Khamis, 13 Disember 2012

shalehudin

shalehudin


Video paling PANAS sebelum PRU 13...

Posted: 13 Dec 2012 08:30 AM PST

Deepak: SD 2 Bala sekat hal lebih besar

Kes siapa bunuh altantuya semakin bocor...
Semua di bongkar oleh penjual karpet...

SILA AMBIL PERHATIAN MINIT 11:40 KE 11:50

Sila ambil perhatian rapi dalam minit 11:40 deepak membocorkan bahawa ada satu lagi pengakuan yang akan dibuat sebelum, bala membuat akuan bersumpah ke dua?

SIAPA BERI ARAHAN

Akuan bersumpah ke tiga ini tidak muncul dan masih jadi misteri...
Siapa ? siapa? siapa?

28 JUTA LEBIH KUAT DARI DUA LAKI BINI

Kata kata hikmah dari deepak...
Malaysia ada 28 juta...
Kenapa membiarkan 2 laki bini neh menghancurkan negara ini... - TT


Aduss...!! Malunya Zainuddin Maidin...

Posted: 13 Dec 2012 07:27 AM PST

BUKTI JIWA BESAR HABIBIE

REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA - Mantan presiden RI ke-3, BJ Habibie menganggap hinaan dan pelecehan yang dilontarkan mantan menteri penerangan Malaysia, Tan Sri Zainuddin Maidin sebagai sebuah pujian.
''Kalau ada yang menghina Anda, anggap aja sebagai sebuah pujian bahwa dia berjam-jam memikirkan Anda, sedangkan Anda tak sedetik pun memikirkan dia," ujar Habibie melalui akun facebook The Habibie Center.


Masyaallah..!! Nak bunuh bapa kalau Malaysia kalah...

Posted: 13 Dec 2012 04:11 AM PST

Masaalah betoi bebudak la neh...
Marah kat bolasepak jangan dok sangkut ngan bapak hang la...
Marah kat bapak hang pulak jangan la dok sangkut ngan bolasepak...

Bangang melantun-lantun bebudak la neh...
Cari glemer tak kena gaya...

Bunuh bapa sendiri bukanlah penyelesaian tuk hentikan tabiat buruk bapak hang yang kaki mabuk tuh, MABUK...!!! Hishh, penyakit apa la yang dah menyelinap kat bebudak kita ni haa...?

Errr... parti apa agaknya budak neh nak ngundi PRU nanti yerk....

Kahkahkah...


Pemimpin keras kepala, rakyat yang merana...

Posted: 13 Dec 2012 02:30 AM PST

Nadir bumi yang dipegang oleh pelakon umno dalam tv3suku buletin utama beberapa hari yang lalu tidak berbahaya. Tetapi yang berbahaya bila diproses kemudian sisa nya itu yang berbahaya. Bukan saja pada manusia tetapi pada alam sekitar juga...

Sedangkan sampah sarap jika dilonggok disatu tempat pun membawa kepada pecemaran alam sekitar dan membawa wabak penyakit ini pula sisa nadir bumi yang kita tahu mmg mempunyai radioaktif yang tinggi. Jika sisanya terkumpul tidak kah berbahaya pada alam sekitar dan manusia? dan sudah tentu ia menghasilkan radioaktif yang diluar jangkaan. Kemudian membawa kepada penyakit pada penduduk setempat. Skrg menteri BN mempertikaikan dimana sisa itu akan dibuang sedangkan undang2 antarabangsa tidak boleh dibuang dinegara lain..

Korang pernah tengok movie omputih berkaitan nuklear dan kajian kajian nadir bumi yang boleh dibuat bom nuklear ? Mereka buat dihujung negeri mereka kawasan yang jauh dari rakyat nya beratus2
kilometer dari manusia. Sebab apa mereka buat mcm tu ? Sebab mereka bijak mereka tahu benda ni bahaya so mereka ambil langkah awal dan bersiap sedia memghadapi kemungkinan yang tidak dijangka. Tapi dimalaysia pemimpin UMNO-BN bingai mana tau bila rakyat bantah mereka kata pembangkang tau bangkang je pembangkang cuba gagalkan projek kerajaan pusat dan ia bermotif politik blaa blaaa blaaaa...

Ini lah pemimpin negara kita yang fikir untung kantung poket penuh rakyat g mampos lah janji aku kaya.. Ini soal keselamatan so tak payah nak main politik sangat rakyat dah muak dengan kangkuhan pemimpin UMNO-BN yang tak pernah fikir jangka masa panjang. Mereka fikir jangka pendek. Tak hairan lah kalau rakyat malaysia makin lama makin terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi sebab pemimpin negara tak tahu nak mentadbir negara semua fikir diri sendiri. Sebab tu perlunya kita jerit HIDUP UMNO HIDUP BN.

Kalau tak ada UMNOBN malaysia ni tak maju malah pokok pun tak tumbuh. Tak caya tanya MACAI umno. Kikikikiki lu fikir lah sendiri ! Lol ~ FB


Owhh!! Aku suka cerita neh... [BACA]

Posted: 13 Dec 2012 01:00 AM PST

Suami doa kahwin lagi, isteri doa tak mahu bermadu...

SEORANG mutawif menceritakan kisah sepasang suami isteri yang sama-sama ke Makkah bagi menunaikan umrah. Di depan Kaabah, si suami antara lain berdoa berjayalah usahanya untuk menambah satu lagi 'cawangan' (beristeri barulah) sedangkan si isteri pula berdoa biarlah dia dan suaminya hidup rukun damai, janganlah hendaknya hadir orang ketiga yang boleh mengeruhkan rumah tangga mereka berdua. Ringkasnya dia tak rela dimadukan, dia tak rela berkongsi suami...

Dalam situasi begini, kedua-duanya bebas untuk berdoa mengikut kehendak masing-masing. Tentunya hajat mereka berlawanan antara satu sama lain. Tiada siapa boleh menghalang mereka daripada berdoa sedemikian. Si suami dengan doanya manakala si isteri dengan doanya pula. Soal siapa benar dan doa siapa dikabulkan itu bukan urusan manusia, semuanya diserahkan kepada Yang Maha Kuasa. Terpulanglah kepada Allah SWT untuk menentukan siapa yang dipilih-Nya.

Demikian juga dalam kisah korban dua orang anak Nabi Adam a.s. - Qabil dan Habil. Kedua-duanya bebas membuat korban. Yang menjadi pemutus kepada korban mereka adalah SWT. Allah SWT Yang Mahu Mengetahui siapa antara kedua-duanya yang ikhlas, yang berada di jalan benar dan lurus. Hak Allah-lah yang menjadi pemutus kepada korban mereka.

Muktakhir ini, negara dihebohkan dengan 'doa PAS' pada penutup Muktamar ke-58-nya di Putik, Pengkalan Chepa, Kelantan. Kemudian PM Najib Razak sendiri membaca 'doa Umno' pada penutup Perhimpunan Agung Umno 2012 di PWTC, Kuala Lumpur.

Mungkin ada persamaan situasi antara 'doa PAS' dan 'doa Umno' ini dengan doa pasangan suami isteri di depan Kaabah. Jika suami isteri itu bebas untuk berdoa mengikut kehendak masing-masing, pada pandangan hamba yang daif ini tentulah PAS dan Umno bebas untuk mengadu hal masing-masing kepada Allah SWT. Soal kabulnya doa bukannya urusan manusia - serahkan segala-galanya kepada Yang Maha Kuasa.

* Namun, mengapa agaknya sesetengah pihak (agaknya orang dan pemimpin Umno) yang gerun dengan doa orang PAS itu? Bukan makin heboh lagi golongan ini yang memperkatakan akan doa itu. Sama seperti doa pasangan suami isteri tadi, apa nak ditakutkan dengan doa 'lawan' masing-masing.

Jika kita yakin kita di jalan yang benar pastilah Allah SWT akan berpihak kepada kita, bukankah bagi setiap doa itu sudah dijanjikan untuk dimakbulkan di dunia ini, jika tidak 'disimpan' untuk kita nikmati di akhirat nanti dan lebih mulia lagi di dunia pun kita dapat di akhirat pun kita dapat sejajar dengan doa ulung ini: "Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar" yang bermaksud "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada seksa neraka." (QS. Al Baqarah 201)

Sewajarnya sebagai orang jitu imannya, kita tidak gusar dengan perbuatan termasuk doa orang lain kerana berpegang teguh kepada akidah, tiada apa yang boleh merosakkan kita sekali pun bergabung seluruh makhluk jika hal itu tidak dizinkan Allah SWT. Jadi jika kita berada di landasan (jalan) yang betul dan lurus, apa yang hendak ditakutkan?

Biasanya yang takut itu adalah orang bersalah, dia sentiasa bimbang orang akan tahu tembelangnya. Orang tidak pun membicarakan kesalahan atau perbuatan jahatnya, tetapi dia terasa pula. Macam orang sudah berak di tengah jalan, mana dia mahu mengaku. Tetapi apabila ada orang buka bicara 'kisah tahi', dia dengan mudah akan terasa. Orang cerita kisah tahi ayam pun, dia terasa!

Jika dengan melakukan perbuatan jahat kecil-kecilan seperti berak di tengah jalan pun pelakunya sudah resah gelisah, bayangkan jika seseorang atau kumpulan terbabit dalam kes bunuh, rogol, zina, rasuah, rompak wang rakyat, menipu dalam proses mendapat kuasa dan sebagainya.

Tentunya mereka bimbang apabila orang membicarakan hal ini sekalipun tidak menyebut nama mereka. Apabila orang memperkatakan bab hudud, hati mereka akan berdegup pantas dan kuat... dup... dap... dup... habislah aku nanti aku kena rejam dengan batu (bagi pesalah zina) dan potong tangan (bagi pencuri). Mereka pun cipta pelbagai alasan dan dongeng seperti 'makan sup tanganlah', 'takkan ada saksi benarlah' dan 'hudud PAS-lah'.

Jika kita rajin mengikuti tazkirah termasuk kelas pengajian di masjid, kerap benar kita mendengar ustaz memberitahu antara doa yang mustajab (cepat dimakbulkan) adalah doa orang teraniaya atau dizalimi. Pelaku zalim ini tidak payahlah menunggu di akhirat, di dunia lagi mereka sudah dinampakkan dan menerima kesengsaraan kehidupan.

Kata ustaz, kezaliman itu bukan saja bermaksud menzalimi manusia (terhadap orang Islam dan bukan Islam) tetapi juga kepada binatang malah seluruh makhluk-Nya. Jika kita menzalimi seekor binatang, binatang itu akan mendoakan kebinasaan kita, itulah sebabnya kehidupan kita tak pernah aman, selalu berkeluh kesah dan sengsara sekalipun harta bertimbun, kuasa besar dan berjawatan tinggi melangit.

Jika kita amat-amati, memang benar sesetengah orang Umno terutama pemimpinnya hidup dengan harta bertimbun, kuasa besar dan berjawatan tinggi, tetapi mengapa ya, mereka selalu berkeluh kesah dan akhir-akhir ini percakapan mereka termasuk di Perhimpunan Agung mereka semakin banyak merapu.

Ada seorang pembahas berkata, banyak sungguh jasa Umno kepada seseorang - daripada bayi sampailah ke dia mati - semuanya dibiayai oleh Umno; seorang nenek di kampung saya yang kebosanan disogok laporan Perhimpunan Agung Umno di TV saban hari, dengan mudah dapat menjawab dakwaan dangkal itu - katanya, biaya itu bukan pakai duit Umnolah, itu duit CUKAI dibayar rakyat. Umno (BN) hanya kuli bagi mengurus duit rakyatlah! ~ Lanh


PANAS! Sugar Daddy artis Zahida Rafik bakal diterajang

Posted: 12 Dec 2012 10:09 PM PST

Tahun 2012 sudah hampir melabuhkan tirainya dan andai direnung kembali peristiwa sepanjang tahun ini sudah tentu bahang PRU13 (pilihanraya umum ke 13) yang tidak berkesudahan tetap menjadi bualan hangat bagi mereka yang merasakan cukup arif tentang suasana politik Malaysia.

Ada sesuatu yang sangat menarik perhatian penulis untuk mengulas kemelut politik yang sedang melanda Malaysia Timur ketika ini dan di antara yang paling panas ialah Parlimen Semporna P189 yang memang terkenal sebagai salah satu kubu kuat Umno semenjak parti tersebut berjaya menakluki negeri Sabah.

Hasil daripada kajian yang penulis telah lakukan semenjak kembali dari bercuti di daerah tersebut, amat mengejutkan apabila disedari bahawa Ahli Parlimen bagi Semporna ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Mohd Shafie Apdal yang juga merupakan salah seorang yang bertanggungjawab membawa kemasukan Umno ke Sabah pada tahun 1991.

Menyingkap titik permulaan beliau di arena politik Malaysia, Shafie hanya bermula sebagai pegawai biasa di Yayasan Sabah berjaya dketengahkan oleh bapa saudara beliau Sakaran Dandai yang pada masa itu pemilik kerusi DUN N48 Sulabayan di bawah tiket parti pembangkang Usno.

Setelah Shafie berjaya mengambil alih kerusi parlimen Semporna pada PRU 1995, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Timbalan Menteri Pertahanan, Menteri Hal Ehwal Pengguna dan Korperasi, Menteri Perpaduan Masyarakat dan Kebudayaan dan kini menerajui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Melalui rekod jawatan yang beliau sandang, ternyata Shafie adalah seorang yang boleh dikatakan pemain peranan utama di dalam kabinet Barisan Nasional.

Memegang tampuk kepimpinan Parlimen Semporna selama empat penggal dan pada pemilihan Agung Parti Umno 2008 beliau berjaya menduduki salah satu daripada kerusi naib presiden. Rekod kejayaan Shafie sebagai ahli politik memang boleh dikatakan gah secara zahirnya.

Berbalik semula kepada topik daerah Semporna. Lawatan penulis baru-baru ini sangat membuka mata.

Tanah yang terkenal dengan Pulau Sipadan (Diver's Heaven) ternyata daif dan jauh ketinggalan dalam segala aspek walaupun diwakili oleh orang penting di dalam kabinet Barisan Nasional (BN).

Persoalannya, apakah yang telah dilakukan oleh Shafie selama empat penggal memegang mandat para pengundi di Semporna ini?

Soalan ini memaksa penulis cuba mencari tahu daripada masyarakat tempatan bagi mengenal pasti kepincangan pengurusan daerah tersebut.

Hasil daripada apa yang diamati, ada 4 Dalil Utama yang akan menjadi penyebab kepada kekalahan BN sekiranya Shafie diturunkan sekali lagi pada PRU13 nanti.

1. Janji empat penggal tidak ditepati

Ditanyakan tentang kepimpinan dan kredibiliti Shafie kepada masyarakat tempatan, terlalu ramai yang mengeluh dan menyuarakan rasa kecewa mereka dengan cara pimpinan Shafie setelah empat penggal.

Terlalu banyak janji-janji yang tidak ditepati. Salah satu daripadanya ialah pembinaan jambatan dari tanah besar Semporna ke Pulau BumBum yang dikatakan janji empat penggal yang jelas tidak ditunaikan sehingga ke hari ini.

Ramai yang hilang keyakinan dan berjanji tidak akan memberikan sokongan mereka kepada Shafie lagi kerana hilang kepercayaan kepada janji-janji manis yang ditaburkan.

Selain daripada janji jambatan yang tidak tertunai, penduduk daerah ini juga berdepan dengan masalah infrastruktur di mana jalan utama ke pekan Semporna sentiasa mengalami kesesakan kerana sudah tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah.

Masalah kemudahan asas yang semakin meruncing seperti bekalan tenaga elektrik yang tidak stabil dan bekalan air bersih yang tidak terurus juga sudah sekian lama tidak dapat diselesaikan.

Dan yang sangat memalukan ialah pengurusan sampah yang sangat lemah telah mengharumkan nama Semporna sebagai daerah terkotor di Sabah dan juga mungkin di Malaysia.

Kekotoran daerah ini memang tidak dapat disangkal lagi dan sudah cukup menjadi bukti kukuh kepincangan kepimpinan Shafie dan YB DUN di dalam kawasan parlimen Semporna.

2. Skandal artis

Ramai sedia maklum kehangatan skandal pemberian hampir RM1.3 juta kepada seorang aktres tempatan.

Walaupun Shafie berjaya mendiamkan dan menyejukkan kehangatan skandal ini, golongan masyarakat Semporna sudah maklum akan kebenarannya, malah ada anak tempatan yang mempunyai bukti yang kukuh atas kesahihan skandal ini.

Kehangatan skandal ini juga dikatakan telah membuka semula rahsia skandal lapuk Shafie yang dikaitkan dengan seorang wanita tempatan.

Kedua-dua skandal ini sebenarnya boleh dikatakan nyata bagai 'sudah terang lagi bersuluh', tetapi Shafie tetap menafikan dan sanggup menipu dan memperbodohkan masyarakat daerah Semporna.

Persoalan penting yang harus diberikan tumpuan ialah, bagaimana Shafie mampu mendapat jutaan ringgit bagi menampung kemewahan hidup artis tersebut?

Mengimbas semula skandal-skandal yang pernah melanda barisan pemimpin tertinggi Umno, seharusnya Shafie mengambil langkah yang sama menawarkan diri untuk tidak bertanding di dalam PRU13 agar beliau dapat bersara dengan cara terhormat.

Skandal ini tidak seharusnya diambil mudah oleh barisan pemimpin tertinggi BN sekiranya mereka benar-benar ingin menurunkan barisan calon pilihan terbaik.
Terdengar ura-ura mengatakan akan ada pihak yang berani untuk membuktikan kesahihan skandal ini.

Seandainya Najib Altantuya bersungguh-sungguh mahu mempertahankan kuasa BN di Putrajaya, maka tidak salah untuk mengorbankan Shafie demi nama baik Umno kerana lambat laun akan terbukti Shafie hanyalah individu yang akan membawa kerosakan pada imej kepimpinan BN.

3. Kronisme dan sabotaj penyokong Umno

Selama menjadi menteri di Persekutuan, Shafie dikatakan telah mengamalkan kronisme di mana beliau telah banyak menganugerahkan projek-projek kerajaan kepada ahli keluarga yang terdekat.

Ada yang mengatakan bahawa saudara mara beliau hanyalah keluarga sederhana, tetapi menjadi kaya raya hanya dengan sekelip mata Ketidakadilan beliau ini telah mengakibatkan para penyokong Umno sendiri tidak berpuas hati dan dipercayai akan cuba membuat sabotaj ke atas beliau di dalam PRU13 nanti.

Mengambil kira dari keadaan semasa yang melanda negeri Sabah, Ahli Majlis Tertinggi BN sewajarnya meminta Shafie untuk meletak jawatan bagi membuktikan kesungguhan mereka untuk membariskan pemimpin yang bersih dan lebih cekap mengurus di dalam PRU13 nanti.

Tindakan bekas presiden Umno seperti Mahathir Mohamad dan juga Abdullah Ahmad Badawi yang dengan sukarela melepaskan jawatan mereka dan bersara harus dicontohi oleh Shafie demi kepentingan perjuangan Umno dan BN di Sabah.

4. Calon pembangkang bukan calon pilihan Shafie

Bukan lagi khabar angin. Yang jelas, dalam PRU10 sehingga PRU12 masyarakat tempatan ada mengakui bahawa Shafie telah meletakkan orang sendiri sebagai calon parti lawan dan ini adalah faktor utama kejayaan bertahan selama empat penggal.

Strategi beliau telah lama dikenal pasti dan setelah menyedari bahawa anak tempatan yang juga seorang pakar bedah pilihan sebenar KEADILAN Pusat akan menentang beliau, pelbagai usaha telah beliau lakukan bagi memastikan anak tempatan tersebut tidak dicalonkan.

Satu langkah jelas yang beliau lakukan ialah dengan memporak porandakan urusan Cabang KEADILAN Semporna dan juga cuba meletakkan calon wanita yang kononnya Ketua Srikandi Cabang tersebut.

Malangnya, perhimpunan kemasukan beramai-ramai ke dalam KEADILAN yang dihadiri hampir 3,000 orang tempatan di Semporna telah membuktikan bahawa Shafie akan menghadapi kerumitan di dalam mempertahankan kerusi beliau.

Kemasukan beramai-ramai ini juga petanda besar kepimpinan Shafie telah ditolak.

Memancing undi dengan wang ringgit bukan lagi satu kaedah terbaik untuk memenangi hati masyarakat Semporna pada PRU13 kerana perkara utama mereka inginkan ialah pemimpin yang lebih berjiwa rakyat dan mampu menzahirkan segala janji yang ditaburkan.

Mungkin Shafie berada di zon selesa sebelum ini sehinggakan beliau terlepas pandang akan kepincangan yang telah beliau lakukan selama memegang kerusi tersebut hampir 18 tahun.

Sudah tiba masa untuk beliau memberikan laluan kepada muka baru bagi memimpin dan memenangi hati pengundi pada PRU13 kelak.

Empat dalil (faktor utama) telah diterangkan di sini, maka terserah kepada pucuk pimpinan BN untuk membuka dacing dan membuat pertimbangan.

Meletakkan Shafie dalam senarai calon sekali lagi hanyalah umpama membiarkan parasit membiak dan merosakkan kredibiliti BN.

Padah akan mengundang seandainya suara pengundi Semporna dianggap remeh kerana kuasa ditangan mereka.

Kebencian para pengundi pada Shafie sudah tidak dapat dibendung lagi.

Yang pasti, janji dan sumpah keramat Shafie sudah tidak mampu mengaburi mata penduduk tanah Bajau Laut itu.

Rizaldy A Aziz


Tiada ulasan: