shalehudin |
- Gambar IC Najib pulak disebar...
- Chitt!! Zunar dah bikin KECOH lagi...
- Nah amek kaw, nak sangat...
- Teringat MASKOT yang tersenyum kat Batu Caves
- Artikel panjang tapi berbaloi untuk dibaca...
- Prihatinnya Ah Jib Gor neh... terharu aku...
- Wahai macai Ameno, mai sini tolong komen sikit...
- Apa yang Najib nak tunjuk sangat neh...
Gambar IC Najib pulak disebar... Posted: 12 Dec 2012 08:00 AM PST 121212 - Najib Tipu!! Ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini cemas dengan kehadiran dan sorakan 2,000 rakyat serta pemimpin pembangkang di depan bangunan itu. Pintu pejabat tersebut ditutup sebaik kumpulan itu sampai di situ kira-kira jam 11.15 pagi tadi. Kumpulan tersebut datang dengan lebih 10 buah bas persiaran daripada seluruh negara dan mula berkumpul di lapangan parkir berhampiran seawal jam 9.30 pagi sebelum bergerak ke JPN pada 11 pagi. Sepanjang perarakan, para peserta bersorak "Najib tipu", "Hishammuddin tipu", "JPN tipu" serta membawa sepanduk dan replika IC merah bergambar Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Sebelum perarakan dimulakan, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan penganjur himpunan memberikan ucapan kepada peserta yang majoritinya masyarakat kaum India yang memegang kad pengenalan (IC) merah. Penganjur perhimpunan, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dalam ucapannya menempelak Datuk Seri Najib Razak kerana menipu semasa berucap pada Perhimpunan Agung MIC hujung minggu lalu. Najib menyatakan hanya 9,000 sahaja yang memohon kerakyatan kepada JPN. "Najib kata 9,000, dia tipu! "Sebenarnya lebih daripada angka itu. Ramai lagi rakyat Malaysia yang masih belum mendapat kerakyatan sebagai warganegara," kata Surendran. Turut berucap, Ahli Parlimen (MP) Kapar, S Manikavasagam dan MP Subang, R Sivarasa, Manikavasagam di depan pintu JPN menunjukkan IC Hijau yang diberi pada sebahagian rakyat Malaysia berketurunan India. Manakala peserta himpunan sekarang duduk di depan bangunan itu sambil membantah pengabaian kerajaan ke atas mereka. |
Chitt!! Zunar dah bikin KECOH lagi... Posted: 12 Dec 2012 07:28 AM PST Isu2 rakyat dalam buku terbaru Zunar "Lawak & Lawan" KUALA LUMPUR 12 Dis: Kartun untuk rakyat, begitulah pendekatan yang diambil kartunis Zunar melalui buku kartun terbaru beliau berjudul "Lawak & Lawan." Menjelas lebih lanjut, kartunis kontroversi itu berkata ia tetap mengekal mesej yang sama iaitu mengenai rasuah dan salahguna kuasa oleh kerajaan BN, cuma kali dia mahu membangkitkan kesedaran rakyat melaui karya kartun. "Apa yang saya nak sampaikan ialah rasuah bukan isu politik, tetapi adalah isu jenayah yang keji, sebab ia melibatkan wang rakyat. Kerana itu dalam buku ini, banyak kartun-kartun yang menggambarkan bagaimana rakyat menanggung derita akibat rasuah oleh pemimpin Barisan Nasional dan kroni-kroni mereka," kata Zunar. "Judul "Lawak & Lawan" juga mencerminkan keazaman saya sebagai kartunis untuk sama-sama berjuang dengan rakyat bagi menumbangkan rejim Barisan Nasional," tambah beliau lagi. Majlis pelancaran akan diadakan pada 15 & 16 Dis (Sabtu & Ahad) di compound Amcorp Mall (menghadap tasik, Ground Floor belakang Mc Donald) dari jam 11 pagi hingga 9 malam, kedua-dua hari. "Saya berharap peminat, penyokong dan orang ramai dapat memberi sokongan untuk hadir dan membeli buku ini," kata Zunar lagi. "Lawak & Lawan" diterbitkan dalam dua bahasa, iaiatu Bahasa Melayu dan Inggeris. setebal 108 muka surat, penuh warna dan dijual dengan harga RM25 senaskah. Pembelian online boleh dibuat di sini. |
Posted: 12 Dec 2012 05:11 AM PST Ambik nak sangat Salah seorang kawan lama penulis berkata ramai orang umno yang kata padanya pru 13 ini kami akan undi PAS. Kawan lama penulis itu kelihatan sangat gembira dengan perkembangan tersebut. Bukan setakat itu sahaja malah sangat yakin dan percaya dengan pengakuan itu, dan PAS ada cam memerintah semula Terengganu. Kata beliau lagi, itu ikrar yang dibuat beberapa orang umno pada saya ketika bertemu dalam beberapa majlis walimatul urus perkahwinan banyak pada waktu cuti sekolah. Bercakap pasal ikrar orang umno teringat penulis akan prihal Ibrahim Ali yang yang menang bertanding atas tiket PAS di perliman Pasir Mas, berkata jiwanya adalah jiwa umno. Pada hemat penulis, ikrar yang dibuat oleh kebanyakan orang umno kini merupakan satu taktik baru yang pernah dilakukan semasa PAS memerintah Terengganu dahulu (1999-2004). Tahukah anda, kebanyakan orang umno waktu itu menggunakan "ikrar" itu sebagai senjata yang paling berkesan untuk membuat pucuk kepimpinan PAS yakin dan percaya yang mereka sudah berubah dan tak mahu lagi kepada umno. Pendek kata, kebanyakan pucuk kepimpinan PAS lebih percaya orang umno berbanding dengan orang PAS sendiri .Lebih lebih lagi ada sesetengah berkata bahawa "saya tak mahu lagi pada umno", macam kata kawan penulis bahawa "saya nak undi pas kali ini" Macam apa yang berlaku pada umat islam zaman sekarang anak anak lebih percaya orang luar berbanding dengan ibubapa sendiri.Adik beradik satu keluarga lebih percaya kawannya berbanding abangnya sendiri. Bukan setakat itu sahaja, malahan beberapa EXCO atas nama yakin dan percaya mereka sudah berubah diberi peluang untuk menjawat dilantik sebagai JSR. Beberapa EXCO ketika berucap menyatakan umnolah yang memberi kemenangan kepada PAS di negeri Terengganu. Atas sebab itu ramai orang umno yang datang tepuk bahu pucuk pimpinan PAS mendapat habuan, termasuk dapat balak dan projek projek kerajaan dan anaktiri orang PAS. Pembahagian lot lot tanah kedianan dan pertanian sebanyak lima puluh ribu lot yang diluluskan sepanjang pemerintahan PAS yang diluluskan kepada orang PAS hanya boleh dibilang dengan jari. Oleh itu, Ikrar Ibrahim Ali harus diambil kira. Beliau walaupun sudah di pecat dari umno, tetapi jiwanya adalah jiwa umno dan tetap berjiwa umno. Ingat taktik jahat umno yang akan masuk dalam perut nanti." |
Teringat MASKOT yang tersenyum kat Batu Caves Posted: 12 Dec 2012 02:25 AM PST Woi Najib, ingat orang India ni barang mainan ker? Assalamualaikum,,.. Najib mahu kelentong orang India pulak! Najib ingat orang India boleh gentel gentel macam keropok, malah Najib tanpa segan silu mahu orang India jadi simpanan tetap BN sebagai penjamin kemenangan pada PRU 13 nanti. Awas orang India, awas kerana anda sekelian sedang dipukau oleh Najib. Najib terus menerus mahu menipu rakyat, kali ini orang India pula apabila dia mengatakan satu undi kepada PR bermakna huru hara, sedangkan yang sebenarnya satu undi untuk BN merupakan kemusnahan besar kepada negara. Najib mahu orang India lupa bahawa huruhara yang dicetuskan semasa perhimpunan Hindraf dulu dimulakan oleh BN, Najib mahu orang India lupa bagaimana orang orang India berbondong bondong membanjiri ceramah PAS,PKR dan DAP (sebelum PR ditubuhkan), Najib mahu orang India lupa bagaimana jalinan persaudaraan orang India dan melayu serta cina selepas PRU 12 lalu dan menjadi simpanan tetap kepada BN. Apakah tawaran Najib sebagai balasan? hampir null. Najib janji kosong kerana Najib masih lagi leka dibuai mimpi dan percaya orang India mudah diperdayakan. Najib sudah hilang akal, sudah habis ikhtiar, namun masih tidak mampu untuk menggunakan kuasanya membubarkan parlimen. woi Najib, ingat orang India ni barang mainan ker?"~ senik |
Artikel panjang tapi berbaloi untuk dibaca... Posted: 12 Dec 2012 01:05 AM PST Diekori Cawangan Khas? Banyak yang mahu dikongsi oleh Musa yang TERDESAK Apabila kita mempunyai perdana menteri (PM) yang licik seperti Mahathir Mohamad, ketua polis negara (KPN) yang patuh seperti Musa Hassan dan Peguam Negara (AG) yang dipersoalkan kredibilitinya seperti Abdul Gani Patail, terlalu banyak perkara yang boleh dipalsukan untuk mengekalkan status quo dan menyembunyikan sistem yang dibina dengan begitu teliti oleh Mahathir dan parti UMNO untuk mengaut keluar wang negara sehingga ke ringgit yang terakhir. Kita semua tahu salah laku Mahathir seperti penyalahgunaan kuasa dan wang serta pembaziran ke atas perbendaharaan negara tanpa rasa perlu menabung untuk kecemasan. Sekali gus meninggalkan orang Melayu 'kering kontang' seperti pengemis di tempat kelahiran mereka sendiri. Walau bagaimanapun, Mahathir berjaya mewujudkan beberapa orang jutawan Melayu dan juga beberapa bilionaire Melayu, namun seperti apa yang dikatakan bekas pengerusi MRCB, "Apalah maknanya mempunyai beberapa orang jutawan apabila puluhan ribu yang lain hilang punca pendapatan?"Tetapi, dalam buku Mahathir, seperti biasa, dia merupakan penyelamat dan wira bangsa dan tiada siapa yang berani untuk mempersoalkannya. Seperti biasa, bukan dirinya tetapi orang Melayu lah yang tidak "bersyukur" dan patut dipersalahkan atas nasib yang menimpa diri mereka sendiri. Lubuk buaya Musa bersama dua lagi adik beradiknya iaitu pelakon terkenal Jalaluddin dan Fuad, bekas ahli parlimen UMNO Ampang Jaya, telah dilahirkan dalam keluarga yang berpegang teguh dengan ajaran agama. Mereka membesar dalam persekitaran yang kuat didikan namun tidak terlalu kaya. Akibatnya, mereka terpaksa bekerja keras untuk menyara diri sendiri. Dengan latar belakang sedemikian, ia tidak menghairankan jika Musa mampu untuk menunjukkan bahawa dia mempunyai pendapatnya sendiri walaupun telah menjadi anjing peliharaan Mahathir selama beberapa dekad. Lebih-lebih lagi sejak tuduhan liwat dikenakan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Ya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah melaksanakan 'penyiasatan' acuh tak acuh mereka tetapi AG mengarahkan kes itu ditutup walaupun sebelum siasatan selesai, kerana mendakwa mereka kekurangan bukti! Tetapi itulah kebiasaan Gani. Peguam Negara juga telah dituduh melakukan beberapa perbuatan yang tidak patut sebagai ketua peguam negara. Pada satu masa, Gani telah dituduh memiliki perempuan simpanan dan dia telah membeli sebuah rumah untuknya di Alor Gajah dengan wang yang kononnya diberikan oleh pengarah kumpulan pembinaan tempatan. Khabarnya, Gani telah memberi 'pertolongan' dalam kes yang berkaitan dengan beberapa perniagaan yang dihadapi oleh syarikat itu. Gani yang juga rapat dengan Tajudin Ramli, bekas pengerusi MAS yang juga pernah menjadi anak emas Mahathir dan kroninya bekas menteri kewangan Daim Zainuddin. Berpatah arang Adakah dia bakal menyertai PKR atau PAS dan mengapa? Tidak syak lagi, kita akan mengetahui jawapannya tidak lama lagi. Tetapi sehingga cerita sebenar diketahui, plot yang paling menarik perhatian melibatkan Musa, Gani dan Mahathir adalah dakwaan merangka tuduhan liwat yang pertama ke atas Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Hukuman digugurkan dan Anwar dibebaskan pada September 2004 selepas merana dalam penjara selama 6 tahun. Musa, yang pada ketika merupakan pegawai penyiasat, telah memainkan peranan penting dalam penganiayaan Anwar. Walau bagaimanapun, pemenjaraan Anwar inilah yang menaikkan pangkat Musa kepada jawatan KPN oleh Mahathir dan selanjutnya seperti apa yang kita sudah ketahui sekarang. 'U-turn' mengejutkan Musa bermula pada Oktober lalu apabila dia tiba-tiba menarik balik saman fitnah 'Mata Lebam' dirinya terhadap Anwar. Laporan berita pertemuan Musa dengan Mursyidul Am PAS Nik Aziz juga hebat diperkatakan dan mengejutkan ramai pihak. Spekulasi Musa ingin menyertai PAS sedang bertiup kencang malah ia telah menjadi satu trend bagi bekas penjawat awam terutamanya polis untuk menyertai sama ada PAS atau PKR untuk 'menebus' dosa-dosa yang mereka katakan tidak punyai pilihan untuk lakukan semasa bekerja di bawah pentadbiran Umno-BN. Masa untuk mencari perhatian maksima pemimpin Umno Mengapa Musa membuka cerita ini apabila UMNO sedang mengadakan perhimpunan Agung ke-66 pada akhir bulan lepas? Ramai yang telah merasakan mungkin ada beberapa "orang kuat" dari dalam UMNO sendiri dan bukan Pembangkang yang telah menghasut Musa untuk berbuat demikian. Ia adalah sesuatu yang aneh apabila cerita ini dibuka serentak dengan Deepak yang juga membuat pendedahan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Rosmah Mansor dan Ketua Wanita Selangor Raja Ropiaah berkenaan penipuan penswastaan tanah. Apabila testimoni Musa memalukan Hishammuddin, Deepak pula menjerit-jerit bahawa sepupu Hisham - Najib dan isterinya Rosmah bukan juga dari golongan yang baik-baik. Terpijak jari kaki Ya,Musa Hassan yang sedegil keldai itu telah menyedari kebodohan dirinya sendiri. Semasa zaman kegemilangannya, dia begitu berpengaruh dan banyak bergaul dengan orang-orang seperti Tengku Goh, Gani, Mahathir dan orang-orang besar yang lain, Musa tidak sedar akan mereka yang telah disakiti pada masa itu. Dia hanya menyedari bahawa masanya sudah hampir tamat apabila dia tidak lagi arahan Hishamuddin. Ini telah menyebabkan perkhidmatannya telah ditamatkan tanpa diberikan apa-apa keistimewaan sebagai pengerusi dalam beberapa GLC terkenal atau syarikat berkaitan kerajaan. Mungkin agak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Musa telah ditinggalkan kering kontang tetapi yang pasti sebagai bekas penjawat awam yang tertinggi, dirinya telah diketepikan untuk mendapat habuan persaraan. Tetapi dia telah mendapat tahu bahawa waris Mahathir tidak menyimpan niat untuk meneruskan kerjasama dengannya. Jadi tinggallah Musa dengan tangan kosong dan bertahi. Apa yang lebih menyakiti lagi, Mahathir berpura-pura tidak tahu pada usia 87 tahun, dialah yang menarik tali boneka untuk mengawal Najib 'panglima' UMNO yang lain untuk mengayakan anak-anaknya. Namun, realitinya Mahathir sudah terlalu tua untuk bertahan lebih lama manakala UMNO pula sudah jauh tenggelam dalam masalah. Jadi, Musa telah sedar bahawa lebih baik dia melakukan sesuatu yang boleh menyelamatkannya sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dan memerintahkan siasatan berskala penuh ke dalam semua sandiwara Mahathir. Musa juga pasti takut akan salah lakunya sendiri yang bakal mendatangkan masalah baginya. Dia tahu dia terpaksa menjauhkan dirinya daripada watak-watak jahat ini dan membersihkan dirinya agar mempunyai peluang untuk mengelakkan diri dari didakwa dan dipenjarakan dalam penglibatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Terdapat ramai telah menerima nasib yang sama, apabila tidak diperlukan lagi oleh UMNO, dicampak ibarat kain buruk. Satu lagi contoh baru-baru ini adalah Musa Hitam, bekas timbalan perdana menteri yang tiba-tiba 'meletak jawatan' sebagai pengerusi Sime Darby. Seperti Musa Hitam, Musa yang seorang lagi ini pasti sudah mengira harinya. Kedua-dua mereka sudah tiada penyokong dari belakang. Dalam keadaan sedemikian, sudah semestinya Musa tiba-tiba 'sedar' dan cuba membuktikan dia masih boleh kembali ke pangkal jalan dan bersuara untuk rakyat. Walaupun ini merupakan sesuatu yang dia sepatutnya lakukan sedekad yang lalu ketika dia masih berpengaruh dan benar-benar boleh membantu masyarakat. Faktor Ramli Yusoff Setakat ini, tidak ramai yang bersedia untuk membantu Musa kerana dirinya itu tidak boleh dipercayai. Dengan latar belakang dan rekod buruk, siapa atau parti mana yang mahu mengambil risiko dianiya olehnya nanti? Sedih juga untuk diakui, Musa Hassan adalah racun yang amat berbisa. Tetapi selain dari menyelamatkan dirinya sendiri ada 'satu perkara' yang sebenarnya menakutkan Musa Hassan, menurut sumber dalaman, "Perkara' inilah yang menjadikannya mengambil keputusan untuk membuka cerita orang-orang kuat dalam UMNO. Dan apakah 'perkara' yang telah menjadikan lelaki seperti Musa ketakutan dan tergesa-gesa untuk membuka mulut yang pada suatu masa tertutup rapat? Jawapannya adalah tidak lain tidak bukan, kes Ramli Yusoff dengan AG dan dirinya sendiri. Bekas penjawat jawatan tinggi polis, Ramli mendakwa dirinya diperangkap SPRM dalam "kes polis bernilai 27 juta ". Tuntutan mahkamah Ramli benar-benar mengganggu fikiran Musa kerana kes itu begitu jelas. Peguam yang berpengalaman mengatakan fakta-fakta boleh didedahkan di mahkamah dan Musa akan dijadikan kambing hitam bagi AG dan SPRM kerana dialah yang didakwa diberikan "bukti" untuk mereka terhadap Ramli. Mungkin Musa kini cuba untuk mengatakan kepada semua bahawa "Hei, saya bersih, saya tidak melakukan apa-apa yang kesalahan dan merekalah yang memaksa saya untuk melakukan semua perkara-perkara jahat itu!" Diekori Cawangan Khas Dia banyak menyimpan rahsia gelap UMNO dan menjadi satu tindakan yang agak bodoh dan angkuh bagi mereka untuk mengabaikannya. Pembangkang juga harus membuka mata kerana apa yang membahayakan UMNO biasanya akan memberi banyak manfaat kepada mereka. Anwar dan pemimpin PR perlu cuba untuk mendekati Musa agar dapat mencari jalan penyelesaian untuk membantu Musa 'memulihkan' dirinya dalam supaya dia menjadi orang yang berguna, amanah dan boleh diterima semula oleh masyarakat. Musa, dalam keadaan yang terdesak, telah gagal untuk menyedari bahawa dia telah menjolok sarang tebuan. Ya, sarang dua sepupu iaitu Najib dan Hishamuddin. Turut menerima tempias adalah Rosmah, yang bersedia untuk melakukan serangan balas. Musa pasti tahu bahawa serangan merupakan pertahanan yang terbaik dan bukan dia sahaja yang tahu akan ini malah ia boleh digunakan juga oleh musuh-musuhnya. Sumber mengatakan inilah sebabnya polis Cawangan Khas sering mengekori Musa, bekas ketua mereka sendiri hanya 2 tahun yang lalu. Jelas sudah bahawa Najib terpaksa menghentikan Musa daripada melakukan lebih banyak kerosakan keatas kerjaya politiknya dan menjejaskan survival UMNO pada masa yang sama, terutama sekali dengan pilihan raya umum ke-13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Musa, sepertimana yang mereka katakan berada dalam keadaan yang genting. Berbahaya dan juga dalam bahaya! |
Prihatinnya Ah Jib Gor neh... terharu aku... Posted: 11 Dec 2012 09:17 PM PST Prihatinnya Najib nie.... terharu aku melihatnya.. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya dilihat singgah di sebuah restoran daun pisang di Jalan Gasing, Petaling Jaya tengah hari semalam. Kehadiran beliau yang memandu sendiri kenderaannya mengejutkan pengunjung yang makan di restoran tersebut. Najib turut mengambil kesempatan bersalaman dan beramah mesra dengan mereka yang ada di situ. Sebenarnya bukan Najib saja yang terpaksa berpura-pura begini.. ramai lagi pemimpin ataupun ahli politik yang mempamirkan sikap hipokrit mereka bila pilihanraya menjelang tiba baik dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Jika dulu selepas pilihanraya, setelah menang mahu berjumpa pun sangat susah kononnya mereka kini setelah bergelar Wakil Rakyat terlalu sibuk kehidupan mereka. Sedangkan sebelum menang dulu, sanggup berjumpa rakyat dan bersama petugas parti sampai pukul dua atau tiga pagi.. Dulu.. setelah bergelar Waki Rakyat. pemimpin dari peringkat bawahan yang tidak sehaluan dengan mereka dianggap sebagai musuh mereka meskipun berada di bawah bendera yang sama.. pantang silap sikit, nak pecat saja yang sering keluar dari mulutnya.. Tapi sekarang kerana pilihanraya yang bakal tiba.. orang bawahan yang dianggap sebagai musuhpun sanggup dipeluknya seolah-olah dialah pemimpin yang sangat peka akan hal orang bawahannya.. Dulu setelah menang pilihanraya nak memenuhi jemputan kemajlis yang dianjurkan oleh ahli-ahli parti sendiri pun sangat susah.. Kalau hadirpun sekadar melepas batuk ditangga.. datang.. duduk lima minit keudian beri ucapan lepas tu bergegas meninggalkan majlis.. Tapi oleh kerana pilihanraya menjelang tiba.. dijemput pukul 8.30 malam.. pukul 8.00 malam dah tiba, boleh pula tunggu hingga majlis selesai lebih kurang pukul 11.30 baru meninggalkan majlis.. Yang dapat gelaran Datuk pula.. kalau dulu bersembang dengannya atau menyebut gelaran Datuk yang ada didepan namanya.. dia marah.. tapi plihanraya punya pasal.. sekarang ni tak sebut Datuk tapi sebut nama dia terrus pun dia tak kisah.. Sekarang baru pandai nak berjumpa semua orang untuk bersalam dengan semua orang yang ada dalam majlis.. dulu nak bersalam dengan semua orang?? Sorry lah.. aku ada title 'Datuk'.. korang ada apa? kalau korang nak bersalam dengan aku datang dekat aku.. Samalah dengan apa yang Najib lakukan ni... Siapa yang aku maksudkan di atas tu.. Ahli-ahli PKR Pulau Pinang yang aktif tentu sedia maklum.. jangan buat-buat bodo pulak...- ASD |
Wahai macai Ameno, mai sini tolong komen sikit... Posted: 11 Dec 2012 06:55 PM PST Sebagai pejuang bangsa...!!! Kerana jasanya yang tak terkira yakni MENANGIS semasa Najib berucap di PWTC sempena Perhimpunan Agung Umno 2012, Melaka telah bagi dia anugerah DATUK...!!!!!! Jasanya cukup besar kepada negeri Melaka...Iaitu menangis teresak-esak bila mendengar ucapan Presiden UMNO, Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO 2012. Jasa yang amat besar itu, maka dianugerahkan darjah bergelar Datuk oleh Negeri Melaka. Pergh!!!!... baru admin tau...menangis bila dengar ucapan Presiden UMNO dianggap amat berjasa sekali kepada pejuangan bangsa Melayu. Kalau begitu, tidak lama lagi Mak Cik-Mak Cik yang meraung akan juga diberi imbuhan darjah kebesaran..Jangan khuatir dan bimbang. Jasa anda kalian diperhatikan oleh para pemimpin UMNO.~ FB |
Apa yang Najib nak tunjuk sangat neh... Posted: 11 Dec 2012 04:47 PM PST Perkara pertama yang timbul dalam kepala aku bila tengok gambar Najib tu ialah.... apa sebenarnya orang tua tu nak tunjuk dengan ambik wudhuk di kolah masjid? Nak ambik wudhuk tu lain ceritalah... tapi kenapa perlu Najib sengaja bagi orang ambil gambar dia dan jadikan ia sebagai satu modal politik? Untuk pengetahuan korang, gambar ni di sebarkan oleh Bernama dan beberapa blog penyokong UMNO tegar, kononnya Najib ni memang zuhud dan berjiwa besar sebab sanggup ambik wudhuk di kolah Masjid tersebut. Tapi.., maaf cakaplah yee.. Aku berpendapat, Najib tu 2x5 je dengan Ahmad Maslan... Kalau dulu penyokong Pakatan kata Ahmad Maslan gila publisiti bila bergambar sambil menoreh getah di PRK Manek Urai.., macam tu lah juga Najib yang nak cari glamour dengan ambik wudhuk di kolah masjid. So.., kalau macam ni punya gayanya.., memang sesuai lah Najib tu di gelar hipokrit .. Semuanya nak dipolitikkkan sampaikan ambik wudhuk pun boleh di jadikan bahan pameran... Hebat betul Najib.. macam sesumpah perangainya.. berubah-ubah ikut tempat...- RAMM |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan