Khamis, 6 Disember 2012

Merah Hitam

Merah Hitam


Melontar syaitan di Jamarat Kubra

Posted: 05 Dec 2012 04:33 PM PST


Arafah dah selesai, Muzdalifah pula telah ditinggalkan..... syukur Allah Maha Besar permudahkan semuanya...dan kini, hati berdebar untuk menghadapi beberapa hari mendatang bagi melakukan fasa akhir  minggu ibadah di masya'ir. 

Kami tiba di Mina dalam pukul 10 pagi.Aku terus ke khemah........dan tepat sekali seperti yang di 'brief' oleh pengurus Maktab, ruang di Mina lebih kecil dan sempit berbanding dengan ruang khemah di Arafah.....
"Ya Allah permudahkan segala urusanku di sini..." segera aku letakkan beg di satu ruang kecil yang masih kosong di situ..

Ku perhatikan lantai khemah yang dilapik permaidani kelihatan agak tinggi rendah...ku selak permaidari berwarna merah terang itu untuk mengintai apa yang ada dibawahnya.....ohhhh....pasir hitam yang halus rupanya...segera ku tutup kembali permaidani itu....



"Let's go for  Jamarat..." ku fokuskan fikiranku untuk melengkapkan ibadah masya'ir yang terakhir ....Orang putih kata..."this is the last hard hurdle...".Semua jemaah haji yang berkemampuan , wajib pergi melontar. Jika sengaja tidak melontar, maka orang itu di kira tidak melengkapkan ibadah hajinya dan tidak layak di panggil  haji atau hajjah!!!Jelasnya, bukan melontar untuk mendapat panggilan haji atau hajjah,tetapi ini adalah satu kerja@aktiviti yang di lakukan oleh Nabi Muhammad SAW , dalam mematuhi perintah Allah. Jadi , setiap perkara yang di lakukan oleh Nabi Muhammad SAW ketika menunaikan haji, wajib di ikuti oleh semua umat islam yang mengaku sebagai umat Muhammad.....

Pada 10 Zulhijjah, jam 8 malam, aku dan suami menyertai misi berjalan ke Jamarat. Kami melalui terowong yang baru di bina bertujuan untuk mengelakkan kesesakan. Berjalan melepasi terowong pertama , aku rasa amat cergas dan bertenaga....



Namun..memasuki terowong ke dua.... aku dah rasa tercungap-cungap...Untuk menghilangkan rasa penat, suami perlahankan langkah , berhenti sebentar dan minum air zam-zam sambil diselang seli mengambil gambar...

Selepas itu aku meneruskan perjalanan.Dari pintu terowong pertama seterusnya melepasi terowong ke dua menuju ke Jamarat, jauhnya lebih 3 kilometer...Fuhhhhh!!!! Patutlah penat sangat. Aku rasa nak berhenti dan duduk sebentar di tepi jalan...tapi tiba-tiba terlihat sekumpulan nenek-nenek berjalan perlahan-lahan.
"Mak cik dari mana...?" sapa ku pada seorang mak cik yang bertubuh kecil, comel lotey....
"Dari Kelate..." ujarnya sambil tersenyum.
"Kuatnya mak cik nih..berapa umur?" tanya ku lagi sambil berjalan beriringan dengan nya.
"Tujuh puluh duo..." katanya sambil tersenyum.
Alamak......makcik yang dah tujuh puluh lebih pun boleh berjalan laju...tak kan aku nak duduk tepi jalan....lalu aku segera meneruskan perjalanan hingga tiba di pintu utama Jamarat yang terletak di tingkat 3.Jamarat di tingkat 3 di khaskan oleh kerajaan Saudi untuk  jemaah dari Asia Tenggara membuat lontaran mereka .


"Welcome to Jamarat" tertera di hadapan pintu utama Jamarat menyambut kedatangan kami Syukur al Hamdulillah akhirnya aku berjaya "menawan" Jamarat. Tempat melontar yang bernama Jamarat Kubra tu paling hujung,  besar dan luas...kami pergi ke tempat melontar yang paling lengang .Aku pergi hampir dengan tebing jamrat , keluarkan tujuh batu kecil dan mula melontar satu-persatu.
"Bismillahi Allahuakbar...." dan terus melontar .Walaupun kami tak nampak syaitan yang di lontar itu, tindakan itu adalah simbolik pada kemarahan kepada syaitan yang sering menyesatkan manusia.

Ibadah melontar ini di lakukan dengan teliti, didahului dengan doa dan batu di lontar satu persatu. Selesai melontar, kami berdoa  dan kemudian pergi ke satu sudut yang agak terselindung di kawasan Jamarat yang luas itu untuk bertahalul...iaitu memotong beberapa helai rambut atau bercukur sedikit di kepala..Al Hamdulillah..selepas ini, bila balik ke khemah di Mina, suami sudah tidak perlu memakai tuala putih lagi kerana beberapa pantang larang ihram sudah pun terlerai....

Kami menyertai orang ramai  untuk pulang ke khemah Balik ke khemah pun ada cabaran juga. Kami terpaksa berpusing kemudian berjalan melepas dua buah terowong jauhnya 4 kilometer!!!!Bila tiba di hadapan Maktab, aku rasa dahaga yang teramat sangat. Ku lihat orang ramai mengerumuni sesuatu.Bila ku tinjau, rupanya mereka berebut membeli ais kerim....dan beberapa minit kemudian, aku dan suami memegang satu cawan ais kerim setiap seorang........he he he.........................bersambung.




Tiada ulasan: