Muslimeen United |
- BICARA SELEBRITI DISTADIUM SULTAN MUHAMMAD IV
- Live Update: 8 Juta Sedang Berhimpun Beri Sokongan Kepada Mursi Di Mesir Sekarang
- PANAS: Satu Rahsia Besar akan dibongkar... Tunggu!!
- Perhimpunan terakhir Umno sebelum menjadi pembangkang
- Gempar!! Pemuda Umno Kedah Batal Himpunan 50 Ribu Kerana Tiada Sokongan
- Rakyat Bentong Bangkit Untuk Pastikan Telinga Adnan Dipotong!
- Meyda Safira jayakan Bicara Selebriti malam ini
- Pisah kuasa dari Umno seperti pisah kulit dengan daging
- Kesian Beb!! Shahrizat Diserang Penyakit 'Lembu Gila'
- Cara Ustaz Nii..Menambah Sakit Hati Puak2 Umno..
BICARA SELEBRITI DISTADIUM SULTAN MUHAMMAD IV Posted: 01 Dec 2012 07:12 AM PST BIAR GAMBAR SEBAGAI SAKSI BERBICARA. Bicara Selebriti di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, Kelantan 1.12.12 jam 9.00 malam bersama Ustaz Azhar Idrus, Heliza Helmi, Meyda Sefira dan Amin Idris. Biarpun program malam ini bertembung dengan siaran langsung bola sepak piala AFF Suzuki 2012 antara Malaysia dengan Indonesia, namun kehadiran yang ramai malam ini mencecah ribuan orang, menunjukkan apa jua fitnah dan serangan kepada kerajaan PAS/PR pimpinan YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat terutamanya isu UMNO MURTAD DAN DOA UMNO HANCUR BN KO, langsung tidak menjejaskan sokongan rakyat. Lagi diserang lagi ramai rakyat yang datang. Kalau UMNO ingat dengan memutar belitkan isu UMNO MURTAD dan doa UMNO HANCUR DAN BN KO boleh meminggirkan rakyat dari terus mendakap perjuangan yang dibawa oleh PAS, UMNO tersilap besar. Tidak puas dan cukup dengan itu, fitnah kononnya Ustaz Azhar Idrus juga melanggani Restoran McD, rakyat tidak mudah meratah dan melatah. Rakyat kini sudah bijak bistari... Mampu berfikir dan menilai satu-satu berita yang disampaikan. Tidak akan telan bulat-bulat lebih-lebih lagi jika ianya datang dari kelompok berjiwa darah pekat UMNO. | ||
Live Update: 8 Juta Sedang Berhimpun Beri Sokongan Kepada Mursi Di Mesir Sekarang Posted: 01 Dec 2012 07:07 AM PST Anggaran jumlah rakyat yang keluar ke jalan-jalan raya menyokong Mursi sehingga petang ini di bandar Kaherah, Iskandariah, Asyut dan bandar-bandar lain melebihi 8 juta orang! 9.00 pm waktu Malaysia TERKINI: Perarakan yang disertai hampir 70 ribu penyokong Mursi dari wilayah El-Menia, kira-kira 500 km dari Kaherah selamat tiba di himpunan jutaan "Syar'iyyah dan Syariat". Televisyen rasmi Mesir: Jalan ke Universiti Kaherah ditutup. Biar gambar berbicara..Dijangka lebih ramai menjelang petang. 8 pm waktu Malaysia Para peguam yang menyokong Presiden Dr.Mursi bersedia memulakan perarakan dari Pejabat Kesatuan Peguam Mesir menuju ke hadapan Universiti Kaherah. Malangnya, Presiden kesatuan tersebut, Samih 'Asyur bersama golongan penentang Mursi. 8.00 pm waktu Malysia Sumber FJP: Dua perarakan besar kumpulan penyokong Mursi akan berhimpun di Masjid Amru bin Al-'As dan dataran Mustafa Mahmoud selepas Zohor hari ini menuju ke Universiti Kaherah. 7.00 pm waktu Malaysia Suasana stesen kereta api Giza yang terus-menerus menerima kebanjiran penyokong rakyat dari arah selatan Mesir, berita yang dikemaskini hampir setengah jam lalu. Analisis berita menjangka lebih 1 juta rakyat akan membanjiri Dataran Nahdhah petang ini. 6.pm waktu Malaysia Salah satu suasana sokongan rakyat kepada Dr.Mursi di dataran Nahdhah, hadapan Universiti Kaherah pagi ini. Mereka melaungkan "Jom Mursi! Pukul lagi banyak! Zindi (Presiden Kelab Hakim) belum kena..Tihani (Hakim Mahkamah Tinggi Perlembagaan) pun belum kena..!!" 6.pm waktu Malaysia 11.50 pagi waktu Kaherah: Para penyokong mula membanjiri jalan-jalan raya di kawasan sekitar Dataran Nahdhah, hadapan Universiti Kaherah sebagai permulaan kepada Jutaan "Syar'iyyah dan Syariat" Sumber FJP: Rombongan dari Panel Penggubal Perlembagaan yang diketuai oleh Hakim Husam Ghiryani dijadualkan mempersembahkan kepada Presiden Dr.Mursi draf perlembagaan jam 4 petang hari ini. Anggota Panel Penggubal Perlembagaan, 'Essam Sultan yang juga Naib Presiden Parti Wasat, sebuah parti serpihan Ikhwan Muslimin berkata, Mesir telah melalui empat kali sejarah pindaan perlembagaan sebelum ini iaitu pada tahun 1923, 1956, 1958 dan 1971 tetapi yang membezakannya dengan tahun 2012 ini ialah Panel Penggubalnya. "Sebelum ini, anggota panel penggubalnya dilantik dengan keputusan dari raja atau Presiden yang disokong oleh Majlis Tentera sementara panel kali ini mewakili segenap lapisan masyarakat di Mesir." Sultan dalam status Facebook beliau kemudian menyatakan, "Kita akan sempurnakan revolusi kita yang dimulakan pada 25 Januari dengan izin Allah. Kita akan serahkan draf perlembagaan kita kepada Presiden republik beberapa jam sahaja lagi, kemudian diikuti referendum rakyat. Lalu ketika itu akan tersingkap kehendak rakyat seperti yang dikehendaki Allah maka akan hilanglah seluruh buih-buih yang menganggu maka yang akan tinggal ialah sesuatu yang memberikan manfaat kepada manusia. Bahawa Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu." | ||
PANAS: Satu Rahsia Besar akan dibongkar... Tunggu!! Posted: 01 Dec 2012 02:25 AM PST HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT JOHOR!!! Selain 3 tokoh besar akan sertai PAS, satu 'Rahsia Besar' akan dibongkar... tunggu Mat Maslan...Sejak jadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berpuluh kali Datuk Ahmad Maslan ugut nak saman saya. Hari ini dia kata nak saman saya lagi pasal dakwaan fitnah penjualan minyak sawit kepada sykt Yahudi, Bunge Agribusiness Singapore. Dia juga tuduh kejatuhan saham FGVH kerana saya memburuk-burukkan FGVH. Saya dianggap manusia paling jahat yang dia temui. Wahai Datuk Ahmad Maslan, esok malam; satu lagi 'rahsia besar' akan saya dedah dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor. Telah saya katakan 75% Pegawai Kanan Felda bersama ANAK. Maklumat dihujung jari! Insyaallah, tekad saya untuk 'londeh' secara terperinci penyelewengan berbilion wang peneroka oleh pengkhianat2 yang diketuai Najib, Ahmad Maslan, Isa Samad dan Faizoull Ahmad. Tiga Tokoh besar akan serah borang PAS. JOM DATANG BERAMAI-RAMAI DAN SEBARKAN! Mazlan Aliman | ||
Perhimpunan terakhir Umno sebelum menjadi pembangkang Posted: 01 Dec 2012 02:23 AM PST
Meneliti ucapan-ucapan pemimpin Umno dan laporan besar-besaran media arus perdana yang menjadi alat propaganda mereka, dapatlah kita fahami bahawa Umno-Barisan Nasional, kini sedang berada di dalam kegelisahan dan ketakutan yang amat sangat. Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang dihebahkan secara besar-besaran, ternyata gagal melindungi kebimbangan mereka, bahawa kekuasaan yang mereka nikmati selama lebih 55 tahun di Malaysia, sudah tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Oleh sebab itu PAU 2012 yang diadakan minggu ini, dipergunakan sepenuhnya untuk mengecam Pakatan Rakyat dengan tujuan melabel imej buruk kepada parti yang bakal menggantikan mereka pada PRU-13 akan datang. Usaha memburuk-burukkan Pakatan Rakyat terpaksa di buat kerana, di sebalik pelbagai janji perubahan, janji ditepati, janji BRIM yang ditabur Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, gagal memikat rakyat untuk kembali menyokong Umno-BN. Kegagalan tersebut dibuktikan dengan dapatan kajian yang dijalankan secara profesional oleh sekumpulan pengkaji politik daripada universiti yang rapat dengan Umno bahawa mereka hanya mampu meraih 120 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Walaupun dapatan universiti itu dicanangkan bertujuan untuk memberitahu kononnya Umno-BN mampu terus berkuasa pada PRU-13, tetapi sebaliknya dapatan itu memberitahu bahawa semua janji yang ditabur Najib, hanyalah sia-sia. Malah Najib diunjurkan, untuk mendapat tamparan yang lebih buruk daripada mantan PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berkuasa pada PRU 2008 dengan 140 kerusi Parlimen. Pada PRU tersebut, BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan hilang kuasa di lima buah negeri, termasuk hanya tinggal satu kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, menyebabkan Abdullah dan seluruh kroninya, dihambat keluar dari Umno, sehingga terpaksa meletakkan jawatan PM dan Presiden Umno. Maka apakah nasib PM Najib, jika BN dikatakan boleh kekal berkuasa hanya dengan 120 kerusi Parlimen sahaja? Berapa buah negeri lagi Umno-BN akan hilang? Apakah Umno akan membiarkan Najib terus berkuasa selepas segala perbelanjaan besar ditabur untuk 'membeli' sokongan rakyat terus menemui kegagalan? Lebih serius lagi, apakah apabila Umno sudah tahu, mereka menjangkakan prestasi Najib jauh lebih buruk daripada Abdullah, mereka akan membiarkan Najib terus menerajui Umno-BN untuk menghadapi Pakatan Rakyat pada dalam PRU depan? Difahamkan, ada tekanan yang hebat dikenakan bekas PM, Tun Mahathir Mohamad yang mendokong kuat TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Najib, yang mahukan perubahan dalaman Umno dibuat sebelum PRU. Malah ada pandangan yang lebih keras dalam Umno yang mahukan Najib berundur dan memberikan kuasa kepada Muhyiddin untuk menerajui Umno-BN bagi berhadapan dengan Pakatan Rakyat. Jelas kepada kita bahawa PAU 2012 sebenarnya, gagal menyatupadukan Umno untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat, sebaliknya ia menjadi medan pertelingkahan dalaman, medan serangan ahli-ahli Umno terhadap Najib yang dilihat gagal dan lembik , kerana dikatakan 'dikuasai' isteri beliau. Sehingga hari ini ahli-ahli Umno tidak dapat menerima 'penguasaan Rosmah' dan menganggap beliau di antara penyumbang besar kepada kekalahan Umno-BN pada PRU depan. Walaupun Umno bernasib baik kerana pertelingkahan mereka berjaya dikambus oleh media arus perdana, namun rakyat sudah menghidu 'bau busuk' daripada jasad Umno yang bakal menjadi bangkai dalam PRU nanti. Inilah Perhimpunan Agung Umno yang terakhir sebagai parti pemerintah, kerana pada PRU nanti, Pakatan Rakyat akan memperolehi lebih 120 kerusi Parlimen untuk menerajui Putrajaya. | ||
Gempar!! Pemuda Umno Kedah Batal Himpunan 50 Ribu Kerana Tiada Sokongan Posted: 01 Dec 2012 02:20 AM PST Media maya UMNO Kedah telah memukul canang seantero dunia bahawa Pemuda UMNO Kedah akan adakan 'Himpunan 50 Ribu Pemuda UMNO Kedah' pada 7 Disember 2012 di Taman Tema Tasik Bandar Darul Aman. Tup tup maklumat yang Tok Non terima dari rakan cybertrooper UMNO, program itu terpaksa dibatalkan sebab penganjur tak yakin nak himpun sampai 50 ribu orang. Kalau mai 5 ribu pun dah besaq tuah. Apatah lagi tarikh 7 Disember itu akan ada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti. Icon anak muda Ustaz Azhar Idrus akan hadir, ahli-ahli Pemuda UMNO pun dijangka ramai akan ke Pentas Icon Anak Muda itu. Sebab yang kedua ialah bajet tak turun lagi. Nak himpun 50 ribu orang kena upah satu kepala RM50 paling koman... 50,000 x RM50 = RM2.5 juta, tentulah peruntukan itu kena mai dari Najib. Maka menurut sumber tersebut, sebab itu program itu terpaksa dibatalkan. Dalam dok tengah nazak teruk macam tu pun jangan... dalam Pesta Fitnah UMNO di PWTC bercakap berdegaq-degag dengan penuh takabur, ego, riak dan ujub nak rampas Kedah kunun. 'Jangan Serah Kedah Dekat Penyamun.' ~kedahla | ||
Rakyat Bentong Bangkit Untuk Pastikan Telinga Adnan Dipotong! Posted: 01 Dec 2012 02:16 AM PST Rakyat Bentong bangkit dan berarak ke seluruh kawasan parlimen sebagai tindakbalas kepada kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang "mempertaruhkan" telinganya jika DAP menang di Bentong. Di dalam satu jawapan yang cukup dasyat Adnan Yaakob berkata: "... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya. Malah beliau dengan sombong dan angkuhnya berkata bahawa sekalipun Lim Guan Eng bertanding di Bentong, beliau akan kalah. Berikut ialah laporan dan video mengenainya: MB: 'Potong telinga saya jika DAP menang Bentong' | ||
Meyda Safira jayakan Bicara Selebriti malam ini Posted: 01 Dec 2012 02:13 AM PST KOTA BHARU: Tiga selebriti terkenal tanah air termasuk pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih, Meyda Safira dari Inodonesia akan menjayakan Bicara Selebriti ke-7 malam ini. Dua orang lagi ialah Ustaz Azhar Idrus, pakar motivasi anak muda dan pelakon Heliza Helmi yang bakal dimoderatorkan oleh Amin Idris. Buat julung kalinya program selebriti, ia diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, berbanding sebelum ini di Balai Islam, KTC dan KB Mall. Sempena kunjungan selebriti ini, mereka sempat mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob di JKR 10, petang tadi. (Gambar atas) Tuan Guru melahirkan rasa syukur kerana golongan artis semakin ramai mendekati Islam. Pada masa yang sama juga beliau bersyukur kerana menerima undangan kerajaan Kelantan untuk menghadiri program berbentuk ilmu untuk dikongsi bersama. "Jadi pada malam ini saya menyeru pada semua supaya datang beramai-ramai, kita buat di stadium malam ni," ujarnya bernada ceria. Sementara itu, Meyda melahirkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk hadir di Kelantan yang juga merupakan kunjungan pertama ke negara ini. Baginya jemputan itu suatu yang mengejutkan kerana tidak dijangkakan akan menerima undangan yang sama sebagaimana sahabat yang lain sebelum ini. "Alhamdulillah, saya bersyukur bangat, terima kasih kerana sudi mengundang saya," ujarnya ketika ditemui selepas sesi pertemuan dengan Tuan Guru. -Hrkh | ||
Pisah kuasa dari Umno seperti pisah kulit dengan daging Posted: 30 Nov 2012 02:47 PM PST Perhimpunan Agung UMNO kali ini merupakan perhimpunan yang paling penting bagi UMNO kerana perhimpunan itu adalah perhimpunan terakhir sebelum pilihanraya ini. Perhimpunan kali ini menampakkan yang UMNO begitu tertekan dengan ucapan yang bergegar-gegar yang melambangkan perasaan kurang kepastian untuk mempertahankan kuasa yang ada kepada mereka itu. Berbagai isu yang dilemparkan kepada pembangkang dengan kuat tetapi isu-isu itu jugalah isu yang pembangkang lemparkan kepada BN khususnya UMNO selama ini. UMNO nampaknya tidak tenang menghadapi cabaran demokrasi. UMNO membidas pembangkang seolah-olah penawaran pimpinan gantian di Putrajaya itu seperti melakukan jenayah, sedangkan negara ini memberikan peluang kepada mana-mana parti untuk menjadi kerajaan.Itu sebab diadakan pilihanraya setiap lima tahun sekali. Seperti biasa UMNO menekankan yang UMNO adalah parti yang berpengalaman. Kerajaan tidak perlu ditukar kerana UMNO telah membangunkan negara ini dari sebuah negara miskin kepada sebuah negara yang berpendapatan sederhana dan bakal menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 nanti. Bagi UMNO apabila negara itu maju maka rakyat tidak payah menukar kerajaan lagi kerana kononnya rakyat akan menghadapi risiko yang tinggi jika kerajaan gantian itu tidak mampu melakukan apa yang BN telah lakukan. Tetapi dalam pada itu Najib menjadikan Amerika Syarikat sebagai contoh tetapi hanya mengambil kemenangan Obama yang kekal menjadi Presiden buat penggal kedua itu sahaja. Najib patut mengambil iktibar dan rakyat mesti memahami yang politik ini adalah berdasarkan kepada keadaan sekarang dan masa depan rakyat dan negara. Rakyat AS telah menukar kerajaan puluhan kali walaupun negara itu adalah negara maju. Jika inilah alasan Najib untuk rakyat negara ini tidak boleh menukar kerajaan dan elok di batalkan sahaja pendaftaran parti-parti yang lain dari BN di negara ini. Dalam pada itu kita telah nampak sikap ahli-ahli Parlimen BN pada hari ini kerana tidak hadir dalam persidangan hari ini kerana menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO. Mereka (ahli-ahli Parlimen BN) tidak bertanggungjawab kerana perhimpunan agung UMNO itu sepatutnya dihadiri oleh mereka yang menjadi perwakilan sahaja sedangkan ramai dari MP-MP BN itu bukan pun ahli-ahli UMNO atau perwakilan ke perhimpunan itu. Berbalik kepada Perhimpunan Agung UMNO yang kita jelas terlihat ialah perasaan gusar dan takut jika rakyat mengalihkan sokongan mereka kepada pembangkang. Apa yang Najib gagal memahami ialah orang Melayu sekarang mahukan perpaduan Melayu dan kali ini berpadu di luar UMNO. Tetapi apa yang Najib mahukan orang Melayu ini tunduk dan menjadi bangsa yang 'subservient' kepada parti. Sepatutnya parti-parti politiklah yang patut 'subservient' kepada rakyat dan ahli-ahlinya. Najib masih memaparkan politik memenjara pemikiran orang Melayu seolah-olah orang Melayu tidak boleh memandang parti lain dan apa yang orang Melayu patut lakukan ialah untuk sentiasa mengangguk dan mengikut sahaja apa yang UMNO mahukan walaupun rasuah yang terlampau yang pimpinan UMNO itu sudah tidak terkawal lagi. Negara kita adalah sebuah negara yang terlalu deras menuju kehancuran kerana rasuah yang sudah tidak terkawal kerana hampir kesemua pimpinan, terutamanya dalam kerajaan itu terlibat dalam kegiatan hina itu. Pengakhir kata Najib dalam ucapan beliau tadi, beliau telah memohon maaf di atas segala kesalahan yang UMNO dan pimpinannya telah lakukan. Tidak pula beliau mengulas apa kesalahan-kesalahan yang UMNO dan beliau lakukan. Beliau meminta rakyat memaafkan UMNO dan kepimpinan parti di atas segala kesalahan. Najib tidak pula meminta maaf di atas semua salah laku rasuah yang dilakukan oleh pimpinan kerajaan. Jika rasuah adalah salah satu dari kesalahannya dan meminta rakyat memaafkannya ia sepatutnya pimpinan UMNO melakukan tindakan yang berani dan berjanji memulangkan kembali wang rakyat yang telah dibawa lari dari perbendahaaraan negara secara sistematik selama ini. Sementara memulangkan kembali harta rakyat yang dilarikan itu UMNO sepatutnya berehat dan melakukan 'soul searching' yang intensif terhadap diri mereka. Kalaulah ini dilakukan ia boleh menyejukkan hati rakyat yang sayangkan negara. Misalnya jika keluarga Dr Mahathir boleh memulangkan kembali wang rakyat yang hampir RM2 billion yang digunakan oleh anaknya untuk menyelesaikan masalah perniagaannya dahulu ada juga lah nampak keinginan untuk bertaubat dan meminta maaf kepada rakyat. Semasa Lemahn Bros di AS menggunakan wang kerajaan semasa kejatuhan ekonomi dunia dahulu, sekarang syarikat gergasi itu sedang beransur-ansur memulangkan kembali semua wang rakyat yang di gunakan untuk 'bailout' syarikat itu dahulu. Sudah sampai masanya Mirzan Mahathir mengembalikan kembali wang rakyat yang digunakan itu seperti apa yang dilakukan oleh Lemahn Bros itu. Apa lagi kesalahan yang dimaksudkan oleh Najib yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO itu. Adakah isu komisyen Scorpene yang melibatkan ratusan juta itu salah satu dari kesalahan yang Najib memohon maaf? Bolehlah rakyat maafkan, tetapi pulangkanlah balik wang sejumlah itu kepada rakyat. Bolehkah Najib menggunakan pengaruh beliau untuk membayar royalti minyak kepada Kelantan untuk melayakkan beliau mendapat kemaafan? Ada lebih dari RM7 billion wang royalti yang sepatutnya di bayar kepada rakyat Kelantan. Itu merupakan kesalahan yang sangat besar terhadap rakyat negeri Kelantan yang mana 98% rakyat terdiri dari orang Melayu. Inilah di antara ratusan isu yang sengaja dilakukan oleh pimpinan kita dan jika mereka mahukan kemaafan adalah elok UMNO duduk di kerusi pembangkang dan memperbaiki diri dan kembali mendapatkan mandat dalam pilihanraya yang akan datang jika rakyat bersetuju. Kalaulah BN mendapat kemaafan dengan segala kejahatan rasuah yang mereka lakukan, maka BN akan terus melakukannya setelah mendapat kuasa nanti. UMNO akan kembali meminta maaf dalam pilihan raya yang selepas PRU ini dan rakyat memberikan kemaafan lagi. Jika ini keadaannya maka BN akan lebih bebas melakukan kerja hina yang sudah menjadi kerja biasa dan 'normal' bagi parti yang sudah lusuh ini. Belum kita lihat sikap UMNO yang percaya kuasa hanya untuk mereka sedangkan itu adalah kuasa rakyat yang akan memberikan ketentuan siapa yang patut mentadbir kali ini. Tetapi pimpinan UMNO ini tidak mahu menerima yang partinya sudah lemah. Usaha UMNO untuk bertahan sudah terlalu kotor perlakuannya. Untuk memisahkan kuasa dari mereka (UMNO) tidak ubah seperti memisahkan daging dengan kulit. Apabila mereka (UMNO) terfikir sahaja tentang kehilangan kuasa mereka menjadi separuh gila, sedangkan peralihan dan giliran kuasa itu adalah perkara lazim dalam demokrasi. Sesungguhnya UMNOlah yang gila kuasa sehinggakan mereka dan pimpinannya berkata mereka akan bertahan walau dengan cara apa sekali pun. Padahal kita bukan hendak memisahkan nyawa dari tubuh mereka. Kita hanya hendak melaksanakan demokrasi mengikut sistemnya yang ada dengan cara terbuka. Kepada Najib beliau tidak payah bercakap seperti halilintar memecah bumi kerana berucap secara itu sudah ketinggalan zaman. Zaman sekarang rakyat mahu melihat 'content' bukannya gaya berucap. Ia akan hanya menampakkan kelemahannya lebih jelas dari yang sudah jelas kita lihat selama ini. Kata perpatah, 'patah tumbuh hilang berganti' Rakyat bukan saja-saja hendak mematahkan, tetapi rakyat mahu mematah atau mencantas pokok itu untuk ia bercambah dan rimbun daunnya serta lebat buahnya. Kalau hendak sangat berucap bergegar-gegar itu, eloklah berbahas secara terbuka dengan Ketua Pembangkang. Ini tidak…bercakap bergegar-gegar seorang diri. Kalau bercakap bergegar-gegar tetapi tidak memberi mana-mana pihak menjawabnya orang itu adalah pemimpin yang lemah dan tidak berketerampilan sebagai pemimpin sebenar. 'A genuine leader does not wail and scream'. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/ | ||
Kesian Beb!! Shahrizat Diserang Penyakit 'Lembu Gila' Posted: 30 Nov 2012 02:43 PM PST Nafsu untuk terus merompak harta rakyat masih membara. Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak sepatutnya bermain dengan sentimen politik perkauman kerana ia tidak selari dengan konsep 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Yang sebenarnya UMNO risau akan perpecahan undi bukan melayu terhadap parti tersebut kerana gusar akan kehilangan tampuk kuasa di PRU 13 yang akan diadakan bila-bila masa sahaja. Rakyat Malaysia telah lama hidup bersatupadu tetapi Umno Bn mengamalkan budaya politik kotor serta tidak mengamalkan konsep demokrasi. Lihat sahaja PERKASA yang sering membuat pelbagai provokasi perkauman dan keagamaan yang telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif terhadap pengundi bukan melayu. Kaum Melayu akan menjadi pelarian dibumi sendiri bukan kerana tidak ada kuasa bersaing dalam ekonomi tetapi tindakan kerajaan BN sendiri yang membawa masuk warga asing dan diberikan pula IC bagi membolehkan mereka menang di PRU13 akan datang. Kenapa kaum melayu akan terpinggir jika hilang kuasa politik? Setelah lebih 50 tahun Umno memegang kuasa sebagai kerajaan apakah tidak cukup masa bagi menaiktaraf kehidupan kaum Melayu?. Datuk Seri Shahrizat harus menerima hakikat bahawa Melayu yang dibantu selama ini adalah golongan suami isteri anak-anak serta kroni-kroni Umno yang mementing perut sendiri manakala rakyat dibawah hanya dapat merasa sisa-sisa bantuan tersebut. Yang kaya adalah kroni manakala rakyat hidup digula-gulakan oleh kerajaan. Umno harus menerima hakikat bahawa rakyat tidak lagi merasakan Umno dapat memperjuangkan hak rakyat kerana ramai ahli-ahli Umno yang juga menteri-menteri dalam kerajaan yang terpalit dengan skandal rasuah. Banyak tanah-tanah orang melayu yang digadaikan kepada kaum lain bagi mengisi kocek kroni-kroni mengakibatkan melayu ibarat menang sorak kampong tergadai. Ketirisan wang dalam tender-tender kerajaan juga telah mengakibatkan negara Malaysia menanggung hutang yang banyak dan menghadapi inflasi yang membimbangkan. Justeru saya ingin mengingatkan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil supaya hentikan politik cetek dan dangkal yang memperbodohkan kaum melayu dengan sentimen perkauaman kerana rakyat tidak bodoh dan boleh menilaikan antara intan dan kaca. Cabaran Umno sebenarnya adalah memastikan parti komponen Bn menang bagi memastikan segala kerja-kerja kotor mereka tidak jatuh ketangan Pakatan Rakyat yang sudah pasti akan mengheret mereka-mereka yang terlibat kemuka keadilan. Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang Ketua Wanita KEADILAN | ||
Cara Ustaz Nii..Menambah Sakit Hati Puak2 Umno.. Posted: 30 Nov 2012 02:38 PM PST Bravo ustaz Azhar...satu pendekatan terhadap Orang Muda Geng Kita...Biar umno dengan program maksiat mereka untuk menarik hati orang muda...Namun kita tetap dengan cara islamik,kerana hati manusia kepunyaan Allah..Hanya Allah yang berkuasa membolak-balikkan hati hambanya ke arah kebenaran..Takbirr... |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan