PERAKITE |
- Deepak bercerita..dalam Umno ada tak mahu Najib jadi PM
- Malaysia kena kencing bab LYNAS
- Malaysia kena kencing bab LYNAS
- Cameron Highland juga tak selamat..byk racun toksid..
- Anggota parti Gerakan N9 ke Kelantan nak buat kacau..
Deepak bercerita..dalam Umno ada tak mahu Najib jadi PM Posted: 12 Dec 2012 03:13 AM PST KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan (gambar) mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar. "Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. "Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini (pembunuh Altantuya) dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level. "Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu. "Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya," cerita Deepak dalam sidang media khas dengan Harakah. Deepak dalam sidang media kali ini menceritakan dengan jelas bagaimana beliau boleh terlibat dengan SD 2 yang dibuat oleh PI Bala ini. Berikut adalah cerita penuh Deepak kepada Harakahdaily. "Kalau boleh kita bincang secara terperinci bagaimana SD ini bermula. Saya mendapat panggilan pada hari SD itu dibuat pada jam 6-7 malam. Saya dipanggil oleh Datin Rosmah Mansor melalui telefon. Dia suruh saya cari jalan menyelesaikan masalah dia. Saya pernah jumpa dengan Bala satu dua kali sebelumm itu tetapi tidak kenal rapat dia. Saya call kawan saya untuk cuba berjumpa dengan dia tetapi dia keberatan dan tidak mahu berjumpa. Saya telefon Datin Seri dan berkata, ini susah dan tak nampak jalan penyelesaian benda ini. Sebelum inipun saya banyak bantu Datin mana-mana perkara yang dia perlukan. Saya cubalah kalau ada kawan. Saya kata kepada Datin, hal ini bukan senang untuk diselesaikan. Dia pun minta saya "datang rumah sekarang dan jumpa suami saya. Biar Datuk Seri buat keputuan bagaimana". Saya pergi ke rumah mereka. Datin dan Datuk tinggal di Sri Satria. Kadang-kadang dia orang duduk di Sri Duta dan kadang-kadang Sri Satria. Malam itu mereka duduk di Sri Satria. Saya masuk rumah lebih kurang lapan lebih malam dan saya bercakap dengan Datuk Seri mengenai keadaan ini dan orang ini tidak mahu jumpa dan kata dia sudah buat SD yang benar dan dia tidak mahu berjumpa pun dengan saya. Saya tidak tahu bagaimana nak menyelesaikan benda inilah. Pertama dia telefon satu lawyer. Lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia (Bala) dan cari jalan supaya dia setuju, untuk batalkan SD dia. Saya telefon Bala, kita bincang atas telefon. Dia kata, dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD. Dia pun jenis orang yang keras. Dia cakap dia tak tipu, apa yang dia letak dalam SD pertama semuanya benar. Saya pun susahlah macamana dia nak jumpa Datuk Seri dan Datin Seri. Saya beritahu Datuk Seri, kita berada dalam suasana yang susah. Masa itu Datin Seri pun ada dalam bilik belakang, tingkat pertama. Dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri. No way lah, nak keluar masuk pun susah, ada bodyguard semua. Datuk Seri propose (cadangkan) Datuk Nazim yang jumpa Bala. Saya bagi dia tahu, dia (Bala) cakap ok, boleh jumpa, tetapi dia nak bincang dengan saya sesuatu dulu. Saya pergi ke Rawang di satu restoran Cina, duduk dengan dia dekat sana. Saya, dia, sepupu saya yang kenal dia dan seorang pegawai polis bekas D9 yang nama dia Suresh. Bincang-bincang, dia kata kalau buat SD 2 dia takut, bagaimana dia nak protect dia dan famili. Saya kata, yang terbaik awak tinggalkan Malaysialah. Kita boleh uruskan kalau dia mahu. Kalau awak nak kekal di Malaysia, tak ada isulah sebab kerajaan bersama kamu. Lepas itu kita bincang hal duitlah. Dia minta satu jumlah yang sangat besar dan saya tidak fikir saya boleh urus untuk dapatkannya. Saya hanya peniaga karpet bukan ada perniagaan bilion untuk keluarkan jumlah itukan. Saya kata, lebih baik awak cakap dengan Datuk Nazimlah. Saya minta Datuk Nazim datang ke Rawang tetapi dia tidak mahu. Dia mahu kita pergi ke The Curve, dekat Mutiara Damansara. Jadi kami pergi The Curve, ketika itu hari dah malam dah dekat jam 12 ke 1 pagi. Datuk Nazim bawa isteri dia sekali, isteri dia ketika itu sedang mengandung. Susahlah, isteri tak mahu tinggalkan suaminya. Bala tak mahu bercakap dengan saya, dia mahu runding terus dengan mereka. Dia fikir kalau runding dengan saya, saya ada kuasa ke nak lindung dia, nak penuhkan permintaannya dari segi kewangan yang dia minta. Saya tak ada. Dia bincang dengan Datuk Nazim, dia kata dia nak sejumlah wang, mahu dia dilindungi dan mahu meninggalkan negara ini. So dia (Nazim) promise (janji) dengan dialah tetapi kamu kena tukar SD itu. Nazim kemudian telefon dan bincang dengan abang dia, siapa yang akan siapkan SD. Datuk Seri Najib pilih seorang peguam (nama disembunyikan sehingga pengesahan) dan anaknya untuk siapkan dokumen. Selepas itu kita pergi ke KL Hilton, saya ambil bilik untuk Bala sementara peguam siapkan SD. Mereka terus berkomunikasi antara adik dan dia serta peguam semua, apa yang nak dimasukkan ke dalam SD dan sebagainya. Selepas itu, peguam datang ke KL Hilton ke bilik dan duduk. Siapkan laptop dia dan bincang semua. Siapkan versi terakhir dan Bala tandatangan malam itu. Kemudian mereka nak buat sidang media. Bila nak buat PC, saya tak kenal siapa-siapa masa tu, saya low profile. Jadi saya hubungi Ketua Setiausaha Datuk Najib, you kena uruskan sebab saya tidak tahu siapa yang hendak di bawa, mainstrem ke, internet ke, saya tidak kenal siapa-siapa. Last minute, peguam tidak mahu bersama Bala dan tidak mahu nama dia ada di situ. Saya kena hubungi kawan saya, yang juga peguam, tetapi dia tidak terlibat dengan hal itu. Saya kata, awak hanya datang dan duduk dengan Bala. Bala pun masa itu sangat tertekan. Peguam saya pergi bersama dengan Bala, mereka pergi ke Prince Hotel kira jam 9 - 10 pagi. Pergi Prince Hotel dan umumkan SD yang telah disiapkan malam itu. Peguam saya bernama Arulapalam tetapi dia tidak terlibat dalam membuat SD itu, dia seorang peguam yang senior. Itu yang berlaku. Objektifnya mahu pusing (riverse) SD Bala. Banyak orang fikir, dia mahu menukar SD yang Bala bagi, tetapi sebenarnya ia lebih dari itu. Sebab utama SD itu, seorang yang terlibat dalam kes itu, kes Altantuya, telah bersetuju untuk memberitahu cerita sebenar. Opposition side mahu mempastikan cerita sebenarlah. Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level. Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu. Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya. Banyak orang melihat SD 1, SD 2. Sebenarnya tidak ada kena mengena SD 1 atau SD 2 atau 3. Yang utama adalah kebenaran yang akan keluar, seorang yang terlibat secara langsung, direct involve, dia nak datang nak buat SD menyatakan siapakah yang arahkan dia dan orang itu diarahkan oleh siapa. Ini yang utama dan sesuatu yang sangat serius. Selepas kes Bala, saya telah dipanggil oleh SPRM dan siasat tetapi SPRM lebih berminat untuk tutup hal itu. Mereka tahu kebenaran seluruhnya tetapi mereka mahu tutup. Jadi tidak ada tindakanlah. Sebab itu kes tutup. Saya minta, SPRM buka balik penyiasatan kes ini, dedahkan kebenaran, jelaskan apa sebenarnya berlaku. Mengapa perkara ini dibiarkan saja dengan cara ini dan asas kenapa kes ini ditutup. Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang nak dengar cakap sepasang suami isteri, kita ada 28 juta manusia kat Malaysia, kenapa tidak nak dengan pandangan sepasang suami isteri sahaja. Bertindak untuk kebenaran tak salah. Jadi saya minta SPRM dan polis siasat perkara sebenar-benarnya. IGP sekarang atau IGP sebelum ini, sesiapapun, biarlah kebenaran keluar. Sekurang-kurangnya kita menghormati pihak penguatkuasa kita menjalankan tugas bukan mengikut arahan sepasang suami isteri sahaja. Negara ini lebih dari itu. Itu saja." ~harakahdaily |
Malaysia kena kencing bab LYNAS Posted: 11 Dec 2012 06:23 PM PST Sahlah lepas ni sisa Lynas hanya untuk dijual di dalam negara. Rakyat Malaysia akan diberi diskaun untuk membelinya.Terima kasih pada Umno dan BN. Sah Malaysia kena kencing. Sisa radiasi berkenaan yang tidak dikehendaki di kesemua negara di dunia kini tidak sepertimana konon dijanjikan UMNO dan BN bahawa ia boleh dieksport kembali ke negara asal kilang itu Australia. Semua kena kencing. Rakyat Pahang bakal mempunyai MB tiada telinga. Itulah habuan untuk rakyat Pahang, khususnya dan Malaysia amnya. Sekarang story baru pula mula berlegar..konon sisa Lynas itu tidak bahaya dan molek dipasarkan di Malaysia. Itulah kisah nak mempertahankan benda yang salah tapi jawapan juga tak masuk akal. Menteri juga sokong dijual dalam negara.. kah kah kah..nak kencing lagi.. Menteri sains teknologi dan inovasi Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata sisa daripada operasi Lynas boleh dipasarkan di Malaysia JIKA DITUKAR KE PRODUK SINTETIK yang hanya mengeluarkan radiasi rendah. Sisa itu juga boleh dipasarkan JIKA ada pembeli, katanya. Bodoh betul statement ini..semua main sekiranya ada pembeli. Pembeli mana nak beli benda ada radiasi. Giler betul kenyataan ini.. Sekiranya tiada pembeli, Lynas perlu mengeksport bahan tersebut, kata Menteri Pro Radiasi itu lagi. Mengiktu undang2 antarabangsa, sisa radiasi tidak boleh dieksport ke negara luar. di mana ia dihasil maka kambus dan simpanlah di negara berkenaan. Bahagialah Umno dan BN dan Najib dan Tok Nan . Maknanya kena kencing lagi. Menteri pro radiasi itu berkata, hasil produk itu tidak berbahaya kerana hanya akan mengeluarkan radiasi pada skala 1 Becquerel setiap gram – jauh lebih rendah daripada had 5 Becquerel setiap gram seperti ditetapkan oleh piawai antarabangsa untuk bahan yang dikira berbahaya. Namun, beliau menjelaskan bahawa bahan berkenaan termaktub bahawa bidang kuasa Akta Kualiti Alam Sekitar dan perlu mematuhi keperluan akta berkenaan sebelum dipasarkan. Maximus juga menegaskan bahawa ia perlu dieksport keluar daripada negara, mengikut syarat yang ditetapkan, sekiranya ia dalam bentuk sisa mentah. |
Malaysia kena kencing bab LYNAS Posted: 11 Dec 2012 06:23 PM PST Sahlah lepas ni sisa Lynas hanya untuk dijual di dalam negara. Rakyat Malaysia akan diberi diskaun untuk membelinya.Terima kasih pada Umno dan BN. Sah Malaysia kena kencing. Sisa radiasi berkenaan yang tidak dikehendaki di kesemua negara di dunia kini tidak sepertimana konon dijanjikan UMNO dan BN bahawa ia boleh dieksport kembali ke negara asal kilang itu Australia. Semua kena kencing. Rakyat Pahang bakal mempunyai MB tiada telinga. Itulah habuan untuk rakyat Pahang, khususnya dan Malaysia amnya. Sekarang story baru pula mula berlegar..konon sisa Lynas itu tidak bahaya dan molek dipasarkan di Malaysia. Itulah kisah nak mempertahankan benda yang salah tapi jawapan juga tak masuk akal. Menteri juga sokong dijual dalam negara.. kah kah kah..nak kencing lagi.. Menteri sains teknologi dan inovasi Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata sisa daripada operasi Lynas boleh dipasarkan di Malaysia JIKA DITUKAR KE PRODUK SINTETIK yang hanya mengeluarkan radiasi rendah. Sisa itu juga boleh dipasarkan JIKA ada pembeli, katanya. Bodoh betul statement ini..semua main sekiranya ada pembeli. Pembeli mana nak beli benda ada radiasi. Giler betul kenyataan ini.. Sekiranya tiada pembeli, Lynas perlu mengeksport bahan tersebut, kata Menteri Pro Radiasi itu lagi. Mengiktu undang2 antarabangsa, sisa radiasi tidak boleh dieksport ke negara luar. di mana ia dihasil maka kambus dan simpanlah di negara berkenaan. Bahagialah Umno dan BN dan Najib dan Tok Nan . Maknanya kena kencing lagi. Menteri pro radiasi itu berkata, hasil produk itu tidak berbahaya kerana hanya akan mengeluarkan radiasi pada skala 1 Becquerel setiap gram – jauh lebih rendah daripada had 5 Becquerel setiap gram seperti ditetapkan oleh piawai antarabangsa untuk bahan yang dikira berbahaya. Namun, beliau menjelaskan bahawa bahan berkenaan termaktub bahawa bidang kuasa Akta Kualiti Alam Sekitar dan perlu mematuhi keperluan akta berkenaan sebelum dipasarkan. Maximus juga menegaskan bahawa ia perlu dieksport keluar daripada negara, mengikut syarat yang ditetapkan, sekiranya ia dalam bentuk sisa mentah. |
Cameron Highland juga tak selamat..byk racun toksid.. Posted: 11 Dec 2012 06:23 PM PST Eloklah negeri PM Tok Jib dan MB bakal takda telinga Tok Nan ada sisa radiasi Lynas dan terbaru hasil kajian dua toksik haram dan racun perosak menjadi punca masalah kesihatan yang serius kepada manusia meracuni sungai-sungai utama di Cameron Highland. Tak selamat ke Cameron Highlands...? Entahlah itu baru racun DDT belum sisa radiasi... Penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menjalankan ujian mendapati kepekatan racun perosak yang diharamkan DDT(dichlorodiphenyltrichloroethane) dan lindane (gamma hexachlorocyclohexane atau HCH) terdapat di Sungai Bertam dan Sungai Telom. Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) telah mengklasifikasikan racun perosak sebagai karsinogen manusia. Kedua-dua DDT dan lindane telah benar-benar diharamkan di Malaysia. Ia adalah antara senarai bahan kimia toksik yang dikenal pasti dalam Konvensyen Stockholm Pencemar Organik Yang Berkekalan (POPs) yang telah ditandatangani pada tahun 2002 tetapi masih lagi perlu disahkan. Para penyelidik UKM mendapati kepekatan keluarga DDT dan isomer HCH selepas ujian air permukaan dan sampel sedimen. Mereka telah mengambil 112 permukaan air dan sampel sedimen daripada lapan mata di Cameron Highlands, iaitu di Lembah Biru, Terla, padang golf, Kg Taman Riadah, pejabat Fama, Parit Jatuh , Teh perladangan BOH dan Habu. Dalam laporan yang disiarkan dalam Jurnal Kimia Pusat pada 7 Nov tahun ini, ia menegaskan bahawa keputusan menunjukkan " sejarah penggunaan dan input baru racun perosak". Ia juga menyatakan bahawa lindane adalah komponen yang paling dominan dikesan dalam sampel sedimen dan air. Sampel telah dikumpulkan dari hulu ke hilir sepanjang musim 2011 kering (Februari, Jun, Julai) dan musim basah (April, Mei, Ogos dan November). Berdasarkan kepekatan yang lebih tinggi dikesan semasa musim basah dan membandingkan kepada kajian serupa yang dilakukan di China, laporan itu mencadangkan bahawa racun perosak telah dibebaskan daripada deposit basah atau dari tanah yang terhakis dalam air dari hujan lebat. Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia juga memulakan penyelidikan sendiri untuk memastikan sama ada terdapat racun perosak organoklorin (OCPs), termasuk DDT, di sungai Cameron Highland. Ahli Farmasi, Sulastri Samsudin berkata OCPs adalah salah satu kumpulan POPs, sambil menambah bahawa OCPs mempunyai "banyak kesan toksik pada kesihatan dan populasi hidupan manusia". "POPs adalah kelas bahan kimia toksik yang berterusan dalam persekitaran, berkumpul dalam kepekatan yang tinggi di tisu lemak, bio-diperbesarkan melalui rantaian makanan dan mempunyai potensi untuk jarak jauh, pencemaran yang meluas," katanya kepada The Star. Beliau berkata hasil penyelidikan dijangka akan diperolehi menjelang bulan depan. Sementara itu, bukan hanya racun perosak yang ditemui dalam sungai Cameron Highlands '- bakteria najis turut dikesan dalam air minum (minum) seawal empat tahun yang lalu, dalam kajian Universiti Teknologi Malaysia 2008. Kajian bertajuk "Satu kajian kebersihan Bekalan Air Cameron Highlands", hasil ujian menunjukkan bahawa Sg Terla yang merupakan kawasan tadahan air dan membekalkan sebanyak 60% air bersih untuk Cameron Highlands, dan kawasan tadahan air Bertam Ulu Sg telah mendapati terkandung bakteria najis. Pensyarah Fakulti Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr Maketab Mohamed, berkata pencemaran datang dalam bentuk racun perosak, tandas pekerja kotor dan biasa baja organik seperti tahi ayam. "Ini adalah kerana terdapat banyak ladang-ladang dibuka di hulu kawasan tadahan Sg Terla dan loji rawatan. Kehadiran bakteria E.coli dalam ujian yang dijalankan menunjukkan kehadiran perkara najis. "Kami mendapati beberapa paip kumbahan tandas pekerja langsung dilepaskan terus ke dalam sungai," katanya kepada The Star. Prof Maketab, yang juga Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, bimbang ketiadaan baki klorin dalam beberapa air yang dirawat, yang berfungsi untuk melindungi air daripada organisma penyebab penyakit. "Kami mendapati bahawa rawatan air dilakukan di Cameron Highlands tidak sehingga pencapai piawaian. Tahap baki klorin adalah sifar di tempat-tempat tertentu dan terdapat kehadiran bakteria," beliau berkata, sambil menambah bahawa dia merancang untuk menjalankan kajian lain tidak lama lagi untuk mengemaskini keputusan kerana dia merasakan keadaan " pasti menjadi lebih teruk. " Prof Maketab berkata penemuan kajian itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa pada tahun 2008, termasuk pejabat, Menteri Besar Pahang, Jabatan Kesihatan Cameron Highlands, Pejabat Daerah Cameron Highlands dan Cameron Highlands MP Datuk SK Devamany. |
Anggota parti Gerakan N9 ke Kelantan nak buat kacau.. Posted: 11 Dec 2012 05:59 PM PST Sekumpulan anggota parti Gerakan dari Negeri Sembilan mendapatkan khidmat pendandan rambut wanita di bandar Kota Bharu dalam usaha untuk mencabar undang-undang yang dikuatkuasakan di bandar tersebut. Enam anggota parti itu, diketuai penolong setiausaha Gerakan Negeri Sembilan berkenaan bertolak dari Negeri Sembilan pada 10.30 pagi Isnin lalu dan tiba di Kota Bharu 12 jam kemudian. Kumpulan berkenaan kemudiannya berkunjung ke satu salun rambut di bandar berkenaan untuk menikmati perkhidmatan yang disediakan empat pendandan rambut wanita Cina. Ketika dihubungi selepas itu, Choong berkata semua pendandan rambut berkenaan adalah wanita manakala kumpulannya terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita. Choong berkata beliau mendapatkan khidmat gunting rambut manakala lima lagi mendapatkan khidmat mencuci rambut. Kataya, pihak berkuasa tempatan Kota Bharu bagaimanapun tidak tampil ke tempat berkenaan, walaupun tindakan mereka menyebabkan seramai kira-kira 20 orang berhimpun di luar salun tersebut. |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan