Rabu, 19 Disember 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Berkhalwat di PUTIK

Posted: 19 Dec 2012 04:49 AM PST

[1]
Oleh kerana panasnya isu salun, maka isu khalwat bukan Islam disaman MPKB turut menjadi perhatian.

Gua menjelaskan kepada rakan2 bukan Islam bahawa sama ada muslim atau bukan muslim, kalau berkelakuan sumbang di tempat awam, maka mereka itu melanggar hak asasi kanak2 yang melihat. Keluarga yang beriadah.

Bukan muslim boleh berkhalwat di tempat persendirian. Bukan di tempat awam. Tiada pencegah maksiat yang akan mendenda mereka.

[2]
Pasangan khalwat selalunya didenda di tepi jalan airport Pengkalan Chepa. Menariknya di sini, tepi jalan tepi pagar airport sudah menjadi tempat riadah keluarga pada waktu petang dan selepas magrib. Selain diambil alih oleh remaja di larut malam.

Tempat ini sangat bahaya bagi kanak2 terutamanya. Sempit. Selekoh. Hanya ada satu wakaf sahaja. Ramai yang berkelah tepi jalan di antara kereta.  Peniaga kecil menambah kesempitan ruang riadah.

[3]
Gua tak sure kerajaan negeri Kelantan tiada duit atau tiada idea. Tapi alangkah baiknya jika dibina jejantas riadah. Satu kawasan riadah di atas jejantas.

Jika hanya sekadar menambah wakaf, keadaan menjadi semakin bahaya. Tetapi jika jejantas, masalah kesempitan ruang boleh dialihkan di atas jejantas. Riadah keluarga sambil meninjau kapal terbang.

[4]
Jikalau membina jejantas riadah tidak praktikal atau perlu tunggu orang putih buat dulu baru berani buat atau ketiadaan duit, gua tertanya2 juga kenapa PAS tidak manfaatkan PUTIK sebagai kawasan riadah keluarga meninjau kapal terbang?

[5]
Di promosi PUTIK sebagai kawasan awam meninjau kapal terbang. Diadakan deretan penjaja bersewa murah. Diadakan tempat di sepanjang pagar PUTIK-Airport sebagai kawasan perkelahan. Diadakan papan tanda jadual kapal turun dan naik. Lengkap dengan jenis kapal. Diadakan teropong.

Jika dibuat dengan baik, kawasan petang dan malam akan hidup di PUTIK. Malah tidak mustahil menjadi tempat perlancongan baru.

Wallahualam.

Tiada ulasan: