Anak Sungai Derhaka |
- Wajarkah kita beli buku Rosmah?.. ini saranan Dr. Asri..
- Asal usul isyarat jari '1Malaysia' Najib ditemui... lihatlah!!
- Rumah Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafique antara yang terlibat dalam insiden tanah runtuh di Setiawangsa rupanya..
- Blogger Pro UMNO tak beretika Chua Soi Lek kata..
- Abang ipar TKM Sabah ketuai 136 ahli Umno sertai KEADILAN
Wajarkah kita beli buku Rosmah?.. ini saranan Dr. Asri.. Posted: 30 Dec 2012 07:20 AM PST Awal Disember lalu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan menyempurnakan majlis memperkenal dan melancarkan buku biografi Datin Seri Rosmah Mansor di Hotel Grand Hyatt. Buku setebal 164 muka surat itu dan berharga RM150 senaskhah ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak. Ia akan dilancarkan dan diedar untuk jualan bulan depan. Dan menurut Tun Mahathir buku biografi Rosmah Mansor yang bakal berada di pasaran dalam waktu terdekat, merupakan wadah yang betul untuk beliau menangkis tohmahan yang dilemparkan terhadapnya. "Beliau (Rosmah) bukannya berprofil tinggi. Hanya orang-orang tertentu menjadikan beliau seorang individu berprofil tinggi dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan beliau berhak untuk menjawab. "Walaupun beliau adalah isteri perdana menteri, ini tidak bermakna yang beliau perlu berdiam diri terhadap pelbagai tuduhan," kata Dr Mahathir. Itu kata Mahathir yang perlu membodek Rosmah untuk memastikan nama anaknya kekal sebagai calon dalam PRU13 nanti.. Dan ini pula adalah pendapat atau saranan Dr. Maza yang dipetik dari laman Twitter miliknya.. Peringatan penting! Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 Tarikh: 12 Januari 2013 Tempat: Bandar Kuala Lumpur. Jom turun! Bersama sejuta rakyat di Himpunan terbesar dalam sejarah negara! | ||
Asal usul isyarat jari '1Malaysia' Najib ditemui... lihatlah!! Posted: 30 Dec 2012 05:29 AM PST Setelah diberikan mandat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke enam oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009, beberapa bulan kemudiannya Najib memperkenalkan agenda 1Malaysia. Rentetan dari itu segala program yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia akan diletakkan 1Malaysia tak kira sama di depan atau di belakang nama program itu.. Dan dalam setiap program yang dihadiri oleh Najib, bila menyebut '1Malaysia' pasti akan disertai dengan isyarat jari telunjuk ditunjuk ke arah langit. Pencacai-pencacai dan penjilat-penjilat Najib mendakwa isyarat jari telunjuk ditunjuk ke arah langit itu adalah idea Najib sendiri, kerana bagi mereka Najib adalah seorang individu yang sangat kreatif dan juga innovatif.. Benarkah begitu?.. benarkan isyarat jari telunjuk ditunjuk ke arah langit hasil idea Najib sendiri bukannya diciplak dari mana-mana seperti diciplaknya 1Israel yang dijadikan 1Malaysia? Gambar-gambar di bawah memberikan jawapannya… SAKSIKAN!!! SAAAAATUUUU MALAYSIAAAAAAAA!!! Kah.. Kah.. Kah... simbol pada batu nisan kubur Kristian la... Apa maknanya isyarat jari telunjuk ditunjuk ke arah langit itu? Wikipedia memberikan jawapannya... Question: What does a right hand closed in a fist with the index finger pointing up mean on a tombstone? Answer: There is one way, there is one God and Jesus is his son. The gesture was common in the 70's for the Christians often referred to as the "Jesus Freaks" akin to the hippies with a Christian bent. Terjemahannya: Ada satu cara, ada satu Tuhan dan Isa adalah anaknya. Isyarat ini adalah kebiasaaan bagi orang Kristian dalam tahun 70-an yang sering dirujuk sebagai "Yesus Freaks" serupa dengan hipi yang berhaluan Kristian. Kubur-kubur di atas bukanlah milik orang-orang yang berugama Islam tapi penganut agama Kristian.. Yang peliknya simbol pada kubur Kristian digunakan dan digayakan dengan penuh bangga oleh sebuah parti di Malaysia yang kononnya sangat memperjuangkan Bangsa dan Agama Islam.. Siapa tiru siapa?.. takkan orang yang dah mati lama dah tu tiru isyarat Najib kot??? Inilah akibatnya meniru membabi buta... sampai isyarat dikuburpun dia tiru... kah..kah..kah.. Sumber info : Yong Suka Kuning | ||
Posted: 30 Dec 2012 02:37 AM PST Menurut Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa Fauziah Jamaludin, dianggarkan 20 banglo terdapat di kawasan puncak bukit Setiawangsa yang runtuh baru-baru ini. Dan ada sumber mendakwa kebanyakkan rumah-rumah mewah yang berada dipuncak bukit Setiawangsa itu adalah milik Pemimpin-pemimpin UMNO. Antaranya ialah bekas Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan bekas ketua Pemuda UMNO Setiawangsa Izuddin juga terletak di puncak berkenaan.
Selain itu Pegawai tadbir dan diplomatik di Jabatan Perdana Menteri juga tinggal di Taman Puncak Setiawangsa itu. Bagaimanapun menurut Jamaludin Jarjis beliau seolah-olah merasakan sesuatu kejadian buruk bakal berlaku di kawasan itu lalu membuat persiapan awal dengan memindahkan barang ke rumah lain sejak tiga bulan lalu. baca di ( SINI ) Haa.. korang tengok betapa hebatnya pemimpin UMNO tinggal diatas puncak bukit, dalam Bungalo, nak jumpa pun susah pasal nak kena daki bukit.. Tapi yang bermati-matian mempertahankan mereka dan mengambil upah RM30 untuk memaki hamun pemimpin Pakatan Rakyat hanya tinggal di flat saja.. sedangkan Lembu yang diternak suami Sharizat pun tinggal di kondo.. ha..ha..ha.. Kenapa runtuh agaknya?? Baca laporan lebih lengkap di sini ( Kebanyakan Rumah Di Puncak Setiawangsa Rumah Orang Umno ) | ||
Blogger Pro UMNO tak beretika Chua Soi Lek kata.. Posted: 29 Dec 2012 07:35 PM PST Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini mengecam tindakan blogger Umno memutar belit kenyataannya ketika pertemuan dengan mereka Rabu lalu, dan menuduh blogger pro Umno itu tidak beretika. Presiden MCA itu menegaskan, beliau kecewa dengan tindakan segelintir blogger tersebut yang mendedahkan butiran perjumpaan mereka malah menegaskan beliau tidak akan berjumpa dengan mereka lagi kerana dakwanya ingin menghancurkan MCA. "Saya sangat kecewa dengan blogger pro Umno ... mereka tidak ikhlas tentang apa yang telah dibincangkan. "Ia perjumpaan tertutup dan saya ada bercakap tentang persiapan MCA hadapi pilihan raya umum ... Ada sesetengahnya hanya gurauan dan tidak patut didedahkan," jelasnya menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan blogger Umno tersebut. "Mereka tiada etika melaporkan dan kefahaman dalam apa yang dibincangkan ... mereka melanggar janji itu," tegasnya kepada pemberita ketika sidang media selepas majlis makan malam bersama NGO dari Bandar Tun Razak di sini. Soi Lek bagaimanapun turut menegaskan beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mereka serta tidak lagi akan melayan sebarang permintaan daripada blogger tersebut selepas ini. "Jangan datang dan kacau saya lagi, mereka lebih suka 'spin' daripada membantu MCA. "Saya telah dimainkan oleh blogger pro Umno," katanya lagi, dan menambah, akan lebih berhati-hati dengan blogger Umno. "Saya akan lebih berhati-hati, saya mempertikaikan tujuan mereka ... adakah mereka mahu bantu MCA atau hancurkan MCA," tegasnya. Ketika pertemuan dengan blogger pro Umno Rabu lalu, Dr Chua dilaporkan berkata Ong menggunakan "faktornya" untuk mendapatkan sokongan di Melaka bagi mensabotaj beliau. Menurut Syed Akbar Ali, blogger pro-Umno yang menghadiri pertemuan itu, presiden MCA itu turut menjangkakan Ong akan meninggalkan parti jika berlaku penggantungan Parlimen. "Melihat kembali isu kurangnya sokongan dan beliau berbicara tentang Ong Tee Keat cuba mensabotajnya di Melaka. Dr Chua merasakan jika berlakunya penggantungan Parlimen selepas pilihan raya, Ong Tee Keat mungkin akan mengemas begnya dan pergi. Seperti Chua Jui Ming," kata Syed Akbar dalam blognya. ~ The Malaysian Insider | ||
Abang ipar TKM Sabah ketuai 136 ahli Umno sertai KEADILAN Posted: 29 Dec 2012 06:41 PM PST Abang ipar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin mengetuai 136 ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri Petagas, menyertai KEADILAN. Ahmad Yunin menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Ketua Umum KEADILAN itu berucap di pusat beli-belah Tanjung Aru Plaza di sini, malam tadi. Ahmad adalah abang kepada Datin Seri Jouyah Yunin – isteri Yahya. Beliau yang juga Pengerusi Sukarelawan Petagas turut menyerahkan cek RM10,000 untuk misi bantuan di Gaza pada majlis itu. Program anjuran Wanita KEADILAN Sabah yang dihadiri lebih 1,000 penduduk tempatan itu sebahagian daripada siri Jelajah Demi Rakyat di Sabah. Keadilan Daily difahamkan, pidato Anwar itu adalah adalah pertama kali dijalankan dalam sesebuah pusat beli-belah di negeri berkenaan. Sabah yang dianggap fixed deposit Umno BN, hampir pasti ditawan Pakatan Rakyat pada PRU 13. Ia berikutan ramai pemimpin berpengaruh di kalangan masyarakat Islam dan Kristian di Negeri Di Bawah Bayu itu mengisytihar sokongan kepada Pakatan, beberapa bulan lalu. http://www.keadilandaily.com/?p=41940 |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan