Selasa, 11 Disember 2012

Addin

Addin


Hanya Menangis Di PAU 2012, Perwakilan Ni Dapat Title Dato'

Posted: 11 Dec 2012 09:00 AM PST


Jasanya cukup besar kepada negeri Melaka...Iaitu menangis teresak-esak bila mendengar ucapan Presiden UMNO, Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Jasa yang amat besar itu, maka dianugerahkan darjah bergelar Datuk oleh Negeri Melaka. Pergh!!!!... baru admin tau...menangis bila dengar ucapan Presiden UMNO dianggap amat berjasa sekali kepada pejuangan bangsa Melayu.

Kalau begitu, tidak lama lagi Mak Cik-Mak Cik yang meraung akan juga diberi imbuhan darjah kebesaran..Jangan khuatir dan bimbang. Jasa anda kalian diperhatikan oleh para pemimpin UMNO.




Sumber



Iklan C(ii)


Kubu Kuat Ali Rustam Berjaya Di Tembusi

Posted: 11 Dec 2012 07:39 AM PST

BUKIT KATIL - Pakatan Rakyat berjaya memecahkan kubu kuat BN di Peti Undi Tambak Paya, apabila satu ceramah penerangan anjuran DAP berjaya diadakan di Taman Tambak Paya di sini malam tadi. Sebelum ini Pakatan Rakyat sukar untuk mengadakan program di kawasan Ketua Menteri itu disebabkan tiada pihak yang berani membenarkan pekarangan rumah mereka dijadikan tapak ceramah.

Pakatan Rakyat juga menghadapi situasi yang sama untuk mengadakan program tersebut sehingga tapak program terpaksa ditukar tiga kali kerana tuan rumah telah diugut pihak tertentu yang dipercayai mendapat arahan pimpinan BN.

Pengarah Program, Gandhi Rajan (gambar) berkata kejayaan PR mengadakan program malam tadi membuktikan bahawa rakyat sudah berani membuat perubahan walaupun mereka diugut.

"Rakyat sudah buka mata, mereka tidak takut lagi, apa yang penting mereka mahu buat perubahan demi masa depan anak cucu mereka dalam semua bidang termasuk ekonomi, pendidikan, maruah dan sebagainya.

"Walaupun ada gangguan dan provokasi malam tadi, kita tetap meneruskan program kerana kita tahu program ini aman dan bukan mahu buat kacau," ujar Gandhi yang juga Naib Pengerusi DAP Melaka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Port Dickson, M Ravi dalam ucapannya kesal kerana kerajaan Barisan Nasional terus mengamalkan dasar perkauman dan diskriminasi terhadap sekolah-sekolah Tamil di mana ianya seolah-olah sekolah kelas kedua.

"Pasal apa sekolah itu diberi nama 'Jenis Kebangsaan' apa itu 'jenis', kita pun tidak faham.

"SJKT, SJKC semuanya ada 'jenis' nampak macam sekolah ini kelas kedua, ini diskriminasi kepada rakyat kaum India,"ujar Ravi penuh semangat.

Adun Senawang,  Gunasekaran pula berkata tindakan kerajaan yang menafikan hak kaum India untuk mendapat kerakyatan Malaysia adalah satu pengkhianatan dan kezaliman kepada mereka yang terlibat.

"Ada ratusan ribu orang India yang layak tetapi tidak dapat kad pengenalan, mereka ini fasih bercakap Bahasa Malaysia dan sudah tinggal lama di Malaysia, tetapi orang Filipina yang ada di Sabah cakap Melayu pun tak tahu boleh dapat MyKad.

"Jelas kerajaan BN zalim dan tidak menjaga kebajikan rakyat sendiri dan mereka menafikan hak rakyat," tambahnya. ~harakahdaily



Iklan C(ii)


Dato' Fauzi Dedah Punca Ahli Parlimen Jerantut Sokong Pakatan Rakyat

Posted: 11 Dec 2012 06:52 AM PST

KUALA LUMPUR 11 Dis: Pengerusi KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan punca Ahli Parlimen Jerantut, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar menyokong Pakatan Rakyat walaupun masih bersama Umno kerana sedar parti itu menyeleweng. "Sikap terbuka Tengku Azlan yang menyenangi perjuangan Pakatan Rakyat disebabkan beliau sedar Umno sekarang tersasar daripada landasan sebenar.

"Saya percaya apa yang dinyatakan itu ikhlas dari hatinya. Sudah pasti beliau menyertai politik tanpa ada kepentingan kerana pangkat, harta semuanya beliau miliki," katanya kepada Keadilan Daily.

Fauzi berkata, Tengku Azlan juga mungkin menyedari penubuhan Umno atas kepentingan rakyat kini medan untuk mencari kemewahan. Umno sekarang adalah ciptaan Tun Mahathir (Mohamad) kerana parti itu pernah diharamkan suatu masa dahulu.

"Pemimpin Umno dulu berjuang memartabatkan Islam dan kemerdekaan negara. Inilah bezanya dengan pemimpin Umno sekarang," kata Fauzi. "Saya pasti beliau boleh lihat apa yang berlaku dalam Umno sekarang," ujarnya.

Semalam, Tengku Azlan yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut, mengakui menyokong perjuangan Pakatan. Adik kepada Sultan Pahang itu yakin dengan hala tuju Pakatan yang disifatkannya lebih berani bertemu rakyat bagi menerangkan dasar mereka untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Katanya, tindakan mesra rakyat itu bukan sahaja berjaya meraih undi untuk Pakatan, malah lebih senang mendekati pengundi dengan tawaran menarik. ~kd



Iklan C(ii)


Anak Samy Vellu Tibai Najib Kerana Hina Kaum India

Posted: 11 Dec 2012 05:07 AM PST

S. Vell Paari yang merupakan anak kepada bekas Presiden MIC, Samy Vellu sebentar tadi menempelak Najib Altantuya yang jelas menghina kaum India dengan mengatakan bahawa kaum itu sememangnya menjadi 'simpanan tetap' undi untuk Barisan Nasional (BN).

Dalam kenyataan yang dibuat menerusi sebuah portal berita berbahasa Inggeris, Vell Paari mengutuk ucapan Najib semasa merasmikan perhimpunan agung tahunan parti itu Ahad lalu di Kuala Lumpur.

Dia yang juga merupakan ketua penerangan parti itu mengutuk Najib dengan mengatakan kununnya presiden Umno itu sudah mula mengikut jejak langkah Pakatan Rakyat melabelkan kaum ketiga terbesar di negara ini dengan ungkapan yang menghina intelektual kaum mereka.

Tambah Vell Paari lagi, walaupun dia mengakui dengan jujur kaum India tidak menyokong BN semasa pilihanraya umum lalu tetapi dengan kenyataan terbaru Najib Altantuya ini, mereka bukan setakat menjauhkan diri dari MIC khasnya dan BN amnya, tetapi lebih parah lagi undi mereka pasti akan kekal bersama Pakatan Rakyat terutamanya gerakan NGO Hindraf yang gagal dineutralkan bekas perdana menteri, Abdullah Badawi dan kini Najib Altantuya sendiri.

Walaupun ahli parlimen Pekan itu menjemput Hindraf supaya duduk semeja dengan BN kunun bagi menyelesaikan isu melibatkan kaum itu, keengganan Najib menarik balik pengharaman yang dibuat ke atas NGO itu nyata menghina majoriti kaum India.

Semalam, beberapa pemimpin kaum India termasuk pengerusi bersama Bersih, Ambiga Sreenevasan dan sebuah NGO kaum itu, Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) mengutuk sekeras-kerasnya penghinaan yang dilempar Najib Altantuya terhadap komuniti mereka.

Ambiga dalam kenyataan balasnya yang dipetik semalam mengingatkan Najib jangan sesekali menghina kredibiliti kaum India hanya kerana gagal memperolehi undi mereka seperti yang dibuktikan dalam pilihanraya umum lalu.

Bukti paling ampuh menghapuskan ego BN dan Najib apabila parlimen Kota Raja yang majoriti pengundi di sana merupakan kaum itu mengangkat Muslimat PAS, Dr Siti Mariah Mahmud untuk mewakili mereka mengenepikan calon BN dari kaum mereka sendiri, P Komala Devi dengan majoriti besar lebih 12 ribu undi empat tahun lalu.

Esok, satu perhimpunan besar-besaran terhadap isu kaum India yang masih tidak memperolehi kad pengenalan akan diadakan di Putrajaya bagi mendesak rejim Zionis Umno menyelesaikan masalah mereka atau berdepan dengan kehilangan undi yang lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dijangka mengetuai himpunan tersebut dan kini terpulanglah kepada Vell Paari dan MIC membuktikan bahawa parti itu serius mahu memperjuangkan nasib bangsa mereka sendiri di tanah air yang sudah didiami lebih 40 tahun lalu.



Iklan C(ii)


Anwar Ibrahim Belasah Teruk Zainuddin Maidin..

Posted: 11 Dec 2012 03:10 AM PST


Serangan bekas menteri Umno iaitu Zainuddin Maidin mudah dipatah oleh ketua pembangkang Anwar Ibrahim. Kenyataan dangkal dan tak senonoh beliau menyerlahkan kebencian beliau terhadap pemimpin Indonesia tersebut. Ikuti jawapan Anwar Ibrahim terhadap kenyataan dangkal Zam..

Saya dimaklum dan terkesan dengan serangan jelek oleh Zainudin Maidin ke atas mantan Presiden Indonesia, YTH Bapak BJ Habibie seperti yang diterbit semalam oleh Utusan Malaysia, akhbar milik Umno.

Tulisan Zainudin sememangnya diketahui dangkal (mediocre) dan beliau mewakili sosok elit Umno yang berprasangka keji terhadap negara Indonesia.

Ramai sedia maklum tentang latar belakang Zainudin; beliau merupakan mantan editor Utusan, juga mantan Menteri Penerangan yang sering menuding jari dan melabel kelompok yang tidak sehaluan dengan Umno sebagai 'pengkhianat'.

Zainudin merupakan satu-satunya menteri kanan yang tewas dalam pilihan raya umum lalu kepada calon dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), justeru kita bisa memahami keresahan, dendam dan motif beliau dalam melancar serangan sebegini.

Kenyataan Zainudin sewajarnya tidak perlu dilayan dan ianya tidak mewakili massa di Malaysia.

Zainudin adalah sosok angkuh (arogan) dan rasis yang merupakan salah satu antara penyebab tercetusnya krisis bilateral membabitkan Malaysia-Indonesia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN




Iklan C(ii)


Panas!! Akuan Bersumpah Dato' Lajim Ukin Berkenaan Skandal RM40 Juta Tersebar

Posted: 10 Dec 2012 10:28 PM PST

STATUTORY DECLARATION

Saya, Lajim Ukin (550615-12-5069) yang beralamat di Pejabat Perhubungan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Lot 18 & 19, Tingkat 1 & 2, Blok C, Millenium Centre, Jalan Lintas Kepayan, Penampang 88200 Kota Kinabalu dengan sesungguhnya dan sebenarnya membuat perakuan berikut:

1. Saya adalah seorang ahli politik yang telah memegang pelbagai jawatan kanan di dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) iaitu parti yang telah memerintah Malaysia sejak merdeka dalam tahun 1957;

2. Saya telah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah sehingga tahun 2004 dan telah menjadi wakil rakyat bagi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen sejak 1994. Jawatan terakhir saya di dalam Kerajaan Malaysia adalah sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan;

3. Saya meninggalkan Kerajaan Malaysia dalam bulan Ogos 2012 berhubung perbezaan pendapat dan rasa tidak setuju mengenai pelbagai perkara terutamanya nasib rakyat Sabah yang telah lama diabaikan oleh Kerajaan Malaysia;

4. Sepanjang penglibatan saya dengan UMNO, saya telah dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak tahun 2000. Majlis Tertinggi UMNO adalah badan pembuat keputusan yang tertinggi di dalam UMNO dan bertanggungjawab terhadap segala keputusan UMNO, termasuklah hal ehwal kewangannya;

5. Saya juga menganggotai Badan Perhubungan UMNO Sabah yang bertanggungjawab terhadap segala keputusan UMNO di peringkat negeri, termasuklah hal ehwal kewangannya;

6. Pada 9 Oktober 2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz mengejutkan Parlimen apabila beliau mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Dato' Seri Musa Aman (berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan dengan beliau) telah digugurkan;

7. Menteri berkenaan telah juga mengumumkan bahawa pihak berkuasa turut menggugurkan dakwaan rasuah terhadap seorang niagawan balak dari Sabah bernama Michael Chia, yang sebelum ini dikaitkan dengan tuduhan rasuah berhubung lesen pembalakan melibatkan Dato' Seri Musa Aman;

8. Menurut kenyataan menteri tersebut di Parlimen, dakwaan rasuah terhadap Dato' Seri Musa Aman dan Michael Chia digugurkan atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada UMNO Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri;

9. Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa sepanjang penglibatan dan pengalaman saya dalam pelbagai kedudukan kepimpinan dan pengurusan di dalam UMNO di peringkat pusat dan negeri, saya tidak pernah tahu atau diberitahu mengenai:

i. Sebarang perbincangan yang berlaku di peringkat Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah mengenai usaha mendapatkan derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen;

ii. Sebarang pengisytiharan yang dibuat di peringkat Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah bahawa derma politik sejumlah RM40 juta telah dibuat kepada UMNO Sabah, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen;

iii. Sebarang bukti urusniaga, transaksi atau urusan yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah yang boleh membuktikan bahawa UMNO Sabah adalah penerima derma politik RM40 juta itu; dan

iv. Sebarang laporan atau bukti yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah bahawa UMNO telah mendapat manfaat dari derma politik RM40 juta itu;

10. Oleh yang demikian, saya menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada Parlimen adalah tidak benar, menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabah tidak mendapat pulangan setimpal;

11. Buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah. Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah;

12. Wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri. Keuntungan dari penjualan balak pada harga rendah ini kemudiannya disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke pelbagai akaun di luar negara, yang akhirnya dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah;

13. Saya bersedia untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa dari mana-mana negara yang menyiasat perkara ini untuk menghentikan jaringan rasuah yang melibatkan anugerah lesen pembalakan yang telah lama merugikan rakyat Sabah;

14. Saya yakin pengalaman, pengetahuan dan maklumat dalaman yang saya ada mengenai perjalanan UMNO dan kerajaan di peringkat pusat dan negeri akan membantu siasatan.

Dan saya membuat Surat Akuan Sumpah ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960.

Diperbuat dengan sebenarnya dan
diakui oleh yang tersebut namanya
di atas di Kota Kinabalu
dalam negeri Sabah
pada 10 haribulan Disember, 2012

………………………………
LAJIM BIN UKIN

Dihadapan saya,

…………………………………….
PESURUHJAYA SUMPAH



Akaun bersumpah asal di SINI.


~rafiziramli.com




Iklan C(ii)


BN Sabah Semakin Goyah.. Berita Ini Sebagai Bukti

Posted: 10 Dec 2012 09:41 PM PST


Setelah 68 penduduk Kampung Togop dalam DUN Kiulu di kawasan parlimen Tuaran beramai-ramai menyertai KEADILAN tiga hari lalu, kelmarin 36 lagi penduduk Kampung Guakon Baru di DUN Tamparuli, juga dalam parlimen yang sama menyertai komponen Pakatan Rakyat itu.

Kesemua borang permohonan itu diterima Ketua Cabang KEADILAN Tuaran, Ansari Abdullah semasa satu majlis penerangan dan penyerahan borang yang disampaikan wakil penduduk kepada Ansari sendiri.

Walaupun majis tersebut hanya bermula jam 4 petang tetapi penduduk kampung yang hadir sudah pun berada di kawasan tanah lapang perkarangan sebuah rumah di kampung itu sejak jam 1 tengah hari lagi, petanda penduduk kampung itu dahagakan perubahan terhadap nasib mereka yang diabaikan Umno dan Barisan Nasional (BN) lebih 40 tahun lalu.

Serentak dengan majlis itu, sebuah ranting KEADILAN kampung itu ditubuhkan di bawah pengawasan cabang Tuaran bagi memudahkan penyaluran bantuan serta maklumat berterusan diberikan kepada mereka.



Menurut Ansari dalam mesej di Facebook miliknya, pada pilihanraya umum lalu, kampung ini langsung tidak dapat ditembusi Pakatan Rakyat terutama KEADILAN sehinggalah pada awal tahun ini atas inisiatif jawatankuasa cabang Tuaran bersetuju untuk memberi perkhidmatan doktor dan pergigian percuma kepada penduduk kampung sehingga ke hari ini.

Dengan penerangan dan bantuan berterusan itulah maka penduduk kampung sendiri meminta Ansari memberikan borang keahlian menyertai KEADILAN hingga sanggup datang ke rumah beliau meminta supaya Ansari sendiri menunaikan hajat mereka.

Mereka juga meminta Ansari sendiri merasmikan penubuhan ranting KEADILAN baru di kampung mereka yang berjaya direalisasikan kelmarin sambil mendapat tepukan gemuruh penduduk kampung yang sudah percaya dengan perjuangan parti itu.

Buktinya, berikut catatan Ansari dari akaun Facebooknya di bawah:
Ansari Abdullah Semasa PRU 2008, kami tidak dapat masuk Kg Guakon. Awal tahun ini ada perkhidmatan untuk Khidmat Doktor Percuma dan Kami tunaikan. Selepas itu mereka datang kerumah saya meminta borang keahlian & mohon agar saya resmikan ranting mereka. Lebih 36 borang telah diserahkan pada 9.12.12. Jangan hina mereka sebagai golongan yang hanya datang untuk makan dan minum. Mustahil PBS biarkan penyokong mereka 'pook makan ' dengan pembangkang.


Difahamkan seorang bekas ahli Umno yang sudah tidak mendapat kepercayaan penduduk kampung juga turut menyertai KEADILAN kerana sudah tidak lagi diperlukan dalam parti reput itu yang kini saling berebut siapa yang akan bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.



Perkembangan terbaru ini pastinya tambah meresahkan ketua menteri, Musa Aman kerana tugas untuk merampas semula parlimen Tuaran dan tiga DUN yang berada di dalamnya dijangka berdepan laluan sukar kerana Pakatan Rakyat semakin mendapat suntikan baru hasil daripada penyertaan beramai-ramai bekas ahli Umno, PBS, UPKO dan komponen BN yang memilih KEADILAN.

Ditambah lagi dengan keluarnya bekas timbalan presiden UPKO yang juga ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing awal Julai lalu tambah memeningkan kepala Musa selaku bos BN negeri.

Tahniah penduduk Kampung Guakon Baru, selamat datang ke dalam Pakatan Rakyat. ~jalanpulang




Iklan C(ii)


Musa Hassan Bakal Buat Laporan Polis Salah Laku Ketua Polis Negara?

Posted: 10 Dec 2012 07:27 PM PST

KUALA LUMPUR 11 Dis: Tan Sri Musa Hassan dicabar melaporkan salah laku bekas anggota penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang dan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar kepada polis dan SPRM dalam projek komunikasi bernilai ratusan juta yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ini berikutan bekas KPN itu semalam mengesahkan penglibatan Apco Worldwide – sebuah firma perunding yang didalangi pemimpin Zionis-Israel dalam projek menukar sistem analog kepada digital.

Musa mendedahkan, Phang 'mengarahkan' pegawai polis untuk meluluskan projek tersebut, namun pegawai yang tidak dinamakan itu enggan meluluskan sistem komunikasi berkenaan kerana sistemnya tidak lengkap.

Dedahnya lagi, Phang mengugut pegawai polis itu akan ditukar 24 jam jika tidak meluluskan projek berkenaan.

Beliau menambah, pegawai itu ditukar kepada pegawai lain apabila hal tersebut diadu kepada Ismail.

Mengulas perkara itu, Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, ia adalah tindakan jenayah yang tidak boleh dipandang ringan apabila seorang awam mengugut penjawat awam.

"Ismail melakukan rasuah salahguna kuasa apabila mengarahkan pegawai polis tersebut untuk menandatangani komisen bagi memenuhi arahan Phang," katanya dalam kenyataan.

Akibat gagal mengikut arahan, pegawai tersebut ditukar 24 jam dan diganti dengan pegawai baru yang menandatangani surat kelulusan tersebut, sedangkan sepertimana pendedahan Musa, projek komunikasi tersebut masih gagal siap sepenuhnya.

Fariz berkata, tindakan Phang dan Ismail merupakan tindakan jenayah serius dan sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan selaku bekas KPN, Musa lebih memahami dan menguasai undang-undang negara.

Katanya, Musa wajar dipersalah jika gagal melaporkan kepada pihak polis dan SPRM terhadap perlakuan jenayah kedua-dua terbabit.

"Beliau mempunyai maklumat lengkap untuk melakukan tindakan sewajarnya, lebih-lebih lagi melibatkan dana awam bernilai ratusan juta iaitu projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM," katanya.

Projek itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC. Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC yang berpangkalan di Israel.

Justeru, Jingga 13 menyatakan sokongan terhadap keberanian dan pendedahan Musa, tetapi menghairankan jika pendedahan tersebut tidak disertakan tindakan laporan kepada pihak berwajib kerana kes ini berprofil tinggi dan sangat serius. ~kd




Iklan C(ii)


Rupanya Pelakon Pierre Andre Sudah 5 Bulan Masuk Tabligh

Posted: 10 Dec 2012 07:00 PM PST


Gambar Pierre siap berkopiah putih yang diambil dari Instagramnya. Ucapan Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa.

Bermacam persoalan dan andaian juga dibuat. Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.

"Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah," katanya membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.

Jumaat lalu, Pierre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih empat juta penonton dengan kalimah 'Bismillah.'

"Anugerah paling hebat ialah kalimah 'Lailahaillallah,' jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad," ucap Pierre dalam majlis itu.

Menghuraikan lagi mesej sebenar yang ingin disampaikannya, kata Pierre:

"Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan.

Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya," katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.

Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia bergerak aktif dengan dengan mengikuti kumpulan tabligh.

"Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya 'kosong.' Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.

"Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya," katanya menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.

Berikut sedikit perbualan Sensasi Bintang bersama Pierre.

Mendalami agama itu banyak jalannya, kenapa pilih tabligh?

Orang selalu salah faham terhadap tabligh, tak kurang juga yang menuding jari masuk tabligh sebagai ikut ajaran sesat. Kita kena ingat, tabligh itu sifat Rasulullah. Rasulullah berdakwah selama bertahun-tahun sebelum turunnya hukum bersolat, puasa dan menunaikan zakat.

Bagaimana pula dengan kerja-kerja seni anda. Dunia hiburan sendiri dilihat lebih banyak mendedahkan seseorang itu ke jalan negatif?

Mulanya saya fikir begitu, tapi sahabat saya larang. Saya masih boleh berdakwah dalam bidang filem tapi kena lebih berhati-hati dalam bab agama. Paling utama kena masukkan unsur dakwah.

Sekarang saya tiada karya terbaharu selain filem-filem yang telah dibikin sebelum saya berhijrah, jadi, jangan nilai siapa saya ketika dahulu, tapi nilai siapa saya ketika ini.

Mungkin ada perkembangan terbaharu yang lain?

Sekarang saya terlibat dengan projek filem pendek bersama kawan-kawan, selebihnya (saya) buat kerja-kerja penulisan. Saya mahu siapkan novel pertama, mungkin judulnya berbunyi Perjalanan Ke Darul Salam. Ia tentang penghijrahan seorang lelaki yang selama ini hidupnya kosong.

Adakah itu kisah sebenar yang berlaku kepada diri sendiri?

Tidak juga. Itu pemerhatian yang saya lihat selama ini.

Bagaimana amalan agama anda sebelum ini?

Selama ini pun saya percaya kepada Allah, tapi tahap keyakinan itu tidak seperti sekarang. Dahulu, saya Islam kerana dilahirkan sebagai orang Islam, sekarang saya Islam kerana kefahaman dan keyakinan saya terhadap agama Allah ini.

Ada sebarang sasaran?

Saya berminat mahu jadi pendakwah. Sebenarnya saya ada azam. Jika selama ini saya keluar selama beberapa hari sahaja, selepas ini saya mahu keluar rumah selama 40 hari pula.

Kalau diizinkan Allah mungkin boleh sampai empat bulan dan kalau ada kekuatan mungkin dipanjangkan lagi selama setahun dan bukan hanya di Malaysia sahaja.

Apa rancangan Pierre dalam tabligh?

Nikah itu sebahagian daripada iman, saya juga mahu ke arah itu. Bagi saya, pengisian tabligh tidak boleh dilihat secara luaran sahaja, lihat juga dalaman.

Ibaratnya, kalau hendak tinggalkan keluarga selama empat hari, bekalan yang ditinggalkan juga harus cukup untuk empat hari.

Apa kata kedua ibu bapa anda setakat ini?

Mummy (Khatijah Tan) sangat menyokong keputusan saya, ayah juga begitu sebab saya bukan buat perkara tidak baik, sebaliknya saya belajar dan mahu mengenal agama. Sejak sertai tabligh juga rezeki saya bertambah.



Iklan C(ii)


Perhatian!! Amaran Keras Rakyat Malaysia Terhadap Pakatan Rakyat

Posted: 10 Dec 2012 05:44 PM PST


Anak muda dan rakyat malaysia mengingatkan amaran kepada Pakatan Rakyat yang mana mereka sedia menjadikan Pakatan Rakyat sebagai pemerintah yang baru bagi menggantikan pemerintah yang terlalu lama memerintah iaitu Barisan Nasional.

Tetapi mandat itu mempunyai kata kata dasar untuk di laksanakannya,
Pertama adalah di atas dasar cintakan negara 
Iaitu tidak perlu lagi menjadi anak didik kepada british kerana tidak ramai yang tahu bahawa perjanjian di antara malaysia dan british adalah selama 50 tahun untuk malaysia tidak mempunyai apa apa kekacauan dan peperangan antara kaum dan menggunapakai perlembagaan sekular.

Perlembagaan sekular bermakna mengasingkan agama atau cara hidup dengan politik yang di amalkan di negara israel dan negara negara sekular yang lain. perjanjian itu telah terhapus 5 tahun yang lalu dan kini malaysia adalah negara yang bebas membentuk perlembagaannya sendiri tanpa adanya lagi campurtangan dari kerajaan british.
Kedua adalah amalan rasuah yang wajib di hapuskan terus
Bagi membina sebuah tamadun manusia yang bebas dari gejala yang hanya meruntuhkan  iman dan amalan, jika di dapati adanya di kalangan Pakatan Rakyat yang terlibat dalam rasuah sesudah mandat di beri oleh anak muda kepada mereka selepas ini, maka pemimpin itu wajib di hukum penjara seumur hidup dan di rotan di khalayak ramai! sebagai langkah pengajaran kepada semua pemimpin negara serta rakyat malaysia.
Ketiga adalah dasar menurunkan harga barangan 
Dengan mana minyak petrol adalah asas kepada kesemua kenaikan yang mendadak hingga memaksa anak muda masa kini bahkan orang tua sekalipun merasa bahang kenaikan yang cukup memeritkan serta meyeksakan.

Langkah yang utama adalah menurunkan harga minyak seperti yang di janjikan, walaupun anwar ibrahim memberikan tempoh 1 hari saja untuk menurunkan harga minyak, akan tetapi anak muda memberikan sedikit ruang kepadanya selama 1 bulan untuk menurunkan minyak petrol tersebut.

Andai tidak mampu di laksanakan, anwar ibrahim bolehlah meletak jawatan sebelum anak muda menggulingkannya!
Keempat adalah menyediakan keperluan asas 
Bagi semua kehidupan iaitu sebuah rumah dan bukan rumah kotak burung atau rumah pangsapuri kerana ianya bukanlah jalan terbaik, tetapi rumah teres 1 tingkat adalah rumah yang sesuai untuk kehidupan, jangan memberikan alasan malaysia tidak memiliki tanah yang besar untuk di didirikan rumah.

Itu bukan alasan tetapi haruslah membuka sebidang tanah seluas yang mungkin untuk membina sekurangnya 300 ribu buah rumah untuk yang sudah berkeluarga dengan bayaran ansuran serendah rm 150 saja sebulan dan yang paling utama adalah 1 rumah untuk 2 penama suami dan isteri dan hanya boleh di beli untuk sekali saja.

Itu baru di namakan wang kembali kepada rakyat. harta kekayaan negara di kongsikan bersama.
Kelima adalah menghapuskan sistem saman ekor polis dan jpj 
Kerana berdasarkan fakta ianya tidak membantu meringankan beban rakyat tetapi menambah sengsara lagi wang rakyat kerana di aniaya dengan pelbagai kesalahan yang sengaja di cari oleh pihak penguasa.

Andai ini tidak dapat di lakukan maka tidak mustahil anak muda akan kejalanraya bagi menggulingkan pemerintah yang sedia ada.


Jika Pakatan Rakyat dapat membuat rombakan dan pembaharuan ke enam enam dasar asas ini maka anak muda akan terus menghormati institusi kerajaan yang ada ketika itu, tetapi andaikata Pakatan Rakyat sudah berkuasa kelak dan sombong serta angkuh seperti kerajaan yang ada pada hari ini.

Tidak mustahil kami akan memberikan semula kepada Barisan Nasional kemenangan mutlak pada pru 14 nanti!

Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia! anak muda bersama mu selagi mana engkau tidak menyusahkan mereka dengan pelbagai akta sekatan dan pelbagai helah untuk memaksa wang dari poket mereka keluar untuk perkara yang segaja di cari salah dah silap yang kononnya untuk memacu ekonomi negara dan keselamatan menipu. ~erapasca



Iklan C(ii)


Pendedahan Ini Pasti Menyakitkan Hati Umno Dan Pencacainya..

Posted: 10 Dec 2012 04:58 PM PST

PETALING JAYA 10 Dis: Tan Sri Musa Hassan mendedahkan, satu projek komunikasi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bernilai ratusan juta ringgit mempunyai kaitan dengan perunding perhubungan awam, APCO Worldwide – syarikat Israel untuk menggilap imej peribadi Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan di mata dunia. Kata bekas Ketua Polis Negara itu, ia adalah projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM.

"Projek tersebut diperolehi pada akhir 2009. (Hal) Apco dulu," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Musa, bekas anggota penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang 'mengarahkan' pegawai polis untuk meluluskan projek tersebut.

"Saya tak tahu berapa jumlah projek. Tapi saya dimaklumkan oleh sumber-sumber tertentu bahawa projek komunikasi belum lengkap sepenuhnya, tetapi telah diminta untuk dikomisenkan (diluluskan) untuk beroperasi.

"Kalau pegawai komunikasi yang menjaga itu tadi tidak dikomisenkan, maka mereka tidak dibayar. Oleh itu dia (Robert) telah meminta untuk seorang pegawai yang menjaga komunikasi untuk komisenkan komunikasi itu," katanya.

Jelas Musa, pegawai yang tidak dinamakan tersebut tidak mahu meluluskan sistem komunikasi itu kerana spekifikasinya tidak lengkap.

"Sebab itu, dia (Robert) telah mengugut pegawai ini – kalau komunikasi tidak diluluskan, pegawai itu akan ditukar 24 jam.

"Kalau seorang awam boleh mengugut pegawai polis untuk ditukar kerana tidak meluluskan projek tadi, siapa yang berkuasa dalam polis?" soalnya.

Musa berkata, pegawai tersebut dipanggil Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Ismail Omar untuk menandatangani, namun masih enggan. Akibatnya pegawai tersebut ditukar 24 jam dan diganti dengan pegawai baru yang menandatangani surat kelulusan tersebut.

"Ia berlaku lepas saya bersara," jelas Musa sambil menambah isu tersebut telah lama dimaklumkan kepadanya.

"Ini salahguna kuasa yang perlu disiasat. Perkara ini dimaklumkan kepada saya oleh sumber polis.

"Kalau orang (Robert) macam ini boleh mengarah pegawai polis, bermakna dia berkuasa dalam pasukan (PDRM). Dia boleh serang orang lain yang dia tak suka," kata Musa.

Pada April 2010, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, kewujudan perisik Israel dalam PDRM melalui satu kontrak dengan nama APCO 425.

Projek itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.

Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) yang berpangkalan di Israel. ~kd



Iklan C(ii)


Keluar Umno.. Ini Penjelasan Terbaru Ahli Parlimen Jerantut

Posted: 10 Dec 2012 04:56 PM PST

KUALA LUMPUR 10 Dis: Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut, mengakui menyokong perjuangan Pakatan Rakyat (Pakatan).

Adik kepada Sultan Pahang itu yakin dengan hala tuju Pakatan yang disifatkannya lebih berani bertemu rakyat bagi menerangkan dasar mereka untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Katanya, tindakan mesra rakyat itu bukan sahaja berjaya meraih undi untuk Pakatan, malah lebih senang mendekati pengundi dengan tawaran menarik.

"Mereka (Pakatan) cuba terangkan apa yang boleh diberikan kepada rakyat dan negara jika menang dalam pilihan raya. Ini tak ada masalah," katanya kepada Keadilan Daily.

Perkembangan terbaru ini tentunya menggerunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan Tengku Azlan adalah ahli parlimen di negeri kelahirannya.

Dalam pada itu, Tengku Azlan menafikan dakwaan akhbar berbahasa Tamil dan laporan beberapa blog menyatakan beliau keluar Umno dan menyertai badan bukan kerajaan (NGO) Amanah Merdeka Rakyat (Amanah).

"Tak betul, saya hanya 'berundur', tapi bukan keluar Umno. Belum terlintas lagi. Belum lagi (masuk Amanah). 'Amanah' (saya) untuk selamatkan negara, untuk tolong rakyat miskin.

"InsyaAllah…(akan sertai Amanah) Tapi bukan tahun ini, lagi pun sudah hujung tahun. Saya sokong perjuangan Amanah. Amanah untuk membantu masyarakat lebih maju," jelas bekas Menteri Pengangkutan itu.

Menurut Ahli Parlimen selama tiga penggal itu, beliau akan berundur daripada menjadi calon PRU 13 dan menyerahkan mandat kepada orang muda.

"Bagi laluanlah kepada orang muda…Saya kena buat pembaharuan. Tapi orang muda jangan hanya pandai bercakap, mesti bertindak. Tunaikan melalui perbuatan untuk kebaikan orang muda juga," tegas veteran Umno Pahang itu lagi. ~kd



Iklan C(ii)


Tiada ulasan: