otaiblues |
- datuk yang tak seperti datuk datuk lain
- kerana mulut longkang,orang lain bakal jadi mangsa.
- janji allah kepada pemimpin.
datuk yang tak seperti datuk datuk lain Posted: 12 Dec 2012 04:14 AM PST ikhsan. nescafeais.com Isteri kepada pelakon veteran Datuk Yahya Sulong,84, iaitu Datin Alisah Ali berasa malu apabila perlu membawa gelaran yang dikurniakan kepada suaminya disebabkan kehidupan mereka yang dihimpit kesusahan. Alisah berkata, terdapat individu menghantar surat dan berkunjung ke rumahnya di sebuah flat di Sentul dekat sini untuk meminta derma kerana menyangka mereka mempunyai banyak wang gara-gara suaminya menggunakan gelaran Datuk.
Datuk Yahya Sulong pernah dihalang oleh isterinya dari menerima gelaran datuk yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Perlis kerana tidak sesuai dengan suasana kehidupan mereka. Bagaimanapun yahya Sulong tetap berdegil kerana menganggap gelaran itu adalah untuk mengenang jasanya sebagai anggota keselamatan yang berkhidmat mempertahankan negara pada tahun 1948 dan bukan atas kapasiti seorang artis.
Daripada mana beliau dan suami menyara kehidupan? Alisah memberitahu mereka mengharapkan bantuan daripada Baitulmal sebanyak RM400 sebulan dan juga wang pencen salah seorang arwah isteri Yahya sebelum ini iaitu dalam jumlah yang sama. Wang sebanyak RM800 itu digunakan untuk membeli makan minum serta keperluan ubat-ubatan Yahya yang semakin uzur.
Alisah berkata walaupun dihimpit kesusahan dia tidak pernah meminta sumbangan daripada sesiapa pun kerana tidak mahu dituduh terlalu bergantung dengan orang lain. Sebaliknya kata Alisah, sumbangan yang diterimanya selama ini adalah atas rasa belas individu yang melihat kesempitan hidup mereka. Yahya atau nama sebenarnya Yahaya Loong pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang dekat sini pada 20 Februari lalu akibat terjatuh daripada bilik air selain menghidapi beberapa komplikasi penyakit lain termasuk asma. Yahya yang pernah berkahwin sebanyak empat kali mempunyai 11 orang anak. Read more: http://www.nescafeais.com/isteri-yahya-sulong-malu-denga-gelaran-datuk/#ixzz2Eq4ltJJo |
kerana mulut longkang,orang lain bakal jadi mangsa. Posted: 12 Dec 2012 04:03 AM PST gatai mulut sangat..engkau pilihan raya yang lepas pun tak menang nak kondem presiden Indon. dia buat salah ape kat engkau sebenarnya, nak ikut kan dia lansung tak kenal engkau,, sedangkan rakyat negara nya menyanjung dia, enkau pulak nak menganjingkan dia, berapa ramai rakyat nya yang sanggup bergadai nyawa untuknya,, tunggu mulut gatai tu nak kena cili kot tak pun pasal mulut longkang ni la,ada nyawa rakyat malaysia yang terancam.sedangkan kalah bola sepak je depa macam hilang akai, ni pulak dok usik bekas persiden mereke.. |
Posted: 11 Dec 2012 04:10 PM PST Sabda Rasulullah s.a.w Maksudnya: Bukan daripada hamba yang mati di mana Allah meminta dia menjaga rakyat dimana pada hari kematiannya sedangkan dia menipu rakyatnya melainkan Allah mengharamkan ke atasnya syurga. (Riwayat imam muslim) berbuat janji tapi tak di tunai kan,,terima la balasannya.. |
You are subscribed to email updates from otai-blues To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan