penyiaran di RTM," katanya. ~sinar


Addin:

Awal-awal lagi RTM berniat jahat mahu spin penjelasan tuan guru haji hadi berkenaan amanatnya. Tuan guru haji hadi mahu siaran langsung untuk menjelaskan amanatnya tetapi rais yatim mahu beri sekadar rakaman yang di tapis. Jikalau sekadar rakaman terbukti rtm mahu putar belitkan isu ini lagi.

Maknanya rais yatim dan rtm tidak ikhlas untuk merungkai isu ini tetapi hanya mahu memutar belitkan kenyataan tuan guru haji hadi untuk kepentingan politik umno. Ternyata cakap orang umno tidak boleh dipercayai langsung



Iklan C(ii)



136 Ahli Umno Termasuk Abang TKM Sabah Serah Borang PKR Pada DSAI

Posted: 29 Dec 2012 06:52 PM PST

KOTA KINABALU 30 DISEMBER: Abang ipar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin mengetuai 136 ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri Petagas, menyertai KEADILAN.Ahmad Yunin menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Seri AnwarIbrahim selepas Ketua Umum KEADILAN itu berucap di pusat beli-belah Tanjung Aru Plaza di sini, malam tadi.Ahmad adalah abang kepada Datin Seri Jouyah Yunin – isteri Yahya.Beliau yang juga Pengerusi Sukarelawan Petagas turut menyerahkan cek RM10,000 untuk misi bantuan di Gaza pada majlis itu.

Program anjuran Wanita KEADILAN Sabah yang dihadiri lebih 1,000 penduduk tempatan itu sebahagian daripada siri Jelajah Demi Rakyat di Sabah.

Keadilan Daily difahamkan, pidato Anwar itu adalah adalah pertama kali dijalankan dalam sesebuah pusat beli-belah di negeri berkenaan.Sabah yang dianggap fixed deposit Umno BN, hampir pasti  ditawan Pakatan Rakyat pada PRU 13.

Ia berikutan ramai pemimpin berpengaruh di kalangan masyarakat Islam dan Kristian di Negeri Di Bawah Bayu itu mengisytihar sokongan kepada Pakatan, beberapa bulan lalu. ~kd



Iklan C(ii)



Tiada ulasan: