Sabtu, 1 Disember 2012

Addin

Addin


Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor Gagal..

Posted: 01 Dec 2012 09:51 AM PST


Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor gagal.. Hanya sedikit yang hadir, ramai lebih suka tengok bola lagi daripada mendengar pemimpin Pakatan Rakyat berucap.  

Mungkin itu berita yang akan dikeluarkan oleh media pencacai Umno. Namun realitinya, Umno Johor pasti pening kepala. Himpunan ini telah berjaya menarik ribuan.. tak percaya.. baca berita di bawah ni..
Ribuan di Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor
BATU PAHAT: Ribuan rakyat Johor kini memenuhi Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam ini.
Biarpun program malam ini bertembung dengan siaran langsung bola sepak piala AFF Suzuki 2012 antara Malaysia dengan Indonesia, namun kehadiran yang ramai malam ini menunjukkan semangat perubahan politik rakyat negeri ini.
(Gambar: Mohamad Sabu menerima limau sebagai gimik perasmian.)
Program malam ini bermula dengan ucapan wakil-wakil badan bukan kerajaan NGO yang memperjuangkan hak rakyat.

Ianya termasuk NGO Anti-PPSMI, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Gerakan Mansuh ISA (GMI), Hak Air Untuk Semua (Haus), Gabungan Menuntut Royalti Kelantan 'R', Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Gabungan menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), NGO Pengerang, serta NGO alam sekitar dan Anti Lynas.

Pada malam ini Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang dijangka hadir.

Mereka dijangka memberikan ucapan penutup sekaligus menjawab beberapa tuduhan Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu yang berakhir hari ini.

Sedang berada dipentas ketika ini Pengarah Program Mohamad Sabu yang juga timbalan presiden PAS, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pesurhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dan pemimpin PKR, DAP di peringkat negeri.

Terdahulu program malam ini dibuka dengan pertunjukan tarian singa dan kemudian dirasmikan pembukaannya oleh Mohamad Sabu. ~harakahdaily


Iklan C(ii)



LIVE!! Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor

Posted: 01 Dec 2012 07:56 AM PST


Bersempena dengan siri Himpunan Kebangkitan Rakyat Pakatan Rakyat, satu ceramah perdana kini bersiaran secara langsung dari negeri yag terkenal dengan kubu kuat Umno, Johor Darul Takzim.

Bertempat di Dataran KEADILAN, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat, dalam parlimen Seri Gading (Depan McDonald Parit Raja, KM 18 Jalan Kluang/Batu Pahat), Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan berceramah bersama-sama dengan Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang, Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat negeri yang sebelumnya menjelajah ke beberapa kawasan termasuk di Ulu Tiram pada sebelah petang bertemu masyarakat India di kawasan itu.

Selamat menonton.







Iklan C(ii)



Kantoi!! Khairy Tipu Statistik Pengikut Facebook Anwar Ibrahim

Posted: 01 Dec 2012 05:34 AM PST

Nampaknya ahli parlimen Rembau ni memang tak ikuti perkembangan semasa. Selain menyebut fakta salah, Khairy Jamaluddin terus membodek presidennya, Najib Altantuya dalam perhimpunan agung Umno (PAU) ketika membahaskan ucapan penggulungan sebagai ketua pemuda sebentar tadi.

Sebenarnya, penyokong Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di laman sosial Facebook setakat jam 5.10 petang tadi berjumlah 408,193 dan bukannya tak sampai 200,000 seperti yang didakwa Khairy!

Untuk bukti, klik pada pautan DI SINI.

Menambah penipuan Khairy, kemenangan pro-Aspirasi dalam pilihanraya umum kampus yang baru selesai September lalu tidak boleh disimpulkan mahasiswa sudah kembali menyokong parti reput itu berdasarkan dua faktor utama:

1) Pro-Aspirasi kalah di kampus utama berpengaruh yang menjadi tulang belakang pergerakan mahasiswa seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Mereka hanya menang di kampus tidak berpengaruh seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

2) Kemenangan mereka dibayangi penipuan, salah guna kuasa bahagian hal ehwal pelajar (HEP) yang menyelia pilihanraya kampus selain kecondongan pentadbir universiti yang terlebih Umno dari Umno.

Justeru, Khairy tidak boleh mendabik dada mengatakan bahawa Umno diterima mahasiswa kerana hujah dangkal sebegini mudah dipatahkan dengan statistik pilihanraya kampus itu sendiri.

Walaupun mensasarkan gologan cerdik pandai itu untuk bersama Umno, hakikat pahit yang perlu ditelan Khairy adalah golongan ini tidak termakan ganjaran harta benda yang ditabur, petanda mereka sudah selektif dan bijak memilih yang mana intan yang mana kaca.

Pemberian baucer buku dan pelbagai gula-gula lain tidak melalaikan mereka dari menganalisa perkembangan politik tanah air seperti Khairy sendiri yang terang-terang menyertai Umno sejak belajar di United Kingdom hingga tamat pengajian.

Nasihat saya, Khairy patut cermin diri dahulu menyelesaikan masalah yang tak pernah selesai seperti janji pilihanraya umum lalu iaitu pembinaan Hospital Rembau dalam parlimennya sendiri.

Nasib Khairy sendiri belum pasti sama ada dicalonkan semula di Rembau atau ditendang ke kerusi lain yang boleh menyebabkan nasibnya kelabu atau hitam!

KJ: Kemenangan pro-A bukti orang muda kembali pada Umno 
Kemenangan besar kumpulan pro-Aspirasi dalam pilihan raya kampus dan populariti presiden Umno dalam media sosial bukti jelas golongan muda sudah kembali kepada Umno, kata Ketua Pemudanya, Khairy dalam ucapan penggulungan perbahasan persidangan agung Umno ke-66.

"Kalau kita tengok Facebook, penyokong Najib Altantuya lebih 1.25 juta berbanding ketua umum mereka yang tidak sampai 200 ribu sahaja," katanya merujuk kepada Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim.

Menurutnya tawaran pendidikan percuma Pakatan Rakyat jelas ditolak mahasiswa melalui pilihan raya kampus yang dimenangi kumpulan pro-Aspirasi yang menyokong kerajaan.

"Kalau itulah tawaran mereka kepada mahasiswa, referendumnya adalah pilihan raya mahasiswa.

Beliau turut memuji keputusan kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang disifatkannya tepat sehingga membolehkan mahasiswa bergiat aktif dalam Kelab Penyokong Barisan Nasional di universiti masing-masing.

"Hari ini apabila Auku dipinda ramai lagi mahasiswa buka baju sokong Umno," tegasnya.

Beliau turut menyahut seruan Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Rosnah Rashid Shirlin agar sayap Pemuda dan Puteri bekerjasama menubuhkan akademi kepimpinan untuk golongan muda.

Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil yang menjadi penggulung terakhir di antara tiga sayap parti mencadangkan agar Barisan Nasional lebih cakna dengan golongan ibu tunggal melalui pembentukan polisi khusus untuk golongan itu.

Dia sendiri bersedia menggembleng Wanita BN untuk menghantar satu pelan menyeluruh kepada kerajaan untuk tujuan itu. ~mkini

 ~jalanpulang



Iklan C(ii)




Rupanya Ada Kejutan Di Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor Malam Ni..

Posted: 01 Dec 2012 12:05 AM PST


Sejak jadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berpuluh kali Datuk Ahmad Maslan ugut nak saman saya. Hari ini dia kata nak saman saya lagi pasal dakwaan fitnah penjualan minyak sawit kepada sykt Yahudi, Bunge Agribusiness Singapore.

Dia juga tuduh kejatuhan saham FGVH kerana saya memburuk-burukkan FGVH. Saya dianggap manusia paling jahat yang dia temui. Wahai Datuk Ahmad Maslan, esok malam; satu lagi 'rahsia besar' akan saya dedah dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor.

Telah saya katakan 75% Pegawai Kanan Felda bersama ANAK. Maklumat dihujung jari! In Shaa Allah, tekad saya untuk 'londeh' secara terperinci penyelewengan berbilion wang peneroka oleh pengkhianat2 yang diketuai Najib,Ahmad Maslan, Isa Samad dan Faizoull Ahmad.

Tiga Tokoh besar akan serah borang PAS.

Sumber


Iklan C(ii)




Gempar!! Pemuda Umno Kedah Batal Himpunan 50 Ribu Kerana Tiada Sokongan

Posted: 30 Nov 2012 11:44 PM PST

Media maya UMNO Kedah telah memukul canang seantero dunia bahawa Pemuda UMNO Kedah akan adakan 'Himpunan 50 Ribu Pemuda UMNO Kedah' pada 7 Disember 2012 di Taman Tema Tasik Bandar Darul Aman.

Tup tup maklumat yang Tok Non terima dari rakan cybertrooper UMNO, program itu terpaksa dibatalkan sebab penganjur tak yakin nak himpun sampai 50 ribu orang. Kalau mai 5 ribu pun dah besaq tuah.

Apatah lagi tarikh 7 Disember itu akan ada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti. Icon anak muda Ustaz Azhar Idrus akan hadir, ahli-ahli Pemuda UMNO pun dijangka ramai akan ke Pentas Icon Anak Muda itu.

Sebab yang kedua ialah bajet tak turun lagi. Nak himpun 50 ribu orang kena upah satu kepala RM50 paling koman... 50,000 x RM50 = RM2.5 juta, tentulah peruntukan itu kena mai dari Najib. Maka menurut sumber tersebut, sebab itu program itu terpaksa dibatalkan.

Dalam dok tengah nazak teruk macam tu pun jangan... dalam Pesta Fitnah UMNO di PWTC bercakap berdegaq-degag dengan penuh takabur, ego, riak dan ujub nak rampas Kedah kunun.

'Jangan Serah Kedah Dekat Penyamun.' ~kedahla
Iklan C(ii)




Gambar Sekitar Tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor, Batu Pahat

Posted: 30 Nov 2012 10:10 PM PST


Gambar ni menunjukkan sekitar tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor di Parit Raja, Batu Pahat. Himpunan ni bermula jam 3.00 petang sehingga 12.00 malam.


Kelihatan para petugas sedang sibuk menyiapkan pentas ceramah di Tapak Himpunan kebangkitan Rakyat Johor, yang dianjurkan di sebuah dataran di depan restoran McDonald Parit Raja Batu Pahat.

Kepada semua rakyat Johor, pakat turun ramai-ramai ajak saudara mara, jiran dan kawan-kawan untuk memeriahkan himpunan ini. 

Tunjukkan tanda sokongan dann semangat kita untuk menumbangkan Umno di negeri kelahirannya..







Foto ~milosuam



Iklan C(ii)




Drama Terbaik Minggu Ini.. Saksikanlah!!

Posted: 30 Nov 2012 09:29 PM PST

SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) Selangor menyifatkan tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak memohon maaf bagi pihak Umno dan kerajaan atas segala kesalahan dilakukan adalah sandiwara politik semata-mata.Mereka menyifatkan ia  tindakan terdesak bagi menarik semula sokongan rakyat kepada parti itu dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman berkata, tindakan Najib itu dilihat tidak lebih daripada strategi dalam menawan hati rakyat dan cuba untuk membersihkan kembali imej Umno yang tercalar dengan pelbagai skandal."Mereka cuba pulihkan kembali imej untuk kaburi mata rakyat. Dia (Umno) macam orang tenggelam yang sanggup menggapai apa saja hatta nak berbaik balik dengan Pas," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali pula menganggap tindakan Najib itu hanya sandiwara politik kerana terdesak dan kegagalan mereka dalam memperlihatkan dasar perjuangan yang jelas.Katanya, ucapan dasar Najib semasa Perhimpunan Agung Umno ke-66 itu juga tidak menonjolkan bagaimana Umno berperanan untuk mampu memartabatkan orang Melayu dalam soal melibatkan ekonomi, keselamatan dan pendidikan.

"Yang ada masih lagi serangan terhadap PR dan pemimpin yang bersifat fitnah dan peribadi. Memang benar Umno terdesak dan ini bukan soal untuk minta maaf tetapi rakyat mahu perubahan secara keseluruhan," katanya.Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim pulaberkata, memohon maaf itu adalah perkara biasa tetapi apa yang lebih penting adalah komitmen dalam menangani isu-isu seperti rasuah dan sebagainya.

"Ini menunjukkan kekuatan PR dan kebangkitan rakyat, dan Najib tahu mungkin ini perhimpunan terakhir Umno dalam menerajui negara dan dia (Najib) tahu tidak ada cara lain dalam menarik sokongan rakyat, jadi terpaksa meminta maaf," katanya.Di KOTA BHARU, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tindakan itu seolah-olah pilihan terakhir Umno dan BN setelah menyedari rakyat menolak mereka pada pilihan raya umum lalu.

"Permohonanan terlewat, apabila sudah hampir pilihan raya umum, orang semua marahkan Umno, dan dia (Umno) fikir sudah tak ada jalan lain bagi membetulkan keadaan kecuali meminta maaf."Bagi kita, permohonan maaf ini satu kenyataan terdesak," katanya.Ditanya adakah kemungkinan rakyat akan terpengaruh dengan permohonan maaf secara terbuka itu, Mohd Amar berkata, beliau yakin rakyat mampu menilai dengan bijak setiap kenyataan yang dibuat oleh pemimpin politik. ~sinar



Iklan C(ii)




Misteri Tumbang Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Terbongkar

Posted: 30 Nov 2012 08:17 PM PST


Mohamad Nizar Jamaluddin merupakan Menteri Besar yang paling singkat dalam sejarah kerajaan Perak.Nizar naik dalam jangka waktu yang paling singkat, dan jatuh dalam masa yang paling singkat juga.

Tak ramai yang mengenali Nizar sebelum dia menjadi Menteri Besar.Dalam pilihanraya umum ke-11, Nizar bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, Bandar Diraja, tetapi tewas. 

Pada pilihanraya umum ke-12 tahun 2008 lalu, dia bertanding di DUN Pasir Panjang dan menang dan seterusnya dipilih untuk menjadi Menteri Besar Perak.

Liku-liku pemerintahan Nizar di Perak penuh dengan dugaan. Dan dugaan yang paling besar bukannya datang dari Umno dan Barisan Nasional (BN) tetapi dari Sultan Azlan Shah. 

Seperti yang pernah disiarkan di dalam Malaysia Today, semuanya berkaitan dengan ketamakan harta kekayaan.

Baca pendedahan seterusnya di sini.



Iklan C(ii)




Tiada ulasan: