Khamis, 6 Disember 2012

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


JIKA SIMPATI DENGAN POLIS, TUMBANGKAN UMNO/BN

Posted: 05 Dec 2012 01:42 PM PST

Apabila rakyat kritik pihak Polis, mereka marah kononnya pihak Polis telus sangat dan amanah bahkan amat bertanggungjawab menjaga keamanan negara.  Tapi, bila melihat beberapa kejadian yang berlaku, rasa nak marah memang ada.

Merujuk kepada kes kekecohan semasa Jelajah Merdeka Rakyat bersama DS Anwar di Gombak semalam, dikatakan ramai yang cedera bahkan agak serius terkena tikaman. Tapi, apa komen pihak Polis?  Malaysia Insider melaporkan, " Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Rosly Hassan berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada individu yang tercedera serta mendakwa keadaan terkawal semasa insiden berlaku. "Tiada laporan polis setakat ini dan keadaan terkawal," kata Rosly semasa ditemui The Malaysian Insider ditempat kejadian.
 
Keadaan sedemikian rupa masih dianggap terkawal?  Ertinya, selagi belum ada yang terbunuh maka dikategorikan terkawal?  Jika terkawal, siapa yang mengawal?  Jika ada kawalan dari pihak Polis, mengapa masih berlaku kejadian seumpama itu?  
 
Ayuh lah....kita wajib ubah kerajaan sekarang jika kita simpati dengan pihak Polis yang kini kelihatan amat tertekan oleh arahan politik.  Jika kita kesihankan Polis, tumbangkan Umno/Bn, itu saja. 

Tiada ulasan: