Kelab Greenboc |
- Bas 2 Tingkat Panorama Melaka Terbakar, 30 Pelancong Selamat
- Polis Perlu Tangkap Ketua Pemuda Umno Jempol!
- FELDA Disaman RM200 juta Oleh 351 Peneroka
- [PANAS] Bekas Anggota Ruffedge Didakwa Rogol Anak Tiri - video inside
- [EDISI HARAMJADAH] Peruntukan Katil Hospital Pun Kena Kebas
- Mereka Mengaku Menghalang Konvoi Oren, Patutkah Polis Berdiam Diri?
- Menteri Pengangkutan Pentingkan Kroni, Rompak Duit Rakyat
Bas 2 Tingkat Panorama Melaka Terbakar, 30 Pelancong Selamat Posted: 27 Dec 2012 01:01 AM PST Banda Hilir - Tindakan pantas seorang pemandu memadam api di bahagian enjin berjaya menyelamatkan 30 nyawa pelancong selepas bas Panorama Melaka dipandunya terbakar di Jalan Bukit Senjuang, di sini, petang semalam. Bas dua tingkat dipandu Md Noor Rauh, 49, yang dalam perjalanan dari Menara Taming Sari mengelilingi bandar raya Melaka sebelum kembali semula di menara tersebut, terbakar dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang. Md Noor berkata, kejadian disedarinya apabila sebuah kenderaan membunyikan hon menyebabkan dia memberhentikan bas di bahu jalan dan melihat api selepas membuka bonet enjin di bahagian belakang bas berkenaan. "Bas ini mula bergerak dari menara kira-kira jam 2.45 petang membawa pelancong termasuk dari Singapura, Kuala Lumpur dan Johor namun selepas melalui Jalan Parameswara masuk ke Jalan Bukit Senjuang, saya terdengar bunyi enjin lain macam. "Selepas sebuah kenderaan membunyikan hon, saya yang tiada pilihan lain terpaksa memberhentikan bas di tepi jalan lalu turun untuk memeriksa enjin," katanya yang sudah hampir empat tahun bekerja sebagai pemandu bas. Menurutnya, selepas melihat api setelah membuka bonet enjin, dia segera mengarahkan semua penumpang turun menyelamatkan diri dan dalam masa sama mendapatkan alat pemadam api yang disimpan di dalam bas. "Saya sempat mendail nombor kecemasan tetapi tidak bercakap kerana sibuk memadam api namun saya meminta bantuan seorang pemandu bas ekspres yang melalui kawasan tersebut untuk menghubungi bomba. "Ketika itu bas Panorama lain yang melalui kawasan ini turut berhenti mengambil semua penumpang dari bas saya untuk meneruskan perjalanan," katanya. Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu, Pegawai Bomba Kanan II, N Raman berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.15 petang dan tiba di lokasi 16 minit kemudian. "Apabila sampai, api sudah dipadamkan oleh pemandu menggunakan alat pemadam mudah alih dan pemeriksaan lanjut mendapati keadaan bas tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan ini. "Lima anggota turut membersihkan tumpahan minyak di kawasan berkenaan. Bagaimanapun, punca kejadian sebenar masih dalam siasatan," katanya. |
Polis Perlu Tangkap Ketua Pemuda Umno Jempol! Posted: 27 Dec 2012 12:31 AM PST Jempol: Timbalan Pengarah Konvoi Oren 'Selamatkan Felda' Negeri Sembilan, Karip Mohd Salleh hari ini mendesak polis Jempol menahan segera Ketua Pemuda Umno Jempol, Mohd Nizam Aman (gambar) kerana didakwa menjadi punca kekecohan Konvoi Oren di Felda Bukit Rokan Utara pada hari Ahad lalu. Kekecohan itu mengakibatkan dua peserta cedera dan cermin sebuah kenderaan pacuan empat roda dipecahkan oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai penyokong Umno-Barisan Nasional. "Dalam laporan Sinar Harian edisi Negeri Sembilan semalam, Mohd Nizam secara terbuka mengaku mereka (Pemuda Umno Jempol) sejak awal lagi merancang mengadakan sekatan jalan di lebih 30 tanah rancangan Felda sebaik sahaja mengetahui kehadiran Konvoi Oren. "Seperti mana dakwaan saya semalam maka 'sudah terang lagi bersuluh'; Umno khususnya Mohd Nizam dan Umno Jempol lah yang merupakan punca keganasan berlaku ketika Konvoi Oren di Felda Bukit Rokan Utara. "Maka saya mendesak pihak polis menahan segera Mohd Nizam dan orang suruhannya yang terlibat dalam mengadakan sekatan jalan ketika Konvoi Oren berlangsung. "Dia (Mohd Nizam) sendiri dah mengaku, maka pihak polis harus mengambil tindakan segera dan tegas. Jika tindakan tegas tidak diambil, dikhuatiri selepas ini sesiapa sahaja termasuk parti politik atau organisasi lain akan turut mengambil tindakan sendiri dengan mengadakan sekatan jalan. Mohd Nizam cakap belit-belit Ketika ditanya FMT berhubung dakwaan Mohd Nizam di dalam akhbar yang sama bahawa insiden kekecohan yang berlaku di Felda Bukit Rokan Utara pada hari Ahad lalu sebenarnya berpunca daripada tindakan provokasi peserta Konvoi Oren; Karip berkata: "Kenyataan Mohd Nizam memang berbelit-belit. Mereka buat sekatan jalan bukan di jalan persendirian atau jalan di dalam tanah rancangan Felda tetapi di jalan awam. "Sekatan jalan itu sendiri satu provokasi kerana menghalang pengguna jalanraya termasuk peserta Konvoi Oren ke Felda Jelai, Gemencheh atau Pasir Besar," katanya. Manakala, Naib Ketua PKR Jempol, T Kumar yang juga merupakan seorang peguam mengesahkan kepada FMT bahawa adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 339 Kanun Keseksaan jika seseorang menghalang atau menyekat pergerakan individu lain. Yang beria-ia membantah Umno bukan peneroka Felda Karip yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Jempol, dalam nada sinis mengucapkan terima kasih kepada Mohd Nizam dengan pengakuan tersebut secara langsung terbukti bahawa pihak yang beria-ia membantah kehadiran Konvoi Oren ialah Umno dan bukan peneroka Felda terbabit. "Kenyataan terbuka Mohd Nizam ini dengan jelas membuktikan Umno yang beria-ia membantah Konvoi Oren dan bukannya peneroka Felda. "Patutlah di setiap lokasi sekatan jalan ramai sangat pemuda dan remaja berbanding mereka yang berumur (peneroka). "Saya harus berterima kasih kepada Mohd Nizam kerana kenyataan beliau menghantar mesej kepada umum bahawa sebenarnya Umno yang membuat sekatan jalan dan tidak benarkan kami masuk ke tanah rancangan Felda, bukannya peneroka Felda. "Kenyataan saya semalam dalam FMT selari dengan kenyataan Mohd Nizam di dalam Sinar Harian. "Saya harap mereka yang berada di luar Felda dan peneroka Felda yang tidak tahu cerita sebenar, kini tahu siapa sebenarnya yang menimbulkan huru hara di Felda Bukit Rokan Utara Ahad lepas," jelas Karip. Ulasan GB GB sudah desak sebelum ini. Petikan: Fasal yang mana di dalam Undang-undang yang mereka gunakan boleh menghalang orang lain untuk memasuki mana-mana kawasan di dalam negara ini? Undang-undang ciptaan dan rekaan sendiri lantaran takut dengan konvoi berkenaan? Kemudian setelah ada pengakuan sejelas itu, apa pula tindakan polis selanjutnya terhadap mereka yang mencabul undang-undang ni? Bukankah sepatutnya mereka ditangkap dan ditahan kerana mencabuli perlembagaan dan undang-undang negara? klik untuk baca |
FELDA Disaman RM200 juta Oleh 351 Peneroka Posted: 26 Dec 2012 09:46 PM PST Seramai 351 peneroka Felda Mempaga 1, 2, dan 3 serta Felda Bukit Damar, Pahang hari ini memfailkan saman menuntut ganti rugi keseluruhan kira-kira RM200 juta terhadap Felda kerana menipu kadar perahan gred (KPG) sawit. Saman difailkan melalui Tetuan Daim dan Gamany di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang pagi tadi menamakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sebagai defendan pertama dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan kedua. Plaintif dalam writ saman antara lain mendakwa, Felda Palm Industries berniat jahat dan sengaja menurunkan KPG sehingga enam peratus bertentangan dengan kadar sepatutnya dengan tujuan untuk menurunkan harga setiap tan buah sawit. Peneroka terbabit turut mendakwa wujud konspirasi antara defendan pertama dan kedua menyalahgunakan kaedah penggredan untuk memastikan KPG diturunkan, selain menjual buah sawit dibawah KPG yang sepatutnya tanpa pengetahuan plaintif. Disebabkan itu, plaintif mendakwa setiap mereka mengalami kerugian sebanyak RM30,912 pada tahun 2008. Manakala bagi buah yang ditahan tapi tak dilupuskan, setiap peneroka telah kehilangan pendapatan sebanyak RM1345.63 (RM560. 08 setan). "Kerugian kesemua plaintif untuk tahun 2008 lebih kurang RM11.322 juta," writ saman itu menyebut. Ganti rugi Sehubungan itu, plaintif memohon mahkamah untuk mendapatkan printah supaya Felda dan Felda Palm Industries membayar ganti rugi khas kepada plaintif berdasarkan jumlah keluaran dan harga sawit untuk setiap tahun bermula tahun 1995. Selain itu, peneroka terbabit turut meminta ganti rugi am dan teladan untuk penipuan dan pecah amanah, kadar faedah empat peratus setahun dikenakan keatas jumlah ganti rugi khas bemula dari tahun 1995 serta empat peratus jumlah ganti rugi am dari tarikh pemfailan writ sehingga kes selesai sepenuhny dan lain-lain kos. Saman difailkan wakil peneroka Abdul Rashid Abdul Wahab sebagai plaintif pertama dan Din Mohd Arif (plaintif ke-331). Mereka diwakili Ketua Biro Guaman PKR Latheefa Koya dan Timbalan Pengerusi Biro Peneroka Felda dan Orang Asal PKR T Kumar. Turut hadir Pengerusi Biro Peneroka Felda dan Orang Asal PKR Suhaimi Said serta timbalannya Bob Manolan. -FMT |
[PANAS] Bekas Anggota Ruffedge Didakwa Rogol Anak Tiri - video inside Posted: 26 Dec 2012 07:26 PM PST Ampang – Seorang bekas anggota kumpulan Ruffedge hari ini didakwa merogol anak tirinya berumur 14 tahun, Februari lalu. Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Roszianayati Ahmad. Dia yang memakai baju kemeja-T berwarna biru didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, jam 9 pagi pada 9 Februari lalu. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, Dalina Ali tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa. Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar diberi jaminan kerana dia perlu menyara kedua anak kandungnya. Roszianayati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh tinggal serumah dengan mangsa dan tidak mengganggu mangsa. "Tertuduh juga diarah melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah," katanya. Mahkamah menetapkan 25 Januari depan sebagai sebutan semula kes. – SH |
[EDISI HARAMJADAH] Peruntukan Katil Hospital Pun Kena Kebas Posted: 26 Dec 2012 04:05 PM PST Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri bakal membongkar penyelewengan dan penipuan Umno BN terhadap projek hospital kerajaan, khususnya mengenai peruntukan katil buat pesakit dan hospital baru yang gagal dibina untuk setiap negeri. Gambar hiasan Beliau berkata, kerajaan sepatutnya menyediakan peruntukan 60,000 katil hospital untuk lebih 28 juta rakyat, tetapi perjanjian itu dilanggar apabila jumlah yang disediakan tidak mencukupi. "Apa yang berlaku sekarang, hanya ada 30,000 katil di setiap hospital seluruh negara, iaitu separuh daripada yang diperuntukkan," jelasnya kepada Keadilan Daily. Bagaimanapun, kata Yahya, butiran lanjut mengenai penyelewengan tersebut akan didedahkan beliau pada sidang media 2 Januari. Ketua Cabang Tanjung Karang itu turut mempertikai pengumuman kerajaan untuk membina hospital di setiap negeri, tetapi hingga sekarang proses pembinaan masih tidak berjalan. "Konon beriya-beriya umum, buat acara pecah tanah dan sebagainya. Tapi pembinaan tak ada. Itu yang saya nak persoalkan nanti, dan saya ada jawapan untuk kedua-dua isu ini," katanya. "Ia juga bagi menunjukkan janji kerajaan untuk menyediakan khidmat kesihatan yang cemerlang kepada rakyat tidak ditunaikan," sambung beliau. Sebelum ini, Yahya mendedahkan seorang bekas pegawai tertinggi polis memiliki aset berupa 10 unit rumah persendirian di sekitar Kuala Lumpur. Kemudian, beliau mempersoal isu pemberhentian 37 pekerja kilang kelapa sawit (KKS) Bukit Talang, yang dimiliki anak syarikat perladangan konglomerat Sime Darby berusia 60 tahun. Yahya turut membongkar isu air mineral yang diedar BN Selangor dalam kempen politik dikesan melanggar pelbagai peraturan, malah status halalnya diragui. "Seperti yang saya beritahu sebelum ini, setiap minggu akan ada penyelewengan Umno BN yang akan saya dedahkan sehinggalah Pilihan Raya Umum ke-13," katanya. |
Mereka Mengaku Menghalang Konvoi Oren, Patutkah Polis Berdiam Diri? Posted: 26 Dec 2012 06:58 AM PST Konvoi Jelajah Oren: 'Kami memang rancang sekatan' JEMPOL - Pemuda Umno bahagian Jempol mendakwa, insiden kekecohan yang berlaku pada Jelajah Oren 'Selamatkan Felda' di Felda Bukit Rokan Utara Ahad lalu sebenarnya berpunca daripada tindakan provokasi pihak berkenaan. Ketuanya, Mohd Nizam Aman berkata, tidak timbul isu pemuda Barisan Nasional (BN) bersama penduduk bertindak agresif semasa kejadian seperti didakwa. "Keadaan mula tegang ketika konvoi jelajah terbabit sampai ke persimpangan Felda Bukit Rokan Utara yang dicetuskan oleh kumpulan itu. "Saya tidak berada di lokasi kerana mengadakan sekatan di Felda Bukit Rokan Barat. Tapi saya diberitahu penduduk yang juga terdiri daripada pemuda BN telah menghalang perjalanan mereka kerana sejak awal lagi kami semua tidak setuju kumpulan itu masuk ke Felda," katanya. Menurutnya, mereka sememangnya sejak awal lagi merancang mengadakan sekatan jalan di lebih 30 tanah rancangan di sana sebaik sahaja mengetahui kehadiran konvoi jelajah berkenaan. Bagaimanapun katanya, tujuan sekatan bukan untuk mencetuskan huru-hara tetapi hanya untuk menghalang konvoi itu terus diadakan. "Kami generasi kedua Felda menolak kehadiran mereka. Tiada sesiapa pun mengalu-alukannya. "Tiada apa yang perlu diselamatkan kerana nasib peneroka semakin baik di bawah Felda. Lagipun selama ini tidak pernah mana-mana parti politik selain Barisan Nasional (BN) yang membantu peneroka," katanya. Mohd Nizam berkata, dia bagaimanapun kesal dengan insiden yang berlaku kerana dua pemuda BN juga turut mengalami cedera ringan. Sementara itu, penganjur konvoi tersebut menyifatkan ia kejadian terburuk dan terhebat di Negeri Sembilan berbanding di negeri lain. Pengarah Program Kembara Oren Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli berkata, kekecohan yang tidak disangka-sangka itu turut memberi kesan kepada peserta konvoi apabila dua daripada mereka cedera. Katanya, kejadian berlaku apabila rombongan konvoi itu tiba berdekatan persimpangan Felda Bukit Rokan Utara dan kemudiannya dihalang oleh beberapa individu. "Semasa perbincangan sedang dijalankan, secara tiba-tiba kumpulan yang menghalang konvoi Oren ini bertindak agresif, dengan memukul kenderaan pacuan empat roda kami dan secara meluru ke arah Ketua Penerangan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Noraza Muda. "Pada waktu yang sama, seorang lagi Ahli Jawatankuasa Anak, Razali Rashad turut dipukul, sehingga mendatangkan kecederaan di kening, manakala Noraza cedera di kepala akibat dipukul dengan kayu. "Melihatkan keadaan Noraza dalam keadaan separuh sedar, kami memberinya rawatan ringan sebelum pasukan polis membantu menghantarnya ke Hospital Jempol untuk mendapatkan rawatan pesakit luar," katanya kepada Sinar Harian. Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas 2 berkata, keadaan Noraza bagaimanapun kini stabil. -SH Ulasan GB Sekarang mereka (UMNO BN) telah secara terang membuat pengakuan bahawa mereka menghalang konvoi oren berkenaan. Akibat dari "halangan" itu mereka bertindak liar dan ganas terhadap para peserta konvoi. "Kami generasi kedua Felda menolak kehadiran mereka. Tiada sesiapa pun mengalu-alukannya." Fasal yang mana di dalam Undang-undang yang mereka gunakan boleh menghalang ornag lain untuk memasuki mana-mana kawasan di dalam negara ini? Undang-undang ciptaan dan rekaan sendiri lantaran takut dengan konvoi berkenaan? Kemudian setelah ada pengakuan sejelas itu, apa pula tindakan polis selanjutnya terhadap mereka yang mencabul undang-undang ni? Bukankah sepatutnya mereka ditangkap dan ditahan kerana mencabuli perlembagaan dan undang-undang negara? |
Menteri Pengangkutan Pentingkan Kroni, Rompak Duit Rakyat Posted: 26 Dec 2012 03:34 AM PST Kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diteruskan, bukti beliau lebih pentingkan kroni berbanding bantahan dan kehendak rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang. Mengikut Datuk Seri Kong Cho Ha, Putrajaya akan tetap teruskan operasi AES walaupun Jabatan Peguam Negara membeku semua prosiding kes saman, minggu lalu. Beliau turut mengakui pelaksanaan sistem itu mendapat tentangan rakyat dan bermasalah dari sudut perundangan, tetapi tetap berdegil tidak akan berhenti mengeluarkan saman. "Kedegilan menteri seperti Cho Ha jelas menunjukkan dia hanya menjaga kepentingan kroni, bukan rakyat. Padahal semua pihak berpandangan sistem itu ada masalah," kata Lih Kang ketika dihubungi. Dua syarikat yang mengendali AES ialah Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd, yang mempunyai hubungan dengan Umno Johor dan menteri dari MCA. Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga RM700 juta hasil kutipan saman. Kerajaan berbelanja RM800 juta untuk menyediakan kamera di 831 lokasi. Kerajaan juga didakwa menyediakan kos senggaraan sehingga RM3.8 bilion untuk lima tahun. Sepatutnya, kerajaan mengambil hasil saman AES, bukan bekerjasama dengan syarikat swasta. "Jika Cho Ha menteri bermaruah, beliau patut malu dan letak jawatan. Jika tidak, rakyat sendiri akan pecat beliau dalam pilihan raya nanti," tegas Lih Kang. Menurutnya, penerusan saman AES merupakan usaha pimpinan Umno BN untuk memeras wang rakyat. "Kedegilan pemerintah yang tetap mahu laksana AES amat mencurigakan. Tiada sebab lain, mereka hanya mahu terus rompak wang rakyat," katanya. Sejak dimulakan pada 23 September lalu, sebanyak 300,000 saman AES dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya. AES ditentang ekoran terlalu banyak kelemahan termasuk had laju tidak relevan dan kamera di sepanjang lebuh raya yang terlalu banyak sehingga menyebabkan saman berganda. -KD Putrajaya kekalkan kamera perangkap kelajuan AES walaupun saman dibekukan. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan