Isnin, 24 Disember 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Kembara Oren, kalimah Allahuakbar dilawan dengan laungan hidup Umno!

Posted: 23 Dec 2012 05:00 PM PST

DALAM artikel sebelum ini di MiLo SuaM, ada disiarkan sebuah video detik cemas di mana sekumpulan samseng upahan Umno menyerang dan menikam rombongan Kembara Oren di Negeri Sembilan semalam, rujuk sini [Samseng Umno]

Rombongan Kembara Oren - Selamatkan FELDA di Pahang pula, semalam dihalang daripada memasuki jalan utama ke Felda Kampung Awah. Sekumpulan penyokong Umno berkumpul di pos keselamatan dan menutup laluan masuk utama.

Kembara Oren - Selamatkan FELDA gagal memasuki Felda Kampung Awah untuk menyebarkan risalah dan memberi penerangan meskipun mereka berjaya berbuat demikian di Felda Bukit Kepayang dan Bera sebelum itu.

Maklumat lanjut berhubung halangan tersebut sila rujuk sini [HD]



Apa yang ingin ditimbulkan di sini ialah satu kejadian ketika Mazlan Aliman sedang membaca doa sebelum bersurai selepas dihalang masuk.

Ketika beliau melaungkan takbir dan menyebut kalimah "Allahuakbar" berulang kali, penyokong-penyokong Umno nampaknya melawan kalimah itu dengan jeritan "Hidup Umno!" berulang kali serta menghalau peserta Kembara Oren.

Tidak cukup dengan itu, ketika Mazlan Aliman membaca doa sebelum bersurai, ada di antara mereka turut mengajak peserta bertengkar sambil menyuruh peserta Kembara Oren Balik! Balik! Balik!

Lihat sendiri video rakaman kejadian tersebut di bawah ini.


Lihat sendiri bagaimana penyokong-penyokong Umno ini bagaikan sudah hilang pedoman seolah-olah slogan "Hidup Umno!" jauh lebih mulia berbanding kalimah "Allahuakbar".

Malah ketika orang sedang mengucapkan doa, mereka langsung tiada rasa hormat. Inilah akibat terlalu taksub dengan parti, terlalu taksub dengan perjuangan bangsa Melayu kononnya.

ReJaM© "Patutlah Tun Mahathir kata Umno Syaitan yang dikenali "



Peringatan penting!


Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Tarikh : 12 Januari 2013
Masa : 14:00 hingga 17:00 Petang 
Tempat : Bandaraya Kuala Lumpur

Bapak segala perhimpunan, bapak segala bantahan! 
Sasaran SEJUTA rakyat Malaysia seluruh negara!

Video samseng upahan Umno menyerang rombongan Kembara Oren Negeri Sembilan

Posted: 23 Dec 2012 02:00 PM PST

UMNO memang terkenal dengan samseng-samseng upahannya yang sering kali mengganas di dalam program-program mahupun ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Lihat sahaja sebelum ini, berpuluh kali samseng Umno dilaporkan mengganas.

Anak muda yang menganggur namun menyokong Umno, diupah beberapa puluh ringgit untuk melakukan provokasi dan menyerang mana-mana program dan ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.

Terbaru, Rombongan Kembara Oren selamatkan Felda, di Negeri Sembilan diserang oleh samseng upahan United Malays No Otak, Umno sehingga menyebabkan salah seorang peserta rombongan cedera di kepala akibat ditikam dengan kayu bendera yang patah dan runcing.



Dimaklumkan salah seorang anak muda upahan Umno membawa bendera Barisan Nasional, yang sedang mabuk selepas menghisap gam telah menyerang salah sebuah kenderaan Rombongan Kembara Oren - Selamatkan FELDA.

Serangan itu diikuti oleh beberapa orang lagi rakannya yang dikatakan turut mabuk gam terus menyerang dan menghentak-hentakkan kayu bendera Barisan Nasional yang dibawa oleh mereka.

Selepas berjaya memecahkan cermin kenderaan, samseng upahan itu terus menikam penumpang dengan kayu bendera runcing yang telah patah akibat serangan sebelum itu. Kesan serangan tersebut boleh dilihat dalam gambar di bawah.



Di bawah ini pula, saksikan sendiri dengan mata kepala anda video rakaman detik cemas yang sempat diambil ketika samseng upahan United Malays No Otak, Umno itu sedang menyerang aktivis Kembara Oren - Selamatkan FELDA.


Bila Presiden Umno, Najib Razak diajak berdebat secara ilmiah beliau jawab "debat bukan budaya kita". Almaklumlah tempurung kepala yang kosong tidak mampu berdebat, mereka hanya mampu menjadi samseng menyerang bagaikan anjing gila.

ReJaM© "Hanya orang gila dan mabuk sahaja masih sokong Umno "

Peringatan Penting!

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Tarikh : 12 Januari 2013
Masa : 14:00 hingga 17:00 Petang
Tempat : Bandaraya Kuala Lumpur

Bapak segala perhimpunan, bapak segala bantahan!
Sasaran SEJUTA rakyat Malaysia seluruh negara!
Sebarkan!

Utusan Malaysia kantoi fitnah tentang isu balak Kedah!

Posted: 23 Dec 2012 07:53 AM PST

SUDAH banyak kali bila pembohongan Utusan Malaysia terhadap sesuatu isu dibongkarkan, pihak admin laman web mereka memadam artikel tanpa rasa bersalah tanpa meminta maaf.

Terbaru berkenaan isu balak Negeri Kedah, sebaik sahaja pembohongan akhbar paling banyak kalah saman di mahkamah kerana memfitnah itu dibongkarkan, mereka sekali lagi memadam artikel tanpa memohon maaf.

Lihat bukti prinscreen laman web Utusan Malaysia versi mobile (peranti mudah alih) di bawah ini baik-baik.

Tajuk link berita asal adalah "Balak-Pas-Kedah-tetap-berdegil". Link ini asalnya menempatkan artikel fitnah tentang balak. Namun kerana fitnah mereka telah terbongkar, mereka tukar pula dengan artikel tentang BRIM kah kah kah...



Sila klik sendiri link ini [Link] sebelum mereka memadamnya. Jika anda bernasib baik dapatlah lihat kebodohan akhbar gila ini. Link asal tentang berita fitnah itu dalam versi web sudah awal-awl dipadam rujuk sini [Link].

Apa sebenarnya isu fitnah yang terbongkar? Baca lanjut di sini [ASD]


ReJaM© "Dah banyak kali kantoi masih tak serik-serik... "

Zizan Maharaja Lawak turut sama bantah AES depan Sri Pentas TV3?

Posted: 23 Dec 2012 03:27 AM PST



RAMAI penunggang motor berkuasa tinggi berhimpun di depan Bangunan Sri Pentas Media Prima Berhad untuk menghantar memorandum menggesa TV3 dan Mazidul Akmal Sidek memohon maaf rujuk sini[Mkini].

Para penunggang motorsikal berkuasa besar ini turut bergambar dan menunjukkan kertas bertulis boikot TV3, kami bukan pelesit dan Tolak AES. Tanpa disangka-sangka, Pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Maharaja Lawak muncul dari celah-celah mereka.

Zizan Raja lawak turut dilihat membawa dan menunjukkan sekeping kertas membantah AES bersama-sama penunggang motorsikal berkuasa tinggi. Lihat gambar yang sempat diambil di bawah.


Zizan yang difahamkan sudah lewat dalam perjalanan untuk siaran langsung Melodi sempat bersalaman dengan mereka sambil mengangkat dan mempamerkan kertas Bantah AES. Saksikan video di bawah.


Siapa pun rakyat Malaysia yang normal tentu sekali akan membantah perlaksanaan Saman Rakyat 1 Malaysia, SR1M (AES) ini tentu sekali termasuklah Zizan Razak. Hanya penyokong Umno yang diupah untuk berdemo sahaja menunjukkan sokongan kepada AES.


ReJaM© "Jika benar, tahniah kepada Zizan kerana berani, jangan jadi lembu cucuk hidung! "

Peringatan penting!

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
Tarikh: 12 Januari 2013
Tempat: Bandar Kuala Lumpur.

Jom turun! Bersama sejuta rakyat di Himpunan terbesar dalam sejarah negara!
Bapak segala perhimpunan! Bapak segala bantahan!


Tiada ulasan: