Anak Sungai Derhaka |
- PANAS!! Deepak nafi Anwar Ibrahim dalang pendedahannya dan cabar Papa Gomo siar keseluruhan video..
- Sebab Mahathir sokong Rosmah, Shah Rukh Khan akan didatangkan khas meraikan harijadinya..
- Setelah laporannya mengenai AES Kantoi.. Mazidul Akmal Sekat Individu ingin Jadi Rakan Facebooknya
- Ini bukti UMNO membela nasib Melayu.. Wakil UMNO menemui Datuk Yahya Sulong..
- SD oleh bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah ini membuktikan Nazri Aziz menipu lagi di Parlimen
PANAS!! Deepak nafi Anwar Ibrahim dalang pendedahannya dan cabar Papa Gomo siar keseluruhan video.. Posted: 12 Dec 2012 06:25 AM PST Deepak Jaikishan hari ini menafikan bahawa pendedahannya mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor didalangi oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bercakap kepada Free Malaysia Today hari ini, Deepak mendakwa Pencacai-pencacai UMNO telah memutar belit cerita hanya berdasarkan video yang menunjukkan beliau menyebut nama beberapa pemimpin PKR termasuk Anwar Ibrahim. "Saya tidak mengatakan bahawa saya bertemu dengan Anwar," katanya. "Apa yang saya katakan dan apa yang telah ditulis (dalam blog) adalah dua perkara yang berbeza." Dalam masa yang sama beliau mencabar individu yang merakamkan video tersebut menayangkan keseluruhan rakaman dan transkrip apa yang dia telah kata. Rakaman video di bawah telah disiarkan secara meluas oleh blogger pro-Umno. Ikon Fitnah 1Malaysia iaitu Papa Gomo mendakwa video ini adalah bukti bahawa Deepak telah bertemu dengan Anwar sebelum beliau mula melakukan pendedahan mengenai Najib dan Rosmah pada 27 November lalu.. Ini laporan dari Free Malaysia Today KUALA LUMPUR: Carpet dealer Deepak Jaikishan today denied that his recent revelations about Prime Minister Najib Tun Razak and wife Rosmah Mansor were engineered by Opposition Leader Anwar Ibrahim, saying that his mention of the latter in a video footage was taken out of context. Ceh!! fitnah lagi si Papa Gomo ni rupanya... itupun ada pencacai UMNO yang percaya.. awatlah bengong sangat depa ni? Baca juga kisah 'Ikon Fitnah 1Malaysia' yang disaman RM10Juta keran fitnah Husam Musa di ( SINI ) |
Sebab Mahathir sokong Rosmah, Shah Rukh Khan akan didatangkan khas meraikan harijadinya.. Posted: 12 Dec 2012 12:27 AM PST Dalam majlis pra-pelancaran buku 'Biolgraphy Rosmah' di Malaysian Petroleum Club baru-baru ini Dr. Mahathir dilihat telah mempertahankan Rosmah secara terbuka. Ketika ditanya wartawan mengenai pandangan sama ada profil Rosmah menjadi tinggi berbanding dengan isteri perdana menteri sebelum ini. "Tidak ada format standard untuk dipenuhi sekiranya anda menjadi isteri kepada perdana menteri. Anda boleh menonjol semahunya," katanya. Tindakannya itu dianggap oleh banyak pihak sebagai hanya lakonan semata-mata untuk menjamin UMNO dan Barisan Nasional terus kekal berkuasa selepas PRU13. Walau apa tanggapan umum nampaknya sokongan Mahathir terhadap Rosmah dihargai jua.. Sempena dengan harijadinya yang ke 87, Megastar Bollywood, Dato' Shah Rukh Khan akan didatangkan khas semata-mata bagi meraikan sambutan ulang tahun bekas Perdana Menteri itu.. Ini laporan dari Murai.com pasal Shah Rukh Khan nak datang ke Malaysia.. KUALA LUMPUR, 11 DISEMBER 2012: Megastar Bollywood, Dato' Shah Rukh Khan bakal bertandang ke negara ini dengan menaiki jet peribadi miliknya semata-mata bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-87 bekas Perdana Menteri yang disayangi, Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun M. Tentu Mahathir sangat gembira.. mana tak gembiranya Hero dari negara asal dia diterbangkan khas untuk meraikan hari jadinya... Ha.. ha.. ha.. yang gembira sebenarnya siapa agaknya? Mahathir atau Rosmah? Sokong Rosmah punya pasal Shah Rukh Khan didatangkan khas untuk harijadi Mahathir... Pakcik ni nangis bila dengar ucapan Najib dapat title 'Datuk'.. baca di ( SINI ) |
Setelah laporannya mengenai AES Kantoi.. Mazidul Akmal Sekat Individu ingin Jadi Rakan Facebooknya Posted: 11 Dec 2012 08:51 PM PST Sila lihat dulu video dibawah... Yang sebenarnya ini ialah aksi lakon semula. Ini pengakuan dari geng2 riders sendiri beb. Dorang terlibat dalam rakaman ini tue pasal dorang bengkek dan sakit ahti sebab difitnah secara terang2an di tv3. Sekali tengok dokumentari itu kita akan bersetuju dengan apa yang dipaparkan, semuanya nampak seperti satu kebetulan. tapi..apakah aksi-aksi yang dirakamkan itu benar? atau sebenarnya telah dirancang terlebih dahulu. Sekali tengok dokumentari itu kita akan bersetuju dengan apa yang dipaparkan, semuanya nampak seperti satu kebetulan, tapi..apakah aksi-aksi yang dirakamkan itu benar? atau sebenarnya telah dirancang terlebih dahulu, dan merupakan satu lakonan? Ini satu pendedahan panas, isu yang dipaparkan TV3 ini membuatkan ramai biker jadi marah. kenapa? Bikers-biker ini berpendapat TV3 melalui pengacara sensasi yang kelihatan dari dulu sangat anti kepada motosikal cuba memberi gambaran salah .. biker-biker ini berkata mazidul cuba dengan sengaja menjatuhkan imej penunggang motosikal. Mengapa?. Sebenarnya aksi 2 biji motosikal yang dipandu itu bukan diambil secara spontan, sebenarnya ianya cuma satu lakonan, 2 orang penunggang motosikal laju dan agak "pelesit" itu adalah penunggang upahan. gambar bawah adalah buktinya. Adakah anda perasan apa yang dipaparkan diatas?, 2 biji motosikal kuasa tinggi dan sebuah helikopter, mazidul dan jurukamera naik helikopter untuk rakamkan aksi merbahaya yang akan dilakukan oleh 2 penunggang upahan ini. Ini bermaksud Tv3 telah merancang terlebih dahulu aksi yang akan dipaparkan, aksi yang dirakamkan bukan spontan, tetapi menggunakan penunggang upahan. Sepatutnya menurut ramai biker aksi ini harus dilabelkan sebagai "lakonan" supaya tidak timbul salah faham dan tanggapan negatif masyarakat kepada mereka. Nah, sekarang terbuktilah TV3 mereka cipta cerita sehingga mengelirukan, aksi yang dilakonkan dirancang dan ditayangkan seolah-olah aksi yang dirakam secara spontan. mengapa jadi begitu. Sekarang sedang panas isu AES, mungkin dengan cara ini, walaupun aksi tersebut satu lakonan, rakyat boleh tertipu dan berfikir wajar AES dipasang kerana menyangkakan aksi yang dipaparkan itu bukan satu lakonan yang sengaja dirancang. TV3 mengelirukan rakyat, apakah kita masih mahu bulat-bulat percaya apa yang dipaparkan?. ~ Amenoworld Setelah konspirasinya bersama TV3 untuk mengelirukan rakyat mengenai AES itu Mazidul secara terbuka malam tadi menutup kesemua request dalam Facebooknya. Bagaimanapun riders yang terhina dengan kenyataan Mazidul ini terus memberikan komen mereka di Facebooknya dan menunjukkan bukti-bukti bagi menyokong dakwaan mereka. |
Ini bukti UMNO membela nasib Melayu.. Wakil UMNO menemui Datuk Yahya Sulong.. Posted: 11 Dec 2012 06:30 PM PST Wakil UMNO??.. ha.ha.. maaflah ya.. wakil UMNO cuma berminat untuk membantu jika Yahya Sulong ini berada di Lambok atau Somalia ataupun di Gaza.. sebabnya lebih jauh lebih baik.. barulah boleh claim banyak sikit.. Lagipun isu mengenai Datuk Yahya Sulong ini belum disiarkan oleh TV3.. kalau dah disiarkan barulah boleh tolong.. bukannya apa nak PRU ni kenalah tunjuk kepada masyarakat bahawa UMNO itu amat prihatin dalam membela nasib Melayu.. Setelah penderitaan pelawak dan artis veteran tanah air, Yahya Sulong disiarkan di media cetak dan elektronik termasuk media sosial, Pakatan Rakyat pantas menghulurkan bantuan bagi meringankan beban beliau dan isterinya, Alisah Ali. Menurut ahli parlimen Batu, Tian Chua menerusi laman sosial bergambar yang semakin popular, Instagram, tunggakan sewa rumah berjumlah RM868 diselesaikan dengan menghulur sendiri wang yang diperlukan keluarga ini. Selain Tian, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut berjanji akan meminta Kerajaan Selangor membantu menyelesaikan segala permasalahan Yahya sekeluarga. Tian yang menziarahi Yahya dan isterinya di kediaman mereka di Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul dalam parlimen Batu semalam memberitahu, Pejabat ahli parlimen Batu akan menyelesaikan tunggakan tersebut sambil Wanita KEADILAN melalui Biro Kebajikan Artis yang diketuai penyanyi tanah air, Dayangku Intan akan meminta kerjasama Baitulmal Wilayah Persekutuan membuat tindakan susulan selepas kejadian yang menimpa pelawak veteran yang sedang uzur itu. Dayangku Intan sempat membalas mesej Tian dengan mengucapkan terima kasih atas bantuan segera yang disalurkan melalui pejabatnya sebelum notis mengosongkan rumah yang diterima Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Malam tadi, saya mengulas isu yang berkaitan dengan Yahya dan bagaimana Yayasan Artis 1Malaysia (YAT1M) yang dilancar perdana menteri rejim Zionis Umno, Najib gagal menyelesaikan kesusahan yang dialami Yahya termasuk persoalan ke mana dana RM2 juta yang dijanjikan persiden Umno itu disalurkan. Sementara itu, Wanita KEADILAN hari ini dijangka membuat kunjungan ke pejabat Baitulmal di ibu negara bagi mendapatkan penjelasan lanjut pihak mereka mengapa keperitan hidup Yahya dibiarkan begitu lama hingga menyukarkan mereka untuk terus hidup. Ternyata Yahya boleh bernafas lega sementara Pakatan Rakyat mendapat penyelesaian kekal ke atas masalah yang menimpa mereka sekeluarga. ~ Keadilandaily |
SD oleh bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah ini membuktikan Nazri Aziz menipu lagi di Parlimen Posted: 11 Dec 2012 04:30 PM PST Saya telah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah sehingga tahun 2004 dan telah menjadi wakil rakyat bagi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen sejak 1994. Jawatan terakhir saya di dalam Kerajaan Malaysia adalah sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pada 9 Oktober 2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz mengejutkan Parlimen apabila beliau mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Dato' Seri Musa Aman (berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan dengan beliau) telah digugurkan. Menteri berkenaan telah juga mengumumkan bahawa pihak berkuasa turut menggugurkan dakwaan rasuah terhadap seorang niagawan balak dari Sabah bernama Michael Chia, yang sebelum ini dikaitkan dengan tuduhan rasuah berhubung lesen pembalakan melibatkan Dato' Seri Musa Aman. Menurut kenyataan menteri tersebut di Parlimen, dakwaan rasuah terhadap Dato' Seri Musa Aman dan Michael Chia digugurkan atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada UMNO Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri. Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa sepanjang penglibatan dan pengalaman saya dalam pelbagai kedudukan kepimpinan dan pengurusan di dalam UMNO di peringkat pusat dan negeri, saya tidak pernah tahu atau diberitahu mengenai: i. Sebarang perbincangan yang berlaku di peringkat Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah mengenai usaha mendapatkan derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen; ii. Sebarang pengisytiharan yang dibuat di peringkat Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah bahawa derma politik sejumlah RM40 juta telah dibuat kepada UMNO Sabah, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen; iii. Sebarang bukti urusniaga, transaksi atau urusan yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah yang boleh membuktikan bahawa UMNO Sabah adalah penerima derma politik RM40 juta itu; dan iv. Sebarang laporan atau bukti yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah bahawa UMNO telah mendapat manfaat dari derma politik RM40 juta itu. Oleh yang demikian, saya menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada Parlimen adalah tidak benar, menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabah tidak mendapat pulangan setimpal. Buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah. Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah. Wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri. Keuntungan dari penjualan balak pada harga rendah ini kemudiannya disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke pelbagai akaun di luar negara, yang akhirnya dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah. Saya bersedia untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa dari mana-mana negara yang menyiasat perkara ini untuk menghentikan jaringan rasuah yang melibatkan anugerah lesen pembalakan yang telah lama merugikan rakyat Sabah. Saya yakin pengalaman, pengetahuan dan maklumat dalaman yang saya ada mengenai perjalanan UMNO dan kerajaan di peringkat pusat dan negeri akan membantu siasatan. Dan saya membuat Surat Akuan Sumpah ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960. Sila klik pada image untuk paparan yang lebih jelas.. Pencacai UMNO tak perlu jawab.. yang bertanggungjawab untuk menjelaskan hal penipuan dalam Parlimen ini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz sendiri... Jawablah ya Nazri Aziz.. jangan menipu lagi sudahlah.. English Version sila lihat di ( SINI ) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan