Selasa, 18 Disember 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Orang PANDAI jawab orang BODOH

Posted: 18 Dec 2012 08:00 AM PST


Hari tu kan... ada seorang si bodoh tu kan.... membebel-bebel pasal sorang si pandai ni. Si bodoh tu mendakwa yang si pandai ni tak pandai memerintah dan tak tunaikan janji. Kononnyer, antara janji yang tak si pandai ni tunaikan adalah berkaitan dengan cukai pintu tempat si pandai ni memerintah.

You all tau.... dengan begitu syok sekali si bodoh ni mendakwa itu ini tentang kerajaan si pandai. Sakit telinga kita mendengarnyer. Berasap wa cakap lu... Dia bercakap pulak tu dengan selamba jer... Kalau orang bodoh macam dia dengar... tentu mereka percaya. Tapi bagi mereka yang tahu sifat suka berbohong kaum si bodoh ni... mereka buat donno jer. Lantak kau ler nak melalak....

Hari ni pulak.... si pandai mula bukak mulut menangkis dakwaan si bodoh. Korang baca di bawah ni.

SHAH ALAM 18 DIS : Proses kenaikan cukai pintu dan lesen perniagaan bukan ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) di Selangor tetapi ia ditetapkan oleh Jabatan Penilaian Harta (JPPH) dan Kementerian Kewangan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Tak ada 10 kali ganda, itu Zin tak pandai kira, perkara ini bukan dibuat oleh pegawai PBT dengan sewenangnya tapi ada undang-undang, ia berasaskan nilai tanah semasa, bukan dibuat oleh pegawai MBSA atau PBT lain, tetapi dibuat olh JPPH dari kementerian kewangan.

"Mereka yang tentukan nilai dan kita tidak boleh tukarkan nilainya, jadi jangan salahkan PBT.
"Semua pihak harus memahami nilai hartanah di sekitar Lembah Klang tinggi, ditambah pula pelaburan negeri lebih tinggi berbanding negeri lain, jadi tidak mustahil mereka menaikkan cukai itu," katanya ketika mengulas kenyataan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin mendakwa kenaikan cukai pintu sehingga 10 kali ganda berlaku di Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Baru Subang serta kawasan lain mulai tahun depan.

Abdul Khalid juga memaklumkan Kerajaan Negeri akan berjumpa dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan pihak terlibat berhubung isu kenaikan cukai pintu dan lesen perniagaan Januari depan.
Menteri Besar berkata, selepas perjumpaan itu, pihaknya akan mengadakan sesi penerangan kenaikan cukai, bagaimana proses dilakukan seterusnya keputusan hasil perbincangan itu.

"Setakat ini kita sudah membuatnya dengan telus, cara kita buat kiraan sangat telus dan kita boleh bagi beberapa potongan sementara sehingga selesai kenaikan kos itu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Himpunan Artis Sayang Islam (HIAS).

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam negeri, Ahmad Zaki Arshad dan Exco Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Sekarang apa macam...?? Korang nampak tak sapa pandai dan sapa bodoh??

Sebab tu, PRU 13 nanti... haramkan tangan korang memangkah si bodoh dan juga parti yang diwakilinyer. Biar orang pandai mentadbir negeri korang. Negeri maju rakyat sejahtera.

Sudah tamat tempoh. EXPIRED...!!

Posted: 18 Dec 2012 04:00 AM PST


Hehehehehe... Dengar gurindam dua baris dari teman. Ayatnya panjang sikit, ya..... tapi rima hujungnya sama tau. Khas buat pakcik Tajol Rosli. Nah...

Tak nak bertanding ke atau tak terpilih lagi..??

Selalunya... puak-puak syaitan yang dikenali ni, selagi nama tercalon walaupun dah tak der 'umphh'... mereka akan tetap bertanding. Setia dan akur pada kehendak parti konon. Pada hal nak terus berpaut pada kuasa agar dapat kaut kekayaan selagi hayat kuasa ada.

Tapi... pakcik Tajol Rosli kita ni semacam dah sedor diri yang dia dah EXPIRED. Barang expired biasanya tak laku. Lantas, ia tak boleh mendatangkan keuntungan lagi. Dalam kes Tajol Rosli... dia tak dapat mendatangkan keuntungan kepada UMNO. UMNO... on the other hand, dah sedar yang Tajol Rosli dah expired, so... kenalah keluarkan dari rak dan gantikan dengan yang baru dan fresh.

Pendekkan citer... Tajol Rosli mungkin dah masuk kategori non-winnable candidate. Jadi.... out you go!! Untuk tutup malu... baik cepat-cepat umum untuk undur diri. Selamat sikit water face, tak gitu... Wallahua'lam...

Apa-apa pun... selamat bersara kepada Tajol Rosli.

Padan muka Air Asia..!!

Posted: 18 Dec 2012 12:00 AM PST


Kalau tengok derang punyer promosi memang tergoda tetapi apabila kita proceed... baru tahu ia indah khabar dari ruper. Hampeehh...!! Mengecewakan...!!

Haaa... kat Mesia boleh ler derang perdaya orang dengan promosi giler-giler mereka...promosi 'reaiti tak serupa promosi' mereka.... tapi kat sana jangan main-main. Padan muka...kena komer!! Baca sini.

Tu seba, len kali, nyatakan sekali semua charges dalam promosi, biar orang tak tertipu. Biar orang buat pilihan. Ni tidak.... bila nak beli tiket, baru sebut pasal pelbagai charges. Ramai yang dah terkena dengan Air Asia ni. Oleh sebab, kekadang orang malas nak susah-susah lagi atau mungkin dah terpaksa... maka kena ler relakan saja diri terkena dengan helah tak beretika ini.

Itu bab promosi tiket Air Asia... belum lagi pelbagai kerenah MAXIS yang menyakitkan hati dan bikin kita sakit jiwa dengan penipuan licik mereka. Tup-tup.... bil tepon melambung tinggi, pada hal pakai tak sebanyak mana. Siapa yang pernah terkena.... tahu dan paham ler apa maksud aku. Celaka punyer MAXIS!!

Sekian dan terima kasih kerana sudi berkongsi rasa dengan aku.

Hancuss... Hancuss... Malaysia Boleh...!!!

Posted: 17 Dec 2012 09:30 PM PST

Uisshhh.... Tak sangka Malaysia tanah airku, terror ooo. Don't play... play... play... Cer tengok ni.
 

Nombor 3 teratas dalam dunia. Fuuuu.... hebat tu!! Tahniah ler kepada kerajaan Malaysia. Kerajaan sapa tu, ek??

Oh ya... kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO dan dipimpim oleh Najib Razak. Tak ku sangka, hebat dan terror belaka para pemimpim Barisan Nasional ni, ek?? Dahsyat wa cakap lu. Mereka berjaya membawa Malaysia sampai ke tahap tu. Bravo!!

Fuuuhhh.... kalau camni gaya, makin cepat ler negara menuju ke alam muflis. Wa cakap lu... sejak 2001 hingga 2010... wang kotor yang mengalir keluar dari Malaysia semakin meningkat. Hebat... hebat... Malaysia Boleh!!

Tarak caya Malaysia boleh... ?? Tarak caya kalu... lihat pulak ini.


Now, you caya....?? Nak tau lebih lanjut, klik sini.

Hahahaha.... itulah dia penangan memberi undi kepada Barisan Nasional. Persoalannyer sekarang.... mengapa gejala haram ni berleluasa dan semakin meningkat tanpa ada langkah-langkah untuk mencegahnyer diambil??

Weh.... kerajaan Barisan Nasional tidor ke?? Atau... buat-buat pejam mata sebab yang terlibat golongan ehem... ehem... ehem...  Banyak jugak citer yang kita dengar dan telah didedahkan tentang penglibatan mereka dalam golongan ehem... ehem.. ehem... yang dikatakan terlibat dalam gejala haram ini tapi no actions taken on them. Golongan yang dilindungi ler katakan...

Mungkin itu insuran mereka, seandainyer mereka dah tak punyer kuku dan taring di negara Malaysia Boleh ini nanti, kot?? Itulah secuirti yang memboehkan mereka boleh hidup mewah bak raja di luar negara nanti?? dah biasa hidup mewah dalam negara, tak kan nak merempat nanti di luar negara??

Mungkin itulah jawapan kepada mengapa kerajaan yang dok ada ni tidak mengambil tindakan serius terhadap gejala ini. Kalau kerajaan dah membutakan mata maka menjadi tanggung jawab kita pulaklah untuk lakukan apa yang terdaya untuk hentikan dan tangkap puak-puak pengkhianat negara ni. Lantas.... kita kena buat sesuatu. Kalau mereka ada kuasa... kita juga ada kuasa. Dan jangan lupa... kuasa yang mereka ada, kita yang beri. So... sapa yang lebih berkuasa..?? Kita atau mereka??

Weh... kita ler yang lagi berkuasa. Jangan ragu-ragu tentang itu. Jadi.... come this PRU13, kita guna kuasa kita untuk hapuskan kuasa mereka. Ya.... kita hapuskan kuasa syaitan yang dikenali ini dan kita beri kuasa itu kepada pihak yang lebih bertanggung jawab... lebih berintegriti dan yang ada kredibiliti agar negara yang kita cintai ini tidak terus dibawa menuju kehancuran. 

Jom kita ubah. Ubah demi rakyat. Ubah demi masa depan negara. Change for a better Malaysia!!

Bodoh macam lembu, bangang macam kambing Utusan

Posted: 17 Dec 2012 07:30 PM PST


Hahahahaha.... Bukan ke aku dah kata bahawa hanya yang bodoh jer yang akan terpedaya dengan isu basi yang dimainkan oleh surat khabar bodoh seperti Utusan Meloya. Meloya sungguh, kan... kan.. kan...??

Macam mana tak meloya, kalau apa yang depa hidangkan ialah isu-isu basi. Dah banyak dekad.... basi amat weh. Dah tak der khasiat dah... Dah tak laku... Boleh memudaratkan orang.... Tapi, oleh sebab Utusan Meloya dah miskin kerana selalu sangat kalah kena saman, natijah tabiat ketagihan menfitnah, maka terpaksa ler depa hidangkan orang dengan isu basi. Sapa 'makan'.... sah bodoh al bangang!!

Ulamak cari makan yang diperlembukan depa bukan saja bodoh tetapi sudah tak der maruah. Sebab tu baghal sangat hingga sanggup dicucuk hidung dan mainkan semula isu Amanat Hj Hadi. Eleh... jadi juru heboh kepada surat khabar yang tak der kredibiliti dan maruah, tak der sapa nak dengor dan ambil pot. Yang tak der maruah jer yang sokong yang tak der maruah. Hahahaha... mereka serupa. Kita... on the other hand... jangan jadi serupa mereka. Most importantly.... jangan jadi bodoh macam mereka!!

Sepatutnyer... jangan suruh Hj Hadi mintak mahap dan tarik balik apa yang dia kata dulu, sebaliknyer depa yang patut pi cermin diri mengguna cermin yang besor.... yang boleh nampak diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Cermin diri betoi-betoi tahu... Jangan tipu diri sendiri. Ingat... sapa yang tipu diri sendiri... BODOH tau. Muhasabah diri, ya..??

Pelik... kenape pulak Hj Hadi kena mintak mahap. Weh... dah terang lagi bersuluh bahawa yang kompius ialah puak-puak UMNO. Lepas tu... depa cuba kompiuskan pulak rakyat. Tapi malang.... rakyat dah diberi pencerahan yang secerah-cerahnyer tentang isu ini. 

Sebenarnya... it's not an isu pon. It's just that... orang just tak hayati apa yang Hj Hadi kata from A to Z. Orang bodoh ler katakan... mana nak kompute. Kompius ada ler... Then, depa spin isu ni but in the end... depa yang fenin. Mabuk todi depa dengan isu ni. Mabuk sampai ke la ni...

Kesian... UMNO sengaja menzalimi diri mereka sendiri dengan isu yang bukan isu ni. Well... what can I say. Hanya yang bodoh saja yang sanggup menzalimi diri sendiri, tak gitu?? Moreover... depa sebenarnya dah tak mandang isu segar nak dihidangkan kepada rakyat, sebab... depa sendiri pun dah nazak dan dah membusuk sampai ke usus, Muka tak malu... Mereka fitnah Hj Hadi tapi guna amanat kawan tu untuk buat tali penyambung hayat. Eeee....terdesaknyer!!

Ada satu perumpaan ni yang kata... bodoh macam lembu. Aku rasa nak modify sikit ler perumpaan tu. Apa kata kita kata camni.... Bodoh macam lembu, bangang macam kambing Utusan. Ok tak...???

Kuda Muda UMNO kena lanyak..

Posted: 17 Dec 2012 04:30 PM PST



UMNO melabelkan puak-puak ni sebagai ulamak muda mereka Hahahahaha... label yang diberi oleh UMNO, ya?? Ulamak tipu tuuu... Sebab, kalau tak tipu bukan UMNO. So... kalau yang beri label tu UMNO... tipulah tuuu.
  
Hakikatnyer, depa ni bukan ulamak.... at least not yet. Tak capai tahap lagi. Tarak kualiti. Hujah-hujah depa... full of shit. Maaf cakap.... macam UMNO ler.

Jadi, kalau depa tak layak digelar ulamak... nak panggil depa apa ya??

Hahahahaha.... KUDA MUDA UMNO. Rasionalnyer.... depa ini diperkudakan oleh UMNO untuk kepentingan politik UMNO yang kononnyer memperjuangkan agama Islam. Tapi... perjuangan Islam hape ke bendanyer kalau boleh buat kenyataan bangang macam dalam video di atas. Tiada jihad di Palestine.... Tak ke bangang??

Ini bukti jelas mengapa KUDA-KUDA MUDA UMNO ni tak boleh pakai. Kuda kena cucuk hidung beb!! Kena tarik ke sini... Kena tarik ke sana.... ikut kehendak UMNO ler. Dah tu... merapu pulak.

Aaaa.... kena dua tiga das dengan Dr Maza... padan muka. 

Tiada ulasan: