Selasa, 18 Disember 2012

Addin

Addin


Setelah 3 Tahun Berlalu, Ini Gambar Terbaru Stadium 'Runtuh' Di Terengganu

Posted: 18 Dec 2012 09:34 AM PST


Gambar ni tersebar luas di FB geng geng Tranung.Inilah foto terkini Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang runtuh pada 2 Jun 2009 lalu.Di bahagian dalamnya begitu terbiar dan dipenuhi semak samun.


Bila agaknya ia akan dibaik pulih. Ratusan juta duit dihabiskan untuk membina stadium ini,akhirnya yang rugi rakyat Terengganu.Lambang keagungan dan kemegahan ciptaan Umno di Terengganu ~tintahujan



Iklan C(ii)

Bongkar!! Bekas Pegawai Tinggi Polis Miliki 10 Buah Rumah

Posted: 18 Dec 2012 07:21 AM PST

PETALING JAYA 18 Dis: KEADILAN hari ini bongkar pemilikan aset bekas pegawai tertinggi polis pada 1999, berupa 10 unit rumah persendirian di sekitar Kuala Lumpur.Dedah Pengerusi Biro Kepenggunaan, Yahya Sahri, aset-aset yang tidak diisytiharkan tersebut, antaranya kondominium bernilai RM400,000 dan pangsapuri kos rendah sekitar RM25,000."Aset-aset tersebut atas nama bekas pegawai polis itu dan isterinya.

Pendedahan saya ini meliputi harta beliau di Kuala Lumpur sahaja, tidak termasuk Melaka," katanya sambil memberi pembayang, pegawai berkenaan berasal dari Melaka.

Yahya juga mendedahkan, bukti pemilikan aset pegawai tersebut melalui carian rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan beliau mempunyai empat rumah di Taman Miharja, empat di Wangsa Maju, satu di Taman Sentosa, Petaling Jaya dan satu lagi di Desa Kiara, Damansara Utama."Apa yang kita persoalkan, rakyat biasa begitu sukar nak beli rumah.

Jangankan kondominium, pangsapuri kos rendah pun payah, tapi seorang pegawai tinggi polis boleh begitu mudah miliki sampai 10 buah rumah," kata Yahya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini."Justeru, kita mintak penjelasan DBKL berhubung pemilikan tersebut," sambung beliau.

Tambahnya, banyak lagi penyelewengan berhubung aset dan hartanah yang bakal didedahkan dan ini adalah siri pertama pendedahan tersebut."Kita akan dedahkan banyak lagi penyelewengan berhubung isu kepenggunaan, sampailah pilihan raya nanti," jelas Yahya. ~kd



Iklan C(ii)


Fathul Bari Dan Papagomo Bersaudara?

Posted: 18 Dec 2012 03:03 AM PST


Lihatlah statement di twitter Fathul Bari ni.. Macam ni ke statement seorang yang mengaku ustaz?? Tak ubah macam Papagomo yang suka sebar fitnah.. kot-kot sedara?

Mana buktinya kenyataan Fathul Bari ni yang mengatakan PAS menggadaikan perjuangan Islam semata-mata kerana takut dengan DAP. PAS sentiasa berpegang teguh dengan pendirian untuk menegakkan Islam di negara ini.

Yang takut hanyalah Umno.. buktinya selama 55 tahun Umno masih gagal laksanakan Islam sepenuhnya dalam pemerintahan negara.

Paling malang.. pimpinan parti Umno sendiri yang menghina Islam serta membiarkan bukan Islam seperti Chua Soi Lek terus menerus menghina Islam.



Iklan C(ii)


Rupanya Sebab Ni Bas Jelajah Merdeka Rakyat Di Baling Batu Di Tapah..

Posted: 18 Dec 2012 12:31 AM PST

PETALING JAYA 18 Dis - Perbuatan bacul samseng Umno yang menyerang program Pakatan Rakyat hasil tunjuk ajar presidennya, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau merujuk insiden Bas Jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu oleh samseng Umno di Tapah ketika dalam perjalanan ke Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak, kelmarin.

Ahli Parlimen Machang itu berkata, ia bukan lagi aneh kerana pimpinan Umno yang diterajui Datuk Seri Najib Razak terbukti takut untuk berdepan pemimpin Pakatan Rakyat, terutama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Seruan dan cabaran untuk berdebat secara terbuka tidak disahut dan didiamkan. Malah pendedahan dan pembuktian tentang kegagalan dan kepincangan Umno serta Perdana Menteri jelas tidak mampu dijawab dan dijelaskan," katanya dalam kenyataan yang dibacakan Ketua Penerangan, Dr Muhammad Nur Manuty di ibu pejabat parti, hari ini.

Hadir sama, Ketua Biro Kepenggunaan, Yahya Sahri dan Setiausaha Pengelola, Raden Shamsul Akmar raden Shamsuddin.

Saifuddin turut mengaitkan serangan ini dengan rentetan pendedahan oleh Deepak Jaikishan dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang menjadikan Umno seperti hilang punca, laksana meroyan dan tidak tentu arah.

"Kegagalan untuk menghalang serangan demi serangan mencerminkan bahawa Najib memberi lesen untuk kerja gila seperti itu diteruskan," tegasnya.

Sementara itu, Muhammad Nur mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap serangan keempat ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat.

"Kita kesal kerana masih belum ada tindakan. Najib konon mencanangkan perihal demokrasi tapi keganasan politik berleluasa," kata Pengerusi KEADILAN Perak itu.

"Pihak berkuasa tidak sepatutnya bertindak atas pengaruh mana-mana organisasi politik," kata Muhammad Nur.

"Serangan samseng Umno bukti begitu terdesaknya Najib seperti dalam ucapannya di Himpunan Agung Umno tahun lalu, 'biar tulang berselerakan, asalkan Putrajaya dipertahankan'," katanya. ~kd


Iklan C(ii)


LIVE!! Hangat.. Sidang DUN Negeri Perak..

Posted: 17 Dec 2012 10:05 PM PST


LIVE!! Sidang DUN Perak bagi sesi terakhir tahun ini. Sidang DUN kali ini merupakan sidang yang terakhir sebelum kita berhadapan dengan PRU13..

Selamat menonton..




Streaming video by Ustream




Iklan C(ii)


Malaysia Juara Dunia Dalam Amalan Rasuah, Kini No.2 Di Dunia Pengaliran Wang Haram Pula..

Posted: 17 Dec 2012 07:57 PM PST

KUALA LUMPUR 18 Dis - Hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010 – meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global.

Badan pemantau – Global Finandial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington – dalam laporan terbarunya yang menjejaki pengaliran modal berkata, tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

GFI telah memperkenalkan kaedah baru dan lebih konservatif dalam membuat anggaran aliran keluar wang haram, yang membantu untuk memberi tumpuan ekslusif terhadap wang kotor. Oleh itu, anggaran dari laporan terdahulu telah disemak semula.

Tahun lepas, GFI telah meletakkan angka aliran keluar wang haram bagi Malaysia pada tahun 2009 ialah AS$46.86 bilion (RM143.3 bilion). Ini telah diubah kepada AS$30.41 bilion (RM93 bilion).

Laporan terbaru mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia – dari AS$30.41 bilion (RM93 bilion) pada tahun 2009 kepada AS$64.38 bilion (RM196.8 bilion) pada tahun 2010.

GFI belum memperolehi data untuk 2011 dan 2012, tetapi ini akan dimasukkan ke dalam laporan yang akan datang.

Pemantau kewangan global itu telah memberi amaran bahawa pengaliran modal di Malaysia adalah "pada skala yang dilihat di beberapa negara Asia".

Laporan GFI – 'Aliran Kewangan Haram Dari Negara Membangun: 2001-2010′ – dihasilkan bersama oleh ahli ekonomi GFI, Sarah Freitas dan Dev Kar, yang merupakan bekas ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Menurut GFI, bagi aliran keluar wang haram terkumpul sepanjang lebih 10 tahun – dari 2001 hingga 2010 – Malaysia berada di kedudukan ketiga di dunia, selepas China dan Mexico.

Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah AS$285 bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah AS$2,740 bilion, dan Mexico, AS$476 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertikai angka GFI dan memaklumkan kepada Parlimen tahun lepas angka yang lebih rendah sebanyak RM135.3 bilion bagi aliran keluar modal haram 2000-2009.

Bagaimanapun, data GFI disokong oleh penyelidikan yang berbeza awal tahun ini oleh organisasi lain – Tax Justice Network yang berpangkalan di London – yang mendapati Malaysia adalah antara negara teratas di dunia dalam aliran modal. ~mkini




Iklan C(ii)


Terkini!! Semua Saman AES Sekitar KL Di Tarik Balik..

Posted: 17 Dec 2012 07:09 PM PST



Ini adalah status fb dari lawyer Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang kini berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Menurut Zul Hazmi, semua saman AES di sekitar KL di tarik balik ekoran dokumen JPJ belum lengkap untuk diserahkan kepada mahkamah.

Ini membuktikan AES gagal, kerana tindakan tergesa-gesa kerajaan untuk melaksanakan AES adalah untuk mengayakan kroni bukannya bertujuan untuk mendidik rakyat supaya mematuhi undang-undang jalanraya..



Iklan C(ii)


Kantoi!! MB Terengganu Dedah Tembelang Najib..

Posted: 17 Dec 2012 04:48 PM PST


Soalan lisan saya pada persidangan Dewan Undangan Neegeri Terengganu berhubung dengan status hak milik kerajaan Terengganu ke atas penemuan kawasan minyak di medan minyak Bertam PM 307 akhirnya dijawab oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Jawapan yang diberikan oleh beliau amat memeranjatkan banyak pihak. Tanpa berselindung, beliau telah memberikan beberapa fakta penting mengenai penemuan hasil minyak di kawasan tersebut.

Beliau menyatakan bahawa:

"Kita (Kerajaan Terengganu) menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu...

"Dengan penemuan rizab tambahan ini, Terengganu dijangka memperoleh tambahan royalti sebanyak RM100 juta setahun atau bergantung kepada anggaran pengeluaran."

Berpandukan jawapan ini, kawasan medan minyak yang baru ditemui di Blok PM 307 Bertam yang terletak di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang kini sah menjadi milik rakyat Terengganu.

Medan minyak itu terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan sempadan Terengganu dan Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

Ahmad Said juga mengesahkan bahawa kerajaan negeri ada menulis surat kepada Petronas mengenai status penemuan minyak itu, namun sehingga kini belum lagi menerima jawapan.

Namun pendedahan terbuka Menteri Besar Terengganu ini mempunyai implikasi undang-undang dan kedaulatan sesebuah negeri yang bernaung di bawah sistem Persekutuan.

Yang paling penting adalah tindakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak yang terlebih dahulu mengisytiharkan pada 30 Oktober lalu bahawa negeri Pahang dan bukannya Terengganu berhak menerima royalti di medan minyak Bertam tersebut.

Perdana Menteri juga menegaskan bahawa negeri Pahang dijangka menerima royalti sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014.

Pengumuman 'anugerah royalti minyak' oleh Perdana Menteri kepada negeri Pahang ini telah membuka kembali terlalu banyak persoalan besar.

Ia jelas menafikan hak rakyat dan kedaulatan negeri Terengganu yang berpegang teguh kepada semangat Federalisme dan keluhuran perlembagaan negara.

Begitu juga dengan kedudukan Akta Perjanjian Petroleum yang ditandatangani pada tahun 1975 antara kerajaan negeri-negeri dan kerajaan Persekutuan bersama Petronas.

Perjanjajian ini jelas menjamin hak royalti sebanyak lima peratus kepada negeri-negeri yang ditemui hasil minyak dan gas di perairan sempadan negeri masing-masing.

Persoalan besar adalah, apakah perjanjian asal di antara kerajaan-kerajaan negeri dengan Petronas yang ditandatangani pada tahun 1975 itu sudah tidak diterima-pakai lagi?

Dan apakah setiap penemuan hasil minyak termasuk di Sabah dan Sarawak kini boleh di agih-agihkan kemana-mana sahaja negeri hanya dengan kuasa mutlak Perdana Menteri?

Isu royalti minyak kepada negeri-negeri mula timbul sebaik sahaja Pas berjaya menawan negeri Terengganu pada pilihan raya umum ke-11 tahun 1999.

Pada 5 September 2000, di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed, Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menarik balik royalti minyak Terengganu.

Beliau menyatakan bahawa "pembayaran royalti lima peratus kepada Terengganu selama 25 tahun oleh Petronas adalah satu kesilapan dan hanya MOU semata-mata."

Jadi di manakah maruah dan hak negeri Terengganu Darul Iman sebagai sebuah negeri yang berdaulat dan negeri yang berpayungkan Tuanku Al-Sultan, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud?

Ini ditambah dengan tindakan 'mengihsankan' royalti minyak Terengganu di bawah Dana Khas Persekutuan yang jelas menzalimi rakyat Terengganu yang majoritinya Melayu dan beragama Islam.

Bagi saya apa yang berlaku bukanlah isu hasil minyak yang diperoleh itu berada samada di dalam atau diluar tiga nautika dari persisir pantai negeri.

Kenapa ini tidak berlaku di Sabah dan Sarawak? Apa yang dilakukan adalah kerana dendam dan diskriminasi politik yang berjalan sejak berpuluh-puluh tahun.

Lebih parah lagi mereka sanggup menghina dan menghukum negeri yang 96 peratus penduduknya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Amat wajar diamati kembali sikap pengasas pertama Petronas, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menunjukkan sifat seorang negarawan tulen.

Beliau berani berdiri dipersada politik tanahair bagi membetulkan fakta yang diselewengkan khususnya dalam perkara pembayaran royalti pertoleum kepada negeri Terengganu, Kelantan dan negeri-negeri lain.

Beliau dengan tegas menyatakan hak royalti kepada mana-mana negeri termasuk Terengganu dan Kelantan mesti ditunaikan oleh Petronas berpandukan kepada perjanjian asal pada tahun 1975.

Isu hak royalti minyak Bertam kepada negeri Terengganu adalah persoalan kedaulatan dan maruah negeri yang berdaulat.

Setiap rakyat Terengganu biarpun berbeza pandangan politik dan parti, semestinya mempertahankan hak ini demi kebaikan negeri Darul Iman ini.

Semua rakyat Terengganu yang sayangkan negerinya harus bersatu dalam mempertahankan hak negeri daripada diambil oleh negeri lain.


Dr Syed Azman Ahmad Nawawi,
Adun Batu Burok, Terengganu
Penolong Setiausaha Agong Pas

~sinar


Iklan C(ii)


Tiada ulasan: