Ahad, 9 Disember 2012

Merah Hitam

Merah Hitam


Siapa yang salah?

Posted: 09 Dec 2012 02:13 AM PST

Minggu ibadah di Masya'er yang merangkumi  tempat-tempat di Arafah, Muzdalifah dan Mina telah beberapa hari berlalu. Kami dari KT42 masih ada lebihkurang 9 hari lagi sebelum pulang ke Malaysia. Kami gunakan peluang ini untuk menyertai rombongan ke beberapa tempat menarik di sekitar kota Makkah dan daerah yang berhampiran.


Pada pagi Isnin 5 Nov 2012, aku dan suami menyertai lawatan ke Corniche dan tebing Laut Merah.Pekan Corniche agak jauh sedikit dari Kota makkah, iaitu sekitar 70 km(kalau tak silap). Dalam perjalanan menuju ke Corniche, kami singgah di sebuah Masjid(lupa namanya) di sebelah masjid itu di bina satu  tempat seperti pentas, khas untuk menjalankan hukuman memotong tangan dan memenggal kepala kepada  orang yang telah mempunyai bukti cukup melakukan membunuh  dan mencuri.

Menurut jurucakap@ pemandu pelancung kami , iaitu beberapa orang pelajar dari universiti berdekatan, bukan mudah untuk menjatuhkan sebarang hukuman  yang sedemikian kerana segala perbicaraan di lakukan dengan teliti dan mempunyai saksi-saksi yang cukup syarat-syaratnya. Hukuman pancung diadakan di tengah medan bertujuan memberi pengajaran pada orang ramai supaya menghindari kesalahan tersebut.

Tapi memotong kepala di khalayak ramai itu tidak lagi di lakukan di zaman sekarang.Kemungkinan kaedah yang sama masih dilakukan tapi di tempat yang agak tertutup.... Namun, melihat pada "pentas" itu sudah cukup menggerunkan sesiapa saja yang melihatnya...Kini, di sekeliling tempat memancung kepala pesalah itu, di jadikan tempat berniaga makanan ringan oleh para peniaga dari Indonesia dan Bangladesh. 


Inilah  Laut Merah yang terkenal tu. Ianya macam laut biasa je...tapi yang membezakan ialah sejarah yang berlaku melibatkan peranan laut itu. Airnya hijau dan sangat jernih...namun, semsa kami melawat di tepi laut, tidak ramai rakyat tempatan yang bertandang ke sana...agaknya orang Arab tidak berapa gemar bersantai di tepi laut ......


Kami berdua bergambar di tepi pantai  yang agak landai. Ada beberapa orang memancing ikan di sini. Suami yang dulunya kaki pancing memang geram juga melihatkan ikan dan pancing di hadapan mata.....namun apakan daya, kami dalam waktu lawatan kerana sejam selepas itu, kami sepatutnya berada di pasar Corniche yang besar tu. Aku tidak mengambil gambar pasaraya@ mall tersebut kerana ruapanya sama macam bangunan shopping kompleks lain di Malaysia.Sama seperti makanan segera KFC, Mac Donald, Coklat Cadbury, Kit-Kat...papan tanda jenama itu  nampaknya mula menghiasi sepanjang jalan di sekitar Corniche!

Pulang dari Cornich, kami singgah makan di tepi pantai Laut Merah lagi sekali dan kemudian berhenti seketika di sebuah Masjid di Sumaisi  untuk solat sunat dua rakaat dan niat ihram.Suami terus menukar pakaian kepada  dua helai tuala besar, sepertimana biasanya kami melakukan umrah  wajib dan umrah sunat sebelum ini.Kami pulang ke hotel dan merancang untuk melakukan tawaf serta saie selepas solat Isyak di Masjidil Haram.



Ada satu kisah benar di sebalik gambar ni.....

Kami pulang dari Corniche agak lewat iaitu sekitar jam 5.30 petang .Setelah solat Isyak , penat pun hilang, kami pergi ke masjidil Haram  untuk melakukan tawaf..Ketika keluar dari hotel, ku lihat jam di tangan menunjukkan sekitar jam 8.45 malam. Kami berjalan perlahan-lahan menuju pintu King Abd Aziz. Dari situ kami terus menuju ke dataran Kaabah .Kebetulan ketika itu, dataran kelihatan agak kosong.Kami tidak perlukan masa yang lama untuk menghabiskan tujuh pusingan. Kami berdua keluar dari pusingan  dan mencari tempat yang paling selesa untuk menunaikan solat sunat selepas tawaf.

"Tadi selepas habis pusinganke 6, rasa macam dah batal wuduk kerana terkentut....abang nak wudhuk semula ,lepas tu ulang satu lagi satu pusingan tawaf . Ila duduk kat sini...jangan pergi mana-mana..." suami menunjukkan deretan air zam-zam dan muka kaabah yang benar-benar aku menghadap kearahnya. Jam di tangan menunjukkan hampir 10 malam.

Suami terus hilang di celah-celah manusia yang mula memenuhi dataran.Aku melakukan solat sunat, membaca doa beberapa kali. Jam di tangan menunjukkan hampir 11.30 .Rasa risau mula merayap dalam perasaan walaupun ada ramai orang di sekeliling ku.
"Kenapa wudhuk dan buat sekali pusing ambik masa lama sangat nih? Kalau sejam setengah ni, dah boleh buat tawaf dan saie sekali....." dan aku melakukan solat sunat taubat diikuti solat sunat hajat supaya Allah memudahkan kami bertemu semula.....Kalau tadinya aku duduk diatas lantai, kini aku berdiri dengan harapan suami dapat melihatku....tapi hampa juga...Aku mengambil  telefon bimbit untuk menghubunginya tapi teringat semua barang2 beliau termasuk telefon bimbit ..ada bersamaku....

Aku pasrah dan terus berdoa.....

"Ila!...."  aku menoleh kebelakang melihat suami dengan muka terkejut.Dua-dua dalam keadaan terkejut dan ...macam nak marah....
"Kenapa tawaf lama sangat.....buat 7 pusingan ke?" tanyaku.
"Ila kat mana? Abang dah ulang alik di sekitar tempat Ila duduk ni lebih sepuluh kali, pas tu pergi ke tempat Saie....cari kat sana pun tak ada juga" ujar beliau.
"Ila kat sini dari tadi...tak gerak mana-mana pun!!!" kemudian kami terus berjalan ke tempat memulakan ibadah Saie.Aku mendiamkan diri tanpa berkata sepatah pun.Malas nak berbahas "siapa yang salah". 
"Oklah....jom kita ambik gambar..." ujar suami sambil tersenyum bila sedar aku hanya mendiamkan diri sepanjang jalan ke arah Bukit Safa.... Masa tu tak tau macam mana dengan wajahku...masam atau kelat....

Gambar di atas ni menceritakannya...kot....



Ini pula gambar suami yang ku ambil di tempat  aku berdiri sebentar tadi, jaraknya cuma beberapa meter saja  dari tempat Saie.

"Ehhh..canteklah gambar Ila ambik nih..."kata suami sambil tersengeh.

Malam makin larut, tanpa membuang masa, kami memulakan ibadah Saie.Di mulai dengan membaca doa, kemudian berjalan (sambil baca doa) ulang alik selama 7 kali dari Bukit Safa ke Bukit Marwah .Selepas itu kami bertahalul dengan memotong beberapa helai rambut dan suami mencukur sedikit kepala beliau.


Selesai bertahlul, maka selesailah ibadah umrah sunat....al Hamdulillah 

Jam 1.30 pagi, kami keluar dari tempat Saie menuju ke pintu keluar masjid untuk pulang ke hotel. Masjid sudah agak lengang dan kelihatan ada yang tidur bergelimpangan diatas lantai di tepi masjid.Namun bilangannya tidaklah ramai sangat, seperti ketika sebelum wuquf di Arafah dulu...Mungkin jemaah haji sudah ramai yang pulang ke negara masing-masing........

"Jom minum teh panas..?" ajak suami dan aku hanya membuntuti nya ke sebuah  kedai yang masih belum di tutup lagi..........bersambung.

Tiada ulasan: