Blog-list Malaysia |
- Ulama Bengong..
- Puak Umno Memang Bodoh..
- Perhimpunan Januari tetap berlangsung walaupun tanpa permit, kata aktivis
- Jabatan Orang Asli adakan latihan 'undi BN'
- Video Gelagat Samseng Umno Felda..
Posted: 26 Dec 2012 11:25 PM PST |
Posted: 26 Dec 2012 06:41 PM PST KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akui sudah dimaklumkan terdapat pimpinan Dap yang memegang saham syarikat yang menjalankan projek usaha sama di Hutan Simpan Relai, Gua Musang diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK). Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bagaimanapun berkata, keputusan persetujuan dibuat tanpa dipengaruhi kedudukan dalam politik sebaliknya berdasarkan perjanjian perniagaan. "Kita tidak ambil soal politik, sebaliknya urusan perniagaan sahaja, sebab itu kita tidak mengambil kira sama ada dia DAP ke, dia MCA, dia Umno pun tak jadi masalah, sebab sebelum ini pun banyak yang kita tahu latar belakang dan kita luluskan, sebab ia perniagaan. "Kalau ia (syarikat) ada kemampuan, mengikut prosedur, tak ada masalah walau siapa pun, kita juga, malah kita juga bagi kepada (usahawan) Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, kenapa tidak persoalkan?," katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan sebuah akhbar yang memetik sebuah blog yang menyatakan terdapat tanah di Gua Musang asalnya diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada YIK pada 13 September 2000 dan telah dipajak oleh syarikat Upayapadu Plantation. Dakwanya, tanah itu diberikan kepada dua Adun DAP itu sebagai balasan pelantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) lalu. Mohd Amar juga Timbalan Pesuruhjaya Pas neg eri berkata, tanah itu diluluskan kepada sebuah syarikat untuk menjalankan projek pembangunan tetapi gagal dan ia diambil semula oleh YIK. Menurutnya, selepas itu syarikat Upayapadu Plantation pula menandatangani perjanjian dengan YIK untuk memajukan tanah itu namun mengalami nasib sama apabila gagal melaksanakan projek pembangunan di situ. "Bila Upayapadu ambil alih, dia mulakan separuh jalan, lepas itu syarikat ada masalah, jadi projek itu macam tertangguh. Bila tertangguh nak pergi tak boleh dia mencari rakan kongsi baru, atau jual saham itu," katanya. |
Perhimpunan Januari tetap berlangsung walaupun tanpa permit, kata aktivis Posted: 26 Dec 2012 03:21 PM PST KUALA LUMPUR, 27 Dis – Himpunan Kebangkitan Rakyat akan tetap berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari walaupun tanpa permit dari pihak berkuasa. Aktivis sosial Hishamuddin Rais memberitahu The Malaysian Insider, pihak penganjur masih menunggu respon dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan dengan permohonan mereka untuk manggunakan Stadium Merdeka, yang sudah dihantar minggu lalu. Akan tetapi, beliau menegaskan walaupun tiada permit, peserta perhimpunan boleh berkumpul di keliling stadium secara aman. "Saya hanya mengulangi kata Md Sabu, jika tiada permit, kita akan berkumpul di sekeliling stadium," kata beliau merujuk kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang merupakan pengerusi kepada perhimpunan tersebut. "Saya tidak fikir akan berlaku huru-hara, kecuali jika polis memulakannya. Saya fikir masa tidak kondusif untuk ini….. tetapi kami tidak bimbang tentang itu dan akan berhadapan dengannya jika berlaku," kata Hishamuddin lagi. Jika perhimpunan ini berlangsung tanpa kebenaran, jalan raya di ibu kota akan sekali lagi menjadi fokus dunia dan pergerakkan sivil seluruh negara, bersama parti Pakatan Rakyat (PR) dan kumpulan anti-kerajaan lain, dalam menuntut beberapa isu utama menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang. Hishamuddin berkata Himpunan Kebangkitan Rakyat akan menggabungkan semua pergerakan yang tidak berpuas hati dengan dasar dan keputusan kerajaan, golongan pro-perubahan, pro-demokrasi dan pro-pembangkang, dalam usaha untuk menakutkan parti pemerintah dari menipu semasa pilihan raya akan datang. Pada sidang media mengumumkan perhimpunan tersebut minggu lalu, Mohamad menjemput semua kumpulan yang tidak berpuas hati dengan kerajaan untuk menyertai perhimpunan terbesar itu. "Kita tidak berselindung memilih tarikh tersebut secara spesifik kerana ia dekat dengan pilihan raya. Dan benar jika ada yang mengatakan ini politikal. "Adalah jelas ia adalah satu acara untuk melancarkan tekanan ke atas kerajaan hari ini supaya mereka tidak akan melakukan penipuan besar-besaran semasa pilihan raya, supaya ia tidak akan menjadi pilihan raya yang dicuri," kata Hishammuddin. Aktivis tersebut, yang juga merupakan ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, mengingatkan walaupun perhimpunan ini bersifat politik, pengelibatan kumpulan masyarakat sivil bermaksud mereka mahukan tuntutan mereka ditunaikan – dari menuntut kilang Lynas ditutup di Kuantan, pemberian royalti yang adil, pendidikan percuma dan pilihan raya bebas dan adil. "Kumpulan ini telah menyuarakan tuntutan mereka, dan bukan sahaja untuk kerajaan hari ini akan tetapi termasuk kerajaan akan datang. "Tuntutan ini masih sah kepada pemerintah akan datang, tolong ingat ini," kata Hishamuddin sebelum menambah bahawa tuntutan pilihan raya bebas dan adil adalah mesej utama perhimpunan tersebut. Penganjur mensasarkan satu juta orang untuk hadir ke Stadium Merdeka pada 12 Januari dengan warna hijau anti-Lynas, kuning Bersih 2.0, oren pergerakan anti Felda Group Venture Holdings (FGVH) dan merah untuk kumpulan yang menuntut royalti. Kumpulan menuntut reformasi pilihan raya Bersih 2.0 tahun lalu cuba untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka tetapi diketepikan oleh kabinet Datuk Seri Najib Razak pada saat akhir. Peserta perhimpunan walaubagaimanapun meneruskan perhimpunan di jalan-jalan di ibu negara pada 9 Julai 2011 menyebabkan keadaan huru-hara apabila polis anti perusuh menawan kawasan terbabit dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air. Perhimpunan tersebut menyebabkan pergerakan hak asasi manusia bercambah disamping kecaman antarabangsa terhadap kerajaan Najib di atas tindakan keras polis kepada peserta perhimpunan. Dua perubahan besar dilakukan akibat daripada perhimpunan tersebut - iaitu Akta Perhimpunan Aman 2011 digubal untuk mengawal perhimpunan awam dan kerajaan membentuk sebuah jawatankuasa terpilih Parlimen (PSC) untuk reformasi pilihan raya bagi melihat ke atas tuntutan Bersih 2.0. Bersih 2.0 menganjurkan satu lagi perhimpunan tahun ini selepas mengatakan reformasi pilihan raya tidak mencukupi dan tidak ikhlas, walaupun terdapat akta untuk perhimpunan aman, perhimpunan pada 28 April menjadi lebih ganas dari sebelumnya. Kali ini, peserta perhimpunan berkumpul untuk "duduk bantah secara aman" di Dataran Merdeka, dimana pihak berkuasa menutup kawasan tersebut selepas mendapat perintah mahkamah melarang peserta memasuki kawasan tersebut. Bercakap kepada The Malaysian Insider semalam, pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan berkata gabungan itu tidak terlibat menganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat, walaupun sejumlah besar ahli sudah disenaraikan sebagai peserta. Beliau berkata mana-mana ahli Bersih yang hadir pada perhimpunan 12 Januari akan hadir dengan kapasiti peribadi. "Kita dijemput menghantar wakil untuk berucap ketika perhimpunan itu, tetapi itu sahaja. Kami tidak menganjurkannya," katanya dan memberitahu perhimpunan ini turut disokong oleh parti PR - PAS, PKR dan DAP. - MI |
Jabatan Orang Asli adakan latihan 'undi BN' Posted: 26 Dec 2012 04:28 AM PST Pakatan Rakyat Perak hari ini mendakwa bahawa Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Tapah telah mengadakan sesi untuk "melatih" Orang Asli mengundi BN. Ia mendakwa sesi latihan itu, yang didakwa dianjurkan dengan kerjasama seorang wakil rakyat, diadakan secara bersiri sejak bulan lepas di semua perkampungan Orang Asli di sepanjang Jalan Pahang, Tapah. Menurutnya, peserta program itu diberi dua keping kertas undi, mirip kertas undi sebenar, untuk kawasan parlimen Tapah dan DUN Chenderiang. Orang Asli kemudian "dipaksa" memangkah BN pada kertas undi tersebut di hadapan seorang pegawai JAKOA dan ADUN BN, dakwanya. "Mereka yang mengundi BN dalam kedua-dua kertas undi itu kemudiannya diberi 5kg beras sebagai ganjaran," kata Pakatan Perak dalam satu kenyataan, yang dipetik oleh PAS organ Harakahdaily. Pakatan berkata, ini melanggar Seksyen 9 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitan dengan kebebasan hak seseorang untuk mengundi. Ia juga berhujah bahawa percetakan kertas undi olok-olok itu, melanggar Seksyen 3(j) Akta yang sama. Kedua-dua pegawai JAKOA dan ADUN hadir juga digesa supaya memberi penjelasan. Malaysiakini telah menghubungi JAKOA Tapah tetapi pegawai yang menjaga program tersebut tidak ada dan hanya kembali esok. Identiti wakil rakyat tersebut juga tidak disiarkan sementara menunggu respons mengenainya. |
Video Gelagat Samseng Umno Felda.. Posted: 26 Dec 2012 01:23 AM PST |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan