Kelab Greenboc |
- Bekas Pengerusi SPR Gesa Ditubuhkan Suruhanjaya Diraja Kaji Sistem Pilihanraya
- Dihalang Dengar Ceramah PAS, Peneroka Buat Laporan Polis
- [TERKINI] Mahkamah Benarkan Penangguhan Hukuman Ke Atas Umar
- [GAMBAR & VIDEO] Gejala Samseng UMNO Menjadi-jadi, Kembara Oren DIserang Lagi
- [GEMPAR] Pemimpin UMNO Mahu Tumpahkan Darah Semasa PRU?
- [VIDEO & GAMBAR] Akhirnya Mazidul "Pelesit" Diburu Penunggang Motorsikal
- Khalid Samad : MBSA Perlu Tegas Tutup Kelab Malam Haram di Shah Alam
- Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Dilaksanakan Semula Apabila BN Menang PRU13
Bekas Pengerusi SPR Gesa Ditubuhkan Suruhanjaya Diraja Kaji Sistem Pilihanraya Posted: 24 Dec 2012 01:10 AM PST Rashid: Suruhanjaya diraja perlu kaji sistem pilihan raya KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah gagal dalam mengemukakan tuntutan-tuntutan menyeluruh untuk membawa pembaharuan signifikan ke atas sistem pilihan raya, kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. Sehubungan itu kata beliau, satu suruhanjaya diraja perlu dibentuk jika rakyat mahukan sistem yang sedia ada dikaji semula dan kemudian diadakan satu referendum bagi mendapatkan pendirian rakyat. Katanya, sistem pilihan raya yang ada sekarang memerlukan perubahan struktur, bukannya pembaharuan yang disifatkan sebagai "quick fix." "Saya lebih hendak setuju dengan Bersih dalam satu hal iaitu tubuh satu suruhanjaya diraja untuk mengkaji (sistem pilihan raya), yang terdiri daripada orang-orang tertinggi. "Sekarang PSC (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen) sudah selesai, jadi suruhanjaya masih perlu? Perlu! "PSC ini hanya sementara. Dia punya terma dan syarat pun kecil. Ia tidak boleh bergerak di luar terma dan syaratnya. PSC selesai tugasnya. Bagus! Tapi ini orang Parlimen, mereka ahli politik. "Mereka tahu apa yang berlaku, tetapi mereka tidak sentuh. Enjin, mereka tukar, plug mereka tukar, minyak hitam ditukar. Itu sahaja," kata beliau dalam satu temu bual bersama Sinar Harian Online minggu lalu. Abdul Rashid yang menjadi Pengerusi SPR selama 10 tahun berkata, "kalau negara mahu, kalau negara setuju, kalau tuntutan-tuntutan ini hendak dilayan, tubuhkan suruhanjaya untuk mengkaji semula dan mengadakan sistem (baru), kalau negara bersetuju." Beliau bersara daripada jawatan itu selepas Pilihan Raya Umum 2008. Sambil melihat Bersih 2.0 bukan sebagai pertubuhan pembangkang, kata Abdul Rashid, ia satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang hendak menuntut supaya ditingkatkan sistem demokrasi di negara ini, bukan sahaja dalam pilihan raya tetapi perkara lain. "Tetapi Bersih (2.0) ini khusus untuk kita buat perubahan pada sistem pilihan raya dan mereka tidak berapa mengerti agaknya, tuntutan-tuntutan itu nampaknya tidak menyeluruh. "Saya kaji juga tuntutan-tuntutan ini dan mereka tidak mendesak dilakukan suatu perubahan yang menyentuh struktur," kata beliau. Tambah beliau, "maknanya seluruh undang-undang itu dikaji. Bukan satu dua tempat. Ini macam kita tukar bateri, tukar 'spark plug', tukar minyak hitam, 'quick fix' ini (sebenarnya) boleh mendatangkan masalah yang lebih besar. Yang dasarnya tidak berubah." Bersih 2.0 mengemukakan lapan tuntutan pada awal tahun lalu. Ia kemudian mengadakan perhimpunan pada awal Julai 2011 dan sebulan kemudian kerajaan menubuhkan PSC bagi mengkaji pembaharuan sistem pilihan raya. Menjawab soalan sama ada tuntutan Bersih itu lebih kepada 'quick fix' semata-mata?, Abdul Rashid yang pernah menjadi Setiausaha SPR berkata, "saya pun terkejut juga Bersih ini, yang terdiri daripada peguam yang besar-besar (ternama). " "Tuntutan-tuntutan itu nampaknya.... apabila anda buat tuntutan itu, kerajaan respons, itulah yang dibuat menerusi PSC, itu yang dibuat. Jadi tuntutan mereka telah dipenuhi. "Tapi kita tahu, Bersih hendak lebih daripada itu. Mereka tidak mahu PSC. Mereka mahu suruhanjaya yang betul-betul bebas dan adil," katanya. Jelas Abdul Rashid, bagi beliau Bersih 2.0 telah gagal mengetengahkan isu yang sebenar walaupun mereka tahu apa yang mereka mahu. ".... sebab mereka tidak kemukakan apa yang mereka mahu. Mereka hendak undi pos dikaji, ini semua kecil. "Bagi saya, ia tidak membantu untuk memperkuatkan amalan demokrasi. Ia hanya merubah sedikit tatacara atau pun prosedur," katanya lagi. Selepas PSC mengemukakan laporan penuh 22 perkara kepada Parlimen awal tahun, Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan akhir April lalu. -SH Ulasan GB Dah pencen baru Tan Sri Rasyid ni bersuara mengenai perlunya Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat perjalanan SPR> Tapi kira oklah juga, sekurang-kurangnya beliau telah mahu untuk menyuarakan kebenaran dan keadilan daripada terus berdiam diri terhadap segala kebobrokan yang berlaku di dalam SPR. Jadi kerajaan jangan buat pekak telinga! |
Dihalang Dengar Ceramah PAS, Peneroka Buat Laporan Polis Posted: 23 Dec 2012 10:25 PM PST Temerloh: Peneroka Jengka 11 membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Temerloh berikutan tindakan pengurusan tanah rancangan berkenaan yang didakwa menutup jalan dengan palang besi bagi menghalang orang keluar masuk mendengar ceramah anjuran PAS. Isa @ Zaharudin Noh, 42, dalam laporannya semalam mendakwa kumpulan polis bantuan Felda dan kumpulan belia upahan Umno turut bertindak menghadang jalan dengan sekatan mengakibatkan penduduk menghadapi kesukaran untuk berurusan keluar. Dalam laporan itu, Isa yang juga ahli PAS, mendakwa akibat sekatan secara samseng itu juga menyebabkan ceramah anjuran PAS cawangan gagal diadakan di markas PAS walaupun polis telah mengeluarkan permit. Tambahnya, keganasan tersebut secara jelas mengakibatkan pencabulan hak mengawal keselamatan yang sepatutnya di bawah urusan pihak polis serta mencabul demokrasi. Sementara itu, Muhammad Syafie Md Esa dari Jengka 23, turut membuat laporan polis di tempat yang sama berikutan sekatan rombongan Jelajah Oren daripada memasuki tanah rancangan berkenaan, sedangkan telah mendapat kebenaran pihak IPD Maran. Dalam laporannya, Syafie menjelaskan rombongan mereka sepatutnya berkumpul dan melaksanakan program di markas PAS Jengka 23, tetapi mendakwa dihalang pasukan Rela, pengurusan Felda Jengka, JKKR dan penyokong Umno. Tegas Syafie, pihaknya memandang serius budaya samseng seperti itu kerana mengambil alih tugas polis, mencabul hak berhimpun secara aman, menyuburkan budaya samseng dan melanggar undang-undang. Turut berada di balai polis Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka PAS Pahang Md Jusoh Darus, Timbalan Presiden Anak Aris Fezul Ismail, Pengerusi Anak Pahang Yohanis Ahmad, Adun Kuala Semantan Syed Hamid Mohamad, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang Abdul Majid Hasan serta para peneroka. Kelmarin, Jelajah Oren Selamatkan Felda berkonvoi dengan kira-kira 50 buah kereta dan 50 buah motosikal melibatkan kawasan Felda di Parlimen Bera, Maran, Kuala Krau dan Jerantut. Program jelajah mendapat sambutan baik oleh penduduk tempatan apabila bermula kira-kira pukul 9 pagi di Felda Bukit Kepayang, Bera dengan aktiviti ceramah dan mengedar risalah. Rombongan yang kemudiannya bergerak ke Felda Kampung Awah, Maran selepas itu juga mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk di situ apabila dibenarkan masuk berceramah, makan tengah hari dan sembahyang Zohor di masjid di situ. Bagaimanapun apabila konvoi bergerak ke Parlimen Kuala Krau dan cuba memasuki Jengka 23, kira-kira 100 orang dipercayai penyokong Umno menghalang laluan sambil memaki hamun dan menghambur kata-kata lucah kepada rombongan Jelajah Oren yang jumlahnya dua kali ganda daripada mereka. Penyokong-penyokong Umno yang turut mempergunakan wanita dan kanak-kanak, meletakkan tong-tong milik Rela di atas jalan masuk. Konvoi Jelajah Oren sekali lagi dimaki hamun dan diusir apabila tiba di simpang Jengka 21 meskipun mereka hanya singgah dan tidak berhasrat untuk masuk ke situ. Namun begitu mereka tidak dihalang apabila memasuki Jengka 12 dalam Parlimen Kuala Krau, sehingga tidak diganggu untuk menunaikan sembahyang Asar, minum petang dan ceramah ringkas. Aktiviti mengedar risalah diteruskan di pasar malam Bandar Tun Razak Jengka. Ceramah pada sebelah malam yang sepatutnya diadakan di markas PAS Jengka 11, terpaksa diadakan di hadapan kedai dengan kehadiran ribuan pendengar. -HD klik untuk baca |
[TERKINI] Mahkamah Benarkan Penangguhan Hukuman Ke Atas Umar Posted: 23 Dec 2012 08:43 PM PST Umar Muhammad Aziz, seorang pelajar kolej swasta yang dijatuhi hukuman sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret atas tuduhan menghalang tugas penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjaya mendapat penangguhan hukuman oleh mahkamah pagi ini. Peguam Umar, Syahredzan Johan memohon mahkamah supaya hukuman penjara sebulan dan denda RM1000 kerana didakwa menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur ditangguh sementara keputusan rayuannya disebut semula. Bagaimanapun Umar tidak hadir kerana masih ditahan di Penjara Kajang, Selangor sejak dijatuhkan hukuman pertengahan minggu lalu. Umar dibenar diikat jamin RM5000 dengan seorang penjamin sementara menunggu keputusan kesnya didengar semula. Syaratnya, dia tidak dibenarkan menyertai mana-mana perhimpunan atau demonstrasi tanpa permit dari pihak berkuasa. Umar seorang pelajar tahun akhir jurusan diploma dalam jurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Hulu Klang. Umar didakwa pada 23 April mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang Mohd Masran Mamat daripada "menangkap dan mengiringi" aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin. Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu. Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak adil. Sementara itu, pelbagai pihak menyokong agar keluarga Umar menyaman Pendakwaraya yang menyebabkan proses rayuan tidak dapat dijalankan. Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak media kes itu tidak sempat dibuat rayuan kerana ketiadaan pendakwaraya. "Ini perkara yang memalukan kerana seseorang itu boleh dibebaskan atau ditangguhkan sementara hukuman itu sementara menunggu rayuan. "Jadi jika pihak pendakwaraya tidak ada, itu menunjukkan mereka tidak serius untuk memastikan keadilan itu ditegakkan," kata Shamsul, TVSelangor melaporkan. Umar dibawa ke Penjara Kajang petang kelmarin bagi menjalani hukuman tersebut, selepas gagal mendapat pendengaran penangguhan pelaksanaan hukuman terhadapnya. Ujar Shamsul lagi, adalah tidak adil apabila seseorang itu dihukum penjara atau ditahan dalam keadaan di mana beliau mempunyai peluang untuk hukumannya ditanguhkan sementara menunggu rayuan. "Sewajarnya Umar ini tidak perlu ditahan dan dipenjara sementara menunggu rayuan. "Tindakan menghukum pelajar itu adalah zalim dan memberikan kesan buruk kepada proses demokrasi negara," katanya. |
[GAMBAR & VIDEO] Gejala Samseng UMNO Menjadi-jadi, Kembara Oren DIserang Lagi Posted: 23 Dec 2012 06:01 PM PST Dari kembara Oren sdr. Naraza Muda Ketua Penerangan ANAK ditikam di Felda Bukit Rokan Utara. Pergaduhan ala samseng dimulakan umno dengan menyerang kenderaan peserta kembara. Inilah sikap-sikap yang tidak boleh di ikut oleh masyarakat kerana umno/bn selalu saja merusuh dan mengganggu rakyat dalam menyalurkan berita yang benar kepada rakyat ... Ini pula video-video Kembara Oren dihalang memasuki Jengka 23 |
[GEMPAR] Pemimpin UMNO Mahu Tumpahkan Darah Semasa PRU? Posted: 23 Dec 2012 04:48 PM PST Rakaman gambar Abdul Rahman Bakar bekas Ahli Parlimen Marang, dengan beberapa ahli UMNO dengan bersenjatakan parang dan keris kononnya mau tawan DUN Manir, Parlimen Hulu Terengganu mengundang beberapa persoalan, kini berlegar ligat dialam siber. Adakah beliau mau mengajak ahli, penyokong dan pendokong UMNO mau tawan/rampas DUN Manir dari tangan PAS secara pertumpahan darah? Jika ini dimaksudkan maka ini sudah mengamalkan budaya politik yang cukup berbahaya. -wargamarhaen Ulasan GB Polis berdiam diri saja? Jikalah yang memegang parang itu pemimpin-pemimpin dari Pakatan, berduyun agaknya FRU tiba. Pernah satu ketika, penyokong Pakatan ditahan dan ditangkap hanya terbawa pisau lipat kecil yang ditemui di dalam kereta. Wahai polis, mengapakah kamu tidak bersikap adil di dalam melaksanakan tanggungjawab? Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambl tempatnya. Polis yang bersikap berat sebelah dan dwi-standard akhirnya akan menerima hukuman Tuhan. Tidakkah tuan-tuan polis semua melihat bagaimana mantan-mantan polis pangkat tertinggi akhirnya berpihak kepada kebenaran dan keadilan? Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyertai PAS, dan Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara sendiri melakukan pendedahan berani tentang campurtangan menteri KDN dan orang luar yang bernama Robert Phang terhadap urusan PDRM. Pekung-pekung jenayah anggota polis pun banyak Allah dedahkan, yang merogol, yang buat harta semasa berkhidmat dan lain-lain. Itu hukum kebenaran dan keadilan apabila anda gagal menyempurnakan tugas dengan adil dan bertanggungjawab! |
[VIDEO & GAMBAR] Akhirnya Mazidul "Pelesit" Diburu Penunggang Motorsikal Posted: 23 Dec 2012 07:21 AM PST Penunggang desak Mazidul, Majalah 3 mohon maaf Seramai kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi hari ini berkumpul di hadapan Sri Pentas- Media Prima Berhad (MPB) untuk menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara terbuka. Kumpulan tersebut, antaranya daripada Motor Corner dan ARC Selangor, turut mendesak program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan terperinci. Kumpulan motosikal itu tiba di perkarangan Sri Pentas kira-kira jam 12 tengah hari. Kelihatan kira-kira 30 anggota polis di kawasan sekitar Sri Pentas. Sebelum menyerahkan memorandum, kumpulan itu berhimpun di pintu masuk Sri Pentas dan melaungkan "Kami bukan bukan pelesit", "Get out Mazidul" dan "Kami sayang TV3". Memorandum telah diserahkan oleh wakil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan MPB, Alwi Husni Yahya. Kumpulan itu turut memberi masa dua minggu kepada Mazidul serta pihak program Majalah 3 untuk memohon maaf. Menurut Shahid yang ditemui pemberita selepas memorandum diserahkan, jika dalam masa dua minggu, tiada permohonan maaf secara terperinci dibuat, pihaknya akan membuat perhimpunan yang lebih besar. "Pelbagai kelab yang mewakili bikers dari seluruh Malaysia hari ini datang untuk hantar memorandum bantahan kepada Majalah 3 yang menggelar bikers ini 'pelesit jalanan'. "Kami mahu permohonan maaf secara khusus dari Majalah 3 dan Mazidul. Memang dah mohon maaf tapi kami nak permohonan maaf dengan ayat yang khusus secara terbuka terutama daripada Mazidul," katanya. Selain itu, bagi Mohd Asri Hamid yang turut mewakili kumpulan itu berkata gelaran pelesit jalanan merupakan satu gelaran yang tak sewajarnya diberikan. Menurut Asri, pelesit merupakan makhluk yang bersekongkol dengan syaitan dan gelaran itu seolah-olah mengatakan mereka "syaitan jalanan". "Gelaran yang diberi Mazidul sebagai pelesit jalanan. Pelesit ini bersekongkol dengan syaitan, iblis. Kami rasa memanggil kami iblis, syaitan jalanan. Mohon tarik balik gelaran itu," katanya lagi. -mk PANAS!! Mazidul lari tak cukup tanah... |
Khalid Samad : MBSA Perlu Tegas Tutup Kelab Malam Haram di Shah Alam Posted: 23 Dec 2012 05:28 AM PST Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disarankan agar bertindak tegas terhadap sebuah premis yang beroperasi sebagai kelab malam haram di kawasan Setia Alam. MP Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, Datuk Bandar Shah Alam diharap menyerbu dan menutup premis tersebut yang didakwa tidak mempunyai lesen hiburan atau lesen minuman keras. Ujarnya, premis berkenaan hanya mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan kafeteria tetapi menyalahgunakannya dengan membuka sebuah pusat hiburan. "Mereka menyalahgunakan lesen itu dengan sokongan pihak polis untuk menjual minuman keras yang sepatutnya juga mempunyai lesen daripada pihak Jabatan Kastam dan juga MBSA. "Kawasan Setia Alam adalah sebuah perbandaran yang di mana 70 peratusnya adalah bukan Islam. "Namun sewajarnya pihak MBSA patut membuat pendengaran awam berhubung kebenaran membina pusat hiburan di situ," jelas Khalid di dalam sidang media di pejabatnya. Kata Khalid, MBSA telah mengeluarkan saman terhadap premis itu, akan tetapi tindakan tersebut dianggap tidak mencukupi. "Saya tidak bersetuju dengan tindakan mengenakan saman kerana premis itu telah melanggar syarat dengan sengaja dan kefahaman melanggar banyak peraturan dan undang-undang kecil termasuk persoalan menjual minuman keras," katanya. "Sewajarnya pihak MBSA mengenakan tindakan lebih tegas dengan menggentikan operasi premis tersebut serta merta. " Menurut laporan sebuah akhbar, premis itu dikatakan baru dibuka pada 12 Disember lepas sempena tarikh 12.12.12. Selain daripada menjual minuman keras, kelab malam itu juga mengadakan persembahan hiburan. |
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Dilaksanakan Semula Apabila BN Menang PRU13 Posted: 23 Dec 2012 03:55 AM PST Tindakan Jabatan Peguam Negara menangguhkan sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), hanya bersifat sementara hingga pilihan raya umum ke 13. "Bila BN menang semula (pilihan raya umum ke-13), AES akan dilaksanakan," kata Bendahari KEADILAN, William Leong. AES ditangguhkan pada 18 Disember lalu selepas tiga bulan beroperasi dengan 300,000 saman dikeluarkan manakala 10,000 telah membayar denda. "Peguam Negara kata AES ada masalah, sedangkan penguatkuasaan undang-undang tersebut yang bermasalah. Denda tak boleh dijadikan untung kepada syarikat. "Saman RM300 itu adalah pendapatan kerajaan dan dimasukkan dalam Kumpulan Wang Disatukan. Dalam Bajet 2013, pendapatan tersebut perlu dikemukakan di Dewan Rakyat," katanya kepada Keadilandaily. Jelas William, butiran kutipan saman yang dikongsi kerajaan dengan Beta Tegap dan syarikat pengendali AES, Ates Sdn Bhd tidak dinyatakan semasa pembentangan belanjawan Kementerian Pengangkutan bagi tahun 2013. "Kalau AES kutip denda dan masukkan (dalam akaun syarikat), ia salah," tegas William. Pada 21 November 2012, speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia meluluskan bajet Kementerian Pengangkutan melalui undi belah bahagi menyaksikan 79 ahli parlimen BN menyokong, berbanding ahli parlimen Pakatan Rakyat bagi pelaksanaan sistem AES. "Inilah hipokritnya ahli parlimen Barisan Nasional. Berani kritik AES di luar Dewan (Rakyat). Bila sampai waktu undi (mereka sokong sistem AES)," kata Wiliam. AES: Nyatakan pendirian, tak perlu guna AG Ulasan GB GB sudah ulas sebelum ini, iaitu di hari pengumuman penangguhan AES tersebut, di SINI Petikan: GB melihat keputusan kerajaan "menangguhkan" (bukan membatalkan) saman AES adalah kerana pengumuman tarikh pilihanraya semakin hampir. Kerajaan melihat dan mengakui dua kes besar ini (AES dan Lynas) sebagai bencana yang bakal menimpa UMNO BN kerana rakyat seluruh negara didapati menolak secara berterusan terhadap dua kes ini. Ia akan dilaksanakan semula, malah mungkin dengan kadar lebih dasyat selepas pilihanraya jika UMNO BN berjaya lagi. Oleh itu rakyat jangan mudah terpedaya dengan taktik licik UMNO BN ini yang dilakukan semata-mata untuk kepentingan mereka menghadapi pilihanraya yang akan datang ini. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan