. |
Bendera Pas Berkibar Megah Di Ghozzah Posted: 08 Dec 2012 03:43 PM PST SELEPAS SUBUH Benarlah perjuangan yang dibangkit atas semangat dan roh akidah Islamiyah tidak mudah untuk dicabar dan dinafikan. Makin ianya ditekan, ia akan bangkit dan terus bangkit. Perjuangan Islam seperti Pas itu juga tidak pernah gerun dengan tekanan dan kejahatan ke atasnya. Ia akan merebak dan tumbuh subur seperti rerumput selepas dibakar hangus oleh sekawan api yang lahap. Rumput persis lalalng, boleh dibakar hangus dan sisa-sisanya menjadi puing tetapi akar tunjang (Islamnya) tidak akan ikut sama hangus. Selepas semuanya menjadi abu dan setelah hujan turun menyiram bumi ia akan bangkit kembali, malahan daya suburnya makin tinggi. Nah, begitulah juga dengan sunnah dan fitrah perjuangan Islam. Kehebatan Pas kini ternyata tidak terlawan oleh parti sekular Umno yang menjadikannya sebagai musuh tradisi. Hingga kapan pun Umno tidak akan menang! Barang kali di sinilah menyebabkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat tegak dan teguh dengan pegangan dan keyakinannya, bahawa Pas jauh lebih benar dari Umno.
Tokoh dimaksudkan itu Khaleed Mashaal berada di Mesir sejak tahun 1975. Ikhlas, mula-mula saya terpandang bendera itu yang diposkan dalam facebook, saya mengira ianya adalah satu permainan super impose saja sebagai menunjukkan simpati dan sokongan Pas kepada Hammas. Saya tidak begitu mempedulikannya kerana memang saya alergik kepada kreativiti super impose . Tetapi selepas Subuh tadi saya mengamati sekali lagi gambar-gambar diposkan itu, dan mendapat penjelasan insan yang cekap merakam gambar itu, jurufoto muslimat Shahrina Ahmad Sharkawi, baru saya merasakan ia sesuatu yang amat berharga. Sharina kini sedang bertugas dan berjihad di Ghozzah bersama ratusan rakyat Malaysia yang lain dalam usaha untuk memerdekakan Palestin dari cengkaman kekejaman Zionis Israel.
Di dalam negara ini usah dikira lagi, di mana-mana saja bendera Pas dikibar dan berkibar megah hatta di bumbung rumah orang Umno? Paling merujakan lagi bukan saja di lokasi-lokasi politik tetapi di dalam stadium juga bendera Pas turut sama dibawa dan dikibarkan. Hebat.. itulah kata-kata yang tumpah dari dalam diri saya untuk Pas mengenai hal ini. Timbul juga persoalan apakah parti lain khasnya Umno tidak terliur dengan apa dicapai Pas? Mungkin para pemimpin mereka jelous dengan kewujudan itu namun apa boleh buat pendokong dan ahlinya tidak sekental pendokong dan ahli Pas. Atau bendera Umno atau BN memang ada dibawa tetapi ia tidak tergamak atau malu untuk dikibarkan oleh sang pembawanya atas sebab-sebab tertentu. Syabas kepada pendokong Pas yang membawa panji perjuangan mereka ke mana-mana saja. Dan syabas dan terima kasih juga kepada jurufoto muslimat terulang negara, Shahrina Ahmad Sharkawi kerana kecekapan anda serta keprihatinan yang tinggi dalam menghasilkan seni foto. Sesungguhnya foto anda itu adalah termahal dan penyuntik semangat buat pendokong Pas dan Islam di sini. Sangat wajar kalau mana-mana pihak di dalam Pas terutamanya Dewan Muslimat menghulurkan anugerah khas di atas 'kejayaan' Shahrina ini sebagai satu penghormatan dan penghargaan atas jasa yang kita tetapi besar ertinya. [wm.kl.7:24 am 09/12/12] | ||||||||
Siapa Panik Anwar Atau Puad Zakarsi? Posted: 08 Dec 2012 04:22 AM PST ULSAN ISU Ahli Parlimen Batu Pahat, Puad Zarkashi mendakwa Anwar Ibrahim kini semakin panilk dengan angan-angan dan impian untuk menjadi perdana menteri sehinggalkan terpaksa membawa bekas presiden Indonesia BJ Habibie datang ke negara ini untuk menyakinkan ahli parti Pakatan Rakyat khasnya ahli PKR.
Kata Puad akar umbi dalam parti dan golongan intelektual Islam mempertikaikan kepimpinan Anwar untuk menjadi PM. Sayang sedikit Puad tidak mendedahkan nama-nama yang dikelaskan sebagai intelektual Islam itu? Apakah orang itu Zainal Kling ataupun Kamaruddin Kacau ataupun Sidek Baba? Justeru bimbang dengan situasi itulah menurut Puad menyebabkan Anwar terpaksa membawa bekas Presiden Indonesia itu ke negera ini dan memberi beberapa syarahan. Kelmarin Habibie ke Universiti Selangor (Unisel) kampus Shah Alam, di mana lebih 500 hadir mendengar ceramahnya. Puad membuat bacaan Anwar panik dengan kedudukan itu apabila baru-baru ini ada suara sumbang yang mahukan presiden Pas Abdul Hadi Awang untuk dilantik menjadi perdana menteri. Pandangan atau bingkasan Puad mengenai isu itu telalu dangkal dan nampaknya beliau mengeksploitasikan apa saja keadaan untuk memburukkan Anwar. Dalam politik cara Puad itu adalah biasa, menggunakan apa saja isu untuk memburukkan musuh dan melindungi keburukan sendiri. Puad sebenarnya terpaksa membuat reverse psikolgi begitu kerana beliau kini sedang terancam dengan kebangkitan rakyat. Terbaru lebih 30,000 rakyat menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Parit Jawa didalam kawasan parlimennya, Batu Pahat. Kehadiran diluar jangkaan itulah menyebabkan Puad merasa panik dan terpaksa membuat tangkisan agar umum tidak memberi tumpuan ke kawasannya. Jadi dialam hal ini siapa yang panik kini Anwar atau Puad sendiri sebenarnya? Perkembangan di Johor sesuatu mengejutkan dan ini disedari oleh Puad. Di mana-mana saja program di adakan di Johor ia mendapat sambutan luar biasa. Katanya himpunan di Batu Pahat tempoh hari walaupun disekat dan orang ramai diugut tetapi ia sudah tidak diperdulikan lagi. Orang ramai yang terdiri dari kaum Melayu datang beramai-ramai untuk mendengar ceramah Pakatan. Elok kalau Puad baik ke kawasannya menyapu kesan-kesan himpunan di kawasan itu minggu lalu daripada cuba membawa sesuatu isu yang tidak logik dan bermotif memburukkan Anwar. Puad tidak perlu bimbang kalaupun Anwar tidak menjadi PM, tetapi beliau harus cemas dengan kedudukannya sendiri, nanti orang lain menang kita pula kalah, nyanya. Puad mungkin sudah menyedari bahawa kedudukannya di kerusi Parlimen Batu Pahat tidak menentu dan terancam. Sebelum terdengar desas desus timbalan menteri pelajaran itu katanya tidak akan diletak bertanding di Batu Pahat kerana sikapnya yang dikatakan menyongsang arus sebelum ini. Beliau dilihat lantang dan cuba membawa politik intelek dan bersikap rasional didalam politiknya tetapi kurang disenangi oleh golongan Umno konservatif. Ekoran itu beliau diberitakan antara ahli parlimen yang akan digugurkan dan tidak akan diletak untuk bertanding di Batu Pahat. Namanya disenaraikan bersama beberapa nama yang dilihat boleh mengecam golongan berfahaman konservetif di dalam Umno, seperti Khairy Jamaluddin (ketua pemuda tanpa kuasa dan jawatan), Saifuddin Abdullah dan juga dua bekas ketua puteri Umno Azalina Othman Said dan Noraini Ahmad. Mungkin Puad sudah merasai 'ke4azaban' yang bakal beliau hadapi maka perlu untuknya 'mengoyak seluas-kuasnya baju' Anwar yang dulunya beliau puji dan puja bagi menunjukkan dia seorang yang vokal menentang Anwar Ibrahim. Puad seperti juga sesetengah rakan Anwar yang lain, seperti Fuad Hassan menjadikan Anwar sebagai modal dalam politik dan modal untuk hidup. Sekali lagi dipesankan baik Puad memikirkan dirinya apakah akan dapat menjadi calon di Batu Pahat daripada melihat kepanikan Anwar untuk menjadi perdana menteri. Dan Puad perlu bertanding dan menang kerana kalau tertakdi Anwar jadi PM sudah tentu Puad boleh berteduh semula di bawah ketiak Anwar. [wm.kl.8:00 pm 08/12/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan