Kelab Greenboc |
- MP: Jangan Keluar Saman Had Laju Sesuka Hati
- Kuota Wanita : BN Hanya Merapu, Tetapi Melaksakannya, PR Yang Mampu
- Tim Muhyiddin Sudah Mula Edar Pelekat Untuk Jatuhkan Najib
- [VIDEO & GAMBAR] HKR Perak - Dibasahi Hujan Tetapi Ribuan Bertekad Tumbangkan BN
- Lelaki Jaja Batu Petir Jual Nama Haron Din
- [LIVE - Kemaskini] Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Perak
MP: Jangan Keluar Saman Had Laju Sesuka Hati Posted: 17 Dec 2012 12:38 AM PST Tawau - Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh meminta pihak polis tidak mengeluarkan saman had laju sesuka hati kepada pengguna jalan raya di daerah ini terutama di jalan raya yang tidak mempunyai papan tanda had laju. Beliau berkata, beliau bukan menentang tindakan polis menguatkuasakan undang-undang tetapi tindakan perlu dilaksanakan secara adil dan tidak menyusahkan rakyat sehingga timbul tanggapan seolah-olah kerajaan cuba mencari keuntungan daripada rakyat khususnya penguna jalan raya. "Selain menerima aduan, saya sendiri nampak ada anggota polis yang bersembunyi di bawah pokok untuk menyaman pengguna atas kesalahan had laju, contohnya di kawasan Jalan Apas dan Jalan Kuhara. "Tapi persoalannya, macam mana pengguna mahu tahu had laju yang ditetapkan sedangkan papan tanda had laju tidak pula tersedia di kawasan berkenaan. Ini seakan-akan menganiaya pengguna jalan raya," katanya dalam satu kenyataan. Menurut Abdul Ghapur, ramai pengguna yang dikenakan saman dengan kadar yang tinggi berasa kecewa, marah dan keliru lebih-lebih lagi apabila mereka tiba-tiba sahaja menerima surat saman. - Bernama |
Kuota Wanita : BN Hanya Merapu, Tetapi Melaksakannya, PR Yang Mampu Posted: 16 Dec 2012 11:00 PM PST Laungan Umno-BN sebelum ini yang menjanjikan peluang 30 peratus daripada pembuat keputusan tiinggi diisi oleh kaum wanita dilihat gagal diterjemahkan. Perkara ini dilihat apabila hanya seorang sahaja wanita dipilih mengisi jawatan Menteri Kabinet dan lebih menyedihkan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertindak selaku Menteri Wanita Malaysia. Ini berbeza dengan Pakatan Rakyat Selangor, di mana seramai empat orang wanita dipilih menggalas jawatan Exco Selangor, seminggu selepas memerintah pada Mac 2008. Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail berkata, keutamaan meletakkan wanita dalam barisan pembuatan keputusan perlu dikotakan segera. "Sebaik memerintah Selangor, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengumumkan barisan kabinetnya yang mengandungi 40 peratus Exco wanita dan seorang Timbalan Speaker wanita. "Dalam mengumumkan bakal-bakal barisan kabinet di Putrajaya (sekiranya menang), Pakatan Rakyat akan mengotakan pertambahan ketara dalam barisan Menteri sebaik diberi mandat mentadbir di Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan media. Katanya, Malaysia hari ini berada di tangga ke 120 daripada 135 negara dalam mengisi wanita sebagai pembuat keputusan berbanding negara Asean seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Jelas Rodziah, apa yang perlu dilaksanakan bukannya mewujudkan mekanisme pemantauan dasar minimum 30 peratus itu, tetapi segera mendahulukan pelaksanaan yang hanya memerlukan kesanggupan barisan politik berkuasa (political will). "Pemerintahan Umno-BN selama lebih setengah abad ini, telah menyaksikan kemorosotan yang menjolok mata dalam bilangan dan peratusan anggota kabinet. "Yang boleh dianggap sebagai meremehkan kedudukan dan status wanita yang mewakili hampir 50 peratus penduduk di Malaysia." -selangorku |
Tim Muhyiddin Sudah Mula Edar Pelekat Untuk Jatuhkan Najib Posted: 16 Dec 2012 09:32 PM PST Kuala Terengganu – Penemuan dua pelekat dengan gambaran tulisan seolah- olah menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi menyokong timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu, Batu Burok dilihat cubaan pihak tertentu untuk menarik perhatian editorial di sini. Bagaimanapun, pelekat dengan tulisan 'Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin' dengan lambang 1Malaysia tertera di bawahnya mungkin bertujuan menghangatkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Tidak pasti sama ada ia dilakukan dengan tujuan tertentu untuk melaga-lagakan ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN) ataupun wujud gerakan yang benar-benar menolak Najib, pemimpin Umno bagaimanapun tidak melihat ia sebagai perkara serius. Pengarah Strategi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan menganggap ia hanya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba melaga-lagakan kepimpinan BN. Beliau turut menjangka lebih banyak lagi perkara yang timbul daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk menambah kehangatan PRU13. "Isu-isu untuk melaga-lagakan. Lepas ni, macam-macam lagi yang timbul," katanya ketika dihubungi Sinar Harian tanpa mengulas lanjut. Pelekat tersebut kelihatan ditampal beberapa hari lalu di peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu dan juga di pintu masuk di tingkat bawah yang merupakan laluan utama ke blok bangunan ini. Sementara itu, perang poster di negeri ini dilihat masih dalam keadaan terkawal, namun 'bunga-bunga' ke arah itu sudah pun kelihatan apabila beberapa poster dan kain rentang memburukkan pemimpin dan parti lain turut dipasang di tempat umum sebelum ini. Bagaimanapun, keadaan itu tidak begitu disedari orang ramai apabila pihak bertanggungjawab pantas mengambil tindakan menurunkannya dalam tempoh tidak sampai 24 jam. Terbaru, keadaan juga dilihat agak panas apabila warga Felda Selasih di Jabi baru-baru ini turut menghalang konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda yang disertai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak),iaitu persatuan yang cenderung kepada pembangkang, sehingga menimbulkan kekecohan walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku. -SH |
[VIDEO & GAMBAR] HKR Perak - Dibasahi Hujan Tetapi Ribuan Bertekad Tumbangkan BN Posted: 16 Dec 2012 06:01 PM PST Parit: Sambutan rakyat terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat terus mendapat sambutan apabila hampir 20,000 orang memenuhi Padang SEDC Seri Iskandar, malam tadi, kata pengarah program, Dr Kharuddin Abdul Malek. Walaupun hujan renyai-renyai turun sekitar jam 9.30 malam sekitar 20 minit, namun orang ramai masih berkumpul di kawasan padang untuk mendengar pidato daripada pemimpin Pakatan Rakyat. Orang ramai semakin bertambah apabila hujan mulai reda dan mereka duduk di hadapan pentas untuk mengikuti persembahan daripada NGO dan ceramah para pemimpin Pakatan Rakyat Antara yang berucap ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan anggota Jawatankuasa Eksekutif DAP, Dr Tan Seng Giaw. -HD |
Lelaki Jaja Batu Petir Jual Nama Haron Din Posted: 16 Dec 2012 02:16 PM PST Auta seorang lelaki yang menyamar anak kepada pengamal perubatan Islam terkenal, Datuk Dr Haron Din dan kononnya dia mahir dalam ilmu perubatan Islam terbongkar apabila dia dicekup polis, malam kelmarin. Lelaki berusia 28 tahun itu yang aktif memperdaya golongan kaya sekitar bandar raya ini dan Klang sejak tahun lalu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira jam 9.30 malam kelmarin. Dia ditahan di rumah seorang mangsanya di Seksyen 13, di sini, selepas mangsa terbabit berpakat dengan polis. Polis menahan lelaki itu berikutan waran tangkap dikeluarkan ke atasnya oleh Mahkamah Majistret Klang kerana gagal hadir perbicaraan bersabit kes penipuan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dianggarkan berjumlah lebih RM300,000. Sebelum penahanan suspek, mangsa yang mahu dikenali sebagai Tina, 46, menunggu kedatangan lelaki itu yang mahu menjual batu azimat dinamakan 'batu petir'. -HM |
[LIVE - Kemaskini] Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Perak Posted: 16 Dec 2012 08:15 AM PST Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) peringkat negeri Perak diadakan pada hari ini bermula jam 3 petang tadi sehinggalah 12 malam, bertempat di Bandar Seri Iskandar, Perak. HKR Perak adalah siri himpunan rakyat terakhir sebelum Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Nasional yang akan berlangsung pada 12 Januari 2013. Antara matlamat himpunan adalah sebagai persediaan untuk himpunan yang lebih besar dan utama di Kuala Lumpur, membawa masyarakat memahami isu-isu utama negara menjelang PRU13 dan menggerakkan jentera parti dan NGO ke arah menyuntik semangat perubahan dalam masyarakat. ATURCARA MALAM INI Bermula jam 8.30 malam pula, Pentas NGO akan memaparkan ceramah dan ucapan-ucapan daripada kumpulan Bersih, Anak, Kerabat, Royalti, SAMM, ABU, Bukit Merah Community, Save Teluk Rubiah dan lain-lain lagi. Jam 9.30 malam, persembahan artis daripada Ito Blues Gang, Nik Jidan, Sivaguru dan lain-lain. Pidato Pimpinan Rakyat dan penyampaian hadiah pertandingan akan bermula sekitar jam 10 malam sehinggalah berakhirnya pada jam 12 tengah malam. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan