Khamis, 6 Disember 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Elaun "Anggota RELA Pahang" Tertunggak Tiga Bulan, Menteri KDN Di Minta Campur Tangan Segera !

Posted: 05 Dec 2012 08:49 PM PST

KUANTAN, 6 Dis - Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Hishamuddin Hussein (foto) digesa mengambil perhatian terhadap isu tunggakan elaun Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Pahang yang kini sudah masuk bulan yang keempat. Maklumat berkenaan didedahkan oleh beberapa orang anggota RELA yang merasa kecewa dan sedih dengan situasi yang berlaku terhadap nasib mereka sekarang ini. Difahamkan, rata-rata anggota RELA terbabit mendapat elaun antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan. Maknanya tunggakan yang belum dibayar oleh pihak terbabit kepada mereka sekitar RM4,500 hingga RM5,000 setiap seorang. Soalnya sekarangm kenapakah sebuah agensi kerajaan yang berada dibawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) seperti ini gagal membuat bayaran elaun berkenaan, sedangkan kudrat anggota RELA terbabit digunakan sepenuhnya oleh mereka. Menurut salah seorang mangsa yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, bukan sahaja elaun gagal dibayar secara berjadual setiap bulan malah kebajikan mereka juga tidak dipedulikan oleh majikan. "Bila kami mengadu masalah terutamanya berkenaan dengan gaji... kami diherdik dan akan dipecat.. ramai yang akhirnya berhenti tanpa menerima elaun berkenaan. Bila diajukan soalan mereka kata rujuk dengan Ibu Pejabat RELA di Kuala Lumpur... Bila kami rujuk dimaklumkan bayaran elaun berkenaan telah dibayar... Soalnya, mana pergi duit tersebut?. Kenapa tidak sampai ke tangan kami?.. Siapa yang khianat dan menyembunyikan duit terbabit", katanya dengan nada sedih. Beliau turut mengatakan bahawa selain elaun yang lambat, sebahagian besar dari kalangan mereka juga tidak diberikan latihan yang secukupnya.

 

 "Rata-rata kami terpaksa meronda bersama dengan polis di dalam bandar untuk menjaga kententeraman awam... polis ada senjata.. tapi kami ada apa?. Bayangkan kalau ada penjenayah dan ketika itu polis tidak ada bersama kami.... akhirnya keselematan kami terancam.. sudahlah kami tidak ada langsung latihan dalam bidang berkaitan... kami diambil jadi anggota RELA sekadar mencukupkan korum sahaja. Sepatutnya, kami diberikan latihan secukupnya sebelum menjalankan tugas yang berkaitan... mereka ambil anggota sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja.. sebab itu duit elaun kami pun diambil acuh tak acuh oleh pihak terbabit.. hatta nak berhariraya baru-baru ini pun kami tak berduit... kami bukanlah orang kaya.. malah ramai juga ibu tunggal yang menjadi anggota RELA utk membiayai kehidupan masing-masing.. kenapa mereka diperlakukan sebegini. Ramai kawan-kawan saya yang sudah berhenti tapi saya masih sabar dengan kerenah pihak pengurusan.. sebab tu saya minta KDN masuk campur siasat ke mana hilangnya elaun kami.. itu adalah hak kami?", tambah beliau lagi.

[Apa yang berlaku ini sungguh memalukan sebenarnya. Sebuah agensi yang diletakkan di bawah kementerian Hishamuddin gagal membayar elaun anggota RELA. Dilaporkan kini buakn sahaja RELA bermasalah malah Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) juga mengalami nasib yang sama. Episod membuang sukarelawan gara-gara "wang tak cukup untuk bayar elaun" telah berlaku. Ramai anggota JPA3 yang menjadi mangsa dan hanya yang dikekalkan ialah mereka yang terlibat dengan paramedik sahaja. Anggota yang lain telah ditamatkan perkhidmatan secara berperingkat-peringkat. Apakah yang menyebabkan KDN mengalami masalah kewangan agaknya?. Sedangkan kementerian terbabit dipimpin oleh menteri kanan seperti Hishamuddin Huseein. Persoalannya, kemana wang para sukarelawan terbabit hilang jika benar ia sudah dibayar. Kenapa perlu tunggak sampai tiga bulan? Justeru diharapkan tindakan tegas dapat diambil terhadap mana-mana pegawai yang gagal menjaga kebajikan anak buah mereka terutamanya yang bertugas di pejabat RELA Negeri Pahang. Mereka dikhabarkan begitu sombong dan langsung tidak mahu mengambil berat hal terbabit jika diajukan oleh anak buah masing-masing. Malah, mereka juga turut diugut akan dipecat atau tidak dipanggil bertugas andai terus engkar arahan yang berkenaan].

Tiada ulasan: