Roslan SMS Corner |
Apa khabar Badan Kehakiman kita? (6/12/12) Posted: 05 Dec 2012 07:11 PM PST Kes Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh anggota polis di Shah Alam pada bulan April tahun 2010 kini bergelora kembali. Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah menolak keputusan Mahkamah Sesyen yang sebelum ini mendapati Koporal Jenain Subi bersalah atas tuduhan membunuh tanpa niat apabila melepaskan 20 das tembakan terhadap kenderaan yang dipandu Allahyarham sehingga mengakibatkan beliau terbunuh. Beliau dihukum 5 tahun penjara. Dengan keputusan tersebut Mahkamah Tinggi telah membebaskan Korporal Jenain. Sudah pastilah keputusan ini membangkitkan kemarahan keluarga Allahyarham dan mereka yang marah dengan kejadian berkenaan. Apa pun pihak Peguam Negara masih boleh merayu terhadap pembebasan ini dan proses perundangan masih belum selesai. Apa yang mahu saya bangkitkan di sini adalah penerimaan kita terhadap proses perundangan dan badan kehakiman dalam Negara. Saya tidak bermaksud mahu menyebelahi mana-mana pihak kerana saya masih ingat ketika kes ini meletus saya turut berada di Balai Polis Shah Alam mengiringi pimpinan parti membuat laporan polis terhadap kejadian berkenaan. Apa yang mahu dibangkitkan di sini adakah kita menganggap badan kehakiman itu adil apabila keputusan memihak kepada kita dan tidak apabila sebaliknya? Harus diingat dalam kes ini proses kehakiman masih belum muktamad kerana keputusan Mahkamah Tinggi masih boleh dicabar. Sekadar mengambil kes ini sebagai contoh, tanpa merujuk kepadanya secara spesifik, saya rasa kita perlu meneliti hal ini, kerana seingat saya antara pemimpin politik yang mula-mula membangkitkan protesnya terhadap Badan Kehakiman adalah Tun Dr Mahathir ketika beliau menjadi PM. Ini pernah ditegaskan oleh Tun Musa Hitam (apabila berhenti dari menjadi TPM) bahawa apabila sahaja mahkamah tidak memihak kepada kerajaan maka TDM akan menuduh bahawa hakim berkenaan anti kerajaan. Natijah kita telah lihat apabila TDM memecat Ketua Hakim Negara ketika itu dan beberapa hakim lain menjadikan beliau Perdana Menteri pertama bertindak ke atas hakim-hakim. Tetapi itu kes 1988 iaitu lebih 20 tahun lalu. Ada diantara hakim yang dipecat telah pun meninggal dunia dan TDM pun bukan PM lagi hari ini. Adakah badan kehakiman kita hari ini telah pulih atau masih ditakuk 20 tahun lalu atau bagaimana? Adakah pihak kerajaan menguasai keputusan kehakiman atau tidak atau bagaimana?Pasca krisis 20 tahun lalu kita melihat ramai muka-muka baru telah duduk di bangku institusi berkenaan. Memang sebagai manusia ada keputusan yang kita setuju dan ada juga yang kita tidak berpuas hati. Jadi dimanakah duduk kita sebenarnya? Berbalik kepada kes ini saya merasakan pihak Peguam Negara wajib merayu atas keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan. Kegagalan berbuat demikian akan membangkitkan protes ramai. Namun dalam waktu yang sama kiranya segala proses perundangan dan kehakiman telah mukatamad, semua piohak perlu berlapang hati dan menerimanya. Jika tidak maka kita menghukum badan kehakiman kita sebagai curang dan tidak adil, benarkah begitu? |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
Hey there I am so happy I found your webpage, I really found
you by mistake, while I was browsing on Askjeeve for
something else, Anyhow I am here now and would just like
to say many thanks for a incredible post and a all round interesting blog (I also love the theme/design), I don’t have time to browse it all at the minute but I have saved it and also added in your RSS feeds,
so when I have time I will be back to read a lot more, Please do keep
up the great b.
Here is my website ... old holborn tobacco
Catat Ulasan