Komentar Kini |
Posted: 26 Dec 2012 05:35 AM PST Penulis terkejut apa mendengar perkataan yang berbunyi :"ayat ini tidak difahami dizaman Rasulullah SAW". Perkataan ini keluar dari mulut DR Danial Zainal Abidin dalam rancangan Al Quran menjawap persoalan TV 9 pada pagi Selasa 18 .12. 2012. Ayat tersebut, ialah ayat 88 surah An Naml yang bermaksud: " Dan engkau melihat gunug ganang, engkau menyangkanya tetap beku, pada hal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awam; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap tiap sesuatu dengan serapi rapi dan sebaik baiknya; sesungguhnya ia amat mendalam pengetahuaannya akan apa yang kamu lakukan". Penulis tidak tahu apakah yang mendorong Dr Danial Zainal Abidin berkata ayat ini tidak difahami dizaman Rasulullah SAW.Atau penulis salah dengar. Akan tetapi, demikian yang penulis dengar dengan telinga ini. Barangkali atas sebab Rasulullah SAW bukan seorang sainstis yang sainstifik berbanding manusia selepas zaman Rasulullah SAW disebut sebagai pakar itu dan pakar ini, termasuk pakar dalam bidang kajibumi yang ada kaitan dengan gunung ganang. Betulkah begitu? Jika betul alangkah malangnya orang zaman Rasulullah SAW, sedangkan zaman Rasulullah SAW adalah zaman yang sangat sangat dan amat memahami ayat ayat Allah miskipun Rasulullah SAW dan Sahabat saahabat bukan sainstis yang sainstifik. Mengapa saya kata begitu? Kerana mustahil Rasulullah SAW tidak fahami apa yang telah diwahyukan kepadanya. Dan mustahil Rasulullah SAW tidak memberitahu appa apa yang diberitahu oleh Allah melalui Jibril secara langsung. Malah Rasulullah SAW diberitahu secara detil satu persatu. Kalau tidak macam mana Islam boleh tersebar seluruh pelusuk dunia bermula dari zaman Rasulullah SAW sehingga ke hari ini. Hendak kata penulis salah dengar akan perkataan tersebut, tak munsabah, kerana program TV 9 yang di hotkan oleh Dr Danial Zainal Abidin sangat sangat diminati penulis. Lebih lebih lagi Program yang dihotkan beliau begitu baik dan bermakna kepada umat islam di Negara ini. Mana mungkin ayat ayat Allah tidak difahami dizaman Rasulullah SAW. Jika manusia zaman nabi tidak memahami ayat Allah mana mungkin mereka dilabelkan sebagai umat Islam tulen yang amat ber kualiti, tidak sepertimana umat islam zaman sekarang yang dilebalkan sebagai umat Islam jahiliah moden berkuantiti tapi tiada kualiti. Ini menunjukkan manusia zaman Rasulullah SAW amat memahami ayat ayat Allah termasuk ayat 88 surah An Naml yang berkaitan dengan gunug ganang yang dinyatakan" hidup" dan bergerak macam bergeraknya Awam. Yang peliknya Dr Danial Zainal Abidin boleh tahu dan percaya akan usia bumi, sedangkan tidak dinyatakan di dalam Al Quran dan hadis. Bermakna beliau lebih percaya dengan kajian yang dibuat oleh manusia kafir berbanding dengan Rasulullah SAW yang menerima wahyu Allah yang tiada sebarang keraguan apa apa yang terkandung di Al Quran itu. |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan