Rabu, 12 Disember 2012

Addin

Addin


Tarikh Bayaran Bonus Disember 2012 Dan Januari 2013

Posted: 12 Dec 2012 08:55 AM PST


Bayaran Bonus 2012 : Semasa pembentangan Bajet 2013, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pembayaran bonus kakitangan kerajaan ditambah 1 bulan gaji lagi. Macam mana boleh tambah 1 bulan gaji lagi? 

Ini kerana kerajaan telah melakukan pembayaran bonus raya setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dikirakan sekali sebagai hadiah untuk kakitangan awam sempena pembentangan Bajet 2013 walaupun ketika itu ia sudah diberikan. Bakinya…

Bakinya (iaitu bayaran bonus kali kedua) akan disalurkan menerusi bayaran bonus 2012 (Disember & Januari 2013). Tetapi bilakah sebenar tarikh pembayaran bonus tersebut?

Semakan Tarikh Bayaran Bonus 2012 (Disember) & Pembayaran Bonus 2013 (Januari)?

Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi kali kedua ini akan dibayar setengah bulan gaji atau kadar minimum RM500.00 bersekali dengan gaji bulan Disember 2012 manakala setengah bulan lagi atau kadar minimum RM500.00 bersekali dengan gaji bulan Januari 2013. Pembayaran adalah berdasarkan gaji bulan Disember 2012 atau gaji akhir yang diterima pada tahun 2012.
 Pekeliling Bonus Kakitangan Awam Bayaran Kali Kedua : KLIK SINI
  • Bayaran Bonus Disember 2012 : 18 Disember 2012 (Minimum RM500) + gaji Bulan Disember 2012
  • Pembayaran Bonus Januari 2013 : 23 Januari 2012 (Minimum RM500) + gaji bulan Januari 2013

Bajet 2013 : Bayaran Bonus

Pembayaran Bonus 2012 Tarikh Bayaran Bonus Disember 2012 & Januari 2013. Pembayaran Kali Kedua Minimum RM1,000!

Kami pasti berita bonus Disember 2012 & bonus Januari 2013 amat dinantikan kalangan kakitangan awam bagi membantu membuat persediaan awal termasuk soal pengurusan kewangan terutamanya yang sudah berkeluarga yang mana anak masing-masing bakal bersekolah semula pada awal tahun 2013. 
 
Seperti kata Datuk Seri Najib, bayaran bonus 2012 (bulan Disember 2012 & Januari 2013 ini) sebagai penghargaan khas buat kakitangan awam terutamanya yang sudah berkeluarga. Harap-harap begitulah… ~beritasemasa.com


Iklan C(ii)



Samseng MIC Serang Dato' Chua Jui Meng

Posted: 12 Dec 2012 06:14 AM PST

PUTRAJAYA 12 Dis: Kira-kira 30 samseng dipercayai dari MIC mengasari Naib Presiden KEADILAN, Datuk Chua Jui Meng di ruang pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya hari ini.Mereka yang dibenar masuk dan berkumpul dalam pejabat tersebut, ketika ribuan rakyat berhimpun di pekarangan luar bangunan dan dihalang memasuki JPN, menolak bekas Menteri Kesihatan itu semasa beliau baru keluar dari bilik mesyuarat di situ.Jui Meng antara pimpinan Pakatan Rakyat yang dibenarkan masuk bertemu Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said untuk rundingan permohonan kad pengenalan biru.

Pemimpin KEADILAN lain yang turut dibenar masuk adalah Naib Presiden, N Surendran; Pengarah Guaman, Latheefa Koya dan Ahli Parlimen (MP) Subang, Sivarasa Rasiah.Selebihnya diwakili MP Klang, Charles Santiago dari DAP, sementara PAS pula oleh MP Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan MP Shah Alam, Khalid Samad."Bila keluar dari bilik mesyuarat, kami bertembung dengan kira-kira 30 pemuda yang mula agresif menjerit-jerit kuat menyerang kumpulan kami. Mereka fokus dan tuju kepada saya."Saya ditolak. Cara mereka bercakap seperti menyoal, tetapi berniat nak takutkan kita.

Mereka himpit saya dan saya angkat tangan (isyarat) supaya mereka berundur, tapi mereka buat (himpit) juga," katanya kesal kerana polis tidak mengambil sebarang tindakan."Kita (peserta Duduk Bantah) dihentikan oleh polis (untuk masuk ke JPN). Sedangkan ramai pimpinan termasuk Ahli Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat hadir nak suarakan pendapat mereka," kata Pengerusi KEADILAN Johor itu ketika ditemui Keadilan Dailyselepas diserang.Jui Meng berkata, serangan berkenaan membuktikan 'virus' samseng politik Umno berjangkit kepada MIC."Sudahlah tak bela kaum India, malah bertindak ganas kepada kita yang nak perjuangkan hak kaum mereka.

MIC seperti orang hilang akal."Kerajaan seolah-olah membenarkan tindakan agresif seperti ini," kata Jui Meng."Kenapa mereka (peserta himpunan) dihalang? Mengapa pula polis benarkan 30 pengacau itu masuk, tunggu dekat bilik mesyuarat dan serang. Sedangkan kita datang secara aman," sambungnya."Saya nak pesan pada mereka, walaupun mereka ramai tetapi kita akan teruskan (perjuangan).

Di sini bukan hanya orang India sahaja, ada Melayu dan Cina. Tapi kita akui isu kad pengenalan ini isu penting orang India," katanya.Sementara itu, Latheefa memaklumkan, video bukti serangan oleh kumpulan samseng itu ada padanya."Mereka datang dan berkata kepada Datuk Chua – "Tahniah apa yang Datuk buat, tapi mana 300,000 orang itu?" dengan nada kasar."Isunya bukan 300,000 itu ada atau tidak.

Isunya ialah, tidak boleh ada rakyat yang tidak mempunyai kerakyatan," tegasLatheefa.Menurutnya, ekoran desakan rakyat yang berhimpun, hanya 500 borang diisi sejak meja pendaftaran dibuka pegawai JPN dengan bantuan sukarelawan KEADILAN kira-kira jam 1.30 petang tadi.Latheefa berkata, semua borang permohonan kad pengenalan biru itu berjaya dihantar hari ini."Peliknya, program MyDaftar yang dianjurkan MIC boleh selesaikan 14,000 borang dalam masa lapan hari. Kalau ikut nisbah, bermakna sehari boleh selesaikan 2,000 orang. ~kd


Iklan C(ii)



Deepak Dedah Ada Puak Dalam Umno Mahu Gulingkan Najib,Rosmah

Posted: 12 Dec 2012 03:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan (gambar) mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar.

"Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. "Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini (pembunuh Altantuya) dan siapa yang mengarah orang itu.

Ini sangat high level. "Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu.

"Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya," cerita Deepak dalam sidang media khas dengan Harakah.

Deepak dalam sidang media kali ini menceritakan dengan jelas bagaimana beliau boleh terlibat dengan SD 2 yang dibuat oleh PI Bala ini.

Berikut adalah cerita penuh Deepak kepada Harakahdaily.

"Kalau boleh kita bincang secara terperinci bagaimana SD ini bermula.

Saya mendapat panggilan pada hari SD itu dibuat pada jam 6-7 malam. Saya dipanggil oleh Datin Rosmah Mansor melalui telefon.

Dia suruh saya cari jalan menyelesaikan masalah dia. Saya pernah jumpa dengan Bala satu dua kali sebelumm itu tetapi tidak kenal rapat dia.

Saya call kawan saya untuk cuba berjumpa dengan dia tetapi dia keberatan dan tidak mahu berjumpa.

Saya telefon Datin Seri dan berkata, ini susah dan tak nampak jalan penyelesaian benda ini. Sebelum inipun saya banyak bantu Datin mana-mana perkara yang dia perlukan. Saya cubalah kalau ada kawan.

Saya kata kepada Datin, hal ini bukan senang untuk diselesaikan. Dia pun minta saya "datang rumah sekarang dan jumpa suami saya. Biar Datuk Seri buat keputuan bagaimana".

Saya pergi ke rumah mereka. Datin dan Datuk tinggal di Sri Satria. Kadang-kadang dia orang duduk di Sri Duta dan kadang-kadang Sri Satria. Malam itu mereka duduk di Sri Satria.

Saya masuk rumah lebih kurang lapan lebih malam dan saya bercakap dengan Datuk Seri mengenai keadaan ini dan orang ini tidak mahu jumpa dan kata dia sudah buat SD yang benar dan dia tidak mahu berjumpa pun dengan saya. Saya tidak tahu bagaimana nak menyelesaikan benda inilah.

Pertama dia telefon satu lawyer. Lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia (Bala) dan cari jalan supaya dia setuju, untuk batalkan SD dia.

Saya telefon Bala, kita bincang atas telefon. Dia kata, dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD.

Dia pun jenis orang yang keras. Dia cakap dia tak tipu, apa yang dia letak dalam SD pertama semuanya benar.

Saya pun susahlah macamana dia nak jumpa Datuk Seri dan Datin Seri. Saya beritahu Datuk Seri, kita berada dalam suasana yang susah. Masa itu Datin Seri pun ada dalam bilik belakang, tingkat pertama. Dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri. No way lah, nak keluar masuk pun susah, ada bodyguard semua.

Datuk Seri propose (cadangkan) Datuk Nazim yang jumpa Bala. Saya bagi dia tahu, dia (Bala) cakap ok, boleh jumpa, tetapi dia nak bincang dengan saya sesuatu dulu.

Saya pergi ke Rawang di satu restoran Cina, duduk dengan dia dekat sana. Saya, dia, sepupu saya yang kenal dia dan seorang pegawai polis bekas D9 yang nama dia Suresh.

Bincang-bincang, dia kata kalau buat SD 2 dia takut, bagaimana dia nak protect dia dan famili. Saya kata, yang terbaik awak tinggalkan Malaysialah. Kita boleh uruskan kalau dia mahu. Kalau awak nak kekal di Malaysia, tak ada isulah sebab kerajaan bersama kamu.

Lepas itu kita bincang hal duitlah. Dia minta satu jumlah yang sangat besar dan saya tidak fikir saya boleh urus untuk dapatkannya. Saya hanya peniaga karpet bukan ada perniagaan bilion untuk keluarkan jumlah itukan. Saya kata, lebih baik awak cakap dengan Datuk Nazimlah.

Saya minta Datuk Nazim datang ke Rawang tetapi dia tidak mahu. Dia mahu kita pergi ke The Curve, dekat Mutiara Damansara.

Jadi kami pergi The Curve, ketika itu hari dah malam dah dekat jam 12 ke 1 pagi. Datuk Nazim bawa isteri dia sekali, isteri dia ketika itu sedang mengandung. Susahlah, isteri tak mahu tinggalkan suaminya.

Bala tak mahu bercakap dengan saya, dia mahu runding terus dengan mereka. Dia fikir kalau runding dengan saya, saya ada kuasa ke nak lindung dia, nak penuhkan permintaannya dari segi kewangan yang dia minta. Saya tak ada.

Dia bincang dengan Datuk Nazim, dia kata dia nak sejumlah wang, mahu dia dilindungi dan mahu meninggalkan negara ini. So dia (Nazim) promise (janji) dengan dialah tetapi kamu kena tukar SD itu.

Nazim kemudian telefon dan bincang dengan  abang dia, siapa yang akan siapkan SD.

Datuk Seri Najib pilih seorang peguam (nama disembunyikan sehingga pengesahan) dan anaknya untuk siapkan dokumen. Selepas itu kita pergi ke KL Hilton, saya ambil bilik untuk Bala sementara peguam siapkan SD. Mereka terus berkomunikasi antara adik dan dia serta peguam semua, apa yang nak dimasukkan ke dalam SD dan sebagainya.

Selepas itu, peguam datang ke KL Hilton ke bilik dan duduk. Siapkan laptop dia dan bincang semua. Siapkan versi terakhir dan Bala tandatangan malam itu.

Kemudian mereka nak buat sidang media. Bila nak buat PC, saya tak kenal siapa-siapa masa tu, saya low profile. Jadi saya hubungi Ketua Setiausaha Datuk Najib, you kena uruskan sebab saya tidak tahu siapa yang hendak di bawa, mainstrem ke, internet ke, saya tidak kenal siapa-siapa.

Last minute, peguam tidak mahu bersama Bala dan tidak mahu nama dia ada di situ. Saya kena hubungi kawan saya, yang juga peguam, tetapi dia tidak terlibat dengan hal itu. Saya kata, awak hanya datang dan duduk dengan Bala. Bala pun masa itu sangat tertekan.

Peguam saya pergi bersama dengan Bala, mereka pergi ke Prince Hotel kira jam 9 - 10 pagi. Pergi Prince Hotel dan umumkan SD yang telah disiapkan malam itu. Peguam saya bernama Arulapalam tetapi dia tidak terlibat dalam membuat SD itu, dia seorang peguam yang senior. Itu
yang berlaku. Objektifnya mahu pusing (riverse) SD Bala.

Banyak orang fikir, dia mahu menukar SD yang Bala bagi, tetapi sebenarnya ia lebih dari itu. Sebab utama SD itu, seorang yang terlibat dalam kes itu, kes Altantuya, telah  bersetuju untuk memberitahu cerita sebenar. Opposition side mahu mempastikan cerita sebenarlah.

Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.

Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu. Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya.

Banyak orang melihat SD 1, SD 2. Sebenarnya tidak ada kena mengena SD 1 atau SD 2 atau 3. Yang utama adalah kebenaran yang akan keluar, seorang yang terlibat secara langsung, direct involve, dia nak datang nak buat SD menyatakan siapakah yang arahkan dia dan orang itu diarahkan oleh siapa. Ini yang utama dan sesuatu yang sangat serius.

Selepas kes Bala, saya telah dipanggil oleh SPRM dan siasat tetapi SPRM lebih berminat untuk tutup hal itu. Mereka tahu kebenaran seluruhnya tetapi mereka mahu tutup. Jadi tidak ada tindakanlah. Sebab itu kes tutup.

Saya minta, SPRM buka balik penyiasatan kes ini, dedahkan kebenaran, jelaskan apa sebenarnya berlaku. Mengapa perkara ini dibiarkan saja dengan cara ini dan asas kenapa kes ini ditutup.

Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang nak dengar cakap sepasang suami isteri, kita ada 28 juta manusia kat Malaysia, kenapa tidak nak dengan pandangan sepasang suami isteri sahaja. Bertindak untuk kebenaran tak salah.

Jadi saya minta SPRM dan polis siasat perkara sebenar-benarnya. IGP sekarang atau IGP sebelum ini, sesiapapun, biarlah kebenaran keluar.

Sekurang-kurangnya kita menghormati pihak penguatkuasa kita menjalankan tugas bukan mengikut arahan sepasang suami isteri sahaja. Negara ini lebih dari itu. Itu saja." ~harakahdaily





Iklan C(ii)



Thailand Sabotaj Harimau Malaya

Posted: 12 Dec 2012 12:55 AM PST

Padang macam sawah padi! Itu nada kecewa disuarakan pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal selepas melihat padang latihan yang digunakan Harimau Malaya di Bangkok, semalam.

Penganjur Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) menyediakan padang di Jaran Buraprat untuk skuad kendalian Datuk K Rajagobal menjalani latihan namun ia tidak seperti yang diharapkan.

Keadaan permukaan padang yang berlopak, rumput tebal boleh mengundang kecederaan kepada pemain dan lebih mengecewakan, padang awam itu tanpa tempat persalinan dan bilik air.

Bagi Subahan, beliau tidak menyangka AFF dan juga Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memberi layanan buruk kepada skuad kebangsaan yang dianggap boleh menjejaskan persiapan menghadapi Thailand pada separuh akhir kedua Piala AFF esok.

"Saya amat kecewa dengan padang latihan disediakan. Ketika Thailand datang ke Kuala Lumpur pada aksi pertama separuh akhir, kami beri layanan baik dengan menyediakan anggota polis dan stadium latihan tertutup tapi di sini mereka beri padang sawah kepada kita.

"Tindakan mereka langsung tiada semangat kesukanan, ini hanya merugikan masa latihan skuad kebangsaan di sini," katanya. ~bm



Iklan C(ii)


Kerana Takut, Najib Tidak Masuk Pejabat Hari Ini

Posted: 11 Dec 2012 10:58 PM PST


Bermula dengan cuma 500 orang yang berkumpul di perkarangan letak kereta berhadapan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya, kini sudah dianggarkan lebih 2,500 peserta tuntutan berarak mara diiringi pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir memberi sokongan kepada mereka.

Antara pemimpin yang hadir termasuklah penganjur himpunan, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua.Tidak ketinggalan, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengerusi KEADILAN Johor, Chua Jui Meng.

Hadir sama, phli parlimen Kapar, S Manikavasagam; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Talha; ahli parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud, ahli parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Khalid Jaafar.

Difahamkan, rundingan baru selesai dijalankan antara 10 pemimpin yang dibenarkan masuk ke dalam bangunan JPN.

"Kami juga akan berkhemah depan JPN dan tidak berganjak selagi Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri tidak menyatakan aku janji bagi menyelesaikan masalah ini," kata Surendran kepada Keadilan Daily.

Bercakap dalam kenyataan sebelum ini, Surendran dan dua lagi Naib Presiden – Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar berkata, masalah tersebut melibatkan semua rakyat dan menjadi kelaziman di kalangan rakyat berketurunan India.

Menurut mereka, sebahagian besar rakyat tanpa warganegara tersebut lahir daripada ibu bapa rakyat Malaysia dan menjalani keseluruhan kehidupan di negara ini.

"Berdasarkan Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan, mereka merupakan warga yang sah secara perundangan dan berperlembagaan," tambah kenyataan itu.

Kata mereka, kerajaan BN enggan mengeluarkan kad pengenalan biru kepada golongan tersebut dan secara terang-terangan melanggar peruntukan Perlembagaan Malaysia.

Surendran berkata, tindakan menafikan hak rakyat yang sememangnya layak mendapat taraf kerakyatan adalah bertentangan dan memungkiri hak asasi.

Katanya, ia adalah perkara yang serius kerana mengundang pelbagai masalah kepada kaum itu. "Kita menggesa kerajaan agar hentikan diskriminasi terhadap mereka dan selesaikan segera perkara ini.

"Sebagai penduduk yang dilahirkan dalam negara dan menetap di sini berpuluh-puluh tahun, sepatutnya mereka secara automatik diberi kewarganegaraan.

"Penafian ini bukan sahaja memberi masalah kepada mereka, tapi juga untuk anak-anak apabila tidak dapat bersekolah kerana bukan warganegara. Mereka juga tidak memperoleh perkhidmatan dan faedah seperti masyarakat lain kerana masalah ini," katanya.

Paling mencuri tumpuan adalah kad besar dengan nama Najib a/l Razak jelas diangkat tinggi bagi menunjukkan kesabaran mereka sudah sampai ke tahap maksimum.

Ada di antara mereka bukan setakat bangsa India tetapi turut disertai kaum Melayu yang dinafikan hak yang sama. Najib dikhabarkan tidak masuk ke pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu setelah dimaklumkan dan atas nasihat kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) pagi tadi. ~keadilandaily




Iklan C(ii)


Panas!! Mazidul Akmal Sekat Individu Jadi Rakan Facebooknya Gara-Gara 'Pembohongan' Terbongkar?

Posted: 11 Dec 2012 08:08 PM PST



Akibat tertekan dengan pendedahan yang membuka tembelangnya , Mazidul secara terbuka malam tadi menutup kesemua permintaan (request) dalam Facebooknya dengan menyebut:


"Bermula hari ini, tiada lagi individu akan diterima sebagai rakan di sini.
Terima kasih kepada semua kerana bertapak di sini dan di hati saya."
Kini riders yang terhina dengan kenyataan Mazidul ini terus memberikan komen mereka di Facebooknya dan menunjukkan bukti-bukti bagi menyokong dakwaan mereka.


Mazidul yang tidak mampu menjawab bukti pendedahan tersebut setakat ini. Sehingga ke saat ini juga beliau tidak memohon maaf jauh sekali menjelaskan 'pembohongan' yang dilakukan bersama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) itu.



Iklan C(ii)


Ali Rustam.. Mai Sini Kejap!!

Posted: 11 Dec 2012 06:13 PM PST


Umno cakap mereka pembela rakyat Palestin, baguslah tapi yang tak bagusnya apa yang dibangkit di Laporan Audit 2010 mengatakan sebanyak RM680,747.00 masih tersimpan oleh kerajaan negeri Melaka dan tidak di salurkan kepada rakyat Palestin. Ali Rustam kena jawab isu ni.. jangan diam je..


Merujuk kepada Laporan Audit 2010, kerajaan Negeri Melaka telah mewujudkan akaun Amanah Tabung Kemanusiaan Palestin pada 2009.

Jabatan audit negara mendapati sejumlah RM680,747.00 telah berjaya dikumpulkan hasil dari sumbangan Jabatan/Agensi kerajaan dan orang awam.

Namun Jabatan audit menemui bahawa wang tersebut tidak disalurkan kepada rakyat Palestin sehingga April 2011 (tarikh audit dilakukan).

Saya berharap Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam memberi penjelasan berikut :-

Pertama : Bila wang tersebut diserahkan kepada Rakyat Palestin.?

Kedua : Sekiranya wang itu telah disalurkan, kenapa ia mengambil masa yang sebegitu lama?

Penjelasan Ketua Menteri adalah dituntut kerana ia melibatkan sumbangan orang ramai.

~adlyzahari


Iklan C(ii)


Kantoi!! Utusan Malaysia Buang Link Hina BJ Habibie Gara-Gara Kecaman Media Indonesia

Posted: 11 Dec 2012 05:36 PM PST


Akhirnya kerana terlajak menghentam bekas Presiden BJ Habibie, seluruh media Indonesia mengecam keras di atas berita yang dikeluarkan Utusan Malaysia.

Lanjutan daripada itu pula, pautan berita yang menyebut bekas Presiden BJ Habibie sebagai pengkhianat bangsa, sehingga menimbulkan polemik antarabangsa itu hilang dari laman web Utusan Malaysia, Selasa (11/12/2012).

Pada malam semalam, halaman yang sebelumnya berisi tulisan tajuk rencana berjudul "Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim" menjadi broken link.

Habibie pengkhianat

Polemik yang membawa-bawa nama Habibie bermula dari kunjungan bekas presiden Indonesia tersebut ke Universiti Selangor baru-baru ini sebagai tamu kehormatan ketua pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim. Kunjungan tersebut seterusnya diulas oleh bekas Menteri Penerangan Malaysia, Zainuddin Maidin, menerusi tulisan tajuk rencana di media Utusan Malaysia, pada hari Isnin.

Tulisan tersebut dianggap kontroversi kerana menyebut BJ Habibie sebagai pengkhianat bangsa Indonesia setelah membiarkan Timor Timur pisah dari Indonesia. Malah, Zainudin melabelkan Habibie dan Anwar Ibrahim sebagai sama-sama "The Dog of Imperialism".

Tulisan itu menimbulkan kecaman dari pelbagai tokoh di Indonesia. Zainuddin dikatakan bukan sahaja telah menghina Habibie, tetapi juga menghina bangsa Indonesia. Tulisan tersebut tidak sewajarnya ditulis oleh seorang bekas menteri Malaysia.

Anwar Ibrahim turut secara khusus mengeluarkan kenyataan di salam blognya dengan menyebut Zainuddin sebagai orang yang dangkal dan keji. Anwar menegaskan bahawa reputasi Zainuddin buruk dan pernyataan tersebut tidak mewakili rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, Habibie tidak mengendahkan tulisna tersebut dan sekadar tertawa. "Kalau ada yang menghina anda, anggap aja sebagai sebuah pujian, bahwa dia berjam-jam memikirkan anda, sedangkan anda tidak sedetik pun memikirkan dia," kata Habibie seperti ditulis dalam Twitter Habibie Center.



Iklan C(ii)


Pakatan Rakyat Hulurkan Bantuan Kepada Pelakon Veteran, Yahya Sulong

Posted: 11 Dec 2012 04:57 PM PST


Setelah penderitaan pelawak dan artis veteran tanah air, Yahya Sulong disiarkan di media cetak dan elektronik termasuk media sosial, Pakatan Rakyat pantas menghulurkan bantuan bagi meringankan beban beliau dan isterinya, Alisah Ali.

Menurut ahli parlimen Batu, Tian Chua menerusi laman sosial bergambar yang semakin popular, Instagram, tunggakan sewa rumah berjumlah RM868 diselesaikan dengan menghulur sendiri wang yang diperlukan keluarga ini.

Selain Tian, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut berjanji akan meminta Kerajaan Selangor membantu menyelesaikan segala permasalahan Yahya sekeluarga.


Tian yang menziarahi Yahya dan isterinya di kediaman mereka di Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul dalam parlimen Batu semalam memberitahu, Pejabat ahli parlimen Batu akan menyelesaikan tunggakan tersebut sambil Wanita KEADILAN melalui Biro Kebajikan Artis yang diketuai penyanyi tanah air, Dayangku Intan akan meminta kerjasama Baitulmal Wilayah Persekutuan membuat tindakan susulan selepas kejadian yang menimpa pelawak veteran yang sedang uzur itu.

Dayangku Intan sempat membalas mesej Tian dengan mengucapkan terima kasih atas bantuan segera yang disalurkan melalui pejabatnya sebelum notis mengosongkan rumah yang diterima Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Malam tadi, saya mengulas isu yang berkaitan dengan Yahya dan bagaimana Yayasan Artis 1Malaysia (YAT1M) yang dilancar perdana menteri rejim Zionis Umno, Najib Altantuya gagal menyelesaikan kesusahan yang dialami Yahya termasuk persoalan ke mana dana RM2 juta yang dijanjikan persiden Umno itu disalurkan.

Sementara itu, Wanita KEADILAN hari ini dijangka membuat kunjungan ke pejabat Baitulmal di ibu negara bagi mendapatkan penjelasan lanjut pihak mereka mengapa keperitan hidup Yahya dibiarkan begitu lama hingga menyukarkan mereka untuk terus hidup.

Ternyata Yahya boleh bernafas lega sementara Pakatan Rakyat mendapat penyelesaian kekal ke atas masalah yang menimpa mereka sekeluarga. ~kd




Iklan C(ii)


Tiada ulasan: