Khamis, 27 Disember 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Datin Wan Azizah pelajar perubatan terbaik Royal College of Surgeon, Ireland tahun 1977

Posted: 26 Dec 2012 11:01 PM PST

SEKADAR berkongsi maklumat yang gua dapat di twitter sebentar tadi. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datin Seri Wan Azizah merupakan pelajar perubatan terbaik (Gold Medal) Royal College of Surgeon, Ireland tahun 1977.

Nama beliau ada tercatat di salah sebuah dinding kolej tersebut dan gambarnya dikongsikan oleh salah seorang sahabat kita yang berada di sana melalui Twitter. Sesuatu yang membanggakan, di kalangan nama-nama Mat Salleh yang tercatat sebagai pelajar terbaik, ada juga nama rakyat Malaysia di situ.



Peringatan Penting!

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Tarikh: 12 Januari 2013
Tempat: Bandar Kuala Lumpur.

Jom turun! Bersama sejuta rakyat di Himpunan terbesar dalam sejarah negara!
Bapak segala perhimpunan! Bapak segala bantahan!

Kartunis Sireh Majalah APO? menyampah dengan promosi berlebihan 1 Malaysia

Posted: 26 Dec 2012 08:21 PM PST

KARYA lukisan Kartunis Sireh di majalah lawak terkenal, Majalah APO? Bilangan 330 yang mengkritik secara jelas promosi berlebihan Gagasan 1 Malaysia Najib Razak (sebut Najib Nazak).



Apa yang cuba disampaikan oleh kartunis ini jelas menunjukkan betapa rakyat menjadi muak dengan konsep 1 Malaysia oleh Najib Nazak. Sana sini dok sibuk dengan konsep 1 Malaysia.

Di bawah ini pula sindiran Ustaz Azhar Idrus kepada konsep 1 Malaysia Najib Razak yang dipromosikan secara berlebihan sehingga menghabiskan jutaan wang rakyat.


ReJaM© "Kartunis APO? pun sudah menyampah kah kah kah..."

Tiada ulasan: