Rabu, 12 Disember 2012

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Demonstrasi Baling ’74: Simbol kebangkitan rakyat

Posted: 12 Dec 2012 12:12 AM PST


Oleh Mohd Saifullah Mohd Zulkifli
December 12, 2012

Gerakan Mahasiswa generasi 60an-70an merupakan satu gelombang lahir dari hati nurani generasi muda bagi memperjuangkan nasib rakyat dari ditindas pemerintah.
Syarahan Demonstrasi Baling anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada 10 Disember lalu menarik untuk kita ungkapkan semula gelombang kebangkitan rakyat yang dipimpin oleh golongan tani dan mahasiswa.

Gerakan Mahasiswa yang ditonjolkan oleh generasi 60an dan 70an adalah merupakan satu gelombang yang lahir dari hati nurani  generasi muda bagi memperjuangkan nasib rakyat dari ditekan oleh pemerintah.
Dalam melihat hal ini saya suka untuk merujuk kepada sebuah buku lama yang diterbitkan pada tahun 1969 oleh Prof Faeur dari Universiti Toronto dalam bukunya The Conflict of Generation – The Character and Significant of the Student Movement.

Beliau menyatakan bahawa protes dan bantahan yang ditunjukkan oleh mahasiswa adalah hasil daripada 'konflik generasi' atau 'generational conflict.'
Konflik antara 'generasi baru' dan 'generasi lama', adalah disebabkan oleh kerosakan bermoral, peradaban yang rosak, lapok, penyalah gunaan kuasa, tidak bertanggungjawab dan melakukan penindasan. Konflik antara generasi yang dicetuskan oleh penindasan adalah faktor utama kebangkitan rakyat untuk menyatakan hak.

Peranan mahasiswa dalam kebangkitan rakyat jelas terpancar ditambahkan lagi puisi yang dinukilkan oleh Usman Awang (1967):
Dengan Buku di tangan kau nyayikan lagu itu
Meresap pada jantung bangsa
Lagu daerah teluk gong
Dari ruang sudut pidato
Pecahlah kaca menara gading
Dengan Berani berteriak
Untuk petani-petani yang tertindas
Lihat pancar mata ayah mu di desa
Lihat senyum ibu mu di kampung
Kebanggaan bahawa kau anak mereka
Tanda hormat
Sajak ini yang dinukilkan oleh Usman Awang sebagai tanda hormat dan penghargaan beliau kepada mahasiswa yang pada ketika itu memperjuangkan isu Telok Gong.
Tragedi yang sama juga berulang lagi tujuh tahun selepas itu pada tahun 1974 yang mana selepas pilihanraya 1974 negara digemparkan dengan kenaikan harga barang dan kejatuhan ekonomi termasuklah kejatuhan harga getah.
Keadaan menjadi teruk apabila dikejutkan dengan berita kebuluran yang berlaku di Kedah sehingga ada di kalangan rakyatnya yang terpaksa makan sejenis ubi kayu gadum yang mengandungi racun. Oleh kerana itu berlakunya kes kematian walaupun pihak kerajaan menafikan dakwaan tersebut.
Malaysia ketika ini menyaksikan kebangkitan besar-besaran mahasiswa pasca merdeka menyatakan pandangan dan bantahan ke atas apa yang telah berlaku.
Dalam sejarah gerakan mahasiswa, ini adalah merupakan gerakan terbesar yang pernah dicatatkan, dengan melibatkan hampir 10,000 mahasiswa, hampir 2,000 mahasiswa ditangkap dan tahanan ISA yang paling lama pernah dikenakan kepada mahasiswa.
Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu adalah Presiden ABIM telah ditahan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Dr Syed Husin Ali selaku pensyarah Universiti Malaya pada ketika itu ditahan dibawah ISA selama enam tahun.
Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah dirangka lebih awal iaitu pada tahun 1971, tetapi peruntukan undang-undang di dalam akta tersebut dikatakan tidak cukup ketat bagi mengekang gerakan mahasiswa pada ketika itu.
Demonstrasi Baling adalah merupakan alasan oleh pihak kerajaan untuk meminda akta tersebut pada tahun 1975.
Pada ketika ini semua pertubuhan mahasiswa adalah berdaftar di bawah universiti dengan meletakkan kuasa mutlak kepada Naib Canselor dan Menteri yang dipertanggungjawabkan.
Tragedi hitam
Mahasiswa dilarang sama sekali untuk terlibat dengan politik dan pertubuhan luar. Ini adalah merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah mahasiswa.
Saya juga ingin memetik beberapa catatan yang diterbitkan dalam Makalah Ar-Risalah 1975:
"Perhimpunan pelajar-pelajar tersebut telah disuraikan oleh FRU dengan tembakan gas pemedih mata. Pelajar-pelajar telah melarikan diri ke Masjid Negara tetapi FRU terus mengejar mereka.
FRU telah mengepung 8,000 pelajar yang sedang berlindung di Masjid serta melepaskan tembakan-tembakan gas pemedih mata ke arahnya. Ketika berada di dalam masjid pelajar-pelajar tersebut telah melaung-laungkan kalimat "ALLAHU AKBAR" dan beberapa kali mereka setelah mengalunkan azan.
Sementara menunggu ketibaan waktu zohor mereka telah berzikir beramai-ramai selama kira-kira 20 minit. Setelah masuk waktu mereka telah menunaikan Fardzu Zohor secara berjema'ah.
FRU terus berusaha untuk memberkas pelajar-pelajar dan dalam operasi tersebut beberapa orang pelajar telah cedera. Akhirnya FRU telah menangkap seramai 1,128 orang pelajar, termasuk 80 orang, pelajar wanita dan membawa mereka ke balai-balai polis Sentul, Brickfield dan Jalan Bandar.
Pada sebelah malamnya mereka telah ditempatkan di Polis Depot Jalan Gurney. Pelajar-pelajar yang ditahan hanya diberi makan selepas 11.00 malam.
Ketika berada dalam tahanan pelajar pelajar tersebut dikatakan telah melaungkan azan pada tiap-tiap kali masuk waktu dan menunaikan sembahyang dengan berjemaah secara bergilir-gilir. Kesemua pelajar-pelajar yang ditahan telah dihadapkan ke Mahkamah pada keesukan harinya.
Kesemuanya tidak mengaku salah. Mereka telah dibebaskan dengan dibenarkan menjamin diri sendiri sebanyak antara $200.00 hingga $300.00 seorang. Mereka akan dibicarakan antara Februari hingga April tahun 1975. Tangkapan tersebut telah tidak dapat menahan pelajar-pelajar dari terus berdemonstrasi meskipun hanya terbatas di kampus-kampus sahaja, kerana dikawal ketat oleh FRU.
Gerakan menangkap pemimpin pelajar
Demo dalam kampus itu berjalan beberapa hari. Tindakan lanjut yang diambil oleh pemerintah ialah gerakan menangkap pemimpin-pemimpin pelajar, pensyarah-pensyarah dan pemimpin-pemimpin belia.
Polis telah memasuki kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan pada jam 2.00 pagi hari Ahad 8 Disember 1974. Polis telah menggeledah bilik-bilik asrama, pejabat-pejabat dan lain-lain bangunan Universiti untuk mencari dan menangkap mahasiswa di bawah ISA.
Pengajaran besar yang harus diambil daripada Demonstrasi Baling selain daripada keberanian mahasiswa menjadi juru bicara rakyat adalah iktibar kepada isu yang diperjuangkan oleh mahasiswa ketika itu tidak bersifat 'self centered' yang berlegar disekitar isu dalaman dan isu yang remeh temeh. Tuntutan-tuntutan yang dikemukakan adalah bersifat nasional menunjukkan kematangan mahasiswa di dalam berfikir.
Menghayati sejarah bererti bukan disimpan di dalam peti muzium untuk kenang-kenangan tetapi sejarah adalah coretan pengalaman untuk membina sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang. Mahasiswa seharusnya berasa jelek dengan perkataan 'senyap'.
Bersikap apologia dengan berdiam diri dan berpeluk tubuh melihat kecelakaan berlaku kepada rakyat.
Mahasiswa adalah kelompok terdidik dalam masyarakat punya idealisma dan aktivisma yang tinggi untuk menyatakan hati nurani majoriti yang ditindas dan dizalimi. Kronisme dan pembaziran wang ringgit negara untuk segolongan kecil dalam masyarakat tidak boleh ditolensi lagi.
Dalam aspek ini saya amat bersetuju dengan apa yang diungkapkan oleh Prof Diraja Ungku Aziz, "kepimpinan akan lahir daripada mahasiswa yang 'terpelajar' dan 'mencabar' walaupun beliau sendiri terlibat dalam mengekang mahasiswa dalam peristiwa 3 Disember 1974.
Diakhir tulisan saya, saya ingin meninggalkan persoalan apakah yang bakal kita lakukan apabila harga barangan dan bebanan sara hidup yang makin tinggi?
*Penulis ialah Pengarah Biro Mahasiswa, Angkatan Muda Keadilan Malaysia

LAGI..LAGI ..TIPAH TERTIPU...oooh..tidaaaak...SENARAI PENIPUAN SPR PART 2

Posted: 11 Dec 2012 04:17 PM PST


5. PENAMBAHAN BILANGAN SECARA MENDADAK

Subang27,765
Kapar21,606
Kuala Langat 17,172
Selayang16,189
Gombak 15,467
Gelang Patah17,356
Bukit Katil16,206 
HuluSelangor 15,4

6. PINDAH PEMILIH DENGAN ALASAN MEMBETULKAN SEMPADAN

Terdapat 31, 294 pemilih diseluruh negara yang terlibat didalam cara penipuan  ini.
Alasan yang di berikan ialah membetulkan sempadan kawasan pilihanraya.

Wan Ahmad mengatakan bahawa ada peruntukan di bawah seksyen 7 Akta Pilihanraya yang membenarkan SPR berbuat demikian.
Wan Hamad Timbalan Pengerusi SPR berbohong. Ini adalah melibatkan melukis semula sempadan kawasan pilihanraya yang perlu kelulusan 2/3 DewanRakyat.
Membetulkan sempadan lokaliti dan DM di benarkan oleh Akta akan tetapi selagi ianya tidak melepasi sempadan kawasan DUN atau Parlimen
 
7. DAFTAR UNDI POS PEMILIH BERUMUR 30 TAHUN KEATAS

Modus Operandi
Suku ke 3 di Pamer potong nama atas alasan masuk Tentera/Polis
Suku ke 4 di beri IC Tentera
Kemudian digazette sebagai tukar alamat tentera
Adaslash "/" didalam no IC tentera bermaksud mungkin boleh mengundi di dua tempat
8. SELURUH KEM DI PINDAHKAN KAWASAN MENGUNDI IKUT SUKA

Contoh Pusat BekalanPolis Shah Alam. Kedudukan dalam peta di DUN Seri Setia dan mengundi di Subang 



9. DAFTARKAN PENGUNDI YANG MEMANG SEDIA JADI PEMILIH

Suku ke 4 2011 sahaja terdapat 1969 pengundi didaftarkan semula
Di pamerkan 1689 Pengundi yang telah sedia berdaftar sebagai pengundi baru
Kemudian di daftarkan semula menggunakan "/" di hujung nombor IC
Kebanyakannya ialah di masukkan kedalam pengundi POS
Di khuatiri oleh sebab tiada di pamer pemotongan didalamrang, maka akan dibiarkanstatus pengundi sah di dua tempat

Tiada ulasan: