Blog-list Malaysia |
- Umno Mengganas Lagi.. Jelajah Oren Diserang Di Negeri Sembilan
- Mustapha Kamal artis reformasi
- Sekiranya Pakatan Menang PRU13, Malaysia Akan Parah...
- Kalaulah Pemimpin PR Yang Berparang Macam Ni Kompom Dok Dalam Dah...
- Tahniah Zizan Raja Lawak Kerana Berani Bantah AES
- Video - Kembara Oren dihalang memasuki Jengka 23
Umno Mengganas Lagi.. Jelajah Oren Diserang Di Negeri Sembilan Posted: 24 Dec 2012 12:36 AM PST Jelajah Oren: Kenderaan rosak, 2 peserta cedera Sebuah kenderaan pacuan empat roda konvoi Jelajah Oren 'Selamatkan Felda" pecah cerminnya manakala dua peserta konvoi itu cedera dalam satu kejadian di Negeri Sembilan. Berikutan itu, beberapa pemimpin PAS dan PKR serta mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol. Kejadian itu didakwa berlaku lebih kurang jam 10 pagi di Jalan Dangi-Jelai yang hanya beberapa meter sahaja dari simpang utama ke Felda Bukit Rokan Utara. Ia didakwa berlaku apabila peserta Jelajah Oren itu dihalang oleh lebih kurang 80 peneroka dan anak peneroka Felda Bukit Rokan Utara yang dipercayai penyokong Umno dan BN berdasarkan rata-rata mereka memegang bendera BN dan Umno. Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman, mendakwa, sejurus peserta Jelajah Oren tiba di situ, terdapat sekatan jalan yang dibuat peneroka Felda Bukit Rokan Utara di tengah-tengah jalan. Dalam kekecohan tersebut, sebuah kereta pacuan empat roda milik salah seorang peserta Jelajah Oren didakwa dirosakkan apabila cermin depan dan cermin tingkap sebelah kiri dipecahkan oleh lelaki-lelaki yang tidak dikenali. "Dua peserta kita turut dicederakan. Naraza Muda luka di kepala manakala Razali Rashad cedera di kening," kata Mazlan. Beliau mendakwa pihak polis yang berada di lokasi kejadian itu, hanya memerhatikan sahaja dan tidak menghalang serangan tersebut. Ekoran kejadian itu, Mazlan membatalkan niat untuk meneruskan konvoi ke destinasi seterusnya iaitu ke Felda Jelai, Tampin; Felda Palong 4, 5 & 6, Jempol; Felda 9 & 10, Jempol; Felda Lui Selatan, Jelebu dan Gugusan Felda Serting di Jempol. Sebaliknya Mazlan, beberapa pemimpin PAS dan PKR serta mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol di Bandar Baru Serting pada pukul 12.30 tengahari. Sebelum itu peserta Jelajah Oren memulakan konvoi bermula di Felda Kepis, Kuala Pilah. Bagaimanapun sejurus tiba di dalam kawasan Felda itu, mereka dihalang masuk oleh lebih kurang 120 peneroka Felda di jalan utama kawasan Felda tersebut. Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Setelah memberi ucapan lebih kurang 100 meter dari halangan tersebut (di tepi jalan) dan menikmati sarapan pagi, peserta Jelajah Oren menuju ke Felda Bukit Rokan Barat yang hanya terletak lebih kurang lapan kilometer dari Felda Kepis. Bagaimanapun kira-kira 60 penduduk Felda Bukit Rokan Barat mengadakan sekatan di simpang masuk ke penempatan berkenaan. Mereka melaungkan-laungkan agar peserta Jelajah Oren balik dan jangan masuk ke Felda Bukit Rokan Barat. Malaysiakini menemubual Ketua Kampung Felda Bukit Rokan Barat, Mohd Zamrud Johari dan beliau berkata: "Peneroka dan pihak pengurusan Felda sendiri tidak mahu 'orang luar' masuk ke kawasan Felda kerana ditakuti akan menimbulkan kekecohan. "Walaupun mereka hanya membawa kenderaan dan 'berjalan" sahaja tetapi kami bimbang berlaku kekecohan." Tidak berlaku sebarang insiden buruk melainkan penduduk Felda Bukit Rokan yang memegang bendera BN meminta peserta Jelajah Oren agar meningggalkan tempat itu. Selepas Mazlan dan beberapa pemimpin PAS dan PKR memberi ucapan ringkas dari atas sebuah kereta pacuan empat roda di tepi jalan, peserta Jelajah Oren meneruskan perjalanan ke Felda Bukit Rokan Utara dan berlakulah insiden buruk tersebut. Sementara itu Pengarah Program Jelajah Oren "Selamatkan Felda" peringkat Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli mempertikaikan apakah hak mereka yang Abdul Rahman dakwa merupakan orang Umno-BN (berdasarkan mereka membawa bendera Umno dan BN) menghalang peserta dan lalulintas di jalan utama Dangi-Jelai itu. "Kalau mereka mengadakan sekatan di dalam kawasan Felda OK lagi. Tapi ini mereka mengadakan sekatan jalan di jalan besar, jalan utama. "Setelah melihat tindak-tanduk mereka seperti orang hilang akal, kami memang mengambil keputusan tidak mahu masuk ke Felda Bukit Rokan Utara, tetapi kami cuma mahu lalu menggunakan jalan besar ke destinasi seterusnya. "Kenapa mereka halang kami lalu atau gunakan jalan besar? Kenapa mereka pecahkan cermin kereta dan memukul dua peserta kami dengan kayu?" katanya. |
Mustapha Kamal artis reformasi Posted: 23 Dec 2012 10:10 PM PST KUALA LUMPUR 24 Dis: Kemunculan pelakon terkenal, Mustapha Kamal Mohd Daud atau lebih dikenali sebagai Mustapha Kamal dalam sebuah program bersama Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli baru-baru ini menambah gerun kerajaan Umno BN. Mustapha turut mengambil peluang bergambar bersama calon KEADILAN Pandan itu dan menyampaikan ucapan dalam Program Anak-anak Kelantan di Taman Dagang (Pandan) Santai bersama Rafizi pada 18 Disember lalu "Saya perasan dia dah lama mengikuti saya di facebook, dan sering melontarkan pandangan yang tegas dan berani, tanpa perlu berselindung. Dari situ saya faham Mustapha seorang berjiwa reformasi," kata Rafizi kepada Keadilan Daily. "Kemudian beliau hadir dalam program yang diaturkan untuk saya di Pandan. Kebetulan beliau juga penduduk dan pengundi Pandan," jelas Rafizi. Beliau menghargai kehadiran dan sokongan Mustapha, sekaligus memberi contoh kepada artis lain untuk berani tampil ke hadapan menyatakan pendirian. "Saya juga bimbang beliau akan ditekan kerana kehadirannya itu. Mustapha hanya menggunakan haknya untuk mengenali bakal calon di Pandan, dan itu tidak salah," kata Rafizi. "Samada dia mahu sertai KEADILAN atau tidak, itu hak beliau. Tetapi Umno janganlah 'menggelupur' dan beri tekanan kepada beliau atau mana-mana artis yang membuat penampilan seperti itu," tegas Rafizi. Pada 2 Jun lalu, Mustapha turut menghadiri Majlis Dialog Anak Kelantan di Perantauan yang juga dihadiri Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan sempat beramah mesra serta bergambar kenangan bersama pemimpin itu. Sebelum ini, penyanyi Dayangku Intan, yang popular dengan lagu 'Semakin Rindu Semakin Sayang' mengesahkan menyertai KEADILAN pada April lalu. Penulis lirik dan pelawak, Bob Lokman turut memilih untuk terlibat dengan Pakatan Rakyat apabila menyertai PAS. Begitu juga pelakon dan selebriti Abby Abadi mengikuti jejak sama Bob dengan menyertai PAS Julai lalu. Perkembangan ini sudah tentu meresahkan kerajaan Umno BN untuk berhadapan pilihan raya umum nanti. keadilandaily.com/ |
Sekiranya Pakatan Menang PRU13, Malaysia Akan Parah... Posted: 23 Dec 2012 06:00 PM PST Ada tujuh perkara yang sering dibangkitkan oleh UBN dan ianya dijadikan momokan kepada rakyat agar menolak Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan di negara ini. Perkara ini diulang-ulang dan ditaburkan kepada rakyat dalam berbagai bentuk menerusi pelbagai saluran. Penyampai pula dari peringkat pemimpin tertinggi hinggalah kepada penyokong Umno di kedai-kedai kopi atau gerai canggung di kampung dan desa. Tujuh perkara ini diasak betul-betul kepada rakyat terutamanya yang tidak begitu celik IT dan warga tua di kampung-kampung. Mereka yang menerima pandangan hanya dari satu lorong (one way) dan tidak mempunyai otak kreatif terus mempercayainya. Cuba sama-sama kita renung dan kaji tujuh perkara ini sejauh manakah kebenaran dan kesahihannya. Saya akan membuat matemetik politik berhubung perkara ini dengan memberi jawaban seringkas mungkin. Tujuh perkara itu ialah; 1. Konon sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya ke-13 ini negara akan jadi huruhara. - Kononnya akan berlaku huruhara sekiranya Pakatan Rakyat menang. Bentuk huruhara yang diuar-uarkan kepada rakyat kononnnya akan berlaku situasi perbalahan kaum seperti 13 Mei 1969. Mari kita tanya siapakah yang akan mencetuskan keadaan itu kalau ia benar berlaku? Apakah orang Cina, atau orang Melayu atau orang India? Di pihak Pakatan Rakyat pasti tidak akan memulakan kerana mereka suka kerana menang. Jadi potensi kalau berlaku yang akan memulakan ialah pihak yang membuat momokan itu. - Sehubungan itu disebarkan kononnya tentera akan mengambil alih kerajaan ini kalau Pakatan menang. Kenapa? Apakah tentera tidak menghormati kepada demokrasi? Sediakan tentera untuk mengambil tindakan demikain. Di sinilah jelas pihak yang membuat spekulasi itu hanya menuduh semata-mata bagi menakut-nakutkan rakyat dari mengundi Pakatan Rakyat. Tentera boleh mengambil alih kerajaan kalau kerajaan tidak stabil dan berlaku huruhara. - Ternyata juga pihak yang membuat isu berfikiran jahat, dengki dan tidak boleh menerima hakikat berlaku perubahan hatta pun untuk kebaikan rakyat. 2. PAS menjadi alat kepada DAP. - PAS menjadi sasaran dituduh sebagai alat DAP. Pihak yang membuat tuduhan itu telah merendah-rendahkan martabat para pemimpin PAS. Mereka mengira pemimpin PAS budak-budak yang tidak ada prinsip. Tuduhan ini asalnya datang dari beberapa pemimpin PAS sendiri yang tidak dapat 'menguah' dan popular dari kalangan ahli PAS kerana kesongsangan politik mereka. - PAS sebagai sebuah parti berwibawa ia mempunyai perlembagaan tubuhnya. PAS berpegang kepada perlembagaan yang dikonsepkan dari ajaran al Quran, Hadith, Qias ulama dan ijtihad pemimpin. Sesiapa pun tidak boleh memperalatkan PAS kerana ia ada perlembagaan. Seperkara lagi yang membuat keputusan didalam PAS ialah ahlinya bukan saja segelintir pemimpin. PAS ada muktamar dan persidangannya bagi menentukan hala tujuan dan matlamatnya. PAS dipancu secara jemaah bukan individu apa lagi otokrasi. - Tuduhan begitu adalah datang dari mereka yang tidak tahu kaedah atau memahami apa itu pertubuhan dan organisasi. 3. Anwar akan jual Malaysia kepada Yahudi atau kuasa asing. - Kononnya kalau Pakatan Rakyat menang dan Anwar jadi PM, negara ini akan menjadi milik kuasa asing, Amerika dan Yahudi. Negara asing akan memerintah negara ini. Ini juga tuduhan dangkal dan tidak berasas. Mereka yang membuat tuduhan ini sekali lagi tidak tahu konsep sesebuah negara dibangunkan secara demokrasi. Kalau benar Anwar ada bermaksud begitu ia tidak semudah untuk menjual anak kucing. Dalam Pakatan Rakyat ada PAS dan DAP. Peraturan demokrasi dan semangat pakatan ini kena fahami. - Dakyah dan fitnah itu boleh dilihat kepada perjuangan Anwar kini. Kalau Anwar ingin menjualkan negara ini kepada kuasa asing beliau tidak akan mempertahankan prinsipnya semasa dalam BN dulu. Beliau ikut kehendak Mahathir termasuk membenarkan wang negara dirompak dan disamun semewahnya oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Orang yang mempertahankan hak negara, prinsip bangsa dan maruah tanah air tidak akan berbuat demikian. - Sekali lagi dinyatakan rakan Pakatan Rakyat PAS terutamanya tidak akan membenarkannya. 4. Negara akan bankrup. - Negara ini akan bankrup sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Ini ditrujukkan kepada beberapa polisi dan dasar membantu rakyat yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat seperti mana terkandung dalam Buku Jingga. Antara perancangan kerajaan itu termasuk, menghapuskan tol di lebuh raya, menghapuskan PTPTN, menurunkan kadar harga kereta, memberi tambahan 15% royalti petroleum kepada negeri-negeri yang menghasilkan minyak dan gas. - Penurunan kadar itu bagi meringan beban rakyat, ia dibuat dari formula dengan menghapuskan rasuah dan memansuhkan bayaran-bayaran yang tidak sepatutnya. Ironisnya kalau segala pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan hari ini tidak pula dianggap sebagai bankrup. Perhatikan betapa banyak wang negara dibazirkan artau pun digunakan tidak pada tempatnya. Penyelewengan, rasuah dan bayaran-bayaran tidak wajar berlaku itu semua merugikan negara. - Jelas ia hanya tuduhan semata-mata bagi mencerminkan kelemahan dan kebobrokan kerajaan Pakatan Rakyat. Walhal yang sudah terbukti menyeleweng dan khianat ke atas rakyat dan negara ialah pemimpin kerajaan hari ini. - Ini boleh dirujukan kepada berbagai skandal berlaku yang melibatkan wang rakyat dan negara mengalami kerugian berbillion ringgit. 5. Pembangkang tidak ada pengalaman. - Pihak parti kerajaan selalu menguar-uarkan Pakatan Rakyat tidak boleh memerintah kerana mereka tidak ada pengalaman. Ini hujah yang cetek dan naif sekali. Hujah kebudak-budakan. Memang Pakatan Rakyat tidak ada pengalaman dalam soal ini kerana belum pernah menjadi kerajaan. Kalau orang yang berpendapat demikian cerdik dan tidak 'ssumbat' dan masuk air dia tidak akan tergamak memberi hujah demikian. Macam mana Pakatan Rakyat mempunyai pengalaman sebab belum memerintah. Hal yang sama juga berlaku kepada BN dulu, sebelum tahun 1971 ia juga tidak ada pengalaman. - Pengalaman akan ada apabila ia menjadi kerajaan. Setelah itu baru dapat diukur ada pengalaman mampu atau tidak. Pandangan atau panduan awal boleh dibuat ke atas empat kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat ketika ini; Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Baru empat tahun (kecuali Kelantan) Pakatan Rakyat memerintah sudah nampak perubahan positif sekurang-kurang dari aspek kemanusian dan integriti. Ia boleh disaksi sendiri. Jangan saksi atau baca butiran dan dakyah dilemparkan menerusi media massa tetapi cuba selidik sendiri. - Pencapaian dari segi ketelusan (integriti) kerajaan Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada kerajaan negeri-negeri lain. Misalnya Kelantan dalam keadaan ditekan dan dihindik namun negeri itu masih berjaya membawa rakyat selari dengan negeri-negeri lain, sebaliknya pembangunan dari segi rohanian dan kemanusiaan Kelantan mendahului negeri-negeri diperintah oleh BN. 6. Pembangkang tidak tunai janji. - Ini satu lagi tuduhan dangkal dan kurang cerik. Apabila BN melaungkan slogan "Janji ditepai" mereka menuduh pembangkang tidak menunaikan janji. Ini dirujuk kepada manifesto pilihan raya dikemukakan oleh Pakatan Rakyat. Kemudian dirujuk kepada Selangor. Jikalau manifesto yang dirujuk, bukan saja Pakatan Rakyat tidak menunaikan janji tetapi BN juga banyak janji-janji yang diikrarkan dalam manifesto tidak ditunaikan. - Orang yang sihat akan dapat berfikir kenapa janji manifesto itu tidak ditunai semuanya, sebabnya Pakatan Rakyat tidak berjaya membentuk kerajaan Pusat. Sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Malaysia semua janji ituakan dipenuhi kerana sebahagian besar janji perlu dilaksanakan dengan kewangan. Sesetengah bukan kerajaan Pakatan Rakya sengaja tidak mahu laksanakan tetapi terhalang disebabkan perbezaan kerajaan. Contohnya kerajaan Kelantan tidak dapat untuk merancakkan industeri berat kerana tidak ada kelulusan dan kerjasama dari kerajaan Pusat yang memegang atau berkuasa ke atas bidang-bidang tertentu. 7. Malaysia akan jadi seperti Singapura. - Tuduhan ini juga merupakan imiginasi yang tidak berasas sama sekali. Kononya kalau Pakatan Rakyat memerintah Malaysia akan jadi seperti Singapura... orang Melayu tidak akan berkuasa dan Islam tidak akan berdaulat. Hujah yang digunakan kononnya DAP akan mengubah corak pemerintahan Malaysia ke arah negara moden dan liberal tanpa menjadikan bangsa dan agama sebagai asasnya. Tuduhan ini satu fitnah besar yang datang dari orang yang tidak mendapat pendidikan secara teratur. - Kebimbangan seperti ini seharusnya tidak timbul kalau mereka - si penuduh mengenali sejarah bagaimana nasib dan apa yang berlaku ke atas Singapura dahulu. Siapa yang menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew? Apakah orang itu kini berada didalam Pakatan Rakyat? Tuduhan atau anggapan demikian oleh Umno seperti meludah ke muka sendiri. - Kalau takdirlah DAP berhasrat menjadikan Malaysia seperti Singapura, apakah parti itu cukup kuat dan berkuasa? Dan apakah Melayu di dalam Umno akan hanya melihat saja tatkala Melayu dan Islam di dalam Pakatan Rakyat bangkit mempertahankan kehendak DAP itu? Kalau itulah berlaku maka jelas yang ada hasrat untuk menjadikan Malaysia seperti Singapura adalah Melayu di dalam Umno. Itulah di antara tujuh perkara yang dijaja oleh UBN untuk mengabui mata rakyat agar tidak menyokong Pakatan Rakyat. Kesemua tuduhan itu direkacipta yang terbit dari ilusi rasa gerun dan takut UBN kepada kemampuan UBN. Sebenarnya selain dari tujuh perkara itu ada beberapa perkara lagi yang ditimbul dan dimainkan untuk mengelirukan rakyat. Jelas apa yang ditimbulkan bukan saja jauh dari kebenaran tetapi setengahnya sudah dapat difahami oleh rakyat. [wm.kl.8:14 am 24/12/12] http://msomelayu.blogspot.com/2012/12/7-perkara-menjadikan-momokan-ubn.html |
Kalaulah Pemimpin PR Yang Berparang Macam Ni Kompom Dok Dalam Dah... Posted: 23 Dec 2012 05:00 PM PST Rakaman gambar Abdul Rahman Bakar bekas Ahli Parlimen Marang, dengan beberapa ahli UMNO dengan bersenjatakan parang dan keris kononnya mau tawan DUN Manir, Parlimen Hulu Terengganu mengundang beberapa persoalan, kini berlegar ligat dialam siber. Adakah beliau mau mengajak ahli, penyokong dan pendokong UMNO mau tawan/rampas DUN Manir dari tangan PAS secara pertumpahan darah? Jika ini dimaksudkan maka ini sudah mengamalkan budaya politik yang cukup berbahaya. -wargamarhaen |
Tahniah Zizan Raja Lawak Kerana Berani Bantah AES Posted: 23 Dec 2012 03:12 PM PST Tengah hari tadi, dianggar lebih 300 penunggang motosikal yang menderu ke perkarangan Sri Pentas, tempat stesen penyiaran TV3 beroperasi terkejut apabila pelawak terkenal Zizan Razak tiba-tiba keluar dari celah-celah mereka membawa sekeping kertas! Penunggang motosikal yang berang dengan tindakan wartawan Majalah 3, Mazidul Akmal Sidik menggelar mereka 'pelesit jalanan' dalam paparan isu 'AES dan rasional dilaksanakan' yang disiarkan dua minggu lalu, nyata terubat dengan kemunculan Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak yang menyokong kehadiran mereka dengan membawa bersama kertas dengan tulisan 'Tolak AES' (Automated Enforcement System). Tindakan Zizian pantas disorak penunggang motosikal dengan membunyikan hon motor masing-masing dengan dikawal lebih 30 anggota polis yang berkawal di pintu masuk bangunan itu di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. Menurut seorang saksi, Zizan dengan spontan keluar dari bangunan tersebut setelah selesai mengacarakan rancangan hiburan 'Melodi' terbitan stesen itu bersama Awal Ashaari dan Ziana Zain kira-kira jam 1.45 tengah hari sambil membawa kertas berkenaan tanpa dipaksa sesiapa mahupun diarah oleh mana-mana pihak. Sebelum ini, Zizan pernah menggemparkan seluruh negara apabila hadir mengacara bersama Ustaz Azhar Idrus dalam satu majlis sambutan tahun baru anjuran Kerajaan Selangor akhir tahun lalu. Zizan yang berpasangan dengan rakannya dalam kumpulan lawak Jozan iaitu Johan Raja Lawak setakat ini tidak diberi amaran atau diminta memberi penjelasan oleh pihak atasan stesen kawalan Media Prima Berhad itu mahupun Astro yang dia dan Johan sedang menyertai sebuah pertandingan terbitan stesen tersebut. Tahniah Zizan, anda sememangnya berani menegakkan kebenaran. Berita Berkaitan : TUDUHAN BUAT ARTIS DAN PELAWAK POPULAR ZIZAN RAZAK ADALAH FITNAH DAN DISALAH ERTI. |
Video - Kembara Oren dihalang memasuki Jengka 23 Posted: 23 Dec 2012 08:29 AM PST |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan