Sabtu, 1 Disember 2012

AKU INGIN BEBAS

AKU INGIN BEBAS


TOK NAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Posted: 30 Nov 2012 10:31 PM PST


Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini menjelaskan bahawa beliau hanya berkias ketika menyatakan kesediaannya untuk memotong telinganya jika BN tewas di kawasan Bentong.

"Anda tahu kiasan? Dalam bahasa Inggeris kita ada pengucapan kiasan. Kita ada perumpamaan, kita ada metafora, kita ada hiperbola...

"Jadi apabila saya kata 'potong telinga saya', itu bermakna (Pakatan) tidak akan menang. Itu menunjukkan tahap keyakinan.

"Ia bukannya jika kami (tewas) mereka (Pakatan) boleh ambil pisau dan potong telinga saya secara harfiah.

"Bukan, ini adalah pengucapan kiasan – bahasa perumpamaan supaya orang-orang ini belajar bahasa Inggeris," katanya kepada pemberita di hari terakhir Perhimpunan Agung Umno ke-66 hari ini.

Dalam kenyataan semalam, Adnan menyatakan keyakinannya bahawa loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP.

"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya semalam.

Tiada ulasan: