Khamis, 6 Disember 2012

KRAI Utara

KRAI Utara


Ugut tuan tanah! Himpunan kebangkitan rakyat melaka isyaratkan kejatuhan kerajaan pimpinan bayangan mahathir nak tumbang?

Posted: 06 Dec 2012 04:48 AM PST

Tuan tanah diugut, himpunan di Melaka bertukar tempat

Harakahdaily
MELAKA:Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Melaka 8 Dis ini terpaksa dipindahkan ke lokasi baru ekoran tuan tanah lokasi asal iaitu di Bukit Palah membatalkan persetujuan memberi tapak itu untuk program tersebut.Setiausaha program, Asri Sheikh Abdul Aziz berkata, pembatalan itu dibuat tuan tanah selepas diugut pihak tertentu agar tidak membenarkan kawasan itu digunakan."Sebelum ini beliau telah mengeluarkan surat persetujuan untuk menyewakan tanah tersebut tetapi tengahari ini beliau menghubungi kita menarik balik persetujuan tersebut atas alasan ada pihak yang mengugut beliau."Kita berasa amat kesal dengan tindakan tersebut kerana ianya dibuat hanya 2 hari sebelum program dilaksanakan dan kita terpaksa melakukan persiapan semula di lokasi baru" ujar Asri yang juga merupakan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Melaka.Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka di Pejabat PKR Negeri Melaka, Taman Bukit Piatu Mutiara di sini tengahari tadi.Ekoran pembatalan tempat itu, himpunan tersebut akan dipindakan ke tempat baru iaitu di  belakang Pejabat DAP Negeri Melaka, Lorong Pandan.Beliau tidak menolak kemungkinan ugutan kepada tuan tanah sebelum adalah dari pihak yang takut akan kebangkitan rakyat di negeri itu."Mereka sebelum ini telah mengadakan pelbagai provokasi semasa program PR termasuk ceramah pimpinan tertinggi PR dan ini adalah kemuncak kepada tindakan tidak bertamadun mereka."Mereka bukan sahaja hendak mengacau program kita dengan mengadakan karnival ad hoc mereka malah mengugut tuan tanah dengan pelbagai ugutan yang menyebabkan tuan tanah menarik balik persetujuan asal" tambah Asri.

Oh! Pelajar perempuan bawa grenade ke sekolah.

Posted: 06 Dec 2012 02:02 AM PST

NEWSOUTHWALES - Seorang pelajar perempuan berusia 11 tahun di Newcastle, New South  mengejutkan warga sekolah kerana membawa bahan peletup ke sekolah  Seperti dilaporkan oleh Oddnews.org, Rabu (5/12/2012), pelajar di Hunter Christian School itu mempamerkan barang peledak itu, dalam pelajaran show-and-tell.  Granat yang dibawa itu, mulanya dikira sebuah celengan. Granat yang dibawa gadis itu, dilaporkan menyerupai granat nanas di era Perang Dunia Kedua. "Seorang pelajar kami dengan polosnya membawa sebuah benda yang dia kira sebuah celengan," ujar Guru Besar Hunter Christian School, Boyd Allen."Ia lalu menunjukkannya kepada guru. Dan guru itu tentu sangat ketakutan kerana bentuk benda itu tidak terlihat seperti kotak wang.Tapi benar-benar tampak seperti granat. Guru itu kemudian menghubungi saya, dan ia dan muridnya tersebut, datang ke  pejabat saya dan membawa granat itu ditangan," lanjutnya.Setelah itu pihak pengelola meminta para staf sekolah membawa para murid, ke sebuah taman berdekatan, sementara anggota polis dan ahli pemati bom menetralisir granat tersebut.Berdasarkan pemberitaan sejumlah media lokal, granat itu sudah tidak aktif lagi.(oddnews.org)

Diplomat Serbia lapor Duta Besar mereka untuk NATO bunuh diri

Posted: 05 Dec 2012 03:53 PM PST

BRUSSELS - Diplomat Serbia melaporkan, Duta Besar Serbia untuk North Atlantic Treaty Organization (NATO) Branislav Milinkovic mati akibat bunuh diri diAirport  Brussels. Milinkovic melompat dari tempat dengan ketinggian 10 meter di tempat parkir bandara.Menurut diplomat yang tidak mau disebut identitinya, Milinkovic tiba-tiba melompat dari peron dengan ketinggian 10 meter ketika sedang menunggu delegasi Kementerian Luar Negeri Serbia. Para delegasi itu hendak mengadakan  pertemuan dengan para pejabat NATO.Serbia bukan merupakan anggota dari NATO, namun Serbia merupakan tempat di mana markas NATO didirikan. Pertemuan NATO sendiri akan diadakan dua hari yang akan datang di Brussels. Demikian, seperti diberitakan Associated Press, Rabu (5/12/2012).Milinkovic yang dulu berprofesi sebagai wartawan itu sempat berdinas sebagai Duta Besar Serbia untuk Austria. Milinkovic melakukan matidi depan Asisten Menteri Luar Negeri Serbia Zoran Vujic. Peristiwa itu terjadi pada Selasa malam. Lelaki berusia 52 tahun itu meninggalkan isterinya dan enam orang putera kandungnya. Pemerintah Serbia juga mengeluarkan pernyataan untuk menanggapi kematian Milinkovic. Tim paramedis langsung dipanggil ke tempat kejadian perkara. Pada saat itu, Milinkovic sudah dinyatakan meninggal dunia.(AUL)

Tiada ulasan: