Telok Bakong Online |
Lagi Konspirasi Untuk Mengagalkan Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak Part2 Posted: 18 Dec 2012 08:00 PM PST Gambar Hiasan semata mata Selain daripada kegagalan untuk mendapatkan permit oleh pihak penganjur.Projek Himpunan juga berhadapan dengan risiko menghadapi provokasi dari pihak pihak tertentu seperti Perkasa dan Paerkida.Namun diberitakan bahawa perancangan Perkida ini tidak menjadi kenyataan kerana terdapat ramai pemimpin utama Perkida yang menyokong Pakatan Rakyat.Ini bermakna Perkida sudah terbelah dua dalam menangani permasalahan politik negara.Ancaman dari Perkasa pula adalah tidak kuat memandangkan Perkasa di daerah ini tidak dapat sambutan dan mereka ini amat dikenali oleh penduduk setempat. Ini pun gambor hiasan..hi..hi.. Terdapat khabar khabar angin yang bertiup dikalangan penyokong Pakatan Rakyat bahawa semasa Himpunan akan berlaku kejadian kejadian yang buruk.mungkinkah ianya sengaja disebarkan oleh sesetengah pihak tertentu bagi menghalang acara ini dari mendapat sambutan rakyat?.Perkara ini ditambah lagi dengan adanya sekatan sekatan jalan raya di Kg Changkat Chermin dan dihadapan Universiti Petronas.Apakah tujuan pihak polis mengadakan sekatan atas kerana tugas tugas biasa atau adanya arahan arahan tertentu dari pihak atasan.Diberitakan awal awal lagi 20 orang anggota FRU telah di tempatkan di Balai Polis Seri Iskandar.Apakah himpunan rakyat ini suatu acara merusuh?.Apa perlunya FRU dan 9 trak nya yang berada sekitar tapak perhimpunan itu?. Ni gambor trailer pentas Himpunan rakyat ...hi..hi.. Lebih malang lagi,bas jelajah Merdeka telah dibaling dengan batu semasa berada di R and R Tapah.Kejadian ini telah mengakibatkan cermin belakang bas pecah dan terpaksa ditampal dengan pelekat dan kertas.Pelaku nya tidak dapat ditangkap.Seorang kawan semasa mengiringi Dato Seri Anwar kelmarin sempat mencadangkan kepada beliau agar keseluruhan cermin bas berkenaan dipasangkan jaring besi seperti trak FRU atau Van Securiti.Balas DSAI sambil tersenyum "Bagus cadangan tu...nanti saya fikirkan". Msinc- Lagi kuat mereka melakukan tindakan bagi menghalang rakyat untuk mencari kebenaran ,semakin kebencian rakyat bertambah.Kakitangan kerajaan haruslah bertindak mengikut prosedur atau SOP yang telah ditetapkan oleh jabatan masing masing.Jangan pilih bulu.Bertindak adil dan berani kerana kebenaran.Jangan takut menyanggah didunia ini kerana balasan di hari kemudian adalah begitu perit.Bersengkongkol dengan pemerintah yang zalim pasti akan dapat balasan yang setimpal.Biar susah didunia asal dapat kesenangan dan kebahagiaan untuk selamanya. |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan