Selasa, 18 Disember 2012

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Unsur Unsur Sabotaj Dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak

Posted: 17 Dec 2012 04:28 PM PST


                                                           Gambar Hiasan

                 Himpunan Kebangkitan Rakyat PeringkatNegeri Perak telah berjalan dengan lancarnya.Ustaz Zulkifli Ibrahim,bakal calon DUN Bota telah melahirkan perasaan sukacita dengan keberjayaan himpunan ini.Beliau mewakili Ketua dan Kepimpinan Cabang Parit mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan himpunan ini.Beliau berharap agar segala penat lelah yang dicurahkan oleh semua akan diberkati Allah.

                Namun disebalik kejayaan gemilang penganjuran ini terdapat pelbagai usaha untuk mensabotag dan menghalang usaha usaha murni ini.Ianya telah dikesani semenjak Parti Keadilan Cabang Parit telah dipertanggungjawabkan untuk mencari lokasi yang sesuai untuk projek ini.Pilihan pertama ialah Padang berhadapan Balai Polis Seri Iskandar.Ianya dipilih kerana kawasannya luas dan strategik.Namun kebenaran untuk mengunakan nya tidak diberi kerana pihak berkuasa tempatan khuatir kehadiran rakyat beramai ramai akan merosakkan padang berkenaan,padahal padang tersebut digunakan untuk bermain bola sepak.Nampaknya pihak berkuasa yang gajinya dibayar oleh rakyat tidak membenarkan "majikannya" mengunakan kemudahan yang disediakan.

               Tapak kedua dipilih ialah tapak dibelakang Petronas.Tapak ini biasa digunakan untuk expo dan apa apa perhimpunan yang melibatkan jumlah pengunjung yang ramai.Sekali lagi permintaan PKR ditolah oleh Majlis kerana ianya melipatkan parti politik dan tapak berkenaan hanya dikhaskan untuk NGO dan badan swasta.Oleh kerana tidak mempunyai pilihan lain,Tapak di Bandar Sidec menjadi pilihan.Sekali lagi ianya ditolak kerana berhampiran dengan rumah kediaman.Oleh kerana tiada permit yang diberikan oleh pihak berkuasa,maka Perhimpunan Kebangkitan Rakyat itu dijalankan juga tanpa permit.Ini menerangkan kenapa 9 buah trak FRU di tempatkan berhampiran.

akan bersambung...

Tiada ulasan: