Rabu, 19 Disember 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Habislah PAS Kedah.. Tengok ni.. ramainya Pemuda UMNO demo bantah tebang balak..

Posted: 19 Dec 2012 06:17 AM PST


Pemuda Umno Kedah hari ini mendesak kerajaan negeri Kedah supaya menghentikan operasi pembalakan di beberapa kawasan di negeri ini dengan kadar segera demi menjaga sumber air untuk rakyat.

Ketuanya Badrol Hisham Hashim mendakwa kerakusan kerajaan negeri menebang balak di beberapa kawasan iaitu di Hutan Simpan Gunung Inas di Sik, Gunung Pongsu di Baling, Bukit Perak di Pendang, Pedu dan Jeniang menyebabkan bekalan air tercemar.

Katanya ia juga mengakibatkan berlakunya bencana alam seperti banjir lumpur yang melanda di kawasan Bukit Perak, Pendang baru-baru ini yang merosakkan rumah dan kelengkapan barangan.

"Air di Kedah sangat berisiko (sebagai contoh) hasil kajian mendapati air di Sungai Badak di Gurun menunjukkan kadar kekeruhan menjangkau 18,600 Nephelometric Turbidity Unit (NTU) (sangat keruh)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan demonstrasi aman di luar perkarangan Wisma Darul Aman.

Kira-kira 20 anggota Pemuda Umno negeri menyertai demonstrasi selama kira-kira 20 minit itu sebagai tanda bantahan terhadap projek pembalakan dijalankan oleh kerajaan negeri pimpinan PAS sejak mengambil alih petadbiran negeri ini pada 2008.

Badrol Hisham berkata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco yang terlibat perlu bertanggungjawab dalam perkara ini kerana rakyat di negeri ini tidak rela lagi ditipu dan mendengar pelbagai helah oleh Azizan demi melepaskan salah kerajaan negeri di mata rakyat.

Beliau mendakwa agenda utama kerajaan negeri membuka ladang rakyat di beberapa kawasan seperti di Pedu sebenarnya bertujuan untuk mengaut hasil balak tanpa memikirkan akibatnya kepada rakyat.

"Azizan tak boleh lagi berdolak-dalik kerana isu ini semakin hari semakin meruncing," katanya.

Menurutnya, walaupun pelbagai laporan dalam akhbar dan televisyen disiarkan mengenai isu itu namun Azizan mendiamkan diri dan mendakwa hasil tinjauan pihaknya mendapati kerja-kerja pembalakan makin rancak.- Bernama

Facebooker UMNO Wan Suhaizi @ AUPN menjenguk mencari bahan untuk fitnah PAS.

Patutlah tak kena tangkap samseng Gombak tu.. Pemuda UMNO rupanya dia.. tengok nih!!

Posted: 19 Dec 2012 03:49 AM PST


Ingat lagi insiden keganasan yang dicetuskan oleh samseng-samseng upahan UMNO dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Gombak?

Dalam kejadian seorang petugas Pakatan Rakyat telah ditusuk dengan objek tajam oleh seorang samseng UMNO dan video kejadian tersebut telah merakamkan kelibat seorang pumuda memakai helmet menikam bahu petugas Pakatan Rakyat itu.. (lihat di SINI)

Namun begitu hingga kini tiada sebarang berita yang melaporkan bahawa pemuda tersebut telah diberkas oleh pihak Polis meskipun video dan lain-lain maklumat mengenai kejadian tersebut banyak dalam internet.

Ada sebab rupanya pihak Polis tidak dapat meneruskan tugas mereka.. dan ianya juga membuktikan dakwaan Tan Sri Musa Hassan iaitu ahli-ahli politik mencampuri tugas Polis ada benarnya..

Baca siapa samseng upahan UMNO itu seperti yang didedahkan oleh PemudaGombak.com.. dan korang akan tahu mengapa beliau hingga kini tidak diberkas oleh Polis...


Namanya Herry, tinggal berhampiran dengan kawasan kejadian. baru berusia sekitar 22-23 tahun. masih budak lagi.

Pernah bertugas sebagai Polis tapi telah dipecat kerana kes rasuah dan salah laku.

Abang dia pula org kuat kepada ketua pemuda UMNO gombak, Megat Zulkarnain Omardin.

Menurut informasi yang admin dapat, dia ni DIBAYAR SEBANYAK RM 1,000 khusus untuk buat haru biru dan menimbulkan kekecohan.

Admin tak pasti sama ada pembuat kecoh yang lain itu turut dibayar sebanyak itu, tapi dengan jumlah RM1,000 tu la yang membuatkan dia ada "lesen besar" bawak kerambit dan menikam bahu salah sorg penyokong PR masa tu.

Inilah bukti kejijikan politik ala-BN - sanggup memperalatkan belia untuk menimbulkan kekacauan dan keganasan semata2 ingin menghalang kemaraan Pakatan Rakyat.


Gagal memujuk.. Buku memburukkan Presiden PAS 'Kafirkah Aku?' pula diedar UMNO...

Posted: 18 Dec 2012 10:01 PM PST


Setelah berbagai pendekatan memujuk PAS agar bersama mereka dalam agenda memperbodohkan rakyat dan menjarah harta negara digunakan mereka menemui jalan buntu, UMNO mememburuk-burukkan PAS.

Sebelum ini kita telah menyaksikan beberapa lukisan mural yang terpampang di PWTC yang cuba mengaitkan PAS dengan A-Maunah ( lihat di SINI ).. kini buku yang memburuk-burukkan Presiden PAS pula diedarkan..

Buku setebal 85 muka surat dengan judul 'Kafirkah Aku' yang harga jualannya RM10 telah diedar secara percuma di beberapa buah Sekolah menurut seorang sahabat yang bertugas di salah sebuah Sekolah yang telah diedarkan buku tersebut.

Sasarannya ialah semua Guru-guru dan juga Kakitangan Sekolah..

Berikut adalah ulasan mengenai buku tersebut oleh wartawan UTUSAN..


Dalam buku setebal 85 muka surat itu, Al-Afghani yang pernah berjuang bersama Mujahidin di bumi Afghanistan mendedahkan bagaimana ahli-ahli Pas seperti dirinya begitu taksub dengan perjuangan Pas.

''Tidak keterlaluan kalau dikatakan waktu itu, masing-masing sanggup berkorban apa sahaja demi kawan atau istilah 'orang kita'. Lingkungan orang kita ini hanyalah terdiri daripada ahli Pas. Walaupun ahli keluarga, tetapi masih UMNO tidak diiktiraf sebagai orang kita. Lebih dahsyat lagi hingga ada yang memutuskan hubungan keluarga. Pendirian ini diambil sebenarnya bukanlah mengikut nafsu tetapi ada dalil-dalil yang disampaikan oleh pimpinan Pas."

Demikian coret Al-Aghani dalam muka surat 7 buku berkenaan yang memaparkan bagaimana demi perjuangan Pas, ahli-ahli parti itu sanggup melakukan apa sahaja hatta menjatuhkan hukum kafir kepada mereka yang tidak sehaluan politik.

Keadaan itu menjadi bertambah parah dengan lahirkan Amanat Haji Hadi yang disampaikan pada 7 April 1981 di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu. Sehingga hari ini amanat yang dianggap mencetuskan pelbagai konflik dalam kalangan umat Islam khususnya antara pengikut UMNO dan Pas tidak ditarik balik oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini menjadi Presiden Pas.

Sebab itulah dalam buku itu, Al-Afghani mencoretkan sebuah 'Warkah Buat Datuk Seri Haji Hadi' yang antara lain meminta Abdul Hadi menarik balik amanat tersebut dan isytihar secara terbuka bahawa UMNO tidak kafir di sisi Islam.

''Dengan ini juga memudahkan lagi kami yang dalam dilema ini berlepas diri daripada ikatan amanat tersebut. Memudahkan kami memohon maaf kepada saudara kandung dan ahli keluarga, jiran tetangga, orang kampung, rakan sekerja juga pimpinan UMNO yang pernah dikafirkan satu masa dulu. Selagi mana Datuk Seri tidak mahu mengisytiharkan begitu, selagi itulah persoalan yang sering menghantui 'Kafirkah aku jika bersama UMNO, Kafirkah aku setelah dipecat dari Pas' tetap mencengkam saya. Datuk Seri harus bertanggungjawab di atas keresahan ini, bebaskanlah kami dari ikatan amanat Datuk Seri itu," tulis Al-Afghani.

Hakikatnya, buku 'Kafirkan Aku?', bukan sekadar berlegar kepada kesan amanat Abdul Hadi sahaja tetapi jauh daripada itu satu renungan dan iktibar serta peringatan kepada ahli-ahli Pas yang masih taksub dengan perjuangan parti itu untuk memahami hala tuju parti tersebut yang semakin bercelaru.

Ia kerana seperti mana dipaparkan Al-Afghani terlalu banyak perkara yang dilakukan oleh Pas sekarang bertentangan dengan prinsip perjuangan asal parti itu dan segala-galanya berlaku kerana keterujaan Pas untuk mengejar kuasa ke Putrajaya bersama rakan-rakan sekutunya.

Malahan apa yang paling mengecewakan insan-insan perjuang tegar Pas seperti Al-Afghani, pemimpin-pemimpin parti itu bersedia melakukan apa sahaja kerana 'dalam mencapai matlamat (ke Putrajaya), pedulikan dulu apa juga yang ada di kiri kanan lebuh raya ke Putrajaya.'

Sebab itulah prinsip dan dasar sedia ada dikorbankan, tiada lagi ayat-ayat al-Quran atau dalil-dalil yang dibacakan oleh alim ulama Pas berhubung kerjasama dengan bukan Islam seperti mana dahulu mereka sering membaca surah al-Nisa ayat 144 yang bermaksud;

''Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kami mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang beriman.Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang dan nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu."

Al-Alfghani juga dalam bukunya itu turut mempersoalkan mengenai tindak-tanduk kepimpinan Pas terutamanya dalam perjuangan melaksanakan hukum hudud yang kini semakin dipinggirkan sedangkan perjuangan itulah yang mengakibatkan ahli-ahli Pas sanggup melakukan apa sahaja dengan hasrat ingin melihat Pas memerintah negara ini, menggantikan pemerintahan sekular yang dibawa oleh UMNO.

''Sering kali disebut oleh pemimpin Pas, andainya Pas dapat memerintah negara pada 12 jam tengah malam, maka undang-undang Islam akan dilaksanakan pada jam 12.01 minit. Terhapuslah di situ undang-undang Lord Reid. Sokongan padu pada Pas diberikan atas dasar ini, yakni mahu lihat hukum hudud dilaksanakan. Selagi hudud tidak dilaksanakan, ertinya perjuangan Pas masih gagal. Bagaikan makan tidak bergaram, minuman tidak bergula," hujah Al-Afghani.

Apa yang menarik Al-Afghani turut menimbulkan pelbagai persoalan mengenai kemelut yang berlaku dalam pentadbiran negeri di bawah Pas yang disimpulkan oleh beliau, ''Pada saya, Pas belum boleh diberi kepercayaan menerajui pemerintahan negara berdasarkan beberapa perkara. Biarlah rakyat dan ahli Pas Kedah tertipu, jangan pula seluruh rakyat Malaysia turut terpedaya. Slogan Kerajaan kebajikan, Kedah sejahtera dan Serambi Mekah masih jauh tersasar.''

Mungkin bagi mereka yang taksub kepada perjuangan Pas, seperti biasa mereka akan menuduh Al-Afghani sudah 'dibeli' oleh puak-puak tertentu, Al-Afghani adalah tali barut UMNO dan Barisan Nasional, Al-Afghani adalah pengkhianat kepada Pas.

Tetapi sebelum mereka membuat tafsiran dan tuduhan sedemikian, baca dan kajilah segala hujah dan fakta yang dipaparkan oleh Al-Afghani dalam buku berkenaan, kemudian bandingkanlah dengan situasi Pas sekarang, sudah pasti mereka akan menemui kebenarannya.

Bak kata, Al-Afghani dalam buku itu, ''Tujuan saya tidak lain, semata-mata menyelamatkan ummah yang sedang hanyut dibawa gelombang hijau, biru, merah dan kuning. Atas nawaitu ini, saya terpaksa membelakangkan segala tohmahan, Lontarkan rasa takut terhadap makhluk dan menelan segala kepahitan.

Arus yang dibawa oleh gelombang hijau ini, nampaknya begitu besar. Bagaikan tsunami yang melanda semua tumbuhan dan bangunan di tepi pantai. Saya tampil di suasana begini untuk berteriak, agar insan yang di tepi pantai segera menyelamatkan diri ke tempat yang lebih tinggi. Kembali ke landasan perjuangan sebenar berpandukan al-Quran dan sunnah.''

Oleh Zulkiflee Bakar, Utusan Malaysia 

Ceh!! Propaganda Barisan Nasional rupanya pergaduhan di Sungai Petani tu...

Posted: 18 Dec 2012 06:01 PM PST


Malam tadi, berita tentang pergaduhan antara dua kumpulan yang membabitkan remaja Melayu dan India telah berlegar dalam banyak blog-blog pro UMNO dan PR.

Dari apa yang aku lihat erita berkenaan sememangnya menyemarakkan sentimen perkauman jika dibiarkan tanpa penjelasan pihak yang berwajib.

Bagi aku sebelum aku siarkan dalam Blog ini, lebih baik aku dapatkan kepastian dari beberapa orang sahabat aku yang tinggal di Sungai Petani sendiri.. pasal aku nampak lain macam saja cerita tu..

Tambahan pula paling awal menyiarkan cerita ini ialah blog pro UMNO..

Sebelum korang baca apa jawapan dari dua orang sahabat aku di Sungai Petani tu, baca dulu apa yang kebanyakkan blog siarkan semalam..

"Info Paling Terkini: Kejadian pergaduhan teruk di antara puak pelampau Extreme India dari Geng Kongsi 35 & Melayu Islam kita yang ditetak dengan parang, dibelasah dengan kayu besbol dan dicampak ke dalam longkang sehingga membabitkan orang-orang yang tiada kaitan bermula di Paya Nahu seterusnya melarat ke Taman Ria apabila motosikal dibakar di depan masjid, seterusnya melarat ke Taman Keladi & terkini jam 3 petang tadi di Bandar Sg. Lalang, Sg. Petani Kedah... mangsa Melayu dari anggota Melayu Islam kita dari PDRM pula yang dibelasah habis habisan kerana cuba menggari salah seorang daripada anggota kumpulan kongsi Geng 35 mereka yang terlalu bertindak agresif.

"Sekarang, di Sg Petani, Kedah, sudah penuh dengan polis & FRU serta roadblock... ugutan menyerang orang Islam ketika berjemaah di Masjid, bakar masjid & Surau serta mangsa dari orang Islam yang dicampak ke dalam longkang setelah dibelasah dengan parang & kayu besbol mengundang kemarahan orang2 Islam di situ... perintah darurat dikeluarkan oleh PDRM & FRU...

"Harap semua pejuang-pejuang -- 30 dalam mood 'Standby' kerana apa2 sahaja boleh berlaku... buat masa sekarang, biarkan pihak polis & FRU jalankan tugas mereka kerana keadaan memang dah terlalu tegang... kita cuba elakkan rusuhan kaum kerana dikhuatiri akan membabitkan pihak-pihak yang tiada kaitan & membahayakan nyawa orang2 Melayu Islam kita di situ sendiri dari kaum wanita & kanak-kanak dan bimbang merebaknya rusuhan kaum ini ke kawasan lain... yang penting dinasihatkan kita sentiasa bersatu, mood standby & jangan bertindak terlalu membabi buta... tetapi lebih kepada langkah berjaga-jaga, BERSEDIA & BERSATU seandainya perkara yang tidak diingini berlaku... umat Islam dinasihatkan berwaspada & jangan bertindak mengikut emosi... ~ (Sumber Maklumat: Ayahanda-Ayahanda Sg)

Ini jawapan seorang sahabat yang tinggal di Sungai Petani apabila ditanya tentang apa yang berlaku semalam..

"Hang pun percaya?.. mana ada apapun.. aku ada dalam Pekan Sungai Petani tu semalam, aku p makan..tok sah dok percaya la propaganda Barisan Nasional tu.."

"Kalau ada kes sampai berparang bertetak tu.. takkan Polis nak biar.. lagipun.. kalau jadi rusuhan tak payah lah nak ada pilihanraya.. selamat sikit depa tu..."

Jawapan lagi sorang pulak..

"Memang ada gaduh.. tapi bukanlah macam yang orang dok cerita tu, gaduh pasai curi motor.. biasalah la ni bila gaduh.. kalau bukan Melayu dengan Melayu, Melayu gaduh dengan Cina, kalau bukan dengan Cina.. Melayu gaduh dengan India.. kalau bukan Melayu dengan India.. India gaduh dengan India"

"Dah dalam negara kita ni ada berbilang kaum takkan nak gaduh dengan orang Hawaii kot?"

"Yang depa kata merebak tu... apa yang merebak aku tak tau la.. pasai aman saja pagi ni... Hang tok sah percayala propaganda puak-puak tu...."

Ceh Propaganda Barisan Nasional rupanya....

Dan ini adalah kenyataan dari PDRM tentang isu pergaduhan di Sg Petani..


Semalam berlaku kekecohan di laman sosial Facebook dan juga blog yang mengatakan berlaku pergaduhan diantara kaum India dan juga Melayu di Sungai Petani Kedah.

Berikutan dengan kekalutan yang ditimbulkan, Timbalan Ketua Polis Kedah iaitu YDH SAC Dato Abdul Ghaffar bin Rajab telah mengadakan satu sidang akhbar di IPD Kuala Muda bagi menjelaskan perkara sebenar.

Menurut beliau, memang ada pergaduhan antara beberapa pemuda melayu dan pemuda india yang berlaku dikawasan berkenaan pada awal pagi 16/12/2012 yang lalu.

Namun keadaan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah kuala muda adalah selamat dan terkawal serta kesemua yang terbabit di dalam kes tersebut telah ditangkap (seramai 13 orang terdiri dari melayu dan india ).

5 orang diberitakan telah cedera didalam pergaduhan berkenaan dan mangsa yang cedera juga telah dirawat dan hanya tinggal seorang sahaja yang masih mendapat rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim.

Menurut Datuk Abdul Ghaffar, ekoran insiden tersebut, pihak PDRM telah mengambil tindakan awal dengan menempatkan kawalan keselamatan seperti FRU, LSF, MPV, JSJ, Narkotik, SB serta melakukan sekatan jalan di semua lokasi di dalam daerah Kuala Muda bagi menjamin keselamatan orang awam khususnya.

Ini gambar semasa sessi taklimat..

Pelakon Terkenal Tanahair muncul dalam program PKR Pandan..

Posted: 18 Dec 2012 04:00 PM PST


Seorang pelakon terkenal tanah air dilaporkan telah muncul dalam Program Anak-anak Kelantan di Taman Dagang (Pandan) Santai bersama Rafizi.


Program yang diadakan pada jam 9 malam, 18 Disember 2012 di Restoran Number One, Taman Dagang itu telah dihadiri oleh pelakon terkenal tanahair Mustapha Kamal.

Menariknya Mustapha yang juga anak Kelantan itu telah menggunakan peluang yang ada itu untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada anak-anak Kelantan yang bermastautin di Pandan.


Mustafa Kamal atau nama penuhnya Mustapha Kamal Mohd Daud merupakan seorang pelakon Malaysia dan dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 1962.

Mustafa Kamal banyak berlakon dalam drama televisen dan turut berlakon dalam beberapa filem antaranya Dendang Remaja, Adik, Mira Edora, Syukur 21 dan KAMI The Movie.

Bagaimanapun samada beliau akan turut menjejaki rakan artisnya Dayangku Intan menyertai Parti Keadilan Rakyat masih belum dipastikan lagi.

Apapun sebagai rakyat Malaysia beliau berhak untuk memilih apa saja parti politik yang ada di Malaysia ini untuk disokong olehnya...


Gambar dari : @rafiziramli

Tiada ulasan: