Khamis, 13 Disember 2012

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Bendera PKR dibakar, budaya politik samseng menular

Posted: 12 Dec 2012 08:29 PM PST


Wartawan Sinar Harian
13 Disember 2012
Bendera dibakar
Ahli PKR menunjukkan laporan polis berikutan bendera PKR yang dibakar.
PALONG - Gerak kerja PKR yang sentiasa mendapat tempat di kalangan peneroka dipercayai menjadi punca bendera parti itu yang digantung di simpang masuk Felda Palong 4, 5 & 6, di sini menjadi mangsa khianat.

Naib Ketua PKR Cabang Jempol, Rebin Birham berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab membakar bendera parti itu, Ahad lalu, bukan saja biadab, malah menunjukkan rasa terdesak segelintir pihak yang cemburu melihat parti itu semakin mendapat sokongan.

"Saya lihat perbuatan ini adalah rentetan daripada rasa tidak puas hati pihak berkenaan terhadap PKR kerana gerak kerja dan segala aktiviti kita mendapat tempat di kalangan peneroka.

"Namun, peneroka kini lebih bijak menilai dan memilih parti mana yang mereka nampak lebih baik serta mempunyai masa depan untuk membela nasib peneroka," katanya yang juga merupakan Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Keadilan.

Sementara itu, Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh berkata, tindakan tersebut menunjukkan amalan 'politik samseng' sudah menular di daerah ini, walaupun negara mengamalkan demokrasi membolehkan bebas memilih parti mereka mahu.

"Masalah ini bukan saja di Palong, malah kawasan lain turut terkena tempiasnya.

"Budaya ini perlu diubah. Kita minta kerjasama polis agar mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perbuatan tidak beretika ini," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Sementara itu, kejadian bendera PKR dibakar, Ahad lalu, disedari Setiausaha Ranting Keadilan Felda Palong 5, Mohd Razali Salleh ketika dia dalam perjalanan ke kebun.

"Semasa saya dalam perjalanan ke kebun sekitar 7 pagi, saya dapati satu bendera besar serta dua bendera kecil PKR telah dibakar dekat simpang masuk Felda Palong 4, 5 & 6.

"Saya terus buat laporan polis pada hari sama kerana ini adalah kejadian ketiga berlaku. kami tidak puas hati atas tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab ini," katanya.

DUN BOTA JADI TUAN RUMAH..HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT DI SERI ISKANDAR 16 DIS 2012..

Posted: 12 Dec 2012 04:14 PM PST

Himpunan kebangkitan rakyat 16 Disember 2012 akan diadakan di Bandar Seri Iskandar,Bota,Perak.Sebelum ini diadakan di Batu Pahat Johor.Himpunan kebangkitan Rakyat ini dianjur oleh Parti-parti kompenan PAKATAN RAKYAT dengan kerjasama dari beberapa NGO-NGO yg lain.

Konvoi kereta dan motorsikal dari setiap daerah-daerah di dalam negeri Perak yg bermula dari daerah masing-masing  dan berakhirnya di tempat himpunan di Bandar Seri Iskandar

Hadirin akan mendengar amanat-amanat dari pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) sebelum kita menghadapi PRU ke 13 yang akan menjelang tiba tidak berapa lama lagi.Antara pemimpin tertinggi yg akan hadir ialah Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim,Pengerusi DAP Lim Kit Siang,Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin-pemimpin tertinggi PR yang lain.

MOH MENGKOME KITE KE BANDAR SERI ISKANDAR 16 DISEMBER INI...SEMUE DI JEMPUT HADIR.

Sumber-botaonline group

Msinc-Akan support satu banner dari TBO

Tiada ulasan: