shalehudin |
- Apa khabar Mumtaz Jaafar? Hehe...
- PANAS: Bibir Najib takkan merah lagi...
- Macai Ameno kata Musa Hassan mabuk daun ketum... kahkahkah...
- The Star sengaja nak malukan Ameno ngan gambar neh
- Seronok jugak boleh dok londeh Ameno camnie...
- Keangkuhan MB Adnan jadi hiburan
- Spesis-spesis yang dicintai Ameno
- Mai tengok cara DSAI kenen TV3 ngan Utusan...
- PANAS: Video pertembungan Dr Asri vs Ulamak Ameno
Apa khabar Mumtaz Jaafar? Hehe... Posted: 11 Dec 2012 09:50 AM PST Selepas Deepak Dan Musa Hasan, Mungkinkah Mumtaz Selepas Ini? Minggu-minggu kebelakangan ini kedudukan Najib terus dicalar dan dirobek oleh pelbagai pendedahan yang dilakukan oleh ahli perniagaan karpet, Deepak yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan Rosmah Mansor dan juga bekas IGP, Musa Hassan. Deepak yang kini sudah bertalak tiga dengan keluarga Najib mendedahkan pelbagai perkara termasuk dakwaan memberi sejumlah wang kepada Najib, bagaimana beliau dikhianati dan juga dakwaan bahawa isteri PM itu mengumpul projek berjumlah RM26 bilion sejak Najib mengambil alih kuasa pada 2009 lalu. Walaupun Deepak dipercayai akan terus membuat pendedahan demi pendedahan mengenai Najib, Rosmah dan keluarga PM itu, sehingga ini pasangan Najib-Rosmah masih mengunci mulut dan enggan menjawab dakwaan yang ditimbulkan. Ini sekaligus menjadikan sekali lagi persepsi rakyat memihak kepada Anwar dan PR serta menjadi mimpi yang amat buruk kepada Najib di ketika beliau sedang memikir-mikir tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihanraya umum ke 13. Musa Hasan pula mula muncul menghangatkan atmosfera politik negara dengan pendedahan bahawa Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein sering canpurtangan dalam urusan dan mengetepikan kedudukannya sebagai IGP. Beliau mendakwa Hishammuddin sering memberi arahan langsung melalui pegawai polis junior dan ketua polis daerah. Sehingga ini Musa Hassan menjadi individu yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua orang atas keyakinan behawa beliau akan mendedahkan lebih banyak lagi mengenai kepincangan dalam PDRM serta campurtangan orang politik dalam tugas seharian polis. Tiada siapa menyangka Musa Hassan yang mula melonjak namanya selepas Anwar dipecat pada 1998 di mana beliau ketika itu diberi peranan mengetuai pasukan penyiasat dalam kes liwat yang membabitkan Anwar dan Azizan Abu Bakar, boleh melawan arus dengan kerajaan sekarang ini. Walaupun Musa tidak secara terbuka menyokong Anwar dan PR tetapi pelbagai pendedahannya mengenai campurtangan orang politik dalam tugas polis, jelas menguntungkan perjalanan politik Anwar yang kini bersaing hebat dengan Najib untuk menguasai Putrajaya. Lebih-lebih lagi serangan terbuka Musa kepada Hishammuddin adalah ibarat "pukul anak sindir menantu" kerana Hishammuddin adalah sepupu dan antara orang kepercayaan Najib. Gambaran yang terbentang sekarang menunjukkan bahawa Musa tidak akan berhenti bercakap. Selepas Rais Yatim menjawab bagi pihak Hishammuddin mengenai peranan Menteri Dalam Negeri dalam urusan polis, Musa tidak menunggu lama untuk bingkas balik menangkis jawapan Rais itu. Dalam masa yang sama, Musa juga bersetuju untuk menjadi ahli panel wacana politik semasa mengenai budaya politik samseng yang dianjurkan akhbar Sinar Harian pada Khamis, 6 Disember ini. Sudah tentu ada lagi lahar panas yang akan terus terpacul dari mulut beliau dalam wacana itu nanti. Siapalah menyangka Musa Hasan boleh menjadi seperti sekarang ini. Daripada mengetuai pasukan penyiasat kes liwat Anwar, diberi peluang kenaikan pangkat sehingga menduduki kerusi IGP, menjadi pendokong kuat kerajaan beberapa lama dan menjadi musuh utama pembangkang selama ini, tiba-tiba boleh membuat pusingan 360 darjah. Inilah yang selalu diperingatkan kepada kita dalam mengatur perjalanan hidup di dunia ini, "Manusia merancang, Tuhan merancang tetapi ingatlah bahawa perancangan Tuhan sentiasa menang" Pendek kata, dengan Deepak dan Musa Hassan terus bersuara, mereka akan terus menyusahkan kedudukan Najib. Jika Musa Hassan selama ini pendokong kuat kerajaan, Deepak pula adalah antara deretan kawan rapat dan kroni Najib dan Rosmah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Beberapa nama yang lain turut menjadi sebutan umum yang diketahui sebagai mempunyai hubungan rapat dan memperolehi nikmat kekayaan melalui hubungan itu. Antaranya ialah bekas pelari pecut negara, Mumtaz Jaafar yang sebelum ini sering dilihat bersama dan mengiringi di mana saja Rosmah berada. Keintiman dan tidak mahu berenggangnya dengan Rosmah menyebabkan kadangkala beliau digelar kembar siam kepada isteri Perdana Menteri. Dan manfaat yang diperolehi Mumtaz daripada hubungan yang rapat itu juga menjadi bualan umum dan diperkatakan di mana-mana. Sebagaimana Deepak, difahamkan hubungan Mumtaz dengan Rosmah juga sudah berakhir. Mereka kini menjadi kembar siam yang sudah dipisahkan. Apabila Deepak mula bersuara mendedahkan pelbagai kepincangan mengenai Najib dan Rosmah, khabar angin juga mulai bertiup di bursa politik Malaysia mengenai kedudukan Mumtaz. Jika selama ini beliau hanya diam dan memencilkan diri, mungkinkah beliau juga akan menuruti jejak langkah Deepak selepas ini? Mumtaz yang diketahui umum mempunyai hubungan rapat dengan Rosmah dan keluarga Najib dalam tempoh beberapa tahun serta sering bersidai dan keluar masuk rumah Najib tentunya turut menjadi buruan media jika beliau beliau turut membuka mulut seperti Deepak dan Musa Hassan. Tentunya bermacam-macam cerita yang menarik serta sensasi akan keluar dan terdedah dari mulutnya mengenai Najib dan Rosmah. Bak kata iklan Astro "macam-macam ada" dalam pengetahuan Mumtaz. - Shahbudin Husin |
PANAS: Bibir Najib takkan merah lagi... Posted: 11 Dec 2012 05:40 AM PST Datuk Seri Lajim Ukin SHAH ALAM - Bekas timbalan menteri dan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa badan itu ataupun Badan Perhubungan Umno Sabah tidak pernah membincangkan soal dana politik RM40 juta yang menjadi kontroversi sejak empat bulan lalu. "Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa sepanjang penglibatan dan pengalaman saya dalam pelbagai kedudukan kepimpinan dan pengurusan dalam Umno di peringkat pusat dan negeri, saya tidak pernah tahu atau diberitahu mengenai(nya)," kata beliau dalam akuan bersumpah yang diedarkan kepada media hari ini. Beliau yang meletakkan jawatan Julai lalu berkata, tidak ada sebarang perbincangan yang berlaku di peringkat Majlis Tertinggi atau Badan Perhubungan Umno Sabah mengenai usaha mendapatkan derma politik sebesar RM40 juta, seperti yang didakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Parlimen. Lajim melepaskan jawatan sebagai ahli MT Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort pada Julai lalu. Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, tiada sebarang pengisytiharan yang dibuat di peringkat Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Sabah bahawa derma politik sejumlah RM40 juta telah dibuat kepada Umno Sabah seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen. "(Tiada) sebarang bukti urus niaga, transaksi atau urusan yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah yang boleh membuktikan bahawa Umno Sabah adalah penerima derma politik RM40 juta itu. "Dan, (tiada) sebarang laporan atau bukti yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah bahawa Umno telah mendapat manfaat dari derma politik RM40 juta itu," katanya dalam akuan bersumpah itu, yang bertarikh 10 Disember (semalam). Oleh yang demikian, kata Lajim, beliau menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada Parlimen adalah tidak benar, menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabah tidak mendapat pulangan setimpal. Isu itu kini dibawa oleh pembangkang dengan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara tersebut. Pada 9 Oktober lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Parlimen bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta telah digugurkan. Nazri dipetik berkata pihak berkuasa turut menggugurkan dakwaan rasuah terhadap seorang niagawan balak dari Sabah bernama Michael Chia, yang sebelum ini dikaitkan dengan tuduhan rasuah berhubung lesen pembalakan melibatkan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. Menurut Nazri, dakwaan rasuah terhadap Musa dan Chia digugurkan atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada Umno Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri.- SH |
Macai Ameno kata Musa Hassan mabuk daun ketum... kahkahkah... Posted: 11 Dec 2012 04:42 AM PST Musa Hassan dedah Phang arah polis lulus projek berkaitan APCO PETALING JAYA 10 Dis: Tan Sri Musa Hassan mendedahkan, satu projek komunikasi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bernilai ratusan juta ringgit mempunyai kaitan dengan perunding perhubungan awam, APCO Worldwide – syarikat Israel untuk menggilap imej peribadi Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan di mata dunia. Kata bekas Ketua Polis Negara itu, ia adalah projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM. Menurut Musa, bekas anggota penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang 'mengarahkan' pegawai polis untuk meluluskan projek tersebut. "Saya tak tahu berapa jumlah projek. Tapi saya dimaklumkan oleh sumber-sumber tertentu bahawa projek komunikasi belum lengkap sepenuhnya, tetapi telah diminta untuk dikomisenkan (diluluskan) untuk beroperasi. "Kalau pegawai komunikasi yang menjaga itu tadi tidak dikomisenkan, maka mereka tidak dibayar. Oleh itu dia (Robert) telah meminta untuk seorang pegawai yang menjaga komunikasi untuk komisenkan komunikasi itu," katanya.Jelas Musa, pegawai yang tidak dinamakan tersebut tidak mahu meluluskan sistem komunikasi itu kerana spekifikasinya tidak lengkap. "Sebab itu, dia (Robert) telah mengugut pegawai ini – kalau komunikasi tidak diluluskan, pegawai itu akan ditukar 24 jam. "Kalau seorang awam boleh mengugut pegawai polis untuk ditukar kerana tidak meluluskan projek tadi, siapa yang berkuasa dalam polis?" soalnya.Musa berkata, pegawai tersebut dipanggil Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Ismail Omar untuk menandatangani, namun masih enggan. Akibatnya pegawai tersebut ditukar 24 jam dan diganti dengan pegawai baru yang menandatangani surat kelulusan tersebut. "Ia berlaku lepas saya bersara," jelas Musa sambil menambah isu tersebut telah lama dimaklumkan kepadanya. "Ini salahguna kuasa yang perlu disiasat. Perkara ini dimaklumkan kepada saya oleh sumber polis. "Kalau orang (Robert) macam ini boleh mengarah pegawai polis, bermakna dia berkuasa dalam pasukan (PDRM). Dia boleh serang orang lain yang dia tak suka," kata Musa.Pada April 2010, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, kewujudan perisik Israel dalam PDRM melalui satu kontrak dengan nama APCO 425. Projek itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC. Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) yang berpangkalan di Israel. |
The Star sengaja nak malukan Ameno ngan gambar neh Posted: 11 Dec 2012 03:25 AM PST KANTOI LAGI! Gambar Janji Ditepati 'DIUBAHSUAI'? Seakan tidak serik dengan pembohongan demi pembohongan yang dilakukan kununnya sambutan rakyat terhadap program bersama perdana menteri tidak surut sambutannya, kali ini The Star pula menyiarkan sekeping gambar yang sudah 'diubah suai' terutama di bahagian belakang imej yang dipaparkan. Sekiranya sebelum ini, agensi berita nasional Bernama dan Utusan Malaysia saling berlumba-lumba membodek Najib Altantuya hingga penipuan mereka menerusi gambar yang dimuatkan di laman web mereka cukup mudah terbongkar, kali ini akhbar yang dikuasai rejim MCA pula mengambil giliran dilondehkan tembelang mereka. Peliknya, kedua-dua media rejim Zionis Umno ini tidak mahu mengaku gambar yang disiarkan sudah diedit hingga pembaca terpaksa meneliti sendiri gambar yang ditunjukkan bagi membuktikan penipuan tersebut sememangnya berlaku. Gambar yang dirakamkan oleh seorang jurugambar, dipercayai akhbar berbahasa Inggeris yang bakal menghadapi tindakan saman oleh PAS itu diambil semasa karnival jelajah Janji Ditepati (baca: Janji Dicapati) yang diadakan di padang kawad, Universiti Sains Malaysia (USM), Minden, oleh perdana menteri, Najib Altantuya di Pulau Pinang, semalam. Jika diperhatikan dengan lebih jelas sekiranya anda perhatikan bulatan yang dilakar di atas gambar tersebut, jelas kelihatan gambar tersebut telah diubah suai di bahagian belakang bagi menunjukkan betapa ramainya rakyat yang turun semasa pemimpin rejim Zionis Umno itu melaungkan slogan 'Janji Dicapatinya' yang menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia sejak diperkenalkan lebih lima bulan lalu. Jelas kelihatan apabila diteliti, pada gambar yang dibulatkan di sebelah belakang sekali bahagian kiri dan kanan menunjukkan imej lelaki seakan dipinda dan kelihatan lebih besar daripada manusia yang berada di sekelilingnya. Selain itu, bayang kelam di hampir satu pertiga bahagian gambar ini terutamanya di bahagian tengah menunjukkan tindakan 'tidak cermat' tukang edit gambar ini yang terpapar jelas di muka hadapan akhbar yang kini sudah mula ditolak oleh kaum Cina, India dan komuniti perniagaan warganegara asing yang kebiasaannya mendapatkan akhbar berkenaan terutamanya pada hujung minggu. Kini ia tinggal sebagai satu persoalan tetapi yang paling utama ialah adakah akhbar rejim sudah berani mensabotaj setiap program yang dihadiri Najib Altantuya bagi menunjukkan Barisan Nasional (BN) kini berada dalam keadaan terdesak memperolehi sokongan rakyat akibat tindakan zalim mereka sendiri? Siapakah yang berani mengarahkan gambar tersebut dipinda bagi memalukan Najib Altantuya sekaligus ia satu petanda bahawa kepimpinannya sudah tidak boleh diterima BN yang mana Muhyiddin Yassin tidak sabar-sabar menggantikannya? Saya serahkan penilaian kepada anda dan jangan lupa, sekiranya Najib Altantuya berani mengatakan kununnya satu undi untuk Pakatan Rakyat bermakna huru-hara, maka satu undi untuk BN pula bermaksud membawa Malaysia menuju malapetaka yang khusus dicipta untuk kita semua! ~ RM |
Seronok jugak boleh dok londeh Ameno camnie... Posted: 11 Dec 2012 12:58 AM PST Jangan tertipu dengan air mata Umno Akhirnya Perhimpunan Agung Umno tamat juga setelah, serentak dengan berakhirnya monopoli saluran TV yang menyiarkan cerita perhimpunan tersebut. Ada yang terpaksa mencari saluran lain walaupun hanya menayangkan cerita kartun. Kebangkitan rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat secara besar-besaran sekarang membuatkan umno tidak lena tidur. Serangan yang dibuat dalam perhimpunan tersebut membuktikan betapa takut, bimbang dan gerunnya dengan situasi politik negara sekarang ini. Dengan rasa gelabah sehinggakan setiap ucapan sama ada peringkat tertinggi sehingga perwakilan, semuanya menyerang pembangkang. Yang agak pelik ialah apabila golongan yang sering membuat fitnah berdoa agar Umno dilindungi dari fitnah. Kenyataan lain yang ganjil ialah mengatakan Umno adalah pilihan Tuhan kerana berjaya memerintah negara lebih 50 tahun. Jika kita belajar agama kita akan faham bahawa sememangnya Allah juga akan memanjangkan kuasa pemerintahan golongan yang zalim, ahli maksiat, jaguh fitnah, penipu, perosak agama dan penindas kerana golongan ini diistilah kan termasuk dalam golongan yang "istidroj", iaitu golongan yang Allah sesatkan setelah berbagai peringatan daripada ayat-ayat Allah dan ajaran nabi diberikan tetapi mereka masih berdegil dan pekakkan telinga, maka Allah biarkan mereka terus dalam kesesatan, kezaliman dan kekufuran. Najib mengajak semua ahli Umno bersatu padu, mengapa? Kerana sejak dulu perpaduan dalam Umno hanya kepura-puraan. Matlamat mereka ialah berebut projek, berebut jawatan dan pangkat dalam parti dan dalam kerajaan. Untuk mendapatkanya mereka sanggup berbuat apa sahaja walaupun terpaksa menghancurkan sesama mereka. Ingatlah wahai rakyat semua, janganlah kamu terpedaya dengan lakonan Umno yang sebak dan menangis ketika berucap dalam perhimpunan mereka baru-baru ini. Mereka sebenarnya menangis kerana bimbang jika kalah dalam PRU13 nanti, semua tembelang dan penyelewengan mereka akan terbongkar. Mereka menangis sebab jika kalah, mereka tidak dapat projek dan ambil wang rakyat lagi. Jangan percaya dengan lakonan golongan seperti ini. Di depan rakyat mereka pura-pura sebak dan menangis tetapi apabila di belakang rakyat mereka bersorak gembira kerana berjaya menipu dan memperdayakan rakyat. Yang datang sebagai perwakilan itu sebahagian besarlah adalah golongan yang sudah kaya, banyak kumpul harta, puak kroni yang selalu dapat projek. Manakala yang duduk depan TV di rumah, kebanyakan adalah penyokong Umno yang dhaif. Orang Melayu yang masih menyokong Umno hanya bernilai RM300 dan RM500 sahaja. Umno lebih suka tengok orang Melayu hidup merempat di tanah air sendiri kerana dengan cara itu mudah untuk memancing dan mempergunakan mereka untuk mendapatkan undi. Inilah nasib bangsaku yang terus-terusan ditipu oleh Umno.- Tok Janggut |
Keangkuhan MB Adnan jadi hiburan Posted: 10 Dec 2012 11:24 PM PST Telinga MB Pahang belah mana nak potong dulu Kenyataan 'potong telinga' Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan meriuhkan Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Pahang di Dataran Kerdau dengan para penceramah menggunakan kenyataan tersebut untuk membakar semangat mengajak rakyat Pahang berubah. Hampir semua penceramah sejak petang sehinggalah malam ini menggunakan kiasan Adnan berjanji akan potong telinga dan terjun Sungai Pahang sekiranya Pakatan Rakyat menang di parlimen Bentong secara selang-seli untuk menghiburkan para hadirin. "Sebagai rakyat Pahang, kita ambil ini sebagai cabaran untuk menawan Bentong dan Pahang," kata Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar). Adnan ketika bercakap kepada wartawan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 12 berjanji akan memotong telinganya dan terjun ke sungai Pahang jika DAP menang di Parlimen Bentong. Namun selepas itu, beliau mendakwa kenyataan itu hanya kiasan sahaja yang menyebabkan tekanan kepada beliau semakin meningkat, seolah-olah beliau bimbang terpaksa memotong telinganya apabila kalah di Bentung nanti. Selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan peluru dengan menyatakan BN sebagai syaitan yang dikenali, Adnan menjadi pemimpin Umno terbaru dengan kiasan potong telinga dan terjun Sungai Pahang. Sudah pasti, keangkuhan Adnan akan digemakan di seluruh pelosok negeri Pahang dalam kempen PRU-13 nanti. |
Spesis-spesis yang dicintai Ameno Posted: 10 Dec 2012 09:26 PM PST Aku terpaksa percaya bahawa Umno memang suka rakyat kita bodoh kerana senang untuk diperkudakan. Malah, keratan akhbar pencacai Umno nombor satu kat atas neh lebih memberi aku keyakinan kenyataan tersebut. SEBAB?? Sebabnya mudah. Kalau rakyat dah bijak dan pandai, penuh ngan maklumat dalam kepala... maka Umno susah untuk meng"lembu"kan mereka. Sebab tu lah Umno nak sesangat rakyat terus bodoh... jauh dari maklumat. "Orang ramai pegang nadir bumi bukti Lynas selamat" - Utusan Pegang nadir bumi bukti Lynas selamat...???Ni la haa... Bila kita cakap bengong, ada pulak nanti orang yang marah. Tapi kalau dah suka dibengongkan jugak terutama oleh puak-puak Umno nak buat macam manakan.... Pegang nadir bumi dalam bentuk fizikal macam tuh memang la selamat bongok oii... Yang jadi tak selamatnya ialah ketika logam atau galian itu diproses, iaitu ketika ia berada dalam keadaan tak stabil. Apa jua logam atau galian adalah berbahaya ketika berada dalam keadaan tak stabil camtu. Memandangkan nadir bumi ini beradioaktif tinggi, lagi la bahayanya. Faham??? Tu la, suruh belajar kimia, tak nak. Cuba pulak pegang sisa nadir bumi ni selepas diproses, nak tengok jadi zombie ke tidak... Ibarat pegang bom la. Meletup tak kalau setakat pegang? Mana meletupnya sebab dia ada pin keselamatan. Sebab bom tu tak berbahaya ketika stabil. Cuba tarik pin dia tengok. Masa tu cepat-cepat la korang taubat okey, sebab bila dah tarik pin bom tuh, ianya akan menjadikan bom itu tidak lagi stabil. Maka berkecailah.... Woitt Utusan, cuba la bagi berita yang buatkan rakyat malaysia ni jadi cerdik sikit. Janganlah asyik dok perbodohkan orang jer... sumber asal: FB |
Mai tengok cara DSAI kenen TV3 ngan Utusan... Posted: 10 Dec 2012 06:51 PM PST |
PANAS: Video pertembungan Dr Asri vs Ulamak Ameno Posted: 10 Dec 2012 04:45 PM PST Hayati video yang telah disunting neh.... Pertembungan pendapat antara Dr Asri (MAZA) dengan Ulamak Muda Umno tentang "Tiadanya Jihad di Bumi Palestin" Nampak sangat Ust Amno ni la yang akan lari dulu kalau kita diserang... |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan